Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Saturday, May 27, 2006

Pantun Jumaat

Bahtera bernama Mendam Berahi,
Sarat muatan ke Inderagiri,
Sakit mendekat pada Ilahi,
Serlah tulusnya muhasabah diri.

- Asta, anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ. Sorry lambat entry yaaa.

Friday, May 19, 2006

Pantun Jumaat

Indah bercahaya sinar rembulan,
Kerdip bintang kilauan intan,
Amanah teras luhur amalan,
Nescaya hidup penuh keberkatan.

- Asta, anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ. Sorry aaaa typo error.

Tuesday, May 16, 2006

Selamat Hari Guru

Selamat menyambut Hari Guru kepada kawan2 yang mungkin menjadikannya sebagai kerjaya... terima kasih kerana menjadi pendidik bangsa.. tidak ramai antara kita yang mempunyai kelebihan dan kemahiran atau bakat untuk menjadi pendidik.. mungkin ada antara kita tidak mampu atau tidak sesuai jiwanya sebagai pendidik, lantaran sikap panas baran atau kurang sabar...
Terima kasih kepada semua Cikgu dan Guru yang pernah mendidik kita sejak dari zaman tadika, sekolah rendah & sekolah menengah.... kepada yang bertuah, dilanjutkan juga kepada tutor dan pensyarah semasa kita di matrikulasi / asasi, diploma, bacelor / ijazah... sebahagian dari kita berjaya dan mampu melanjutkan pelajaran di peringkat Master & PhD... sehingga bergelar 'Doktor'.

Friday, May 12, 2006

Selamat Hari Ibu

Ibunda bersama cucu2nyaSelamat menyambut Hari Ibu...
Berbudilah kepada Ibunda sementara beliau masih hidup.. janganlah disakiti hatinya.. berbaktilah kepadanya.. ingatilah segala pengorbanannya... andai ada secubit rasa tak puas hati kepada Ibunda, kenanglah segala2 jasa dan kasih sayang yang dilimpahi olehnya kepada kita... mohon ampunlah sementara masih berkesempatan.....
Andainya Ibunda tersayang telah kembali kepada Ilahi... hanya doa dan amalan ibadat anak yang soleh yang dapat disampaikan kepadanya.... Berdoalah agar beliau sentiasa berada dalam kerahmatan dan terpelihara...

Pantun Jumaat

Petani gigih berhuma padi,
Saudagar pula borong cendana,
Kasihnya ibu sehayat abadi,
Tiada taranya seisi buana.

- Asta, anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ

Wednesday, May 10, 2006

Lantai T.Pinkie : 6 Mei 2006

Lantai T.Pinkie (LTP)... dipentaskan sekali lagi. kali ini di pentas yang lebih gah, Istana Budaya (IB)... dgn konsep Muzikal. Mmg sejak awal diperkenalkan lagi dlm barisan kalendar IB, ianya telah dimasukkan dlm agenda diari Zam.. Harapan LTP akan menjadi satu persembahan sehebat PGLM yg juga bercorak muzikal... Pengarah LTP, Rosminah Tahir.. telah membuktikan kemampuan semasa Teater Muzikal Puteri Hang Li Po (PHLP).. Team produksi LTP hampir sama dgn PHLP dgn Pak Ngah kekal sbg komposernya...
Kalu PGLM dulu Zam book thru online.. tapi disebabkan sistem diaorg tgh upgrade (ntah apa2 aa) terpaksa aa Zam redah jugak ke TicketCharge di MidValley setelah dpt info dr Asta.. TQ Asta. Zam terpaksa curi masa keje.. redah hujan renyai kat situ... berpusing2 cari parking. dah lah nama TicketCharge.. mmg diaorg caj cukup2.. dgn xtra caj RM3.50 per tiket. Tapi nak buat camne.. dah janji ngan R, Hadek dan anak sedara nak pi.. tpaksa lah Zam beli gak... Zam cuma beli tiket RM30 je.. tu je yg Zam mampu.. nak beli mahal2, hmm... x der laaah... Ptg nak pegi tu pulak.. tetiba je Hadek sms kata x dpt pergi.. x sempat kerna masih d Shah Alam.. dia buat apa kat sana tatau laaa... motif sgt kan! Terpaksa lah Zam cari ganti.. asalnya nak ajak Mak Zam tp disebabkan ada kenduri kat umah jiran, x jadi laa.. tukar ngan anak sedara lain lak..
Pentas IB yg besar tu masih tak cukup utk prop LTP.. hinggakan pentas diluar jugak diguna utk letak 2 meja... Zam x puas hati betul laa... dah lah kat atas sekali (Upper Circle), manalah nak nmpk set prop tu.. nampak sgt mcm produksi ni x peduli akan penonton murahan spt Zam ni... hak penonton seolah2 diabaikan.. ntah laah.. itu yg Zam rasakan. membuatkan hati dah jadi tawar krn konsentrasi telah terganggu apabila terpaksa menjenguk ke bwh utk melihat apa yg berlaku pd prop meja tu... Dlm kami yg pergi berempat tu, cuma anak sedara prempuan Zam je yg tak tertido... yg lain tu semua terlelap gak lah kejap.. terasa boring pementasan ni... Cuma sesekali, Zam suka dgn dialog Safura.. "Esok aje lah bang"...
Habis je show.. pengumuman cabutan 5 tiket bertuah... x de rezeki gak... then, semua dok sibuk beratur utk sesi autograf... Zam x der lah nak beratur.. cuma pi rapat dan amik pic je... tu pun x cantik aa... Hujan lak lebat giler.. nak balik pun susah sbb kereta park jauh.. rancangan asal nak supper di Kpg Baru pun terbantut... R jugak yg offer diri redah hujan, amik payung dlm keter... Sian R, demam dia lepas tu..... TQ R...

Monday, May 08, 2006

Selamat Pengantin Baru : Azlan

Selamat Pengantin Baru diucapkan kpd Azlan dan Jamilah yang selamat diijabkabulkan dan melangsungkan perkahwinan beliau pada Sabtu dan Ahad lalu. Warga2 zam2u@blog bersama-sama memeriahkan suasana di rumah Pengantin lelaki (Kpg Cheras Baru).. yg hadir termasuklah Zam, R, Asta@Penang, LB dan Hadek... Semoga mempelai kekal berbahagia selamanya....

Sunday, May 07, 2006

Trip ke Bangkok (BKK) : 25 - 27 April 2006

Untuk kali kedua, zam berpeluang bercuti2 ke Bangkok (BKK) lagi.. kali ini zam pergi dgn 3 teman tmsk R. Tapi x lama pun.. cuma 2 mlm je... sebab tiket air asia (beli masa promo 2juta free seat dulu) ada masa tu jer... Kami stay kat hotel biasa je di area Lumphini/Sathorn. hotel yg sama zam stay dulu.. Kali pertama dulu, zam tak berpeluang nak jalan2 tgk tourist attraction. So, utk kali ini, sesampai je hotel ptg tu terus kami beli pakej tour, Bath 900 sorg (included ticket & lunch).. utk Floating Market & Rose Garden.

Ptg tu kami semua ronda2 kota BKK, naik tren je senang... masing2 tempah baju kemeja, 24jam siap. Lepas tu ingat nak carik makan sbb lapar giler.. Singgah ke Siam Paragon, shopping mall terbaru katanya.. waah mmg cantik aa kompleks ni... Kat dlm tu ada Siam Ocean World... 'the biggest in Southeast Asia' katanya... Kat area food court diletakkan bbrp akuarium besar.. nyaman sekali.. zam kan suka ikan2 ni, suka sgt... Oh ye.. tiket Siam Ocean World tu Bath 450 (~RM45), lebih mahal dr Aquaria KLCC. Kami x masuk pun.. kat Bangkok ni bukannya murah pun.. mahal & lebih kurang di KL & Malaysia gak... Malamnya seperti biasa, jalan2 di Patpong Rd.. lebih kurang PS Butik lah... beli aa skit2 ole2.. kat area ni jugak lah aktiviti malam di Bangkok (ala2 Bukit Bintang, hmmm)

Esoknya.. jam 7pg, kami dah dijemput oleh tour di lobi hotel... Dikatakan penduduk BKK seramai 36 juta dgn 2 juta kereta, 1 juta motorsikal dan 400 kuil. Kereta berhenti di traffic light bebetul depan Wat Hualamphong.. tu yg dpt snap. hehe.. Ada 4-5 hotel yang kena pergi utk amik org2 lain...

Destinasi pertama : The Famous Damnern Saduak Floating Market (100km ke selatan BKK)Oleh kerana lokasinya yg jauh, mmg kena keluar awal sebab floating market hanya dr jam 8 - 10am shj.. kerana lepas jam tu, cuaca dah panas... Dikatakan, jualan sayur2 adalah pd jam 6 - 7am, kemudian baru mereka akan keluar semula pd jam 8am utk jualan barangan cenderahati.. ada bermacam2 laah.. termasuk jualan makanan ringan dan buah2an..

Tiket utk bot enjin termasuk dlm pakej.. memula naik tu cuak gak.. sebab atas tu ada 3org big size.. hehe.. senget gak lah bot tu.. risau aku.. sampaikan kwn aku terpaksa tukar tempat duduk dengan kwn dia, biar imbang skit... hehehe. selepas sampai di lokasi pasar.. kita boleh menaiki sampan kecil yang boleh muat utk 4 - 6 org shj dan sama2 menyusuri terusan...bayaran Bath 150/pax dikenakan. sungguh unikkan! Only available in Thailand!. Rugi kalu dah sampai tapi tak mencubanya...

Sebelum ke Rose Garden, kami di bawa ke Snake Show.. tiket Bath 200! (~RM20 - mahal? hmmm) Kat sini cuma ada bbrp ekor ular, 1 ekor buaya, biawak, cerpelai serta 4 pertunjukan ular. Ditunjukkan juga cara pengeluaran bisa ular tedung dan deretan gigi ular sawa. Org Thai ni mmg cari duit betullah... kalu pelancong nak bergambar dgn ular sawa besar, dikenakan lagi bayaran sbyk Bath50.
Selepas itu, kami dibawa ke Royal Thai Craft untuk melihat sendiri pengukir2 Thai memindahkan kreativiti mereka ke bongkah kayu dan menghasilkan satu seni yang sangat indah. Harga di showroom semuanya dlm US Dollar... mmg mahal giler.. yer lah, kalu nak dibandingkan hasilnya kan.. mmg menakjubkan.

(Nota utk ukiran kayu di bawah tu : "Two veteran craftsmen contributed their skills and worked for nine moths to present this masterpiece. This is one piece of Teak wood. Measuring 105" long, 40" wide and 6" thick")

Seterusnya, kami di bawa makan tengahari... buffet kat restoren.. nasib baik ada sijil halal.. so, kami belasah je laaah... yumm yumm.. mmg dah lapar masa tuh.
Selesai makan, kami di bawa ke Rose Garden. Pada mulanya, zam ingat cuma ada taman bunga mawar je.. bila baca pamplet, barulah faham.. situlah Thai village.. Dikatakan... dahulunya tempat tu menjadi host utk satu persidangan dunia.. dan ditanam berbagai bunga mawar.. tapi disebabkan cuaca semakin panas, bunga2 tak brp menjadi.. dan diubahsuai kepada Thai Village.. di mana pertunjukan gajah dan budaya ditonjolkan.

Pelancong boleh bergambar dgn duduk di kaki gajah tetapi dikenakan bayaran Bath 20. Habis je pertunjukan gajah, semuanya bergegas ke auditorium utk pertunjukan budaya. Setelah duduk, semua tetamu diberikan tuala kecil sejuk utk membersihkan diri.

Konsep pertunjukan adalah cara hidup org thai di kawasan pedalaman. Bermula dgn seorg ibu mendodoikan anak di waktu pagi, kemudian kanak2 dihantar ke kuil utk belajar agama budha... setelah musim menuai, diadakan pesta. yg lelaki mengadakan pertandingan tomoi, yg perempuan menari2. Disinilah teruna & dara bertemu dan menggoda2... seterusnya.. acara perkahwinan dipaparkan...
Kami bertolak balik ke BKK... sebelum tu, kami dibawa singgah ke kilang batu permata walaupun tiada dlm program asal.. rasanya semua tour guide akan bawa ke situ.. kami diberikan soft drink dan tayangan video pelombongan batu permata.. sebelum dibawa ke bilik pameran.. mmg cantik2 hiasannya... harga pun tak lah mahal sgt.. rasa aku mcm berpatutan laa... then terus kami dihantar balik menggunakan kenderaan lain.. mengikut arah destinasi hotel masing2.
Sampai je hotel dlm jam 7pm... penatnya... ada lak mesej kat pintu, baju yg aku tempah tu tak siap lagi katanya... risau gak aku, sebab aku nya aje yg tak siap. aku tawakal je laah.. terus je mandi dan keluar ke bandar utk jejelan lg di Patpong... beli ole2 skit jer.... thai silk 4 meter utk mak zam je.. utk zam sendiri, zam x beli apa2 pun... ingat nak beli thai silk gak.. tapi x de yg sesuai lak... kami balik dlm jam 11.30.. sebab nak kejar last tren MRT tu... Esoknya, awal2 dah bangkit sbb flight jam 10am. Pagi tu cuba call tailor tapi tak de jawapan.. tension nya aku... then.. tetiba kwn aku call, dia dah di lobi utk check out.. dan baju aku dah ada kat bawah... peerhh... lega rasanya... baru tenang hati nak balik....

Monday, May 01, 2006

Ole2 Ho Chi Minh City

Hi gengs... ni ada ole2 dari LB, bbrp pics yg di amik di Vietnam, Ho Chi Minh City atau nama lama Saigon... kita tatap lah bersama yaaa... dah minta LB citer skit kisah dia di sana.. tapi dia x moh laa.. kang aku reka citer lak.. terbuat citer 30sx lah pulak... kang dia marah aku pulak kan.. so, just tgk jer lah yaaaa..

Tinjauan ke tingkap dari Sofitel Hotel

Hmm.... kat memana ada je China Town kan...

Gereja peninggalan jajahan Perancis.

Kelihatan budak2 sekolah berbasikal menuju sekolah

Kelihatan papan tanda Honda. Kebanyakan motor di sana jenama Honda. Tapi, mana motornya? LB x amik laaa.. lupa katanya. hmmm

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Selamat bercuti-cuti panjang 3 hari sempena Hari Pekerja hari ni... ada yang cuti2 Family Day di Langkawi, ada yang cuti2 lepak2 di rumah aje.. ada yang cuti2 balik kampung bertemu keluarga tersayang.. ada yang cuti2 keluar dating bersama tersayang... Pada yang sahabat belum berkerja di Penang tu.. enjoy2 jer lah cuti-cuti yang ada ni... Pada Hadek di Jakarta, dah x ingat nak balik KL ka? larat ke asyik bedal menu Indon? ekekee