Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, February 23, 2007

Pantun Jumaat

Indah sungguh Pulau Tioman,
Tempat berlibur jadi idaman;
Ingatlah mati insan budiman,
Nescaya hidup dalam pedoman.

- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

p/s : Maaf lambat entry. Modem streamyx di rumah rosak lagi. Tak sampai seminggu beli. Ni entry dr ofis lak.

Friday, February 16, 2007

Pantun Jumaat

Selat teduh lautan tenang,
Hanyut jua kayu beluti,
Terbit pelangi panca warna,
Tanda hampir hujung negeri;
Barang lepas usah dikenang,
Bila diingat rusuhlah hati,
Jadikan ia pengajaran bermakna,
Kepada Ilahi berserah diri.

- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

Friday, February 09, 2007

Pantun Jumaat

Indah berseri aneka permata,
Hendak dibeli hadiahkan bonda,
Pasti berseri empunya diri,
Emas ditinting salut suasa;
Bencana menguji setiap kita,
Insaf mengenang cela dan noda,
Berserah diri pada Ilahi,
Mohon kurnia terlepas seksa.

- Ayie @ Anjung Masjid Kolej islam Malaya, Seksyen 16, PJ. TQ

Thursday, February 08, 2007

Kursus Bajet : 5 - 8 Feb 2007

Maaf sebab dah lama x online... zam berkursus di Bangi sejak isnin lepas... diaorg buat kat ESSET je.. institut KWSP... dok hostel... suasana dlm bilik mmg cantik, mcm hotel gak laaa.. cuma x de peti sejuk je.. & channel TV dpt semua tp semua mcm kena hujan renyai... yang paling x bestnya, telefon ada tp x leh call keluar, so.. x der laah peluang nak online dari sana.. dlm bilik kuliah pun x der network... wifi pun x der... bohsannyaa.. mcm katak bawah tempurung jer...
Nasib baik laah kursus ni cuma sampai jam 4.30pm jer.. so mlm tu mmg free jer.. tp bosan laah pulak kan kalu tak buat apa2... yer laa.. x leh nak online, TV lak bukan leh tgk sgt... nasib baik aaa R dtg temankan mlm kedua, kami pi diner makan sate kajang jer... dia yg teringin sgt makan sate tu....
Malam ketiga tu laak zam dah janji ngan kwn U dulu.. dgn abg nas & wife dia utk diner bersama.. pada yg tak kenal, boleh aa tgk pic sini yaa. oh yer.. LB, abg nas ada tanya pasal ko... jgn nak over lak yaa... dia cuma tanya ko masih study or dah keje jer... tu jer tau.. hehehe.... kami cuma pi makan kat restoran perantau.. makan thai food jer.. & lepak2 borak sat kat umah dia...
Zam dah pernah hadir kursus mcm ni dulu... tapi dah lama sangat.. dtg ni pun cuma nak refresh memori jer... tahu gak laak yg selama ni buat bajet tak berapa tepat.. ada silap sikit.. orang lain dok sibuk buat latih amal, zam sorg2 dok sibuk buat keje sendiri sambil dengar mp3... hahaha...tak pasal2 diaorg saje je lantik sbg Penghulu Kursus.. x kisah laah.. bukannya ada keje pun... cuma tolong bagikan cenderahati utk penceramah Intan tu je.. hehe...

Saturday, February 03, 2007

Kerosakan Henfon...012

Untuk makluman semua kengkawan & para sahabat... andainya tidak dpt menerima balasan sms dr zam, bukan niat untuk tidak membalasnya.. cuma pada masa ini, henfon zam yg jenis Samsung tu dah rosak skrin nya sejak Khamis lepas lagi... so semua sms yg diterima zam pada no 012 tak boleh baca & tak tahu dari siapa pun... kekadang tu zam akan tukar2 kejap dgn fon Sony yg lagi satu..
Setahu zam ada lebih kurang 10 sms yg tersimpan tanpa boleh dibaca yg entah dari siapa pengirimnya.. zam memohon kemaafan sekali lagi atas kesulitan yg timbul... Buat masa ni, masih belum ada bajet nak mengganti fon tu lagi... -n-

Friday, February 02, 2007

Salam Kemaafan Setulus Hati

Zam ingin memohon kemaafan setulus hati kepada semua kawan2, sahabat2 yang terguris dan berkecil hati atas segala kekhilafan perbuatan & keterlanjuran sehingga merenggangkan silaturahim antara kita, yang disedari dan tanpa disedari.... terutamanya buat Ayie & Drac di Penang.... Zam tersepit antara duanya...
Andai ianya tidak dapat dijernihkan, zam rela untuk tidak membuat sebarang entry lagi yang berkaitan ataupun yang boleh mengguris mana2 hati kawan2 yang beranggap Zam adalah sahabat pada mereka. Bukanlah niat Zam untuk melukakan hati para sahabat semua.
Andai ditakdir, pantun jumaat tiada dilayangkan di awan elektronik, maka berkuburlah entry setia Pantun Jumaat selamanya...
"Salam Kemaafan Setulus Hati"...

Thursday, February 01, 2007

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan ke 33.
Sebaya rijall dan ayie kan... hehehe...