Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, May 30, 2008

Pantun Jumaat

Letih sendi membanting kudrat,
Bawa berehat di anjung rumah;
Tulus sahabat mendekat akhirat,
Kekal akrab senang dan susah
.

- Ayie @ laman Musalla IPD, Petaling Jaya, Selangor. TQ

Friday, May 23, 2008

Pantun Jumaat

Gadis ayu berbusana Muslimah,
Padan kerudung biru nila;
Nasihat berhemah itu berhikmah
,
Kekal di minda mengubah cela.


- Ayie @ pinggir Musalla Ibu Pejabat Polis, Petaling Jaya. TQ

Friday, May 09, 2008

Pantun Jumaat

Penat rasa menggesek biola,
Sumbang lagu juga nadanya;
Mengumpat itu sangat tercela,
Murka Ilahi jauhlah rahmat-Nya.

- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

Sunday, May 04, 2008

Pantun

Mega mendung suram pualam,
Kejora enggan mengerdip lagi;
Nakhoda mimpi berlayar malam,
Menanti suria terbit pagi.

- Salam selamat malam Ayie @ Jajar Dedap, Alor Star, Kedah. TQ

Friday, May 02, 2008

Pantun Jumaat

Kuntum melati lerai ke bumi,
Lebah tidak berlagu lagi;
Bila iman mula bersemi,
Gelita sirna dek suria pagi.

- Ayie @ Laman Masjid Kg Alor Pak Ngah, Langgar, Alor Star, Kedah. TQ

Thursday, May 01, 2008

Pantun

Seluang jua menodak baung,
Laut teduh camar bercanda;
Cicip manisnya mimpi berelung,
Bagai lena dijaga biduanda.

- Salam selamat malam, Ayie @ Alor Star, Kedah. TQ