Tuesday, August 29, 2006
Indahnya Persandingan Datin Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid...
INFO Persandingan Siti, Datuk K
- Kek perkahwinan sembilan tingkat bernilai RM12,000.
- Siti menggayakan gaun krim dan pink RM35,000, diserikan dengan layah sepanjang enam meter yang disiapkan sepenuhnya selama sebulan untuk upacara memotong kek.
- Gaun putih Siti disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi berharga RM300,000, ketika bertemu peminat di balkoni tingkat 3 KLCC.
- Siti turut mengalunkan lagu terbarunya, Cahaya Cinta hasil ciptaannya yang ditujukan khas untuk suami tercinta, Datuk K.(sapa dah ada mp3 lagu ni? send kat Zam yaaa)
- Siti menjemput kedua-dua ibu-bapanya untuk memotong pulut kuning meraikan ulang tahun ke-38 perkahwinan mereka.
Friday, August 25, 2006
Pantun Jumaat
Jalur Gemilang berkibar-kibar,
Tanda patriotik menuju wawasan;
Hayati kemerdekaan dalam kesyukuran,
Pacu kemajuan berteras ketakwaan.
- Asta @ Aras 2, Masjid Al-Khalid, USM, Penang. TQ.
Tugasan Luar... 22 - 23 - 24 Ogos 2006
Outstation ke Penang : 21 - 22 Ogos 2006
Nukilan Zam/Haqeem jam 8:47 am 0 komen
Label >> Outstation
Thursday, August 24, 2006
Kursus di Port Dickson : 17 - 20 Ogos 2006
Sunday, August 20, 2006
Kawan Baik.... (KB)
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!
Amin Yarabbil Alamin. Fwd e-mail by Asta. TQ
Pantun Jumaat
Manis bersari buah semangka,
Penghilang dahaga bukanlah rahsia;
Adap bersahabat berbaik sangka,
Lestari persaudaraan sehayat usia.
- Asta @ Laman Masjid Al-Khalid, USM, Penang. TQ.
p/s: Maaf lewat post.. Zam berkursus 17-20 Dis 06 di RISTEC, PD. Kat situ x leh nak OL laa... :-(
Saturday, August 12, 2006
Outstation ke JB : 8 Ogos 2006
Beriya aa tawaf area rumah2 Johor yang ada tuh... x larat aa jalan2 dlm panas terik... terus je ke shopping mall.. pekena mee rebus yang dikatakan sedap sgt tuh...
Nukilan Zam/Haqeem jam 8:40 pm 3 komen
Label >> Outstation
Hujan Meteor Perseids, 12 Ogos, 12am
Pada 12 Ogos ini, peristiwa hujan meteor Perseids akan mencapai ke kemuncaknya.
Jangan Lepaskan peluang untuk melihat lebih 100 biji tahi bintang dengan mata kasar pada malam itu! Anda tidak perlukan teleskop atau binokular unutk melihat 'bunga api' ciptaan tuhan ini.
Untuk maklumat lebih terperinci, layari http://astromas.tripod.com/id24.html
Wassalam........
Friday, August 11, 2006
Madah...
Jika ada sesiapa yang meminta cintamu, katakan cintamu hanya pada Allah,
jika ada sesiapa yang menagih rindumu, katakan rindumu hanya untuk Rasullullah,
jika ada sesiapa yang mengharapkan kasihmu, katakan kasihmu hanya untuk ibu bapa dan jika ada sesiapa yang mendambakan keikhlasanmu, maka berikanlah keikhlasanmu pada yang benar-benar menghargainya.
- fwd sms from Asta. tq
Pantun Jumaat
Tragedi Shatilla masih terasa,
Tumpah darah merata-rata;
Dendam Yahudi sepanjang masa,
Jihad melawannya peranan kita.
- Asta @ Laman Masjid Ar-Rahman Lembah Pantai. TQ.
Sunday, August 06, 2006
Cuti2 Kuching : 27 - 29 Julai 2006
Dah lagi 2 minggu, baru zam dok sibuk2 nak booking semua & arrange.. hehe... mmg malang aa... konon nak stay kat Harbour View.. tapi penuh lah pulak.. so, nasib baik laa ada kawan kat sana yg cdg inap di Hotel Arif.. murah je tp bersih dan selamat aaa.. cuma RM70 semalam je... cuma lokasinya jauh skit dari Waterfront... tapi tak per laaa... Ok gak lah tu...
Sampai di hotel.. seperti biasa kena aa letak deposit kan... hotel ni budget hotel je... x lah pulak terima credit card.. zam dah laah kuar duit cukup2 utk belanja lain.. sbb zam mmg x suka bw tunai byk2... hmm... terpaksa aa letak RM200 utk 2 bilik... (asing lelaki & perempuan kan) nasib baik aa ada tunai skit dlm dompet... Sebelah Hotel Arif tu ada gerai makan.. so, senang je laah kalu lapar.. nak makan, turun je .. di seberang jalan pun ada jugak Medan Selera... so, x de masalah aa kalu nak makan.. Kami pun masuk dan rehat2 kan diri kejap...
Dalam jam 3 tuh dah keluar semula untuk ke pasar Satok.. untuk beli t-shirt2 dan sayuran.. tujuan utama.. nak carik pucuk Midin yg dikatakan cuma ada kat Sarawak jer.. zam prnh makan masa dtg sebelum ni.. mmg sedap.. pucuk midin seakan pucuk paku jer.... lagi satu, ole2 wajib dari kuching adalah ikan terubuk masin... pucuk midin tu seikat dijual RM2.. kalu amik byk dia bg murah skit laa... Kat pasar tu terpisah ngan mak.. zam borong aaa 10 ikat pucuk midin.. dpt RM18 jer... Dalam Zam nak bgtahu mak kata dah beli, mak zam dah beli lagi pun 5 ikat lagi.. pagi sebelum tu dia dah beli pun.. hahaa... byk nya memborong pucuk midin kan?? Ikan terubuk tu pulak, x lah mahal sgt pun... 4 ekor yg kecil RM10 je.. yg besar dlm pic tu, 3 ekor RM20... nasib baik aa abg yg jual ikan tu baik hati.. dia terus bungkus ikan2 dan pucuk midin tu dalam kotak.. balut baik2 jer.. teliti gak laah kerja2 dia membungkus tuh.. ntah berapa kali dia dok melilit tape tuh... mahu habis satu gelung.. hehe...
Friday, August 04, 2006
Pantun Jumaat
Kayuh perahu tanpa tujuan,
Dayung ganti sebatang bemban;
Nilai murni paksi kemajuan,
Sinar kejayaan sebuah peradaban.
- Asta @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ.