Salams... Dah lama tak terlibat dgn program2 belia ni... bila sesekali terlibat, best jugak.. lagi2 lah bila jumpa belia2 dr negara lain ni... best gak cuci mata... hahahaa... Sebenarnya kawan zam dr Brunei dah lama gak bgtahu yg dia terlibat dgn program ni dan minta keluarga zam sukarela jadi keluarga angkat.. tapi zam biarkan ajer.. tak tanya pada mak zam pun pasal hal tuh... then tetiba mak zam bgtahu ada program anak angkat jepun dan dia pun berminat laah. bila zam baca surat tu, rerupanya program belia yg sama.. terus jer lah zam bgtahu yg kwn zam terlibat sama... so, zam pun isi lah borang tu dan minta 2 org belia lelaki laah (sebab anak angkat belia tu tak boleh lain jantina, mak zam nak perempuan.. konflik sikit lah kan). BTW utk tempoh 3 hari tuh, zam dapat Cuti Tanpa Rekod.. best nyaaa dpt cuti lelama ni...
Utk makluman, program Kapal Belia Asean - Jepun ni diadakan setiap tahun dan tahun ni adalah kali ke-34.. pelayaran selama 52 hari dengan kapal Nippon Maru kepunyaan Kerajaan Jepun.. Pada tahun ni destinasi singgahan adalah Tokyo - Singapore - Jakarta - Kuala Lumpur - Bangkok - Vietnam - Tokyo. Pada tahun depan, dikatakan kapal tidak akan singgah di Malaysia. Program ni terbuka pada belia berumar 18 - 30 tahun sahaja. Untuk menjadi peserta Malaysia, telah ditetapkan peserta mesti menjadi ahli kpd mana2 persatuan belia di Malaysia. Borang penyertaan akan dikeluarkan setiap tahun pada bulan Januari. Setiap negara Asean akan menghantar seramai 28 org manakala dr Jepun adalah seramai ~ 40 org menjadi kesemuanya dlm ~ 330 org PY (Participants Youth).
Program di Malaysia bermula pada 19 Nov apabila kapal berlabuh di Cruise Terminal, Pulau Indah, Selangor. Kesemua PY dirai dgn acara rasmi pada hari tersebut dan malamnya. Pada pagi 20 Nov, mereka dipecahkan kpd beberapa kumpulan dan menaiki bas ke destinasi berbeza sebelum berkumpul di Stadium Titiwangsa pada jam 1 ptg utk sesi penyerahan kepada keluarga angkat selama 3 hari 2 malam.
Keluarga Zam menerima P.E, PY dr Brunei (kwn zam sendiri lah sbb zam dah
request nama beliau) dan Chan, PY dr Myanmar. Tepat jam 2 ptg semua PY akan keluar dari bas mengikut giliran dan terus mendapatkan keluarga angkat masing2 mengikut no kod yang tercatat, kami punya K-12 (kod terakhir). Zam pun bincanglah ngan PE destinasi yg dia nak pegi.. kalu tanya pd Chan, dia mengikut ajer.. Kalu ikut taklimat, mostly destinasi wajib singgah PY (ikut komen tahun lepas) adalah KLCC, KL Tower dan Putrajaya jer.. Group Chan dah pi Putrajaya pagi tuh & ni kali ke-3 P.E sampai ke KL, dia x nak pi Putrajaya / KLCC tu pun... destinasi utama dia adalah Istana Budaya (IB), nak tgk sgt pentas IB tuh.. so, kami cdg pi esoknya jer laa... ptg tuh dia nak balik umah & mandi2 sbb dah berpeluh sakan.. Oleh sbb Chan, zam bawak gak lah ronda2 ke KLCC sat.. park kejap tepi jalan dlm renyai tu jugak laah kami foto hadapan KLCC tuh..
Sesampai di rumah, terpaksa lah diaorg ni kongsi bilik ngan Zam, yer laah dah x der bilik lain yg kosong.. umah zam bukan lah besaq sgt pun... Then dpt telefon dr Cikgu Naza (AJK Belia kampung zam yg dan pencen.
bukan Naza Qoth tau! ) yg minta semua PY dan keluarga berkumpul jam 9 mlm di dewan tadika utk sesi kenal2.. rupanya utk kmpung zam ni ada 6 keluarga yg terlibat.. dulu kampung kami prnh mengambil anak angkat dr Jepun.. ramai & lama jugak laah. Diaorg siap panggil wartawan Sinar Harian (akhbar komuniti terbitan Karangkraf) utk dimuatkan dlm berita komuniti Damansara. Sempat gak lah berkenal kejap dgn PY Brunei yg lain (ada 3 org, semua lelaki) Dalam reramai tuh, PY Filipina jer yg x der. Nak tgk peserta & blog BPY?
klik jer sini . Dari situ akan ada link ke blog PY Malaysia & negara lain...
Habis acara tuh, zam bawa diaorg ke Uptown d'Kota jer sbb P.E nak beli ole2 kot.. tp tu lah gerai kat situ bukannya byk jenis pun... x sehebat di P.S Butik lah kan... P.E cuma beli bantal kekabu kecik sbb katanya bantal kat kapal tu keras, sakit tengkuk dia.. x lama pun kat sana.. dan hampir jam 12 gak lah kami sampai umah...
bersambung... [entry 26 Nov 2007]