Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, June 24, 2007

Pertunangan Adik Sepupu... 23 Jun 2007

Sudah lama jugak keluarga kami tidak menganjurkan sebarang kenduri pertunangan atau perkahwinan. Semalam telah berlangsung majlis pertunangan adik sepupu Zam, Aidl, 30y ... Dengar2 citer, mak ayah nya dah lama jugak mencarikan calon menantu yg sesuai.. sudah2nya kaum kerabat kakak ipar nya jugak yg menjadi pilihan..
Majlis bermula dgn Doa Selamat sesama keluarga & kenalan rapat sahaja pd Jumaat, 22 Jun tu... selepas adegan makan2 tu.. terus aa dok siapkan beberapa hantaran, cuma 7 hantaran aje... dan gubahan sirih masih belum siap.. Mamak (gelaran Pak Cik dalam keluarga Minang) Zam pun suh Zam gubah.. erk.. terkedu sat .. dah lama x buat laa.. dah buat beberapa lilitan sirih dan ditutup tapak span tu... so, Zam cdg je buat bentuk merak.. sbb lilitan sirih tu dah sesuai utk jadi ekor... badan pulak kita tutup dgn bunga2 hidup... so, zam terus je laah cucuk2 aje sirih tu jd bentuk ekor merak yg kembang... then zam potong skit span jd kan bentuk kepala dia jer... Bunga2 tu lak dicucuk pd esok harinya... kalu cucuk skrg mesti rosak gubahan apabila di bawa memandu selama 2 jam lebih ke K.Lipis kan... so, ini lah hasilnya.. hehe.. tak lawa sgt pun...Kami bertolak seawal jam 9pagi.. ikut MRR II.. then Hiway Karak.. then masuk Raub.. teringat lak kat LB.. sbb Kg dia kan... hehe... dlm jam 11 lebih gak laah baru smpai umah pihak perempuan.. zam x brp ingat laah kg felda apa... tp lalu gak Felda Sg Koyan tu... hehe... Bila smpai2 tu, tgk2 kek hantaran dah rosak skit, penutup plastiknya terlepas dr gam & menghempap krim lembut tu... terpaksa laah stapler jer kat rumah persinggahan (umah jiran dpn tu)..
Pihak perempuan membalas dgn 9 hantaran.. dlm berbincang tu, pihak perempuan cuma minta wang hantaran RM6K bersih... pihak lelaki lah nak bagi RM7K serba satu... camne tuh? zam pun tak sure apa keputusannya.. sbb x dgr jelas sgt. hehee.... bertunang lak kejap je.. dlm tempoh 1 tahun jer...Jamuan tghari tu kami dijamu dgn ikan patin masak tempoyak cair yg mmg terkenal di Pahang... zam pun jamu selera sakan laah. .bukan apa, sbb mmg lapar.. x sarap sejak pagi, cuma makan kuih2 yg dibekalkan jer spjg perjalanan tu... Semoga pertunangan ini akan berpanjangan dan ke jinjang pelamin pula hendaknya... Amiiin...

No comments: