Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka
Showing posts with label Trip_Cuti. Show all posts
Showing posts with label Trip_Cuti. Show all posts

Monday, August 03, 2009

Foto-Foto di Bukit Tinggi - Padang (Final)

HAMKA, kelahiran Maninjau. Museum HAMKA ini dibiaya oleh ABIM, Malaysia.

Kota Melaka tinggallah sayang
Beta nak balik ke Pulau Perca
Walau terpisah engkau sekarang
Lambat laun kembali jua
Walau luas watan terbentang
Danau Maninjau terkenang jua
- Hamka, Kenang-kenangan Hidup

Bersama sebahagian rombongan keluarga seramai 32 orang di hadapan Pusat Dokumentasi Kehidupan Minangkabau. Terdapat foto2 lama pakaian minang dahulu, rumah, masjid, surau...
Berfoto bersama Nisa (anak sedara). Batang Anai terkenal sehinggakan ada lagu Minang mengenainya.
Antara percaya atau tidak... 20 tahun dahulu dikatakan kapal ini boleh dimasuki melalui buritannya. kini telah tertimbus dengan pasir. beberapa bahagian telah disimen semula bagi mengelakkan hakisan laut. Batu berwarna merah adalah batu asal.

Sunday, August 02, 2009

Foto-Foto di Bukit Tinggi - Padang (Part2)

Tarian minangkabau ni termasuk dalam pakej. Tarian piring sebagai kemuncak acara tarian... menari dan melompat atas pinggan pecah dan kaca pecah.
Rumah pusako di Lubuk Gadang, Kec Palembayan. Di sini lah lahirnya Datuk sebelah ibu.. cuma tinggal tiang dan atap (masih kukuh). Dindingnya semua telah diambil orang :(
Besar-besar labu di matur ni..
Ngarai ni dekat je dgn kota Bukit Tinggi.. pintu Lubang Jepang tembus ke tebing ngarai utk tujuan melarikan diri. Tak jauh dengan Jam Gadang.
Dibina oleh tentera Jepun selama penjajahan selama 3 tahun. Tak sempat digunakan kerana Jepun telah kalah.
Lubang Jepang.. besar terowong ni.. bbrp ruang sahaja yg di simen.. yg lain masih terowong asal.. ada ruang penjara, dapur, biik mesyuarat, berek, simpanan senjata. Dibuat oleh buruh paksa. Buruh paksa yang mati dibuang sahaja mayat nye melalui satu lubang kecil dan jatuh ke ngarai
Dendeng daging dah biasa dijumpa di KL. Belut salai ni jarang nampak kan? Bila dah goreng dan letak sambal cili yang digiling, sedap jer.. x rasa apa pun, rasa keropok jer. hehee
Sempat merempit sekejap dengan skuters makcik ayu. hehee. Terowong Jepun merentasi di bawah Jam Gadang ini..
Kelok 44. perjalanan dari atas bukit ke kaki danau menyusuri tebing gunung/bukit sebanyak 44 selekoh tajam (U shape). Kelok 5 paling bahaya kerana berbentuk S dan sempit
danau ni seluas 8km lebar & 16km panjang. terjadi akibat gunung berapi yang masih aktif.

Saturday, August 01, 2009

Foto-Foto di Bukit Tinggi - Padang

Hadapan Istano Silinduang Bulan. Replika Istano Pagar Ruyung yang telah terbakar dan kini dalam pembaikan
Nikmati kopi asli di sini.. Saksikan pokok kopi dan proses menghasilkan kopi segar

Hadapan Restoran Rondok Flora, Batu Sangkar. Wajib lunch kat sini.. syok banget makan di sini.. asyik & enak
Landmark kota Bukit Tinggi

Wednesday, July 22, 2009

Salam dari Bukit Tinggi, Indonesia - Hari pertama

Salam buat semua sahabat, kenalan dan keluarga... Zam dah sampai menjejak kaki di Bukit Tinggi ni.. Sampai di Bandara Minangkabau, Padang tepat seperti jadual tetapi terlalu byk form yg perlu diisi, arrival card, custom, health declaration ... then kena isi kan utk yg lelain... lama gak aa habis masa kat sini... kat airport sini x de pun screening suhu.. just declare sihat jer & bg no seat dlm flight.
Kami dijemput juga oleh sanak saudara yang menetap di Padang.. Acik Ayu yang dari Palembayan juga datang menjemput. Sampai jugak jejak kai di tanah minangkabau ini... balik kampung datuk nenek... jadual asal hari pertama terpaksa berubah atas permintaan pakcik zam dan juga waktu yang terlewat... kami cuma melintasi Air Terjun Anai.. x singgah untuk berfoto.. huhu... x lah besar mana, mcm Lata Kijang menuju Cameron Highlands tu jer.. kemudian terus ke kedai sulaman Lindungan Bulan untuk shopping.. seharusnya selama 1 jam jer.. melewati ke 2 jam .. melepasi azan maghrib... perut dah mula lapar... terus je menuju ke Bukit Tinggi untuk makan malam di Restoran Gon Raya.. dah kenyang perut baru aa check in di Hotel Kharisma. Lepas mandi, saje je jejalan sorg2 keliling kota menuju ke Jam Gadang.. then singgah aa di warnet ni...

Sunday, June 28, 2009

A Journey to Minangkabau : 22 - 28 July 2009

Entry sebelum ini hanya sekadar untuk memberikan keghairahan Zam untuk bercuti ke tanah Minangkabau pada bulan depan, 22 - 28 Julai 2009. Semua persiapan dah di atur.. tiket, cuti rehat, cuti ke luar negara, pakej pelancongan selama di sana.. Iternary juga telah disusun dengan ikut kehendak sendiri. Percutian ini merupakan antara percutian terbesar keluarga zam.. seramai 28 org yang akan turut serta.. Juga untuk buat urusan tanah pusaka di kampung halaman (Palimbayan) yang akan dibuat pada hari kedua di sana...
Yup.. Zam berketurunan Minangkabau.. Datuk & Nenek datang merantau dari tanah Minangkabau ke tanah Melayu.. so, masih ramai sanak saudara kekal di sana, Bukit Tinggi, Padang & Medan. MakZam dah bbrp kali pulang ke tanah Minangkabau.. anak sedara Zam (Hidayah & Idham) pun dah sampai terlebih dahulu.. dulu tak ikut sbb tak dpt cuti....
Diharapkan perjalanan itu akan memberikan pengalaman yang cukup berharga.. menikmati keindahan dan keajaiban tanah Minangkabau. Moga tiada aral yang melintang...
p/s: Dengar2 kan lah lagu Ayam Den Lapeh... Terkanang Juo Kampung...

Friday, June 05, 2009

9 Keajaiban Alam Minangkabau

1. Jembatan Akar – Pesisir Selatan

2. Ngarai Sianok – Bukit Tinggi

3. Danau Singkarak – Tanah Datar

4. Gunung Singgalang – Padang Panjang

5. Laut Mentawai – Mentawai

6. Lembah Arau – Limapuluh Kota

7. Danau Maninjau – Agam

8. Danau Kembar – Solok

9. Pantai Air Manih/Batu Malin Kundang – Padang

9 Keajaiban Alam Minangkabau

Sumber, Kredit & Versi : Empi MUSLION JB’loƧ

Saturday, January 31, 2009

Cuti2 Famili CNY 2009 @ P.D. : 19 - 20 Feb 09

Sempena cuti-cuti panjang CNY ni, famili kami dok wat gathering lagi.. kali ini lebih meriah sebab semua kaum keluarga sebelah mak pergi.. seperti biasa, zam ditugaskan untuk menguruskan sukaneka.. adalah bajet terkumpul sebanyak RM500 buat hadiah2 ... itu pun last minute baru dapat.. so, ahad sehari seblum pi baru laah pergi beli barangan kat Tesco.. mudah & senang.. beli jer towel2, mainan bebudak & barang makanan jer... calit2 pakai card, dapat gak kumpul point. hehehee.. malam tuh, tetiba je dapat demam.. penat telan panadol aje... Memasing dok janji utk bertolak jam 10 pagi dari rumah & berkumpul di sana... tapi kebanyakannya bertolak jam 11 pagi.. hehe.. biasak laa.. bila dah ramai2 tuh, ada je yang terlewat... dalam jam 1 tgh lah sampai d Glory Beach Resort.. penuh parking, ramai betul yg dtg lepak kat Glory ni... murah je, RM250 utk aptm 3 bilik. Bila memasing dah lapar.. so apa lagi, bentang tikar, hidang makanan, makan reramai di bawah apartment...
Pihak penganjur yang uruskan bilik, saje je datang lambat sebab bilik hanya boleh check in jam 3 ptg... geram jer.. dah tahu lambat, napa pulak disuruh pergi awal2.. konon nak start sukaneka awal petang tuh, tapi korum x cukup, mcm mana pula nak mula kan.. sentapss... Bebudak tuh dah gian nak terjun kolam.. hah .. pi laah mandi dulu.. kang dapat masuk bilik terus naik...
Janji mula jam 4.30 utk sukaneka.. jenuh tunggu dalam demam2 skit tuh.. jam 5 lebih baru semua berkumpul kat bawah... acara tak banyak pun... cuma jd banyak sbb pecah ikut kategori umur... Tiup Belon, Isi Air & Boling Kelapa je.. malas nak fikir games lain.. kepala pening dalam demam.. jenuh nak urus sorang2..
Yang geramnya.. bila dah acara nak mula.. memasing baru nak bagi idea.. buat macam ni laa.. buat acara ni laa... huhu... mcm laah bahan nya ada nak dibuat... asal nak wat Makan Epal.. tapi epal x beli.. tukar ke Tiup Belon.. belon lak x cukup.. huhu.. sbb ada belon yang melekat & tak boleh ditiup..belum lg yg terkoyak... huhu...
Dalam demam2 tuh... masuk jugak dalam laut, memerhati diaorg ni.. biasak laa.. mak2 ni.. ada je cara nak ngelat .. nak bg anak2 / cucu2 masing2 menang.. huhu.. riuh aa kejap pantai tuh... mmg ramai famili lain kat situ... lantak laa.. btw, sebelum kami mula, ada gak famili lain yang buat sukaneka diaorg.. hehe.. nampak aa diaorg buat Tiup Tepung, Tiup Belon...
Nak wat isi air ni.. nasib baik botol air masa raya tuh masih ada lagi... belum terjual kat recycle.. hehe.. kalu tak, jenuh gak laa nak carik 10 botol 1.5L tuh...
Isi air ni.. masing2 tunjuk skils laa.. mak2.. nenek2.. budak2.. semuanya masuk laut.. asalnya nak isi guna ais paip je.. sbb dulu memasing x moh masuk laut.. jenuh aa cari baldi.. sib baik la ni sporting je.. semua berendam dalam laut.. hehee...
Nyesal masuk sama laut.. sebab x bawak suar lain pun.. cuma pakai track suit je... sweater pun terbasah bila masuk sama acara tuh untuk kategori lelaki.. kalah... hahaha... menggigil aa kejap dlm kesejukan tuh.. tahan aje laa...
Dah siap acara Isi Air tuh.. memasing riuh & masuk utk Boling Kelapa... jenuh gak aa carik kelapa tua sekitar hotel tuh.. sib baik jumpa gak 3 biji... kelapa kecik2 jer... ringan je.. hehe... ikut nasib je baling... ada yang kena, ada yang langsung tak kena sebab kelapa golek ke tempat lain. hahaa... zam punya? pun x kena.. melantun ke atas botol je.. hampeeh tul... sebab baling atas lantai bukan pasir.. memasing ada cabaran nya.. hehee.. masa ni riuh gak.. ada gaak laa pemerhati dari luar. hehee..
Malam tuh... dinner dgn BBQ.. ada kambing, ayam, ikan, hotdog... sponsor by sorg pakcik zam... ni semua idea dia.. ala2 rezeki bisnes sewa khemah dia tuh... tuh yang beriya diajak nyaa.. demam pun naik semula.. terus makcik zam suh telan Febricol 2 biji... syukur, kebah gak laah malam tuh.. gagahkan jua turun ke bawah dengan seluar & sweater lembab.. x cukup kering, walau dijemur sebelah aircon luar tuh...
Selesai dinner tuh.. diagih2 laah hadia utk para pemenang acara ptg tadi... then.. baru buat cabutan bertuah.. ada lah 8 hadiah.. hamper, set pinggan mangkuk, kain la.. then lebihan hadiah yang x jadi dibuat tuh.. hehe... asal nak wat Anyam Ketupat.. tapi memasing dah malas. Seperti biasa.. kalu cabutan2 ni.. mmg malang aa nasib zam.. hampeh jer... cabut2 dpt kertas kosong jer... hehe...
p/s : Entry dibuat sementara tunggu kereta diservis dari jam 11 pagi - hingga 5pm! masih belum siap2 lagi neh.. lama giler....

Wednesday, October 08, 2008

Cuti2 Langkawi : 4 - 7 Oktober 2008

Setelah lama merancang, akhirnya tercapai jua. Percutian keluarga di Langkawi sempena cuti raya. Ramai yg pergi, famili zam, makcik2, sepupu2.. diaorg semua pergi dgn flight AirAsia.. zam bersama 2 anak sedara & kakak pembantu pergi dengan bas & feri jer.. kami terpaksa pergi lebih awal, Jumaat maal dah bertolak dgn Transnasional ke K.Perlis.. oleh kerana musim raya, tiket pun mahal skit dgn surcaj 30% tuh, RM42(Dewasa) & RM 21(Kanak2). Perjalanan dr Jln Duta ke K.Perlis tak disangka begitu pantas.. bertolak jam 11pm.. smpai di K.Perlis seawal jam 4.30am.. itu pun termasuk berhenti sebentar di Rehat Bkt Gantang selama 30min.Sesampai di stesen K.Perlis terpaksa aa tunggu siang.. kaunter tiket feri pun belum buka.. Feri seawal jam 6pg.. tapi zam amik yg jam 7pg, biar cerah dulu lautan tuh.. x lah serams sgt bergerak dlm gelap. hehe. Feri dr K.Perlis ke Kuah cuma 45min - 1 jam jer.. Tiket feri pun naik skit RM18 (Dewasa) & RM13 (Kanak2). Sesampai di Kuah, bertemu kenalan lama, MI yg kebetulan bercuti di sana menemani adiknya yg tak dpt pulang bercuti kerana tugas. Terus je uruskan kereta sewa utk keluarga berjalan di sekitar pulau, sampai kena amik 3 MPV sbb ramai. Dah dpt kereta, baru senang nak gerak.. destinasi pertama adalah kedai makan sbb perut dah lapar nak sarapan. hehehee. Then shopping skit sbb mak zam dah pesan suh beli periuk nasi, nak guna di apartment nanti.. lg pun periuk kat umah dah rosak & kecil... murah aa skit kat sini kalu banding dgn Tesco. Tghari tu baru lah pi airport utk jemput mereka semua... terus pi lunch & check in.
Penginapan ni diurus oleh makcik zam yg jd member Leisure Holidays, dpt 2 apartment free, sbb ramai kena tambah lg 1 dan dikongsi2 bayar laa.. RM200/mlm selama 3 malam.
Ni pun bukan kali pertama kami bercuti ke sini.. so, kali ni mmg tak byk tempat sgt yg pergi lawat mcm dulu... zam pun malas je nak ronda2 sbb tak ada destinasi baru.. Makcik & sepupu yang belum prnh pergi, diaorg urus sendiri utk Island Hoping.. RM300++ bg sebuah bot utk 12 org.Then kami cuma pi Kota Mahsuri dan Kereta Kabel.. zam tak naik sbb dah pernah naik 2 kali.. tiket pun dah mahal gak...
Ni lah dia makam mahsuri yang telah diubah suai beberapa kali.. dulu masa sampai awal2, berbentuk batu putih dengan nisan putih tinggi.. then berubah kepada bulatan & diletak 1 batu sungai sahaja... kali ini bulatan tersebut telah pun berpagar dan binaan kubur seperti di atas dibini semula... Perkarangan rumah pun telah diubah suai menjadi Kota Mahsuri...
Kandang rusa dan arnab yg terletak di pintu kereta kabel kini telah dibuka secara percuma kpd awam... rusa jinak yg sentiasa mengharapkan pemberian makanan pelet yg dijual RM1 bg setiap bungkusan kecil.. Rusa & arnab dilepaskan bebas dlm kawasan lapang berpagar...
Setiap kali bercuti, acara sampingan yang jarang dilepaskan pastinya acara menjaring.. Itu pun kalu sorg pakcik zam pergi.. sbb mmg hobi dia menjaring sejak dulu.. kalu ke sungai, kuala, pantai, jaring2 nya pasti akan di bawa... & jaring2 yg dipasang di pantai sering kali koyak & rosak akibat dilanggar oleh bot2 yang melintas di waktu malam...
Pemasangan jaring agak lewat dibuat kerana ketiadaan batang kayu pancang.. pada hari kedua baru dipasang.. ptg tu cuma dpt ketam sekor yg agak besar, ikan pari, kerapu & bbrp ikan kecil.. cukup sekadar merasa daging segar.. jaring dibiar semalaman.. awal pagi 7 Okt, zam dah terpaksa balik dgn feri jam 8.30pg krn bas ke KL bertolak jam 10.15pg.. Khabarnya, byk ikan yg sangkut semasa dikutip pada pagi tuh.. puas menggoreng sebagai menu sarapan...
Bas yg bergerak pd siang hari rasanya lambat kot... dengan berhenti sebanyak 3 kali, kami hanya sampai di Jln Duta pd jam 6ptg... & dijemput oleh pakcik ke rumah... seterusnya zam ke LCCT utk menjemput keluarga yg lain... nasib baik flight delay hampir 2 jam.. dan ada 1 flight jam 8.30pm dibatalkan dan digabung dengan jam 10.30pm.. itu pun tertunda lagi ke jam 11 lebih... huhuuu... sabar jer laa...

Tuesday, August 12, 2008

Cuti-Cuti Phuket : 080808 - 120808 (Selamat Tinggal Phuket)

Hari Kelima (12 Ogos) : Dah tiba nya masa utk pulang ke KL.. huuhu.. rasa mcm nak sambung je cuti2 ni, kata Cik Min.. Nak tak nak.. terpaksa lah berkemas2 beg pagi tu sesudah sarapan.. trip kali ni yg paling skit beli ole2.. hehe.. mmg saje x nak beli.. malas.. ole2 Phuket sama je mcm Bangkok.. sampaikan tak de pun beli t-shirt utk anak kesayangan zam si Haqeem tuh.. huhu.. sedih gak. Beg pun x penuh, ringan jer.. x sampai pun kuota 15kg.. hehe
Tghari tuh, flight delay skit sbb flight dr KL lambat tiba.. dlm jam 4 dah smpai LCCT.. naik bas ke KL Sentral & naik teksi ke rumah... tak sabar nak tgk baby bunny yg baru lahir tuh... tapi.... berita sedih yg diterima.... -n-

Monday, August 11, 2008

Cuti-Cuti Phuket : 080808 - 120808 (Hari Keempat)

Hari Keempat (11 Ogos) : Pagi ni merupakan ulangtahun cik min.. sory lah cik min, x leh nak celebrate sgt.. kek pun x berani nak beli. hehe.. Lepas sarapan di hotel, kami sewa motor lagi untuk ronda2 Phuket ke arah utara pula...
Dalam perjalanan tuh, ternampak lokasi ni, terus zam berhenti kejap utk snap2 foto.. cantik kan.. kerusi tu mmg ada situ utk lepak..masa kami lepak2 sat tuh, ada gak pelancong lain yg berhenti lepak, naik motor gak ... tp mamat tu solo je la...
Then terus ke Kamala Beach.. sunyi jer.. ada laah bebudak Korea yang baru bersiap dari surf.. pantai mmg sunyi la.. x de org sgt.. Kamala area ni ramai komuniti Muslim.. kat area ni ada kubur muslim tepi pantai..
Dalam perjalanan tuh, nampak laah FantaSea ni... ni lah pusat hiburan di Phuket.. siap ada show, makan2 & mcm2 laa.. tp kami x masuk ni.. tiket mahal sgt... so, just snap kat pintu masuk je laa. heheee
Lepas tu terus singgah di Surin Beach pula.. tak jauh sgt dr Kamala.. sepanjang jalan ada byk restoran dan gerai Muslim... tapi x singgah makan sbb rasa masih belum lapar.. kat pantai ni cuma lepak2 kejap jer.. ternampak lak gerai muslim kat pantai tuh..
Cuma beli air dan Banana Pancake ni.. macam Roti Pisang kat kedai mamak je.. cuma tepun tuh lembut skit, x liat mcm roti canai... & di sira dengan coklat atau lain2 pilihan yg ada.. kat phuket ni mcm x de jus buah jer.. kalu air buah mesti diblend ngan ais jd ais blended.. tp sedap sbb ais dia kurang & cepat cair..
Lepas makan terus ke bandar Phuket sebab R kirim CD2 & DVD movie Siam...jenuh gak laah cari.. pantang nampak jer kedai movie, mesti singgah... dpt gak laah VCD yg dia nak sgt tuh.. then CD2 lagu Siam.. + bbrp movie Siam lain... lama gak laah kat bandar ni.. pusing2 sampai tak tahu mana jalan.. main bawak je motor tu ikut peta.. hehee...
Dah lewat petang skit, baru lah kami balik... singgah lah berfoto di depan Masjid di area patong ni.. kat sini mmg byk kedai muslim.. ada satu kawasan tuh, mmg semua gerai2 Seafood Muslim jer... tapi kami x singgah makan pun.. hehee...