Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, December 19, 2008

I have a dream... Mamma Mia!

"I have a dream... and its a dream become reality tonite. Thanks so much. Such a great honoured 4 being ur company to Mamma Mia! Regards my greatest thanks to Jaime on her efforts n kindness" - got this sms from Ayie after sending him back to Shah Alam late that night.. arrived at home around 1.30am after a short supper @ Pak Li, S.A. hehe.. Yeah.. as true as Ayie mentions, Zam also really greatfull to joined Jaime aka Rambomadonna, Syu & there partner... really enjoy that night.. what a night...
Tonight was a corporate night to SP Setia partners, associate and clients… VVIP guest of honours on that night is YDP Agong & Permaisuri, Datuk-Datin, even my Boss also there… huhuuDuring performance, all video & photo shoot is prohibited.. Only after show ends, there are extended songs & performance, same like in the movies… during this time, almost everybody take out their camera and shoot..
Zam also do the same, shoot some videos too. Hahaha… even thou we are at upper circle level…
They sing almost all time favourite songs like Mamma Mia, Dancing Queens and mores. Tonight is soo memorable...
After the show.. Agong straight to go hoe.. but we are quite late to go down.. never know that all lead performer Q besides red carpet to be introduce to Agong & give some respect .. when Zam see this, I just rush in front of them to shoot some photo.. wanna meet face2face but its too late when all of them go to backstage…

Sunday, December 14, 2008

Gulai 'Bukek' dan Kulit Lembu

Salams... seperti dijanji.. atas permintaan Cik Min yang jauh di sana.. zam pun mintak laah resepi gulai bukek tuh dengan mak zam... resepi turun temurun. ahaks... jangan korang jadikan komersil dah laa.. royalti mahu ingat... huhu... Bak kata mak zam.. resepi nya tak susah pun.. pada yang pernah masak gulai daging, macam tu jugak lah cara masak gulai bukek ni.. cuma beza sikit aje... rempah-ratusnya sama saje.. cuma dilebihkan serai (sekali ganda lebihnya), kalu untuk 1kg daging, serai dalam 4 batang, lebihkan daun limau purut (5 daun), santan cuma guna sedikit sahaja ( 1/2 - 1 biji sahaja) dan tambahkan tepung beras yang telah digaul dengan air.. kepekatan mengikut citarasa.
Daging pula dimasah bersama dengan rempah ratus sehingga empuk.. kemudian baru lah dimasukkan santan dan tepung beras... dan gulai bukek ni amat sesuai kalu dimasak dengan isi dalam lembu seperti usus, perut, daging2 berlemak.. hehee... mana yang tak pernah dan tak lalu nak makan isi/organ dalaman lembu.. tak perlu lah nak cuba-cuba ek. hehee
Dan salah satu lagi kegilaan jiran-jiran indo keliling rumah ni adalah kulit lembu... selalu nya kalu korban ker.. diaorang ini akan ambil kulit2 tuh.. tak ramai yang tahu kan... dan juga tak ramai yang boleh lalu nak tengok foto2 proses kulit ni... kulit yang telah dibersihkan dipotong kecil bagi memudah proses pembakaran....
Tujuan utama kulit dibakar adalah untuk membuang bulu roma yang keras tuh... kulit dibakar sehingga hitam macam arang... setelah dipastikan semua bulu terbakar.. pembakaran juga bertujuan untuk membuang air/penyejatan supaya kulit menjadi tahan lebih lama...
Begini laah bentuk kulit yang telah dibakar... keras dan melengkung macam ubi kayu aje sekali tengok tuh... heheee
Kulit yang hangus dikikis bagi membuang arang dan juga bulu2 sehingga ianya menjadi bersih semula.. kikis pun ala kadar je laa... selepas itu, kulit akan dipotong lebih kecil dan dijemur dipanas terik matahari bagi memastikan ianya benar2 kering.. tahan lebih lama sehingga 2 tahun katanya... (terlupa nak snap proses jemuran.. hehee)
Kulit yang dijemur akan menjadi keras.. justeru, apabila hendak dimasak, ianya perlu direndam terlebih dahulu di dalam air bagi melembutkannya semula... biasanya ianya akan dimasak taucu ataupun digulai jua... sedap wooo... rasa kulit kenyal2 jer... leh nampak dan agak ke yang mana satu kulit dalam foto di atas? heheeh....

Wednesday, December 10, 2008

Kenduri Tahlil & Takbir Aidiladha

Malam aidiladha tuh, kami adakan kenduri tahlil & bacaan yassin asalnya... tetapi diubah oleh pembawa acara kepada takbir dan tahlil sahaja... Tak ramai pun yang diundang, cuma kariah masjid dan famili sahaja.Tahlil ni sudah tentunya dibuat untuk keluarga yang telah kembali ke rahmatullah... teringin nak buat susur galur atau salah silah keluarga.. tapi cuma tahu sampai ke moyang aje..Jamuan malam tuh tentunya dengan lauk korban... rendang daging, sup tulang, gulai bukek... dengan iringan lauk-laik lain, keli bercili, udang tempoyak. hehehe
Puas makan menu daging korban.. tapi tak leh nak makan banyak sangat sup tuh.. x larat. hehee...

Monday, December 08, 2008

Sambutan AidilAdha - Ep. 1

Sepanjang hari ini.. hujan rahmat turun membasahi bumi.. rasanya sejak malam tuh lagi... jam 1 lebih terdengar salakan anjing d luar rumah... pastinya anjing liar yang menyerang arnab dulu kot fikir zam.. terus je keluar menjenguk.. x nampak.. risau gak kot2 diserangnya lembu korban yang diikat di belakang rumah.. x nampak sangat aa dalam gelap tuh.. sayup2 jer dengar nya... Sesudah sembahyang raya... acara korban terpaksa ditangguhkan dulu sebab hujan masih lebat.. lagi pun masih tak ramai yang sampai untuk membantu.. dalam jam 10 baru mula.. semua ke belakang rumah untuk acara korban... zam diamanahkan untuk menulis nama2 mereka yang berkorban ikut lembu yang ada... secara kebetulan, no lembu yang zam pilih semalam, sama dengan turutan sembelihan lembu yang pak cik zam buat. hehee...
Zam jugak lah diamanah untuk menyebut nama2 yang berkorban di hadapan lembu masing2 sebelum sembelihan... hehee...
Lembu 3 ni agak garang sikit... lasak... daun pisang tu diguna untuk menghalang darah yang memancut keluar supaya tak kena ke badan... tapi pasti nya akan kena juga bila lembu tu menendang2...
Dah siap sembelihan, lembu dibawa ke atas lori dan di bawa ke halaman rumah untuk dilapah... isi perut seperti hati, limpa, jantung dll diasingkan terlebih dahulu untuk dimasak rendang.. manakala usus2, lemak2 dll diasingkan untuk dimasak gulai bukek... (akan dicerita lanjut kelak)
Kesemua daging dilapah untuk ditimbang dan diagih-agihkan. Berat ketiga-tiga lembu mencecah 180kg. Hanya 177kg sahaja yang diagihkan kerana daging lebihan tuh telah diguna untuk dimasak rendang...
Lain tempat, lain cara agihannya... tahun lepas lain, tahun ni pun lain.. zam cuma ikut formula kiraan pakcik zam jer.. Pertama : semua yang berkorban boleh meminta berapa bungkus yang diperlukan.. ada yang minta lebih sebab nak diagihkan sendiri kepada yang diperlukan.. bergantung kepada mereka.. kebanyakan ambil antara 2 - 5 bungkus aje. Zam pun cuma amik 2 aje.. nak bagi pada kakak ipar dan keluarga anak sedara di Puchong tuh. Kedua : semua lelaki yang datang membantu akan diagihkan sebungkus seorang. Bila dikira2 adalah dalam 90 bungkus.. dilebihkan 10 bungkus kot2 ada yang datang membantu kemudian.. so, genaplah 100 bungkus.. di mana sebungkus seberat 1.75 - 1.77 kg.
Acara yang ringan2 seperti menimbang ni je lah yang zam buat.. hehe... nak memotong tuh dah ramai sangat yang bantu.. nak melapah tulang, tak pandai sangat. Biar yang pakar je buat. hehee...dah siap bungkus, agihan pun dibuat seperti yang tercatat.. Alhamdulillah, dalam jam 1 semuanya dah selesai... Tapi rendang belum siap masak lagi... hehe.. Tengah hari tuh cuma makan nasi dengan sup tulang aje & beberapa lauk sampingan... Rendang & gulai bukek akan dihidang untuk kenduri tahlil di malam hari pula... (bersambung.....)

Sunday, December 07, 2008

Salam Aidil Adha

Pengorbanan Ibrahim patut dicontohi,
Ketaatan Ismail wajar diikuti;
Kesetiaan Hajar lambang kasih sejati,
Erti pengorbanan sebenar bersama dihayati.
- from sms
Syukur alhamdulillah... tahun ini.. sempena aidil adha ini.. dengan rezeki yang diberikan oleh Allah yang Maha Esa.. zam berpeluang sekali lagi menunaikan ibadah korban.. bersama-sama dengan keluarga yang lain, dapat lah kami korbankan 3 ekor lembu ni.. zam punya cuma 1 bahagian aje.. hehe.. ikut yang termampu lah kan... zam nak pilih yang lembu di pic atas tuh..
Bebudak... suka sangat tengok lembu tuh.. memang pun laa.. dulu kat kampung ni, ada yg gembala lembu tapi sekarang ni dah tak ade... teringat2 zaman bebudak dulu... zam pernah kena terjah dengan seekor lembu kat depan rumah ni... kat depan rumah dulu kawasan lapang.. memang banyak aa lembu org kg ni yg dilepaskan kat situ... siyot jer.. tetiba je dia kejar.. terus jer zam lari masuk sungai depan rumah tuh... kuyup laa.. dah laah sungai tu bukan bersih sgt pun.. nasib baik aa cetek jer.. huhuu...
Kat sungai depan rumah ni jugak laah, pernah sepupu zam yang nakal, tetiba jer dia lari-lari dan terus terjun sungai.. dalam gak dari tebing ke dasar sungai, cuma sungai cetek laa... gelak jer kitaorg.. mmg dia tuh nakal masa kecil.. sib baik aa dah besar ni baik skit. hehee... dan.. kat sungai depan tu jugak laah, pernah dedua arwah abg zam.. yang tua ngajar yang muda bawa kereta abah zam.. kereta Datsun 120Y warna putih... baru nak belajar.. terus dia tekan minyak dan terjun ke sungai... menjerit mak zam bila tengok kereta tu meluru jer... bila dikenang2, buat gelak aje kaan... hmm.. tapi tu laah.. semua nya tinggal kenangan ajer... kenangan yang mendewasakan kita...
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.. dan selamat menunaikan ibadah korban. - ikhlas dari Zam.

Saturday, December 06, 2008

Geram dengan Le Paris Costa Rica Hotel, Port Dickson

3 - 5 Dis 2008 lepas, kami ada wat bengkel ISP di sana.. dulu pernah buat brainstorming gak kat sini.. time tuh zam lah yang buat urusan hotel.. semua ok jer.. hotel pun mcm best je layanan.. makan pun sedap sebab tak makan di cafe.. semua kami minta asing di bilik lain.. sebelah bilik seminar sbb buat masa week end.. so ada staf yang bawa famili.. leh masuk ramai2.. x perlu guna kupon makan...
Kali ini, layanan hotel macam tak best jer.. bilik pun macam dah usang jer.. dapat lak bilik 2 katil single.. padahal dok sorang.. yg ni memang salah penganjur laa. semua dia amik bilik twin-sharing.. bengap tul.. zam laser jer kat dia.. bos pun diaorang tak upgrade bilik.. bagi bilik standard jer... apa daaa... x ikut kelayakan, jimat punya pasal kot.. huhuuu...
1 malam tuh, zam turun dinner lambat coz tertidur.. dalam jam 8.40pm jer.. bila sampai cafe, semua food baru je di kemas dah masuk troli... awalnya kemas.. huhu... terpaksa aa pi makan Ikan Bakar kat luar .. huhu.. sib baik aa Siakap bakar tu sedap. haha.. tapi tomyam hampeh.. huhu
Then nak jadi citer lagi... pagi nak c/out tuh dah siap kemas baju laa.. semua dah lipat masuk beg.. jaket dan baju batik yang tak jadi pakai, kemas dalam casing dan sangkut semula dalam almari sebab nak pi bengkel/rumusan dulu pagi tuh... Lepas habis tuh, terus je laaah masuk bilik, capai beg dan terus turun ke bawah untuk c/out.. then lunch dulu seblum balik.. memang tak ingat langsung jaket dalam almari... dah sampai KL, nak sampai umah baru teringat... terus call ke 103, hampeh jer.. line busy.. asyik lah hold > 3 min... 2 kali lak tuh, x dapat gak..
Bila sampai umah dalam jam 6 lebih tuh, call lagi 103, x dapat gak.. giler TM.. terus je online, cari no fon hotel.. call hotel, front desk pun angkat.. jawab kol macam layan x layan jer... dia boleh jawab.. "tak per encik, nanti kami check dengan housekeeping dan call encik semula yaa... " boleh? padahal dia tak tanya pun nama sapa, no fon apa.. zam lak yang bagitahu no fon.. (ayie, pernah kena kes macam ni kan dulu? huhuuuu) ... sakit hati jer cara jwb dia tuh... then jam 8, zam call lagi dari Cathay.. pun sama gak jawapan. hampeh... housekeeping tak der report pun ada baju tertinggal... suh call semula pagi esok jam 9 lebih.. pagi tadi, zam call lagi jam 11.. front dexk layan x layan jer.. zam mintak aa nak cakap dengan manager on duty, dia pun sama gak.. suh hold nak semak.. tahu2 terus je putus lepas tuh... gerams tul.. zam biar je laah dulu kot dia nak carik info ker,. siasat ker... x de pun nak call...
Then zam kol lagi jam 5pm lg... 2 kali call, tak berjawab.. dalam jam 7 kot baru ada jawab.. yang ni layan ok skit la.. katanya cuti 3 hari, nai baru masuk.. dia akan semak dulu.. mintak a no fon zam.. bila c/in, bila c/out.. dari mana... tapi tak tanya bilik mana. ceh... zam kata aa bilik 819 tuh... katanya akan call semula.. kalu tak de call, mahu jer pi PD semula.. nak pi maki kat lobby hotel tuh... tengok laah camner esok pagi... (LB, x jadi balik raub ka? jom teman pi PD eosk pagi? hehe... )
Lepas ni.. memang aa black list hotel ni... oh yer... sebelum c/out tuh, zam ada bagi bad review kat comment form dia. huhuuu... memang hampeh...

Thursday, December 04, 2008

Salam Ulangtahun Otai : 04 Dis

Salam ulangtahun buat Otai ... moga sentiasa sihat walafiat, bahagia dengan keluarga dan teman-teman... Bila agaknya boleh pi makan-makan? Hmmm... Busy aje laah kan.