Gulai 'Bukek' dan Kulit Lembu
Salams... seperti dijanji.. atas permintaan Cik Min yang jauh di sana.. zam pun mintak laah resepi gulai bukek tuh dengan mak zam... resepi turun temurun. ahaks... jangan korang jadikan komersil dah laa.. royalti mahu ingat... huhu... Bak kata mak zam.. resepi nya tak susah pun.. pada yang pernah masak gulai daging, macam tu jugak lah cara masak gulai bukek ni.. cuma beza sikit aje... rempah-ratusnya sama saje.. cuma dilebihkan serai (sekali ganda lebihnya), kalu untuk 1kg daging, serai dalam 4 batang, lebihkan daun limau purut (5 daun), santan cuma guna sedikit sahaja ( 1/2 - 1 biji sahaja) dan tambahkan tepung beras yang telah digaul dengan air.. kepekatan mengikut citarasa.
Daging pula dimasah bersama dengan rempah ratus sehingga empuk.. kemudian baru lah dimasukkan santan dan tepung beras... dan gulai bukek ni amat sesuai kalu dimasak dengan isi dalam lembu seperti usus, perut, daging2 berlemak.. hehee... mana yang tak pernah dan tak lalu nak makan isi/organ dalaman lembu.. tak perlu lah nak cuba-cuba ek. hehee
Dan salah satu lagi kegilaan jiran-jiran indo keliling rumah ni adalah kulit lembu... selalu nya kalu korban ker.. diaorang ini akan ambil kulit2 tuh.. tak ramai yang tahu kan... dan juga tak ramai yang boleh lalu nak tengok foto2 proses kulit ni... kulit yang telah dibersihkan dipotong kecil bagi memudah proses pembakaran....
Tujuan utama kulit dibakar adalah untuk membuang bulu roma yang keras tuh... kulit dibakar sehingga hitam macam arang... setelah dipastikan semua bulu terbakar.. pembakaran juga bertujuan untuk membuang air/penyejatan supaya kulit menjadi tahan lebih lama...
Begini laah bentuk kulit yang telah dibakar... keras dan melengkung macam ubi kayu aje sekali tengok tuh... heheee
Kulit yang hangus dikikis bagi membuang arang dan juga bulu2 sehingga ianya menjadi bersih semula.. kikis pun ala kadar je laa... selepas itu, kulit akan dipotong lebih kecil dan dijemur dipanas terik matahari bagi memastikan ianya benar2 kering.. tahan lebih lama sehingga 2 tahun katanya... (terlupa nak snap proses jemuran.. hehee)
Kulit yang dijemur akan menjadi keras.. justeru, apabila hendak dimasak, ianya perlu direndam terlebih dahulu di dalam air bagi melembutkannya semula... biasanya ianya akan dimasak taucu ataupun digulai jua... sedap wooo... rasa kulit kenyal2 jer... leh nampak dan agak ke yang mana satu kulit dalam foto di atas? heheeh....
No comments:
Post a Comment