Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, April 03, 2009

R.A.H.M.A.N - Mitos PM Malaysia

R.A.H.M.A.N

Apakah itu?? Itu lah susunan nama PM Malaysia yang telah lama diramal oleh pihak tertentu dan disebarkan kepada umum.. nama PM pertama Malaysia... Tunku Abdul Rahman... sama ada ramalan itu benar atau secara kebetulan? Yang pasti, ianya menjadi kenyataan pada hari ini.. apabila Dato' Seri Najib mengangkat sumpah pada hari ini selaku PM ke-6.
Rasanya dah lama tahun kisah RAHMAN ni... sejak zaman Tun M jadi PM lagi... Ada jugak emel berantai yang bercerita dan komen pasal RAHMAN ni... arwah abg zam pun ada gak citer bila tiba time meroyan dia..
Kalu dulu tuh, zam pun agak sangsi tapi telah nampak kewajarannya semasa Tun M menjadi PM, Anwar dilihat sebagai pengganti beliau.. tetapi ianya bertukar kepada Dato' Seri Abdullah..
Dan pada hari ini, ramalan tersebut akan menjadi kenyataan...

R untuk Rahman atau Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
A
untuk Abdul iaitu Tun Abdul Razak.
H
untuk Hussein iaitu Tun Hussein Onn.
M
untuk Mahathir iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
A untuk Abdullah iaitu Dato' Seri Abdullah Badawi.
N
untuk Najib iaitu Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Apa pendapat anda semua ???
Link.