Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, April 29, 2007

Bingkisan Korea : 24 - 28 April 2007

Ahn-nyong-ha-se-yo (Apa Khabar?). Akhirnya tercapai juga hajat zam utk menjejak kaki di bumi Korea Selatan "Land of the Morning Calm". Trip ni dah lama di rancang, hampir 2 tahun gak dgn staf/kwn ofis.. tp terpaksa ditunda disebabkan dia mengandung, bersalin & berpantang. Trip kali ini mengikut agenda yg disusun oleh travel agent. Tarikh asal pd 22 - 26 Apr juga tertunda setelah kelulusan cuti diperolehi, terpaksa lah mohon cuti semula... dan zam terus je sambung cuti hingga 3 mei depan. Turut serta dlm trip ni adalah uncle, staf ofis tu & suami & anaknya.. berserta bbrp org lain yg turut sama dlm kumpulan travel ejen tu... semuanya dlm 15 org gak.
Hari Pertama : 24 April
Perjalanan bermula dr KLIA dgn flight MH64 pd jam 9.15pm.. & transit dulu di KK. Sempat gak laah sms R & Ayie masa d KK. Terkejut lah ko kan ayie.. & dpt lak sms dr LB, wah.. hebat tul report ayie kan. hehe... R lak dah tido masa tu.. ye lah masa tu dah jam 12 tgh mlm.. jam 12.40am dah kembali terbang semula ke Korea.
Hari Kedua : 25 April
Dlm jam 6.40am selamat smpai di Incheon International Airport, Korea yg terletak di sebuah pulau di barat Korea. Perh.. suhu masa tu dlm 15C gak laa...
Dlm jam 7.40 terus di bawa ke Hotel Shilla dgn bas. Jauh gak bandar Seoul (sebutan betul : Sa-ul) dr Incheon ni.. hampir 1 jam baru smpai. Sampai di hotel jer terus dpt kunci bilik sbb urusan check-in semua dah siap diatur. Zam kongsi bilik dgn uncle jer...
Jam 11.30, semua dah kumpul di lobi hotel untuk pegi lunch di Restoren Al-Saba (arab) di Itaewon. Menu mcm biasa laa... beriyani, kari ayam (manis lak), dal, chicken hot plate (sedap) & roti nan. Siap makan terus je kami di bawa mengenali budaya Korea. Melawat Blue House (rumah Presiden).. Korea dahulunya mempunyai Raja tetapi setelah peperangan dgn Jepun, keturunan raja telah berakhir berpunca dari Putera yg dipaksa kahwin dgn perempuan mandul semasa jajahan Jepun. Setelah waris di Raja berakhir, Korea diperintah oleh Presiden.
Kawasan sekitar Blue House tidak dibenar mengambil gambar (kaw. larangan laah). Oh ye.. semasa di situ, adalah sekumpulan polis yang meronda dgn roller-blade & mountain bike.. waah, nampak segak & fit diaorg tu...
Selepas tu kami di bawa ke The National Folk Museum of Korea yang memaparkan kehidupan silam rakyat korea dari saat kelahiran hingga perkahwinan... Korean mengira umur dari saat dlm kandungan iaitu apabila lahir sudah dikira 1 tahun... adat perkahwinan lama pun menarik di mana pengantin lelaki & perempuan kena mengadap Timur & Barat (tak ingat sapa yg ke Timur & Barat. hehe) Cth rumah lama di perkampungan pedalaman, pembuatan KimChi (sejenis makanan ruji Korea yg dibuat dr kobis. Kami pun diajar buat KimChi ni kemudiannya)
Bersebelahan muzium adalah istana lama iaitu Gyeongbok Palace. Dalam kawasan ni cuma melawat2 kawasan istana jer.. masih terjaga & terpulihara... lebih kurang sama binaan istana di China jer... alahai.. yg mcm citer2 cina tu lah kot... tak pun dlm drama Jewel in the Palace tu.. (Rijall suka sgt aa citer ni kan.. malang nya kami x kesempatan nak pi lokasi penggambaran Winter Sonata & Jewel in the Palace di Nami Island tu. Iternary bertukar last minute).
Dari istana kami singgah di FIFA World Cup Stadium. Cuma berada di sekitar jer.. x dpt nak masuk ke stadium coz ada persiapan utk acara malam tuh. Dan terus jer ke Kim Chi School utk melihat & merasa sendiri pembuatan KimChi oleh Mr. Eric. Proses bermula dgn memerap 1/4 kobis dalam air garam (kot!) selama 2 jam dan di tos. Sengkuang pula dipotong halus dan dicampur dgn cili, gula, garam dll utk dijadikan perisanya.. kemudian perisa tu dilapis di setiap lapisan kobis & kulit luar kobis dililit dan boleh terus di makan.. zam cuba makan tp x leh a makan byk sgt.. KimChi ni leh dimasak utk dibentuk masakan lain2.. Korean makan Kim Chi pd setiap kali makan.
Dah jam 7pm tu kami di bawa utk merasa masakan Korea di Restoran NOLBOO dan disaji juga tarian klasik Korea. Yang best nya.. kami duduk bersila je.. dan hidangan telah siap dihidang atas meja apabila dibawa masuk meja tu... mcm2 menu ada.. tp tak brp nak lalu makan laa.. ikan gelama tu pun digoreng masin, telur tofu mcm hanyir skit.. so, ramai gak yg x brp nak lalu makan.. mkn ala kadar aje la... Habis makan terus kami di bawa ke Dongdaemun Market utk shopping2 laah kononnya.. tp mostly kedai di Seoul dah di kumpul bwh 1 shopping complex besaq & harga kat sana mmg aa mahal2 mcm di Tokyo ... zam x beli apa2 pun.. x de yg berkenan. Kemeja or T-Shirt biasa pun dah KRW32,000 (KRW1,000 = RM3.7)... Kat belah luar tu ada gak laah gerai2 mcm PS Butik tp tak byk sgt & menarik... so balik kosong ke hotel malam tu... Balik hotel, ramai aa pakat2 bukak & masak Maggi... ada sorg tu, dah menggigil tahan lapaq... cian nyaa... x nak cuba langsung makanan lain..
Hari Ketiga : 26 April
Esoknya jam 8am selepas siap b/fast kami akan bertolak ke Gumi pulak.. 277km ke selatan Seoul dgn menaiki tren biasa selama 3 jam! Koc tren mmg okey laa.. siap dgn 4 biji TFT Screen dlm setiap koc. Sepjg trip x larat nak tgk pemandangan, tertido gak laah lepas tu..
Sesampai di Gumi Station terus je di bawa ke restoren korea gak untuk lunch.. dgn menu HaeMul-pajun (Korean Seafood Pie) & Bibian Bap (Korean Mixed Rice - telur & sayuran).. sedap pie tu kalu mkn mcm tu aje.. jgn cecah sos kicap tu, x lalu lak nanti. hehe... zam belasah pie tu & mixed rice tu mkn separuh jer..
Kat Gumi tu kami melawat2 sekitar tu.. Gumi merupakan Silicon Valley bg Korea.. so ada byk laah kilang2 terkemuka kat situ... elektronik, kereta dll.. tak lama sgt kat situ.. then terus kembali semula ke Seoul dgn menaiki Bullet Train iaitu KTX. Tapi sebelum tu terpaksa laah ke Daegu Station yg terletak 30 min ke selatan dr Gumi sbb di Gumi x de station KTX.. Kelajuan maksimum KTX adalah 300km/j dan ambil masa 1jam 50min...
Dalam menunggu tren tu, lepak2 laah minum di stesen dan makan Hwangnam Bread ni.. berintikan kacang merah... sedaps.. Beli gak laah bawak balik buat ole2.. 20 biji sekotak berharga W10,000. Sesampai di Seoul kami terus di bawa ke Muscus Restaurant, Seafood Buffet Japanese Food.. Tak ade masalah sgt laah nak makan sushi & tempura tu... Siap makan terus ke Namdaemun Market pulak.. kebykan gerai di atas jalan mcm PS Butik dan boleh laah tawar harga.. tp x lah byk sgt, dlm 20-30% jer... Korea ni x byk jenis cenderahati.. dah kbykan perempuan yg pi sana nak beli brooch (W4,000/each) & kain silk laa...
Hari Keempat : 27 April
Pd hari ketiga ni pulak, seawal jam 8am kami dah keluar menuju Suwon pulak (1 jam lebih dgn bas) Kat Suwon ni x buat apa sgt.. lepas lunch terus ke Everland, Theme Park... cantik dgn tulips berkembang mekar.. yer kan..
Korea masa ni musim bunga.. bunga2 saje sana sini... tapi kami diberi masa cuma 3 jam jer kat taman ni... cuma sempat tgk parade, 3-D movie & Suspended Coaster jer... bukan apa, nak menunggu tu yg tak tahan... lebih 1/2 jam... jenuh berdiri.. walaupun pd hari Jumaat, ramai gak warga Korea yg pi sana... x keje & x sekolah ke bebudak tu.. heran betul.
Malam tu kami makan di Restaurant Moghul (Halal) di Itaewon.. tapi menu nya sama je ngan di Al-Saba.. cuma dessert jer lain... sedap manisan tuh... Itaewon merupakan kawasan penempatan minoriti Muslim dan terdapat sebuah masjid di sini.
Hari Terakhir : 28 April
Oleh kerana pagi ni adalah hari terakhir & flight jam 11.35am.. seawal pagi dah sesiap kemas & check-out.. Dlm jam 8.00 am dah siap bertolak ke Incheon Airport. Pd hari tu cuaca dah x sejuk sgt... Penuh gak flight tu sbb shared coach dgn Korean Air. Sepanjang perjalanan tu tgk gak laah movie yg MAS tayangkan iaitu filem Korean Radio Star & The Pursuit of Happyness. Transit 1 jam di KK juga dan landed di KLIA jam 7pm. Dlm jam 9pm gak laah smpai umah dgn teksi dr sana. Ahn-nyong-i kah-se-yo (Good Bye).

Pantun Jumaat

Bahtera Langkat si Mendam Berahi,
Sarat muatan emas berpeti;
Didiklah diri mengenal Ilahi,
Nescaya hidup memberi erti.

- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

p/s : maaf lambat entry. Zam baru je dpt pantun ni..

Ayie @ Penang di Persada Bloggers

Salam buat semua.... kepada semua kekawan yg menyedarinya... pemantun Jumaat setiap minggu dlm blog zam ni dah melahirkan album(blog) sendiri... lihat laah sendiri dan hayatilah karya beliau di sini ... http://ayiepenang.blogspot.com.

Monday, April 23, 2007

Perlawanan Persahabatan di Penang : 20 - 21 April 2007

Salams buat semua... hujung minggu lepas zam ikut rombongan ofis untuk perlawanan persahabatan dengan SUK PP & MPPP. Bertolak dr ofis ptg khamis selepas waktu pejabat jam 6ptg.. Berhenti rehat utk makan di Tapah & Bkt Gantang jer.. smpai Penang dlm jam 12 tghmlm.. terus je ke Kem FRU 3 di Jln Padang Tembak yg menjadi tempat penginapan kami sepjg di sana... kump. wanita dok dlm bilik.. lelaki lepak dlm dorm reramai... Awal pagi esoknya dikejutkan utk mandi dan bersiap2... ternampak laah warga FRU tgh berkumpul berramai2.. ingatkan nak berkawat, so sempat gak laah snap2 pics... tapi tak pun.. nmpak mcm ambik kedatangan jer.. x berkawat pun... terus jer diaorg keluar barisan dan bersepah....
Rerupanya... masing2 diberi tugasan untuk gotong-royong mengemas kawasan.. agaknya ginilah rutin FRU kot kalu tak de tugasan luar (kaawalan anti rusuhan)... masing2 kena sapu2 sampah laah, potong rumput laah dll kan...
Pagi pertama tu kami terus ke KOMTAR utk taklimat rasmi dr SUK PP.. yg lelaki semua dok pakai T-Shirt jer.. zam lak tetiba dilantik jd Ketua Kontinjen.. sebabnya pegawai asal tu x sampai lagi kerana ada mesyuarat lagi kat ofis.. nasib laa ada bw kemeja gak.. pakai jer lah sorg2... pegawai SUK PP lak terkejut sbb semua dtg informal.. hmm.. yg diaorg beriya dok sediakan slide informatif rasmi pasal Penang... x per laa.. byk gak yg tahu pasal Penang.. tp x leh aa citer kan sini.. P&C katanya.... hehehe... Habis taklimat kami terus di bawa ke Helipad KOMTAR.. jarang2 org dpt naik ke kawasan larangan tu... Tgh terik panas jam 11 tu dok berjemur di puncak... masing2 dok pose2 laah di awanan. hehe... nampak seluruh bandar dari atas tu... best walau dlm panas terik ... Hasbi tu terus je lah lunch kan .. Yg lelaki gi Masjid utk Solat Jumaat.. kump wanita lak hilang dalam Prangin Mall hehe.. zam lak pi jumpa officemate lama di SUK tu gak... habis tu terus je dijemput Drac ngan isterinya. Beriya nak jamu zam makan di rumah baru nya itu... zam pun ikut aje laa.... lepak kat umah dia smpai jam 5 jer.. sbb kena bergegas ke balai raya Jln Patani utk saksikan perlawanan Badminton dgn MPPP. TQ Drac & isteri sbb sudi jemput, jamu & hantar semula zam... Turun KL nanti zam jamu pulak yaaa... Mai umah tau!
Habis perlawanan terus balik ke FRU3 utk bersiap2 pula ke acara malam.. Masjid Negeri ni mmg dlm perjalanan ke FRU3 .. dekat sgt... Malam tu kami ke Batu Feringhi.. saje bawa utk jamu Night Bazaar lah kan.. zam jalan sorg2 je sbb yg lelain tu lambat sgt.. pi sana nak beli koleksi DVD jer. hehe...
Pagi sabtu pulak adalah perlawanan dgn SUK PP di Kompleks Belia & Sukan Batu Uban dlm acara Futsal, Badminton & Ping Pong. Keputusan yg zam tahu cuma Futsal (P) kami seri 2-2, Futsal (L) kalah 2-3.. yg lelain tak tahu.. tak ingat... lagi pun saje2 main jer.. bukan ada hadiah.. saje seronok2 utk kenal2an... semangat kesukanan yg penting kan...
Habis jer perlawanan tu, terus bertolak ke Bukit Bendera (BB) sebab pihak SUK dah set tren jam 1.30 utk kami naiki.. sesampai sana tepat jam 1.15.. terus jer masuk laluan kenamaan.. (Ayie, dulu hang naik ikut laluan mana? Lama beratur noo... hehe. Jgn marah noo) Naik pun free jer... ni kali kedua zam naik.. 1st time dulu dah lama sgt, masa kakak zam baru2 kawin abg ipaq org Tg Tokong .. dah dekat 20 tahun gak laa... yg mana lom merasa naik tu, naik laa... unik kan. kat Penang je ada kereta api 1 gerabak tu... BB punya 2 line di mana tren digerakkan menggunakan konsep takal (tahu ke? faham ke? hehehe... pi laah carik semula buku Sains Paduan lama yaa. hehe)
Dah lawa pun di puncak BB, masa pergi dulu x de apa sgt pun... la ni dah cantik... puas hati gak laa.. yer laah. dah bagi naik free, naik ajer laah kan... semua dok pakat pose2 kat atas tu.. malang sungguh, kamera zam dah habis bateri... terpaksa aa pakai fon camera jer lepas tu.... so, x der laaah pose2 cantik berramai2 tu.. nanti aa nak kena mintak kat diaorg pics tu.. ye lah memasing dok bw digicam memasing neh... kejap je kat atas tu.. 1 jam je.. Masa nak balik tu, zam tgk punya ramai aa dok beratur nak balik..Yg kami ni, terus je masuk laluan khas & terus masuk tren.. zam rasa lah.. mesti ada pelawat lain yg dok hangin kan.. hmmm ...gerabak tu bukan leh muat ramai pun.. kami yg ada 30org ni jer dah nak bagi penuh gerabak...
Balik dr BB terus je balik FRU3 utk kemas2 brg utk pulang... rupanya mmg dekat sgt ngan FRU3 BB ni.. kejap je bas dah smpai... jam 5ptg dah kemas2 beg & naik bas utk bertolak ke Perai bg acara Boling pula. Boling dibuat kat Megalanes Megamall Perai.. jam 8.30mlm.. tp kami kuar awal utk ke bandar sbb ada yg nak beli jeruk2.. (tmsuk zam laa... hehe) Smpat gak lah sms kat Ayie masa tu.. kebetulan dia ada di bandar.. terus lah set date jumpa di Chowrasta.. sblum jumpa dia, sempat a pi pekena Chendul kat Penang Road tu... perh, mmg sedap. kalu mai Penang mesti singgah pekena Chendul. hehe... Ayie x join sbb baru lepas pekena katanya... so, jumpa di kedai jeruk jer laa... Sakan laah beli jeruk buat ole2 org di rumah ni.. beratnyaaa.. berkilo2 gak laah salak, mangga putih & mangga kuning. hehe...


Lenguh tgn mengusung jeruk ke Hameediyah.. Ayie laah rekomen makan briyani kat situ.. perh mmg sedap.. ayie amik briyani ayam goreng, zam lak cuba briyani ayam piru.. tahu ke apa ayam piru? haha... memula tu zam pun tak tahu.. bila dah tau, tu yg oder sbb nak merasa, x prnh makan sebelum ni... tu pun amik nasi 1/2 jer.. harga leh tahan RM18.50 tuh... kepak tu jer dah cukup besaq buat zam.. tpaksa aa bagi kat ayie utk perabih... hehe. senak perut.. Jam 7 baru bergerak ke bas.. padahal dah janji semua spy ada di bas jam 6.50.. hehe.. terpaksa aa sms dulu kat kwn2 spy tungguuuuu....
Terus jer ke Megamall.. dlm jam 9 baru acara bermula sbb gang SUK ramai yg lambat sbb ramai yg stay di Pulau, jalan jamm skit kat Jambatan sbb tgh renovate utk pembesaran. Mlm tu main x menjadi laah.. semua geng ofis main ala kadar je.. x de yg meletops.. kami kalah tipis ... tp dlm kump kami tu, zam gak yg paling tinggi score. agaknya laa.. hehe... tepat jam 12tghmlm kami bertolak ke KL.. dah penat membaling, zam tido jer sepjg perjalanan.. terjaga kejap masa bas berhenti.. tak ingat lak berhenti kat mana.. tahu2 dah sampai KL/ofis dlm jam 6 lebih tu... jenuh gak laah call & sms R utk dtg ambil... nasib baik aa dia terjaga.. kalu tidak, lama aaa tunggu depan lobi ofis tuh.... BTW, zam akan bercuti lagi dr 24 - 28 April.. nantikan bingkisan ceritera di sana pula... -n-

Sunday, April 22, 2007

Pantun Jumaat

Musafir di gurun hati berdebar,
Mencari sumur airnya tawar;
Gelora hidup cukup mencabar,
Iman dan wahyu jadi penawar.

- Ayie @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

p/s: maaf lambat entry. zam ke Penang dr Jumaat ke Sabtu tu... ni baru sempat nak entry. Citer2 di Penang esok zam cuba masukkan.

Sunday, April 15, 2007

Jamuan Besday.. Salwa & Farhan : 15 April

Hehe.. x ingat yg anak buah lagi sorg pun besday gak... 09/04 lalu.. tapi silap tulis date, ingatkan 04/09 .. so.. dibuat sekali aje laa... lagi pun 3 anak sedara tu stay ngan ayah diaorg kat Puchong.. sesekala je pi sana jumpa diaorg...

Saturday, April 14, 2007

Selamat Ulang Tahun Salwa - 14 April

Hepi Besday to U,
Hepi Besday to U,
Hepi Besday to Salwa,
Hepi Besday to U.....

Friday, April 13, 2007

Kursus di JB : 8 - 13 Apr 2007

Salams... zam baru je balik dr course 5 hari kat JB... penat gak la.. kuliah/ceramah dr jam 8.30pg - 5ptg. then buat Group Assigment sampai jam 7 mlm... patutnya assigement buat malam, tp ada lak yg cadangkan supaya buat ptg tu terus, mlm lepak je.. tak tahu lah sapa yg cdg.. sbb masa tu zam x masuk lagi.. rasanya akak2 & mak2 put sbb nak tgk telenovela.. agaknya laah... hehe... so, malamnya lepak bilik jer laah, x leh nak buat apa2 kat sana.. jauh dr bandar.. JB lak asyiklah hujan jer... zam lepak tgk TV jer.. Ch.5 & Suria Singapore... kat Hotel Selesa tu x leh nak online.. WiFi ada tapi down, x leh nak ke internet, line tefon pun x leh dial direct ke luar.. hampeh jer... terus aa kena komen kat borang soal selidik kan... hahaha.
Lepak kat Tingkat 24.. sayup jer tgk kolam kat bwh tu.. tapi hampeh, x dpt nak cuba, kuliah sampai jam 7 kan.. then asyik lah hujan jer... cuma last day tu, khamis tu baru laah ada kwn mai.. dia balik JB hantar mak dia.. so, mlm tu dia mai hotel amik & ajak pi diner laa... jenuh gak pusing2 bandar, sebab dia pun jrg ikut jalan situ. cadangan asal nak makan tepi muara tp x jadi sbb kedai tu dah tutup.. hehe.. so terus pusing ke Anjung Warisan.. sebelah ngan Yayasan Warisan Johor... nice place.. ala2 Nailis gak laa... ada ran2 dua tingkat di celah2 pokok besar.. sambil halwa telinga dihidang dgn alunan angklung. Sedap dgr... yg main tu mmg kenalan baik kwn zam tu... ruang makan pun dok bersila atas tikar mengkuang. nyaman je.. tapi lepas makan tu... x tahan perut.. senak. ekekee... lepas diner tu lak.. dia ajak pi main boling kat Daiman. so, pergi aje lah kan.. dekat2 area Tebrau City.. 1st time lalu area tuh... best Daiman tu.. mmg bagunan khas utk boling. siap ada stage penontong di belakang... dlm jam 12 lebih gak baru habis & dia terus hantar balik... dia ajak balik KL sama ngan dia sbb dia drive balik sorg jer..
Esoknya... pagi Jumaat tu ada kuliah gak lagi until jam 10. lepas tu penilaian kursus laa... so, apa lagi.. zam baca2 gak laah komen2 diaorg. ada gak yg komplen pasal internet access tu, ada yg komplen pasal urus setia yg tak nampak btg hidung.. (mmg pun).. acara penutup kejap jer.. habis jam 12 terus pi lunch.. & baik bilik kemas2 barang. Dalam jam 2pm gak baru bertolak ke airport.. sebab flight jam 3.50.. sepjg jalan tu, JB hujan lebat.. dah dekat Senai baru berhenti.. Dlm flight lak, Belt sign tak padam2 pun sbb laluan x brp elok.. redah awan tebal tu.. nak pi toilet pun x dpt. Then bila sampai KL Sentral, KL lak hujan lebat.. hmm.. hujan rahmat kan.

Bowling Tournament 2007 - 24 Mac 2007

Salam buat semua... ni nak citer pasal games yg dah lama gak.. hujung bulan Mac lepas.. kitaorg dpt lah jemputan utk perlawanan boling ni.. 4 penjuru jer... so, apa lagi... pantang dijemput, pergi aje laah.. masing2 sedia 3 team, 3 org 1 pasukan... mix team laa... di adakan kat Ampang Superbowl Puchong, IOI Mall. Team kami pun mix , so tak power laah.. dpt no. 3 jer utk 1 team tu... individu mmg kalah aa.. cuma dpt no. 3 wanita gak.. tapi akhirnya x sangka laak bila utk Juara Keseluruhan Agensi, menang kat kami. hehehe... Bangga gak laa...
Ok gak laah kan... hadiah tak byk.. syarikat yg jemput ni pun sykt kecik jer.. saje je utk ramah mesra ngan clients lah kan... tak per laah.. janji leh main free. haha.. hujung minggu depan lak, dpt jemputan utk perlawanan di Penang.. katanya 3 penjuru.. ngan Bomba Penang & MPPP... tak tahu lagi la.. jadual x dpt lagi.. so, pergi ajer lah kan...

Jangan Pandang Belakang

Zam dah lama gak tgk movie ni... secara overall mmg best.. x leh sangsi laah kutipan box office, pecah rekod .. RM2.2 juta utk tempoh 4 hari saje... berbaloi lah kan... Jalan citer mmg okey laa... tapi ada scene2 yg zam rasa x diteliti laah... bukan scene sebenarnya.. tp sound mixing.. pada sesiapa yg dah tgk mungkin perasan.. sapa yg belum tgk tu, perasan2 kan laah bila tgk nanti.. hehee
Yang kelakar/x kena tu adalah bila adegan TV tu jer.. bila ditunjuk pada TV tu.. x sama dgn audio yg keluar.. TV tunjuk berita tamil kot tp yg audionya pasal benda lain.. 2 kali adegan ni.. dedua tak kena... naik gelak lak bila tgk.. hehe...
So guys.. enjoy laah tgk ni kan.. Ayie & ayei pastinya enjoy sgt tgk citer ni kan... 1st & 2nd day kaedahnya..

Cappuccino ?

p/s : tak payah laah nak berlagak minum Cappuccino lagi kan??
fwd email from R. TQ

Pantun Jumaat

Penat rasa sehari berhuma,
Segar meneguk secangkir kahwa;
Solat itu tiang agama,
Tegakkan ia petanda takwa.

- Ayie @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

Friday, April 06, 2007

Pantun Jumaat

Puyuh mengeram di hutan gelam,
Ayam-ayam terbang merata;
Kukuh persaudaraan sesama Islam,
Benteng kita dari sengketa.

- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

Sunday, April 01, 2007

Pantun

Bayu menyapa di Padang Kota,
Ombak manja di senjakala;
Manis sungguh masa bercinta,
Rasa cuka seakan gula.

- Ayie @ Penang. TQ

Quote & Madah

True friendship consists not in the multitude of friends but in thier worth & value. Friendship is a cozy shelter from life's rainy days.

Andai seorang teman membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati & andai seorang teman membuat kesalahan, tulislah di atas pasir agar ia ditiup angin kemaafan.

Life is a Railway Station
In which Love is a Train
It will Come & Go at any time
But our Friendship is The Track
It will be Forever.

I believe that God created me to be your friend! He picked me out from all the rest 'coz He know I'm the Best!! AHEM.. Just Agree... Don't argue with God... hehehe...

Friends will come & friends will go, the seasons change & it will show, I will age & so will you BUT our Friendship stays, strong & true.

Ketika CINTA memanggilmu maka dekatilah ia walaupun jalannya terjal berliku... Jika CINTA memelukmu maka dakapilah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu.

- SMS from Ayie @ . TQ

Pantun

Minden basah disimbah hujan,
Kelopak senduduk lerai ke bumi;
Dirimu teman sumur kenangan,
Sehayat usia terus bersemi.

- Ayie @ Penang. TQ