Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka
Showing posts with label PY. Show all posts
Showing posts with label PY. Show all posts

Tuesday, December 18, 2007

Program Anak Angkat Kapal Belia Asean : 22 Nov 2007

Pagi hari terakhir tuh, semuanya pun bersiap2 laah... semua PY perlu melapor diri di kapal selewatnya jam 12 tgh. Lepas je sarapan tuh pun terus lah bersalam2 kali terakhir... sempat lah amik foto depan umah beramai2... PE & Chan ada lah bagi ole-ole dari sana... kami jer yg x sempat nak merancang... apa yg ada jer lah ek... Ni lah ole2 yg diberikan oleh Chan & PE. Frame tu dibuat dari batu permata.. Myanmar mmg terkenal dgn batu permatanya...
Lepas tu terus lah bertolak ke Pulau Indah.. anak sedara zam semuanya ikut sama... Tak lah nak sesat ke sana sbb dah biasa ke sana sbb dah selalu gak ke pulau tuh...
Sesampai di terminal dah hampir jam 12, makan pun dah terhidang.. kami pun terus lah jamu.. Chan & PE perlu kembali ke bilik masing2 utk bertukar pakaian bagi acara penutup. Tepat jam 1 adalah acara melawat kapal Nippon Maru... acara ni yg zam tunggu2.. tak pernah masuk kapal kan... tu yg nak tgk suasana kat dalam kapal persiaran... Walau kapal ni tak sebesar Star Cruise, puas hati gak lah.. rasanya 7 tingkat jugak... Dlm perjalanan dr terminal ke kapal, nasib baik terserempak dgn PE & terus lah kami bergerak bersama... Chan pulak dah x jumpa, hilang ntah ke mana... Masuk2 ajer kapal tuh, semuanya disambut oleh crew (kebykannya adalah Jepun & Pinoy) dan disembur tangan dengan sabun bagi membersih tangan... dan dihidang dgn minuman di loudge utama.. tak besar sgt tp cantik gak hiasan dalamannya... PE lah yg jadi penglipurlara mengenai ruang, bilik, kemudahan & aktiviti yg ada dalam kapal tuh... ramainya famili lain masa tuh, terpaksa lah bergerak perlahan di laluan yg agak sempit... Dah penat jalan tu, lepak aa kejap kat sofa di loudge yg ada... naik tangga, turun tangga laa.. sbb semua lif tak dibenar naik... kapal cuma dibuka utk lawatan selama 1 jam shj.. lepas jam 2 tu, semua berkumpul semula di terminal utama utk acara penutup secara rasmi... dalam terminal baru jumpa semula dgn Chan.. cian dia jenuh pusing mencari kami.. hehe... semasa sesi perkenalan PY, setiap negara akan mempersembahkan sorakan masing2.. syok tgk... kreatif! Dlm jam 4 lebih baru lah semua PY diminta utk masuk ke dalam kapal utk berlepas... bila PY dah masuk kapal, semua famili bergerak semua di tepi dermaga utk acara melontar reben... setiap famili akan cuba menyambut reben kertas yg dilontar dan memegangnya... oleh kerana bayu yg kuat dan reben yang terbelit2, byk reben yg terputus... reben Chan yg berwarna kuning pun putus gak.. reben PE yg warna hijau masih kekal sehinggalah kapal bergerak dan terputus... Zam simpan lg reben2 tuh.. saje wat kenangan. hehee.... dalam bergerak tuh, sempat gak lah bercakap thru telefon dgn PE buat kali terakhir.... menuju ke Bangkok pula...
(Maaf lah dah hampir sebulan kisah ni, baru kini kesempatan nak upload.. lega rasanya bila dah upload) [entry 20 Dis 2007]

Wednesday, November 21, 2007

Program Anak Angkat Kapal Belia Asean : 21 Nov 2007

Pagi tuh memasing liat nak bangkit.. ngantuk & nyaman jer tidur sepanjang malam... dlm jam 8 lebih gak lah baru Chan bangkit dan mandi.. then P.E lak mandi.. then baru lah Zam.. pagi tuh mak zam masak nasi lemak dgn sambal sotong & udang jer buat sarapan kami... Mak zam ada bgtahu yg keluarga lagi satu tu ajak jejalan sesama pagi tuh.. PY Brunei jugak. Makcik tu mmg baik lah ngan mak zam.. anak dia pun sebaya zam gak... so, zam tanyalah P.E & P.E kata okey jer... PY Brunei (nama Rien) pun nak pos barang dia gak.. habis sarap terus P.E dok pack ole2 yg dia dah beli seblum ni utk di bungkus & di pos ke Brunei.. pos biasa yg ambil masa 1 minggu pun dlm RM70 lebih gak.. terpaksa pos sbb takut terlebih timbang masa balik dr Tokyo nanti... kami janji jumpa di pejabat pos jer lah sebelum gerak bersama.. tapi bila bincang di pos tuh, haluan x sama... Rien nak pi Mines sebab nak try boat ride tuh.. P.E pulak nak pi IB.. dah x sama.. & terus lah x jadi agenda jejalan sesama tuh... Malang skit lah.. hajat nak masuk ke dalam dewan IB tuh x kesampaian sbb masih lagi dlm persembahan Peter Pan... cuma pusing2 sekitar lobi jer la.. & amik foto di sekitar tu ajer...
Then terus jer ke Eye on Malaysia (EoM).. semalam bila tanya P.E katanya tak nak naik, takut gayat laa... apa2 jer laah ko neh P.E... Si Chan pulak x yah tanya.. pak turut jer.. sama ada dia mmg jenis tak byk cakap atau dia kurang skit nak communicate in English...
Dah puas pose2 depan EoM, terus jer lah pi beli tiket (RM15).. cuma zam & mak zam jer pergi.. & mak zam x nak naik sbb dia dah naik dulu masa jejalan ngan sedara yg dtg dr Medan, ID. Mak zam lepak2 minum kat cafe di bawah jer... Walaupun tgh cuti sekolah tp disebabkan hari berkerja, mmg x ramai pun yg dtg.. aman skit lah. x perlu nak beratur lelama...
Ni lah pertama kali zam naik EoM ni.. mmg dah lama gak hajat nak naik.. tp rasa malas gak.. ni bila ada peluang, baru lah naik... x lah gayat sgt.. suspen jer bila gondola tu terbuai2 bila EoM tu brek mengejut...
Lepas tuh terus drive ke KL Tower pulak... (tiket RM20 utk pelancong luar, RM10 Warganegara & RM8 utk senior). rasanya ni kali ketiga ke sana.. 1st time dah lama sgt.. masa tu bawa Hidayah jalan2 masa di masih kecil lagi... 2nd time bila bawa sedara dr Medan.. ni lak bwk geng PY... mak zam pun naik sama laaa... fot yg digantung pada menara pelantar tu pun dah lama.. boleh diperhati perbezaan pada gambar dan suasana semasa...
Habis tuh, rehat kejap kat foyer... P.E lak nak pi Ikea sbb nak amik katalog utk abang nya.. kami pun decide utk lunch je di Uncle's Lim Ikano tuh... then balik umah terus sbb jam 7 lbih tuh cadang nak pi tgk wyg.. Beowulf di GSC 1 Utama... P.E citer laah.. dah lama x tgk berita/cter luar sbb kat dlm kapal tuh cuma ada 4 channel jer... NHK in Nihongo, NHK in English, Ship Navigator & CCTV hadapan kapal.
Sebelumshow sempat lah pekena Burger King.. hajat besaq P.E laa... Best gak citer Beowulf tu .. spt kata Ayie.. best & ada unsur erotika sdkt... Kami pergi berempat jer termasuk kawan ofis zam... asal berlima tp R demam pulak... manakala kata2 P.E - moral of the story "Don't have sex without condom" .. sapa yg dah tgk tuh, faham laah kan.. ekekekee
Habis show, kami ke PS Butik laa.. sbb PE nak beli ole2... tp bila dah puas ronda, dia cuma beli short jer... yg zam pulak cuma bali buah pisang kaki (sedap oo buah ni... murah pulak skrg ni.. RM1 sebiji tp kecil skit.. dulu prnh cecah RM3 sebiji!)... penat pusing, singgah lah minum2 di Uptown kejap sblm balik... tak leh lepak lama sgt sbb kwn zam tu nak keje esoknya kan... bersambung... [entry 26 Nov 2007]

Tuesday, November 20, 2007

Program Anak Angkat Kapal Belia Asean : 20 - 22 Nov 2007

Salams... Dah lama tak terlibat dgn program2 belia ni... bila sesekali terlibat, best jugak.. lagi2 lah bila jumpa belia2 dr negara lain ni... best gak cuci mata... hahahaa... Sebenarnya kawan zam dr Brunei dah lama gak bgtahu yg dia terlibat dgn program ni dan minta keluarga zam sukarela jadi keluarga angkat.. tapi zam biarkan ajer.. tak tanya pada mak zam pun pasal hal tuh... then tetiba mak zam bgtahu ada program anak angkat jepun dan dia pun berminat laah. bila zam baca surat tu, rerupanya program belia yg sama.. terus jer lah zam bgtahu yg kwn zam terlibat sama... so, zam pun isi lah borang tu dan minta 2 org belia lelaki laah (sebab anak angkat belia tu tak boleh lain jantina, mak zam nak perempuan.. konflik sikit lah kan). BTW utk tempoh 3 hari tuh, zam dapat Cuti Tanpa Rekod.. best nyaaa dpt cuti lelama ni...
Utk makluman, program Kapal Belia Asean - Jepun ni diadakan setiap tahun dan tahun ni adalah kali ke-34.. pelayaran selama 52 hari dengan kapal Nippon Maru kepunyaan Kerajaan Jepun.. Pada tahun ni destinasi singgahan adalah Tokyo - Singapore - Jakarta - Kuala Lumpur - Bangkok - Vietnam - Tokyo. Pada tahun depan, dikatakan kapal tidak akan singgah di Malaysia. Program ni terbuka pada belia berumar 18 - 30 tahun sahaja. Untuk menjadi peserta Malaysia, telah ditetapkan peserta mesti menjadi ahli kpd mana2 persatuan belia di Malaysia. Borang penyertaan akan dikeluarkan setiap tahun pada bulan Januari. Setiap negara Asean akan menghantar seramai 28 org manakala dr Jepun adalah seramai ~ 40 org menjadi kesemuanya dlm ~ 330 org PY (Participants Youth).
Program di Malaysia bermula pada 19 Nov apabila kapal berlabuh di Cruise Terminal, Pulau Indah, Selangor. Kesemua PY dirai dgn acara rasmi pada hari tersebut dan malamnya. Pada pagi 20 Nov, mereka dipecahkan kpd beberapa kumpulan dan menaiki bas ke destinasi berbeza sebelum berkumpul di Stadium Titiwangsa pada jam 1 ptg utk sesi penyerahan kepada keluarga angkat selama 3 hari 2 malam.
Keluarga Zam menerima P.E, PY dr Brunei (kwn zam sendiri lah sbb zam dah request nama beliau) dan Chan, PY dr Myanmar. Tepat jam 2 ptg semua PY akan keluar dari bas mengikut giliran dan terus mendapatkan keluarga angkat masing2 mengikut no kod yang tercatat, kami punya K-12 (kod terakhir). Zam pun bincanglah ngan PE destinasi yg dia nak pegi.. kalu tanya pd Chan, dia mengikut ajer.. Kalu ikut taklimat, mostly destinasi wajib singgah PY (ikut komen tahun lepas) adalah KLCC, KL Tower dan Putrajaya jer.. Group Chan dah pi Putrajaya pagi tuh & ni kali ke-3 P.E sampai ke KL, dia x nak pi Putrajaya / KLCC tu pun... destinasi utama dia adalah Istana Budaya (IB), nak tgk sgt pentas IB tuh.. so, kami cdg pi esoknya jer laa... ptg tuh dia nak balik umah & mandi2 sbb dah berpeluh sakan.. Oleh sbb Chan, zam bawak gak lah ronda2 ke KLCC sat.. park kejap tepi jalan dlm renyai tu jugak laah kami foto hadapan KLCC tuh..
Sesampai di rumah, terpaksa lah diaorg ni kongsi bilik ngan Zam, yer laah dah x der bilik lain yg kosong.. umah zam bukan lah besaq sgt pun... Then dpt telefon dr Cikgu Naza (AJK Belia kampung zam yg dan pencen. bukan Naza Qoth tau! ) yg minta semua PY dan keluarga berkumpul jam 9 mlm di dewan tadika utk sesi kenal2.. rupanya utk kmpung zam ni ada 6 keluarga yg terlibat.. dulu kampung kami prnh mengambil anak angkat dr Jepun.. ramai & lama jugak laah. Diaorg siap panggil wartawan Sinar Harian (akhbar komuniti terbitan Karangkraf) utk dimuatkan dlm berita komuniti Damansara. Sempat gak lah berkenal kejap dgn PY Brunei yg lain (ada 3 org, semua lelaki) Dalam reramai tuh, PY Filipina jer yg x der. Nak tgk peserta & blog BPY? klik jer sini . Dari situ akan ada link ke blog PY Malaysia & negara lain...
Habis acara tuh, zam bawa diaorg ke Uptown d'Kota jer sbb P.E nak beli ole2 kot.. tp tu lah gerai kat situ bukannya byk jenis pun... x sehebat di P.S Butik lah kan... P.E cuma beli bantal kekabu kecik sbb katanya bantal kat kapal tu keras, sakit tengkuk dia.. x lama pun kat sana.. dan hampir jam 12 gak lah kami sampai umah... bersambung... [entry 26 Nov 2007]