Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, May 29, 2009

Vote Sipadan Island as New7Wonders of Nature

Sipadan Island
MALAYSIA

Sipadan is the only oceanic island in Malaysia, rising 600 m from the seabed. It is in the Celebes Sea, east of the town of Tawau and off the coast of eastern Malaysia. It was formed by living corals growing on top of an extinct volcanic cone, and took thousands of years to develop. Sipadan is located at the heart of the Indo-Pacific basin, the center of one of the richest marine habitats in the world. More than 3,000 species of fish and hundreds of coral species have been classified in this ecosystem.

Friday, May 22, 2009

Mana Setangginya : 13 - 21 Jun 2009

Mana Setangginya : 13 - 21 Jun 2009, Istana Budaya

(KARYA AGUNG SASTERAWAN NEGARA KE-7, NOORDIN HASSAN)

SINOPSIS

Sebuah perkampungan nelayan di tepi pantai. Penduduknya menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil pohon setanggi. Nelayan ini dilarang menangkap ikan pada hari sabtu, iaitu hari beribadat.

Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar telah berpindah ke atas bukit. Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza selaku orang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka.

Juda, iaitu anak kepada Hawar mengahwini kekasihnya Iriam, iaitu anak kepada Ibra. Tetapi Silbi dan Subhat telah menabur fitnah akan asal-usul Iriam. Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung. Lantaran itu, beliau dan ayahnya mahu kampung-kampung nelayan yang bertaburan mengiktirafkan kedudukan mereka selaku 'Raja'. Yang ingkar akan diserang. Mereka menguasai kampung-kampung ini, dan berkehendakan segala tangkapan hendaklah dijual kepada mereka.

Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza. Ibra dan Iriam yang datang untuk membebaskan paderi telah dikenakan syarat 10 bakul ikan sebagai tebusan. Irian juga diserahkan kepada Uzza dengan persetujuan Juda.

Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dahsyat serta halalintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar.

Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya.

Memang benar, manusia dijadikan di tahap tinggi, tetapi ia kembali kepada Tuhannya dalam tahap serendah-rendahnya.

ARAHAN : Zaifri Husin

Para Pelakon :

Iriam (Sabrina Ali Dad Khan) , Juda (Tony Eusoff), Ibra (Azman Abu Bakar), Hawar (Shaharuddin Thamby), Silibi (Mohd. Nor Fatih Moktar), Subat (Rudy De Luna Jr) , Uzza (Iqbal Taufik) , Mira (Azizah Mahzan) , Megda (Norhana Othman) , Naomi (Aniza Baharom) , Paderi Tua ( Zambri Mohamad) , Sami (Mohd. Nizam Alias) , Menteri Pembiakan Zuriat (Mahmmod Hj Ibrahim) , Pemuda Seberang Laut (Razwan Raimin)

Tarikh Persembahan : 13 - 21 Jun 2009

Masa Persembahan : 8.30 malam

Tempat Persembahan : Panggung Sari, Istana Budaya

Harga Tiket : RM30, RM50, RM70 dan RM100. Ticket2u