Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Friday, July 11, 2008

Pantun di Parlimen Malaysia

Tahun ini Menteri Pelancuran, oops! pelancungan baru mengadakan semula tahun melawat Malaysia dan dijemputnya ahli-ahli Parlimen dari negara asing ke Malaysia. Kebetulannya Parlimen sedang bersidang dan mereka mintak untuk menyaksikan demokrasi Malaysia in action. Diarahkan Speaker baru untuk mengarahkan semua ahli Dewan menggunakan pantun untuk mempamerkan budaya Melayu.

Speaker:
Tuan-tuan dan Puan-puan YB-YB sekalian,
Selamat datang ke ini dewan
Di gallery dewan sila perhatikan
Terdapat wakil-wakil jemputan

Mereka datang hendak melihat
Perbahasan dijalankan dengan sihat
Penuh dengan adat istiadat
Melayu lama yang penuh keramat

Tahun Melawat Malaysia yang baru ini
Program disusun di 8 negeri
Semua disusun oleh Cik Menteri
Lalu di jemput wakil di galeri

Lim Guan Eng:
Wahai Tuan Speaker bijak bistari
Izinkan saya mencelah disini
Malaysia ada tiga belas negeri
Mana pergi yang lima lagi?

Speaker:
YB Guan Eng Ketua Menteri
Menterinya sedang duduk disini
Pada waktu bersoal nanti
Kepada dia tanyalah sendiri

Selamat datang pada semua
Mari lah kita mula berkerja
Sila baca di atas meja
Rang undang-undang baru yang nak ditaja.

Nazri:
Tuan Speaker Parlimen yang bersidang
Kerajaan BN ingin mencadang
Diluluskan suatu undang-undang
Melompat party perbuatan terlarang

Speaker:
Terima kasih wahai YB
Nampak muka tak berapa berseri
Adakah YB dimarah isteri
Atau belum dapat job specs lagi?

Nazri:
Tuan speaker yang baru dilantik
jangan cuba tunjuk cerdik
Rang undang-undang silalah tilik
Nanti kena debik terus balik

Speaker:
Wahai semua ahli berhormat
Sila baca dengan cermat
Undang-undang pencegahan melompat
Sila bahas beri pendapat

Ibrahim Ali:
Tuan speaker yang bijaksana
Saya ingin hendak berkata
Perkataan melompat saya tak suka
Seolah-olah dok perli kat saya

Karpal Singh:
Saya mau tanya sama itu menteri
Ini undang-undang lompat party
Apa pasal dulu ada kasi
Tapi sekarang tak mau lagi?

Nazri:
Ayo Bhai dengar sama saya
Dulu Mahathir banyak suka
Lompat sini lompat sana
Tapi masuk dia punya party saja

Ini sekarang Abdullah Badawi
Lompat party tak mau kasi
Kalau orang lompat party
Serupa macam sudah cerai isteri

Wan Azizah:
Oh begitukah penjelasannya
Diberi pada dewan yang mulia
Izin kan saya hendak bertanya
Takut apa kah yang sebenarnya?

Mashitah:
Wahai Kak Wan indah jelita
Izinkan saya mencelah berkata
Kami tak takut pada sesiapa
Cuma kehendak rakyat jelata

Tian Chua:
Terima kasih senator Mashitah
Kerna penjelasan diberi sudah
Dah selesai kah kes tanah
Atau masih naik turun mahkamah?

Mashitah:
Tengok lah Tuan Speaker, Tian Chua ini.
Kes dalam kain saya di bawa ke sini
Kalau macam ni sungguh tak aci
Suruh dia keluar lani.

Speaker:
Wahi senator sila bertenang
Jangan pulak nak mula berperang
Oi Tian Chua, apa pandang-pandang
Baik engkau mintak maaf sekarang.

Nurul Izzah:
Kenapa maaf yang perli di pinta
Bukan dia buat salah apa
Cuma sekadar ingin bertanya
Kan itu perihatin namanya?

Najib:
Apa kah ini semua
Hajat pembangkang yang sudah gila
Mahu menghina si senator jelita
Mari Mashita duduk tepi saya

Jamaludin Jarjis:
Tuan Speaker, saya dah marah
Pihak pembangkang bikin karenah
Mengapa nak hina Senator Mashitah
Jealous dia comel dan juga bergetah?

Speaker:
Tenang, tenang YB semua
Berhenti bercakap biar lah reda
Memang Tian Chua bersalah menghina
Mintak maaf lah oi China .

Kit Siang:
Saya bangkang tuan speaker punya cakap
Tuan Speaker sangat biadap
Cakap bangsa-bangsa ini semua manyak tak sedap
Macam monyet dalam lokap

PM:
Apa ni, apa ni YB semua
Macam ni semua saya tak suka
Kalau ini diteruskan juga
Saya nak letak jawatan saja

Kuli:
Izin kan beta pulak bertanya
Wahai Perdana Menteri Malaysia
Kalau PM nak turun takhta
Siapa pulak penggantinya?

PM:
Wahai Kuli anak raja Kelantan
Perangai huduh macam setan
Kepada engkau tak ku berikan
Kepada Khairy ku beri jawatan

Najib:
Tuan Speaker apakah ini
Mana boleh jadi begini
Ini semua tak aci
Kenapa saya diketepi

Mukhriz:
Tuan Speaker saya membangkang
Ini tak adil sangat terang
Khairy dapat saya terkangkang
Nanti bapak saya istihar perang

Speaker:
YB, YB, YB diaaaaammmmm!
Dewan yang mulia jangan di kelam
Peraturan ini saya masih tak faham
Semua bikin saya demam

Dengar sini wahai semua,
Beri lah masa saya bernyawa
Dewan ditangguh pulang lah segera
Nanti dipanggil di lain masa.

p/s : fwd emel

Monday, January 28, 2008

Lawak ...

LAWAK BUDI-BAHASA LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"



WALK-IN-INTERVIEW
Suatu pagi dua orang sahabat sedang berjalan jalan di sebuah pekan. Tiba tiba Abu bersuara kepada Ali

Abu : Hey Ali bukan kah kau ada temuduga hari ini. Sekarang dah pukul 10 pagi. Nanti kau lambat sampai!!

Ali : Ye aku tau...aku dalam perjalanan ke tempat temuduga la ni..

Abu : Kenapa kau tak naik je teksi atau bas. Kau dah lambat sangat nie.

Dengan bersahaja Ali mengeluarkan sekeping kertas dan memberikan kepada Abu.

Ali : Ni surat temuduga tu. Kau baca lah

Lantas Abu pun membaca surat tersebut..

" Tahniah anda berjaya dalam "WALK - IN " Interview"

Ali : Sebab itulah aku cuma jalan kaki sahaja......

Sunday, January 27, 2008

Rehat Minda : Mee Bandung

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina ... Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"