Sambutan AidilAdha - Ep. 1
Sepanjang hari ini.. hujan rahmat turun membasahi bumi.. rasanya sejak malam tuh lagi... jam 1 lebih terdengar salakan anjing d luar rumah... pastinya anjing liar yang menyerang arnab dulu kot fikir zam.. terus je keluar menjenguk.. x nampak.. risau gak kot2 diserangnya lembu korban yang diikat di belakang rumah.. x nampak sangat aa dalam gelap tuh.. sayup2 jer dengar nya... Sesudah sembahyang raya... acara korban terpaksa ditangguhkan dulu sebab hujan masih lebat.. lagi pun masih tak ramai yang sampai untuk membantu.. dalam jam 10 baru mula.. semua ke belakang rumah untuk acara korban... zam diamanahkan untuk menulis nama2 mereka yang berkorban ikut lembu yang ada... secara kebetulan, no lembu yang zam pilih semalam, sama dengan turutan sembelihan lembu yang pak cik zam buat. hehee...
Zam jugak lah diamanah untuk menyebut nama2 yang berkorban di hadapan lembu masing2 sebelum sembelihan... hehee...
Lembu 3 ni agak garang sikit... lasak... daun pisang tu diguna untuk menghalang darah yang memancut keluar supaya tak kena ke badan... tapi pasti nya akan kena juga bila lembu tu menendang2...
Dah siap sembelihan, lembu dibawa ke atas lori dan di bawa ke halaman rumah untuk dilapah... isi perut seperti hati, limpa, jantung dll diasingkan terlebih dahulu untuk dimasak rendang.. manakala usus2, lemak2 dll diasingkan untuk dimasak gulai bukek... (akan dicerita lanjut kelak)
Kesemua daging dilapah untuk ditimbang dan diagih-agihkan. Berat ketiga-tiga lembu mencecah 180kg. Hanya 177kg sahaja yang diagihkan kerana daging lebihan tuh telah diguna untuk dimasak rendang...
Lain tempat, lain cara agihannya... tahun lepas lain, tahun ni pun lain.. zam cuma ikut formula kiraan pakcik zam jer.. Pertama : semua yang berkorban boleh meminta berapa bungkus yang diperlukan.. ada yang minta lebih sebab nak diagihkan sendiri kepada yang diperlukan.. bergantung kepada mereka.. kebanyakan ambil antara 2 - 5 bungkus aje. Zam pun cuma amik 2 aje.. nak bagi pada kakak ipar dan keluarga anak sedara di Puchong tuh. Kedua : semua lelaki yang datang membantu akan diagihkan sebungkus seorang. Bila dikira2 adalah dalam 90 bungkus.. dilebihkan 10 bungkus kot2 ada yang datang membantu kemudian.. so, genaplah 100 bungkus.. di mana sebungkus seberat 1.75 - 1.77 kg.
Acara yang ringan2 seperti menimbang ni je lah yang zam buat.. hehe... nak memotong tuh dah ramai sangat yang bantu.. nak melapah tulang, tak pandai sangat. Biar yang pakar je buat. hehee...dah siap bungkus, agihan pun dibuat seperti yang tercatat.. Alhamdulillah, dalam jam 1 semuanya dah selesai... Tapi rendang belum siap masak lagi... hehe.. Tengah hari tuh cuma makan nasi dengan sup tulang aje & beberapa lauk sampingan... Rendang & gulai bukek akan dihidang untuk kenduri tahlil di malam hari pula... (bersambung.....)
No comments:
Post a Comment