A Journey to Minangkabau : 22 - 28 July 2009
Entry sebelum ini hanya sekadar untuk memberikan keghairahan Zam untuk bercuti ke tanah Minangkabau pada bulan depan, 22 - 28 Julai 2009. Semua persiapan dah di atur.. tiket, cuti rehat, cuti ke luar negara, pakej pelancongan selama di sana.. Iternary juga telah disusun dengan ikut kehendak sendiri. Percutian ini merupakan antara percutian terbesar keluarga zam.. seramai 28 org yang akan turut serta.. Juga untuk buat urusan tanah pusaka di kampung halaman (Palimbayan) yang akan dibuat pada hari kedua di sana...
Yup.. Zam berketurunan Minangkabau.. Datuk & Nenek datang merantau dari tanah Minangkabau ke tanah Melayu.. so, masih ramai sanak saudara kekal di sana, Bukit Tinggi, Padang & Medan. MakZam dah bbrp kali pulang ke tanah Minangkabau.. anak sedara Zam (Hidayah & Idham) pun dah sampai terlebih dahulu.. dulu tak ikut sbb tak dpt cuti....
Diharapkan perjalanan itu akan memberikan pengalaman yang cukup berharga.. menikmati keindahan dan keajaiban tanah Minangkabau. Moga tiada aral yang melintang...
p/s: Dengar2 kan lah lagu Ayam Den Lapeh... Terkanang Juo Kampung...
1 comment:
Zam: Bestnyer dapat melancong ke negeri nenek moyang kita kan. All the area u mentioned in your blog memang menarik. My dad's family banyak di Medan.. cuma belum ada peluang mengunjungi mereka di sana.
Post a Comment