Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Saturday, June 16, 2007

Jamuan Birthday Haqeem - 10 Jun

Sempena jamuan Haqeem tempoh hari - tak sempat nak upload sebab notebook di rumah rosak & sedang di repair oleh Samsung. (Lambat sgt repair, sampai zam buat report ke Acct.Manager dia).

Kek yang ditempah last-minute dengan paparan cetakan Spiderman 3 & Haqeem. Spidey dipilih sebab Haqeem suka dgn citer tu.. dan kebetulan pula angka 3 bersamaan dengan usianya.

Jamuan ringkas diadakan bagi meraikannya dengan jemputan di kalangan sepupu2 Haqeem sahaja. Hadiah mainan Spidey 3 yang dibelikan tak sampai sehari usianya, dah rosak pun dikerjain oleh Haqeem.

No comments: