Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Thursday, October 27, 2005

SYAITAN DAN HIDUNG

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.

Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........


"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku...

Wednesday, October 26, 2005

Komunikasi anak dan ayah...

(((ring))) (((ring-g-g)))
"hello" (6 years old daughter)
"hai sayang, ayah ni...ibu ada kat situ tak, ayah nak cakap dengan ibu "
"tak ada ayah...ibu kat atas dalam bilik dengan paklong Jefri"
terdiam seketika....
"Sayang...paklong Jefri mana pulak ni...kita mana ada paklong Jefri..."
"ada...dia ada kat dalam bilik dengan ibu....."
heran ++ bengang
"ok sayang....macam ni...dengar ayah cakap baik2....sayang pergi naik atas, ketuk pintu bilik dan jerit kat ibu dan 'paklong Jefri', "ayah dah balik!! ayah dah balik!!!...faham tak...."
"...faham...."
"ok sayang pergi sekarang..ayah tunggu.."
beberapa minit kemudian si anak turun semula dan terus mengambil talipon
"hello ayah...dah jerit dahh..."
"pandai...bagus...lepas sayang jerit, apa yang berlaku..???"
"ibu keluar bilik pakai selimut je, pas tu dia lompat ikut tingkap bilik kakak"
"..bilik kakak..?? er paklong Jefri macamana...??"
"dia lari tak pakai apa2 terus terjun ke swimming pool yang ayah dah keringkan semalam... ..kesian dia..."
"...er...swimming pool??? "
terdiam seketika....
"ini no 253 4131 kan..??"
"bukan...no kita kan 7846 8943.."
"......................"
tuuuuuutttt.................

Tuesday, October 25, 2005

Hah.. ungkit2lah lagi...

Amir tampak kebingungan, sambil memecut laju BM7 series nya dia pun tiba diperkarangan rumahnya. Rumahtangganya sedang bergolak. Isterinya mahu meninggalkannya, melupakan mahligai indah yg mereka bina sekian lamanya.

Amir : Safirah...ko nak kemana ni? Jgn ko nak derhaka dgn suami, Tempik si Amir

Safirah : Saya nak meninggalkan abg! Tak tahan saya dgn perangai abg yg terlalu Materialistik!!

Amir : Abih Beg-Beg tu...Yg ko pakai tu...Crocodile, Samsonite tu semua aku beli hasil titik peluh aku tau....!!

Safirah : Tapi....

Amir : Tak da tapi-tapi....Kau nak tinggalkan aku... jgn bawak beg-beg kepunyaan aku ini.. Pegilah ko selai sepinggang!!

Safirah : Abg ni Kejam....Tak mengenang budi..sell....

Amir mencelah...

Amir : Oh tak mengenang budi...!!! Hoi Safirah, cuba ko ingat balik masa ko eksiden dulu....ni hah darah yg mengalir kat dalam tubuh, aku ni hah yg jadik...... penyelamat dikala nyawa kau tenat...Skarang kau nak tuduh aku tak mengenang budi!!

Safirah : Abih nak saya bayar balik hutang darah abg lah ni...??

Amir : Kalau itu hakikatnya!!....... Kau tak payah nak tunjuk keras... ko tak da apa... harta, bende... nak bayar balik semua yg aku berikan pada kau selama ini...

Air mata Safirah mengalir laju... membasahi pipinye yg berjerawat itu!!

Safirah tak berfikir panjang setelah didera secara batiniah. Dia pun mula membuka segala pakaian yg sedang dipakainya...

Safirah : Baik !!!!! Saya akan keluar dari rumah ni tanpa seurat benang... (Sambil membuka Baju Kurungnya)..Nah (sambil Mencapak ke arah Amir) amik balik Baju Kurung Den Wahab yg awak belikan Raya dulu!!!!
Amir tersentak !!! Safirah cuma tinggal bercoli dan sluar dalam saja...... Jiran tetangga mula mengambil perhatian..

Safirah :Nah !! (sambil Mengambil sesuatu dari dalam seluar dalamnya) Ambik Ni !!!!!!!

Si Safirah mencampakkan Tuala Wanitanya yg dipenuhi darah itu!! kpd Amir...

Amir : Eii..iiii..Apa ni ..Peng...

Belum Sempat Amir menghabiskan ayatnya....

Safirah : TU!!! BAYAR BALIK HUTANG DARAH AWAK, SAYA BAYAR SECARA INSTALLMENT

Sunday, October 23, 2005

Trip ke Brunei...

29 Sept - 2 Okt, amik cuti dan terbang ke Labuan dgn AirAsia... Cadangan asal flight 28 Sept tapi dah terlewat sampai d KLIA, terlepas flight tu.. terpaksalah pergi keesokan harinya. Nasib baik lah ada yg menolong, boleh tukar tiket AirAsia tu. kalu tidak, sure lah kena beli lain. stay 1 mlm d Labuan dan terus naik feri ke Brunei pd esok ptgnya... I letak some pic yg di amik sekitar Brunei... (Dah lama teringat nak letak, tapi bz.. x sempat nak upload)
---------------------------------------------------------------------------------

Jerudong Park
(taman tema. Gi masuk je tapi tak main apa2 pun sebab dah malam)
------------------------------------------------------------------


Tak sangka lak mlm tu ada acara tarik tali yang tgh berlangsung kat JP. aku pun snap gak lah 2, 3 pics

----------------------------------------------------------------------------------



Masjid Perpindahan Mentiri
(suka tgk masjid ni... binaan kayu. cantik kan? Foto dari dalam kereta je sebab hujan renyai)

-----------------------------------------------------------------
Stadium Negara Hassanal Bolkiah (masa ni pun hujan lagi)

Saturday, October 22, 2005

Japanese technologies... amazing ???

Mirror..



Optical Illusion?..

Cermin 2 Hala

BAGAIMANA MENGENALPASTI CERMIN 2 HALA ?
Ketika kita masuk ke toilet, kamar mandi, kamar hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua hala (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
Banyak tempat dimana orang memasang cermin 2 hala di dalam bilik persalinan pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di bilik persalinan lelaki. Adalah sangat sukar untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja.
Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Lalu, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 hala ?. Kalau di bilik polis, apalagi di ruang soal siasat, sudah boleh dipastikan cerminnya 2 hala tapi untuk di Public Area do this thing : LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)
Letakkan hujung kuku anda di atas permukaan cermin. Lihat dengan dekat. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, boleh dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda langsung menyentuh bayangan kuku anda di cermin , hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 hala! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !
Wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.
Lelaki : beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda.
Selamat mencuba yaa....

Friday, October 21, 2005

Durian vs Belimbing

Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi diantara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku". Dikalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing kepada durian "Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu" mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sembil berkata "Ha.. Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung dengan aku kan,.. silakan bawalah berapa ramai sekali pun mereka kemari aku sedia menerima cabaran mereka" Buah-buah lain yang hadir di pertandingan itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing merasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan angkuh.
Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandingan pun bermula. Durian dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata "Aku beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti siapa yang merasa sakit pula ha..ha..ha.." kata durian dengan sombongnya. Maka dihempap lah durian oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan terbelah dua. Durian yang agaak terkejut dan merasa sakit lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi. Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili pertandingan tersebut "Hoiii... mana aci macam ni, ini dah kira tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku..."

Thursday, October 20, 2005

Butt Firework

Ada sesapa yang nak cuba ker? Ajak aku tgk yaaa. hehehe

Powered by Castpost

Magic Box ?


Powered by Castpost

Thursday, October 06, 2005

Jangan Marah Sama Nenek...

Sahabat2 ku, semalam genaplah aku puasa hari ke-2. Nenek aku sungguh gembira bila aku katakan aku nak berbuka puasa ke-2 kat rumah dia. Dia kata bawalah kekawan. Kali ini aku datang dengan kawan lain lak. Bukan kawan dulu yang suka makan kacang nenek. Semasa aku berbuka puasa nenek di anjung rumah, nenek hidangkan nasi goreng kampung. Tapi kawan aku nie macam takde selera je nak makan masakan nenek. Dia suka masakan pedas pedas. "Nek ada chili sos tak?" Dia tanya nenek. "Ada kat dapor, bawah tudung saji, gie lah ambik" kata nenek. Kawan aku sikit punya lah suka, dia pun ke dapur. Yang aku heran, aku dah habis makan dia tak balik2 lagi dari dapur. Lebih kurang 5 minit baru dia bawak cili sos. Itu pun dia tak habis makan nasi goreng kampung. Dia kata dah kenyang. Masa nak balik seperti biasala aku ucapkan terima kasih kat nenek. Kawan aku lak : " Terima kasih nek, sedap lah "sambal sotong" nenek bawah tudung saji tadi" Dalam hatiku berkata "patutla lama sangat dia nie kat dapur tadi, rupanya sempat lagi merembat!" Nenek dengan selamba menjawab: "Eloklah kau habiskan "sambal sotong" tuu, dah seminggu dah tu, nenek tak dapat habiskan, sejak gigi palsu nenek patah. nenek kunyah2 dan nyonyot2 tepi-tepi sotong yang lembut tu je, lepas tu nenek letakkan balik dalam pinggan." Uwekkk!!!
Moral : berapakali dah kata, kalu nak makan kat rumah orang, bagi tahu dulu sebelum buat apa2.
aTaN. p/s: Sapa nak rasa sambal sotong, jemput lah datang makan kat rumah nenek aku.
p/s: TQ to LB yg fwd kisah ni