Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Saturday, October 28, 2006

Cuti2 Aussie - Sydney : 2 - 5 Sept

Salam Aidilfitri buat semua... dah lama rasanya janji ni tak tertunai.. dlm diam rupanya dah sebulan berlalu percutian di Aussie tuh.. entry Sydney masih tak terbuat.. walaupun pics di Sydney dah dimasukkan dlm blog kedua tuh...
2 Sept (Sabtu) : Perjalanan dr Hotel Vibe ke airport punyalah lama sebab van tu kena pi amik org kat byk tempat. Dekat jam 3pm baru sampai airport padahal flight jam 4pm. Spt ditempat lain kan, kena c/in seawal 1 jam. Tempahan tiket dr Brisbane (BNE) ke Sydney dibuat melalui online dan cuma ada no booking shj. Apabila tiba di airport BNE, tiket dan boarding pass semuanya boleh dibuat sendiri melalui vending machine yg ada.. cuma masukkan no booking shj.. dan ke-empat2 boarding pass pun diprint.. senang je kan... lepas tu baru aa beratur utk check-in luggage... Dlm jam 5.40pm dah landed di Sydney. Terus amik taxi ke hotel.. tp yg ada adalah van.. driver dia pulak org Korea. Awal lg dah kecoh... seat tak muat.. van tu dikata utk 11 org.. tp sudahnya sempit.. ye laaah.. seat blkg maybe aa utk 4 org.. tp kalu yg masuk tu semua body besaq2, mana nak muat.. 3 org pun dah sendat.. sudahnya zam terpaksa dok kat tepi, atas enjin van.... siot jer... driver terus je jalan.. uncle kat blkg dok jerit.. pintu blkg dia x tutup lagi.. sbb dok kecoh nak arrage seat. sorg mamat tu selamba je kata "r u drunk?" ekekeke... then driver tu dok bertetak ngan sorg minah cina/jepun kot.. silap dgr & faham nama hotel.. sudahnya dia pi hantar ke hotel lain.. minah tu x nak aa turun.. driver tu bising2.. kata minah tu sebut nama hotel.. so, uncle pun mencelah aa... dah memasing cakap English pun x jelas.. tu lah jd nya.. nak tak nak, tpaksa aa dia hantar jugak kan... sampai hotel kami pun terus turun & check-in kat Travelodge Hotel, Wentworth Av. Hotel ni ada 2-3 gak kat Sydney.. jgn silap hotel lak yaa.. hotel ni biasa je.. dlm 3 star kot... lepas mandi terus aa keluar pi makan kan.. diaorg yg lain tu dah prnh dtg Sydney, zam sorg je 1st time.. so, diaorg dah tahu aaa nak pi makan kat mana.. 1st nite pi makan kat kafe Metro Hotel. Kafe ni diuruskan oleh Melayu, so makanan sememangnya Halal laah... pekena nasi goreng je.. senang. Lepas makan baru aa gi jejalan sekitar Sydney.. tmpt biasa melepak adalah di Darling Harbour...
Perh... mmg cantik aaa.. happening ala2 di Bangsar laah... kat situlah terletaknya Sydney Aquarium, Sydney Wildlife World, 3D Imax Theater, Sydney Convention Centre, National Maritime Museum, shopping mall dgn pelbagai kafe... oleh kerana kami kuar waktu malam kan, so just jejalan je laaa dlm kenyamanan dingin malam sambil2 cuci2 mata.. ekekee... Stesen monorail dia pun cantik, bentuk bulat je.. ala2 tunnel jer... dah penat jalan, terus aa balik hotel & tidoq. (Part 1).. to be continued

Friday, October 27, 2006

Pantun Jumaat

Anak kecil kejar-kejaran,
Riuh bercanda sorongan papan;
Maaf bermaafan teras lebaran,
Kukuh ukhuwah sepanjang kehidupan.

- Asta @Laman Masjid Alor Pak Ngah, Tualang Selatan, Alor Star. TQ

Monday, October 23, 2006

Friday, October 20, 2006

Pantun Jumaat

Laman rumah bersih berseri,
Tikar pandan penuh jemuran;
Ramadhan menyuci fitrah diri,
Gapai Syawal penuh kesyukuran.

- Asta @ Aras 2, Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

Salam Aidilfitri...

Salam Aidilfitri buat semua kawan2 di sini... R, Asta, LB (LB pun sama gak ker? ekeke), Luke, Hadek, Madi, Reez dll... semoga semua ceria dan bahagia di hari lebaran kelak.

Saturday, October 14, 2006

Friday, October 13, 2006

Pantun Jumaat

Hijau angsana merimbun dahan,
Selang jajar pepohon jati;
Gandakan ibadah di hujung Ramadhan,
Seribu bulan ganjaran menanti.

- Asta @ Sanggar Za'aba, Univ. Malaya. TQ

Sunday, October 08, 2006

Ikan baru...

Sebelum ni zam prnh menulis pasal salah satu hobi zam iaitu akuarium dan ikan... ingat ikan mas zam tu.. hmm... nampaknya x lama hidup diaorg... satu hari bila zam balik dr ofis.. terkejut bila tgk semua ikan2 mas tu dah dipindahkan ke akuarium besar.. ekor ikan tu dah habis rosak kena gigit2 ikan lain... yg dlm akuarium kecil tu pulak ada seekor ikan laga... then ada lak kerusi kat tepi akuarium... dok siasat ala2 csi lah pulak... zam punya lah bengang.. terus je menjerit kat mak tanya sapa punya kerja2 ni semua... mak pun jwb laaah... "sapa lagi kalu bukan ratu sorg tuh.. tak leh nak ditegur.. " rujuk mak pd sorg anak sedara pompuan zam... terus je zam pindahkan semua ikan2 tu ke akuarium asal... tapi .. apakan daya.. ajal dah sampai kot.. dlm 2-3 hari je, semuanya habis mati... oh yaa.. ikan mas tu bukan ikan mas yg asal.. ni ikan mas yg dah diganti kali kedua..

Zam dah malas nak bela ikan mas lagi.. so semalam.. zam pi kedai lagi dan beli ikan lain lak.. guppy & neon .. dan hias akuarium tu penuh ngan tumbuhan akuatik... puas hati ... sebelum ni zam prnh beli gak ikan guppy dan neon.. tpi neon tu esoknya dah x nmpak pun.. rerupanya guppy & neon x leh campur ngan ikan lain... dah lama zam nak ada akuarium yg penuh ngan tumbuhan... tapi mak zam dok cakap laah.. awat aa beli cepat sgt.. sikit je ikan tu, x nampak sgt... kang mati lak zx sempat nak beraya ikan tu.. hehee.. tak per laa.. dekat nak raya nanti, leh tambah lagi...
zam suka aa.. tenang je tgk akuarium tuh... mmg betul aa kata psikology, deruan air & akuarium dpt menenangkan jiwa... ye ker? hehee.. ye kot. R pun ada beli sekor ikan laga.. ntah napa suka laak tgk ikan tu.. rupanya ikan laga ni pun ada 2 jenis. kalu dilihat pd ekornya secara dekat.. ada yg jenis ekor melekat dan ada yg jenis ekor pecah.. ekor pecah ni mahal skit.. tp x lah mahal sgt pun.. RM3/sekor... so kami letak aa dlm pasu kaca yg dah beli lama dulu... letak skir pasir & daun tu... cute kan.. & letak kat dlm bilik... ikan-ikan laga ni x leh letak dlm bekas yg sama dgn ikan yg lain atau pun sesama antara mereka.. kang asyik nak berlaga je kerjanya kan.... mati lak salah sekor... naya jer...
ada sekor ikan laga lain tp anak sedara zam yg beli.. yg tu zam letak kat luar jer.. atas akuarium besar tu... -n-

Kursus di Kuala Terengganu : 20 - 22 Sept

Salam Ramadhan ke 15... dah 2 minggu kita berpuasa kan.. sekejap je masa berlalu pergi.. tanpa dpt kita tahani.... gunakan laah setiap detik dgn penuh makna moga mendapat kerahmatan dan keberkatan dari-Nya.
Oh yaa.. zam terlupa dah tulis coretan ni... sebelum puasa hari tu, zam terpilih utk hadir Kursus Benchmarking yg dibuat di Gem Beach Resort, KT.. objektifnya adalah utk memberi pendedahan kpd peserta mengenai tujuan benchmarking atau Penandaarasan, serta teknik bgmana utk melakukan penandaarasan. OK gak laah kursus ni.. penceramah pun tak byk citer pasal teori tapi dr pengalaman dan contoh2 berita sekeliling.. tmsk citer mengenai Proton yg merundum kerana x buat penandaarasan. Seperti biasa laa.. zam bukan nak citer sgt pasal kursus tu kan.. tp aktiviti sampingan yg sempat dilakukan.. hehehe
Oh yaa... kat Gem ni ada sesuatu yg menarik perhatian zam.. x de lah apa sgt cuma papan tanda toiletnya je... x spt biasa yg tulis Lelaki - Perempuan atau Gentlemen - Ladies.. tapi mereka bangga dgn Awang - Mek... terus je tetiba teringat kat asta/ayie dan sms kat dia... terus je dia suruh zam amik pic spt di sebelah ni kan..
Oleh krn flight ke KT ni x byk, zam tpaksa aa amik flight awal pg jam 8 tu... tpaksa aa R sekali lg hantar ke KL Sentral awal pagi jugak sblm ke ofis.. hehee... dlm jam 10pg dah sampai ke resort.. nasib baik aa bilik dah ada.. boleh aa masuk dan rehat2.. tp agenda cuma bermula jam 4pm je... ramai gak peserta yg amik flight kemudiannya iaitu jam 3pm.. so, lewat skit aa diaorg smpai...
Kursus ni lak dibuat pd Rabu - Jumaat.. atas persetujuan penceramah, boleh aa kami susun semula jadual utk berpeluang keluar bandar pd khamis ptg tu.. tp tpaksa aa ganti ngan kelas malam kan... destinasi pilihan pastinya Pasar Besar Kedai Payang yg terkenal tu... bertuah jugak laah penganjur sediakan bas utk kami keluar beramai2...
Tujuan zam join pun sbb nak tgk2 sekitar pasar tu.. ye lah x prnh jejak kaki kan... nak jugak tgk2 songket kononnya... tapi sudahnya x jadi beli pun.. mahal sgt lak rasanya... tak per laa.. pakai je lah songket yg ada tu jer tahun ni.. belum ada rezeki gamaknya... mcm2 kain ada kat situ.. songket, batik, hiasan tembaga dll. zam cuma beli keropok2 & t-shirt sehelai je...
Dalam perjalanan balik KL tu... sempat aa mintak abg teksi tu singgah sekejap kat kedai lekor depan jalan masuk ke resort utk beli sedikit lekor buat ole2.. diaorg gulung & rebus kat situ jugak.. so pastinya kita mendapat lekor yg baru & fresh lagi kan... zam pun mintak aa izin nak amik pic.. apa lagi, akak tu pun siap posing senyum aa walau dlm malu.. hehee... OTW ke airport tu mmg melintas aa byk kolej yg ada di KT ni kan.. antaranya KUSZA & KUSTEM.. bila lintas di KUSTEM tuh, tetiba jugak aa teringat kat asta.. tatau aa kenapa kan asta.. ekeke... ;)) .
Bila sampai je di airport.. heran gak tetiba je jln sesak teruk kat situ.. ramai nya umat dlm tu.. rerupanya ramai pakcik-makcik yg nak pergi menunaikan umrah.. suasana kat situ mcm satu kg yg dok menghantar.. zam boleh bygkan pulak.. camne laah agaknya kalu musim haji kelak kan.. pastinya lebih ramai... patut aa ramai peserta yg cuma waiting list nak tukar flight jam 9pm ke jam 5pm pun x dpt.. oleh kerana jam baru pukul 3 dan flight lak jam 5pm.. Bila dah boarding tu, dari atas tangga nak masuk masing2 para umrah dok melambai tgn.. (ye lah x mcm KLIA kan, dr boarding terus masuk flight) ramainya sanak saudara yg dok melambai dr luar pagar.. sayu lak rasanya... seat yg ada semua dah berterabur... diaorg main duduk jer kat memana... nasib aaa cabin crew bertugas tu melayan karenah pakcik-makcik tu kan... zam tpaksa duduk tempat lain.. tp x kisah aaa.. sbb dulu dah prnh rasa suasana tu. kita leh faham laa.. kekdg tu lah 1st time diaorg naik flight kan.. nak psg seat-belt pun x reti lagi... tu belum masa dihidangkan minuman ringan... chow

Friday, October 06, 2006

Pantun Jumaat

Segar berseri rumpunan kekwa,
Pandan bercambah di limbahan;
Bila puasa menambah takwa,
Petanda ibadah diterima Tuhan.

- Asta @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ

Madah...

Bergunung mana pun harta, bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa;
Segagah mana pun diri, bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan;
Secantik mana pun rupa nan ayu, bukanlah namanya ratu jika buruk tingkah laku;
Setinggi mana pun darjat, bukanlah namanya mulia jika tiada iman di dada;
Melangit mana pun ilmu, bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan diguna;
Sealim mana pun warak, bukanlah namanya ulamak jika takbur dan riak.

Sebagai renungan bersama... :-)

- fwd sms dari Asta@Ayie@Penang.

Kek Lagi ?

Salam buat semua... dalam x diam dah 13 Ramadhan pun kan... bermakna dah 13 hari kita berpuasa... diharapkan semua sihat sejahtera menunaikan ibadah ini.. jangan ada yg ponteng aaa.. hehee... Hari ni zam dijamu oleh 'Uncle' dengan berbuka puasa di Hotel Corus KL... sempena meraikan ulang tahun zam... bersama-sama dgn R dan abg Hadi (kwn uncle). cadangan asal nak rai semalam tetapi dia ada hal pulak.. terpaksa aa ditunda sehari.. tak per laaah... sekurang2nya smlm zam raikan bersama keluarga di rumah aje...
Uncle menjemput zam & R di ofis.. oleh krn jalan jamm dlm jam 6.30 baru dia sampai... zam pun dah agak mesti x sempat, so zam pun bw aa air mineral sebotol dan kurma yg diberikan TM td... masa berbuka tu kami masih di Jln Tun Razak.. so, berbuka dlm kereta je laah kami... bila sampai sana, nasib baik masih ada meja kosong.. ada jugak bbrp org yg dtg lewat... x sempat duduk pun, terus capai pinggan dan ambil aa lauk2 buffet yg terhidang tu..
Lepas habis makan2 di sana dlm jam 9.30pm.. itu pun setelah berborak sakan... uncle teringin lak nak bagi kek.. dan mmg menjadi kegemaran beliau adalah kek Baskin Robin.. so kami pun pergi laaah ke uptown dsara.. uncle drop zam & R di ofis untuk ambil kereta dan jumpa je di sana... spt zam jangka, uncle mmg nak mkn ais krim dulu sblm balik... tp masa sampai tu meja semua penuh.. so tpaksa aa tunggu kejap... lepas makan tu terus aja kami berpisah dan balik... zam pun terus aa sms anak sedara spy tunggu di rumah utk bersama-sama menjamu kek tu... hmm.. sedap nyaa.... TQ Uncle....

Thursday, October 05, 2006

Besday sapa tatau? ekekeee

Syukur ke hadrat Ilahi... kita masih lagi bernafas di bumi ini untuk bersama-sama menunaikan puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.... Syukur zam panjatkan kepada Nya atas nikmat yg diberikan... hari ini zam meniti usia ke angka 34...

TQ pd R yg sudi bersama-sama dan cuba memeriahkan hari ni... dgn pemberian kek utk sama-sama nikmati bersama keluarga zam yg lain... kek pilihan adalah Banana Cake dr Secret Recipe... TQ R