Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, March 30, 2007

Pantun Jumaat

12 Rabiulawal gemerlap intan,
Lahir junjungan akhir zaman,
Fajar syahadah melepas beban,
Kepada kita Allah utuskan;
Maulidur Rasul tanda ingatan,
Kekasih Allah penerang zaman,
Hidayah tersebar obor peradaban,
Amanah Nabi kita teruskan.

- Ayie @ Aras 2, Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

Sunday, March 25, 2007

Pantun

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Sungguh jauh di negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan.

- Ayie @ Transnasional. OTW balik Penang. TQ

Anak sembilang di tapak tangan,
Hasil menjala di pinggir kali;
Hilang di mata di hati jangan,
Panjang usia bertemu kembali.

- Zam @ SP.

Friday, March 23, 2007

Pantun Jumaat

Bijak tamsil paduka bendahara,
Sigap lincah laksamana perkasa;
Insan kamil aset negara,
Modal insan meneraju nusa.

- Ayie @ Laman Masjid Kolej Islam Malaya, PJ, Selangor. TQ

Tuesday, March 20, 2007

Tahniah buat Abg Nas

Ucapan tahniah buat Abg Nas atas kelahiran puteri sulung pd jam 5.42ptg td di Annur Bangi.... Moga kedua-dua ibu & puteri sihat walafiat...
Nur Sofea Batrisya nama diberi....

Sunday, March 18, 2007

Mukhsin

Mukhsin... filem yang dicanang kerana memenangi hadiah utama di festival luar.. buah tangan terbaru Yasmin Ahmad yang kini menemui peminat filem Melayu di pawagam... filem yang ditunggu dan dicanang oleh Ayie...
Ayie.. antara peminat filem Melayu pertama yang menonton Mukhsin di hari pertama tayangannya... Gigih sekali kan.. hehee...
Zam hanya berpeluang menontonnya pd Jumaat lepas iaitu selepas 8 hari ditayangkan... Harapan pada Mukhsin terlalu tinggi.. untuk terbit sebagai filem unggul.. walaupun membawa tema cinta kanak2, garapan oleh Yasmin tetap menjadi dengan sinematografi menarik (ayie suka sgt kan)
Tapi dalam kehebatan tersebut, zam mcm rasa kosong je.. di awal cerita macam slow sgt... terdapat beberapa scene yang mcm tergantung dan hilang (mcm kena potong atau edit tak sempurna?) Scene 'Bujang' yang tetiba je ada kat rumah walaupun telah di buang jauh, macam x de sapa yang kisah pun? Macam scene tu scene awal yg terbawa kebelakang... bukan ke seharusnya bila Bujang kembali ada di rumah, pasti ada yang tertanya camne ia boleh ada semula? hmm... entahlah .. tu pendapat zam je.. maybe ayie tak setuju kot. hehe... apa2 pun... harap korg semua boleh layan filem ni...

Friday, March 16, 2007

Pantun Jumaat

Jajar teduh semarak api,
Rimbun meliar bunga keni;
Kasih dan sayang itu melengkapi,
Jalanan hidup pasti harmoni.

- Ayie @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid USM Penang. TQ

Saturday, March 10, 2007

Hepi Besday to Rijal - 10 Mac

Hepi Besday to U,
Hepi Besday to U;
Hepi Besday to Rijal...
Hepi Besday to U....


p/s: Apa hadiah special yg dapat tu? hehehe

Friday, March 09, 2007

Pantun Jumaat

Ralit berlagu madah Fansuri,
Jejak sufi dambaan hati;
Kasihi saudaramu bak diri sendiri,
Teguh naungan-Nya di Mashyar nanti.

- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik, USM Penang. TQ

Monday, March 05, 2007

Pantun

Malam bulan di pagar bintang,
Pawana membuai segenap alam;
Tidurlah teman penuh tenang;
Kuiring mimpimu selamat malam.

- Ayie @ Kedah. TQ.

Pawana membuai segenap alam,
Salam rindu buatmu teman;
Kuiring mimpimu selamat malam,
Dibuai lembut bayu nyaman.

- Zam @ Malacca Watercity Resort.

Salam Ulangtahun Drac : 5 Mac

Hepi Besday to U,
Hepi Besday to U;
Hepi Besday to Drac...
Hepi Besday to U....


p/s: Maaf laah Drac coz lambat entry. Bz berbengkel hari tu

Pantun

Dari Maninjau ke Brastagi,
Bawa kudapan kuih keria;
Salam ceria selamat pagi,
Moga harimu rona bahagia.

- Ayie @ Kedah. TQ.

Bawa kudapan kuih keria,
Buat hidangan berbuka puasa;
Moga harimu rona bahagia,
Jaluran kehidupan dirahmati sentiasa.

- Zam @ Malacca Watercity Resort.

Saturday, March 03, 2007

Pantun

Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan menimpa dahan pauh;
Hendak tidur tidurlah mata,
Jangan mengenang orang yang jauh.

- Ayie @ Salam lewat bayu Jerai. TQ

Friday, March 02, 2007

Pantun Jumaat

Asal ada si ikan duri,
Boleh saja jadi makanan;
Ibadah membina sahsiah diri,
Cemerlang kehidupan berteras keimanan.

- Ayie @ BookGarden, USM Penang. TQ