Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, May 27, 2007

Kursus di Akademi Bomba : 30 Mei - 1 Jun nanti...

Minggu lepas tetiba je dpt surat dr HR yg Zam dicalon utk Kursus Keselamatan Pejabat di Akademi Bomba Kuala Kubu Baru... Mmg x mohon pun, tp disebab dah tercalon, pi aje laaah... selamba je laah isi borang pengesahan hadir kursus tu... Apa nak susah, dah di suruh pi kursus, pergi aje laa.. tambah ilmu, tambah makan, tambah berat.. hehehee... lagi pun kalu asyik dok ofis je, boring oooo terperap kat sini... Dah ada peluang nak kuar ni, pi aje laa.. my bos pun tanya, leh pi tak? sy jwb je laaah .. boleh jer.... mmg dah reserve date tu.. lg pun dibuat kat akademi bomba, tak pernah sampai lagi sana...
Then.. tetiba dpt salinan faks mengenai silibus kursus tu... tu dia.. baru laah tahu.. bukan setakat ceramah jer.. siap ada amali lagi.. & latihan amali kebombaan pun ada gak.. spt kawat, alat pemadam api, simulasi dlm gelap... perrh... mesti best kaan.. x sabar lah pulak nak pi... bebudak PTD mmg dah kira kursus wajib semua ni.. so tanya lah sorg kwn tu, dia kata best.. yer laah.. dlm x best & payah tu.. pengalaman yg penting... lepas tu bukan senang nak merasanya kan..
lagi pun.. masa kat sekolah, 1989 (dah lama sgt kan), sempat aa join Kadet Bomba masa form 5.. sempat train sekejap je di Balai Bomba Pantai tu... tu jer laa.. la ni dah bertahun... excited lah pulak.. hehe.. tgk je lah nanti, camne episod di sana lepas kursus tu pulak... heheee

Pirates of Caribbean 3

Hajat nak tgk citer ni semalam nyaris x dpt.. bila bukak web GSC & Cathay, semua dah full booking... web TGV lak ada problem, x leh nak akses ke TGV 1 Utama.. bila phone book pun problem. Hampeh tul...
Terpaksa lah seawal jam 11 tu dah pi 1 Utama... hajat asal nak repair fon Nokia R yang kena serang virus tu... sesambil tu singgah laah kaunter TGV.. nasib baik laah masih byk kosong pd show jam 5pm tu... terus je lah beli, dpt aa seat 3 dr atas... Nokia caj RM60 utk repair (format & install semua) pd fon & memory card.. tu dia.. mahal gak kan... so, R cdg nak pi send kedai biasa je laah.. pi hari ni kat Low Yatt, sama gak caj RM60. hehee..
Malas nak komen citer Hollywood ni... spt biasa, mmg x menghampakan zam.. citer dia, lawak selamba mmg best... dan pastinya akan ada sambungan Pirates 4. Pd sapa yg lom pi tu.. jgn keluar dulu bila dah keluar credit.. ada skit lagi lepas tu.. tungguuuuu... zam pun kebetulan je nampak bila dah smpai pintu, terus je berhenti.. R pulak dah terlajak ke depan dlm kesesakan tu.. hehe... Tpaksa lah R tunggu sat kat luar tu. hehee.. sorry naaa.. nak panggil x sempat, x tercapai tgn...
LB, dpt ke tgk Spidey 3 ptg ni?? lambat laah hang... nak tgk kena aa book awal... kalu nak redah book hari yg sama, jgn harap lah ada lagi. hehe.. lain aaa kalu citer melayu yg x best mcm Zombi tu ker.. mesti byk kosong.. x pun citer Pinoy yg x best (kan Ayie? heheheee)

Friday, May 25, 2007

Pantun Jumaat

Siakap senohong juga gelama,
Bukanlah dapat dengan memukat;
Boros belanja ditegah agama,
Jimat cermat membawa berkat.


- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

Monday, May 21, 2007

Cinta Pertama ... 20 Mei 2007

Habis je tgk Sumolah, Zam & R pun pi lah lunch dulu kat kedai Nyonya apalaah nama dia kat 1 Utama tu.. zam try Yellow Curry Laksa .. ingat kan rasa camne, rupanya lebih kurang rasa gulai masak kuning jer.. cuma kuahnya cair lagi...

Cinta Pertama .. pasti ramai di antara kita pernah alaminya.. dan cinta pertama di katakan akan terus bertakhta di hati walaupun cinta yang baru hadir berkali2... bagi yang pernah alami cinta pertama yang indah, pasti akan terkenang kembali saat2 itu apabila menonton cerita ini...
Walaupun ianya mengambil suasana di zaman sekolah tinggi ianya akan sinonim pada mana2 cinta pertama yang hadir.. yg dikatakan terlalu indah dan sukar utk dilupakan.. apatah lagi jika cinta pertama itu tidak kesampaian untuk diluahkan dan terpendam terus di dalam hati...
Walaupun jalan cerita ini pernah di utarakan dalam byk filem, namun keindahan dalam kisah ini berjaya dibangkitkan dgn sudut2 kamera yang menarik, ternyata indah apabila ianya diterjemah & dipancarkan ke layar perak.
Adegan hujan rintik yang menjadi kenangan dan titik pertemuan pertama di antara Alia & Sunny sering diulang dan dikenang setiap kali renyai tiba. Hmm... indahnya percintaan yg digambarkan... bertuah sungguh pada mereka yg mempunyai pengalaman seumpama itu...
Kesanggupan seorang lelaki untuk menjejaki kekasih lama tunangannya di saat akhir kehidupan menunjukan betapa kita tidak memiliki sepenuhnya org yg kita cintai.. sebagaimana kata2nya "Kita biasa memiliki sesorg itu, cintanya, hatinya, dirinya.. tetapi kita tidak bisa memliki jalan hidupnya" .. nah di sini betapa beliau mengagungi hebatnya kuasa Ilahi kerana semua jalur kehidupan dan takdir kita terletak di tangan Yg Maha Esa ! terdapat byk dialog putis yang diucapkan sepanjang cerita ini.. Filem2 Indo bertema percintaan sering menggunakan dialog indah yg akan membuat kita terfikir sebagaimana dlm filem Tentang Dia. -n-

Sumolah... 20 Mei 2007

Setelah tertangguh sehari, zam berpeluang juga membuat marathon movie hari ahad lepas... asalnya nak buat pd sabtu lepas tp disebabkan terpaksa pi repair kereta sebelum nak bergerak jauh ke Melaka, terpaksa laah buat semula booking tiket pada ahad, 20 Mei.. Dimulakan dgn Sumolah seawal jam 11.30 pagi di TGV 1 Utama.. (kenapa awal pagi? hehe.. sbb murah skit, cuma RM6 jer.. )tak kisah laah awal pagi, org pun tak rami, so aman lah skit menonton.. x mcm masa tgk Jgn Pdg Belakang tempoh hari, tension jer dgr komen2 tak diundang tu...
Filem2 arahan Afdlin kin menjadi tontonan wajib setelah menyaksikan kehebatan beliau dlm Buli... sekali lagi diucap tahniah pada Afdlin krn hasil Sumolah ternyata tidak menghampakan. Spt zam nyatakan seawal dulu, zam tak mahir dlm komen2 ni.. ni cuma pndangan peribadi dr kacamata peminat filem melayu.. (x semua filem melayu zam pi tgk wyg, cuma sesetengah filem yg dirasakan sesuai shj).
Adegan di Fukuoka, Jepun mengingat kembali kenangan semasa berkursus 3 minggu di Tokyo & Sapporo. Walaupun di bandar berbeza, keadaan bandar di Jepun lebih kurang jer... nasib x baik jer, x de peluang nak cuba tempat mandian umum tu.. tak tahu lah Rijal camne laak. dia kan baru je balik dr sana kursus 3 minggu jugak... Rasa teringin semula nak pi lawat2 Jepun semula... hehehe.. tak tahu laah.. kalu ada rezeki, tercapai jua lah hendaknyaa....
Adegan2 dlm Sumolah tak ternampak pula cacat cela nyaa.. mungkin mata zam yg x nampak atau hasil nya mmg teliti... tapi zam tertarik adegan tukang tarik / mintak hutang tu.. bila dia kata kat Honda-san .. "this is Malaysian way.. bincang elok2 laaah" (x sure ayat sebenar, hehe) semasa restoren nak ditutup akibat tak bayar hutang. Nokotta! -n-

Friday, May 18, 2007

Pantun Jumaat

Puyuh sawah kejar-kejaran,
Riuh bersarang di hutan gelam;
Rekayasa pendidikan jadikan keutamaan,
Ummah terbilang menjulang Islam.

- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

Sunday, May 13, 2007

Ibu.. dialah syurga hati kita...

Sayangilah mereka sementara kesempatan diberikan kepada kita... jagalah hati mereka dan bahagiakan lah hidup mereka selagi hayat dikandung badan...

p/s : barulah zam faham bhw Hari Ibu disambut pd hari2 berbeza ikut negara & Malaysia menyambutnya pd 10 Mei. USA yg sambut pd 13 Mei & sesetengah negara pd Ahad kedua bulan Mei... sumber dr http://www.mothersdaycelebration.com/

Friday, May 11, 2007

Pantun Jumaat

Walau berseri panca suasa,
Berlian Afrika jua berharga;
Taatlah ibu sepanjang masa,
Restu darinya bawa ke syurga.

- Ayie @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ
p/s : Meriah katanya di sana hari ni... hehehee

Thursday, May 10, 2007

Pantun

Jajar angsana jadi rimbunan,
Jadi teduhan di tengahari;
Doakan daku selamat perjalanan,
Bersua lagi dikemudian hari.

- Ayie @ Platform 5, Pudu Raya. TQ

Friday, May 04, 2007

Pantun Jumaat

Terang gubuk nyalanya dian,
Gelegar longgar ikatnya rotan;
Ilmuan sejati sumur kemurnian,
Memimpin masyarakat merobah kebejatan.

- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

Thursday, May 03, 2007