Buah apa tu.....???


Janji hati suara cinta sakti
Cinta agung dari jiwa ternyala
Janji tanah lahir aku cintai
Aku rela sama membela
(Chorus)
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa
Usah rajuk jauh hati rindu
Nafas lain haluan seketika
Aku rayu wira hati sayangku
Ini bukan mainan cinta
(Chorus)
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa
Janji janji cinta...
(Chorus)
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa
Bila janji terlukis indah
Usah lagi kau buru cinta
Aku serahkan hati asmara ku
Kini bebas hati bersatu
Ooo hati...
Dara sunti leka bercermin,
Habis tersepak cawannya kahwa;
Doa itu senjata mukmin,
Usaha sentiasa petanda takwa.
- Ayie @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ
Anak dara bertudung bawal,
Padan pula kurung bersulam;
Ziarahi teman sepanjang Syawal,
Ikrar ukhuwah sesama Islam.
- Ayie @ Laman Masjid Kg Alor Pak Ngah, Mukim Tualang, Alor Setar, Kedah. TQ
p/s : Enjoylah beraya di kampung
Salam Ulangtahun...
Semoga bertambah keberkatan di hari mulia ini...
Pergi sudah Ramadhan itu,
Tinggal kenangan terlalu indah;
Syawal menjelang menuntut restu,
Maaf bermaafan menyuci fitrah.
- Ayie @ Laman Masjid Kg Alor Pak Ngah, Mukim Tualang, Alor Setar, Kedah. TQ
p/s : Enjoylah beraya di kampung
Leaves may forget the tree.....
Waves may forget the sea.....
Flower may forget the bee.....
Or even U may forget me.....
But I'll never forget U..... all my frens.
Sahabat,
Jika doamu dimakbulkan,
tanda Allah menyayangimu.....
Jika doamu lambat dimakbulkan,
tanda Allah ingin mengujimu.....
Jika doamu tidak dimakbulkan,
tanda Allah merancang yang terbaik buatmu.....
Maka bersabarlah kerana hanya Dia yang tahu esok untuk siapa.
- fwd sms from Ayie. TQ
Salam Ulangtahun buat mu.. khabarnya tgh terbang balik ke Mesia.. selamat beraya di kampung nuunnn
Rumpun mengkuang menyelit sena,
Segar rona bunga pakma;
Nyaring cengkerik membuai lena,
Mimpi indah berteman purnama.
- Ayie @ lewat bayu Bukit Perak, Kedah. TQ
p/s : Enjoylah bercuti di kampung
Miskin kaya umat manusia,
Riang gembira menanti raya;
Lailatur Qadar penuh rahsia,
Gapailah ia sepenuh daya.
- Ayie @ Feri Pulau Undan, Pangkalan Raja Tun Uda, Weld Quay - Pangkalan Sultan Adb hamid, Butterworth, Penang. TQ
p/s : Selamat pulang bercuti di kampung