Pantun Jumaat
Riuh rendah gendang dipalu,
Rona majlis sirna kaku;
Muhasabah itu amalkan selalu,
Nescaya molek segala laku.
- Ayie @ Laman Masjid Al-Rahman, Lembah Pantai, KL. TQ
Riuh rendah gendang dipalu,
Rona majlis sirna kaku;
Muhasabah itu amalkan selalu,
Nescaya molek segala laku.
- Ayie @ Laman Masjid Al-Rahman, Lembah Pantai, KL. TQ
Harum cempaka hiasan sanggul,
Mekar semarak menyeri laman;
Rasullulah itu insan terunggul,
Lestari baginda citra berzaman.
- Ayie @ pesisir exit Bukit Beruntung, lebuhraya PLUS arah selatan. TQ
p/s : Maaf, lambat entry.. terlupa laa...
Selamat meraikan hari kelahiran Nabi Junjungan Muhammad S.A.W ... Selawat dan salam ke atas Rasulullah...
Tarikh: 20 Mac 2008
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Indah tenunan aneka sejadah,
Jualan murah jadi borongan;
Ikhlaskan diri tika beribadah,
Prinsip ihsan* teras pegangan.
- Ayie @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ
*Nota : Ihsan - dalam beribadat, kita seakan2 melihat Allah; kalu tidak mampu berbuat demikian, maka yakinkan diri bahawa Allah selalu melihat kita (hadis)
p/s : Ayie, good luck in ur next interview on 25 Mac...
Luka kaki tersandung pahi*,
Kerja bajak sudahlah lama;
Pemimpin mithali takut Ilahi,
Kifayah* dia menjaga agama.
- Ayie @ laman Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ
* Nota dari Ayie :
1. Pahi - besi pada hujung mata bajak
2. Kifayah - bertanggungjawab, teguh, kuat dan cekap melaksanakan tugas