Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, April 28, 2006

Pantun Jumaat

Pancar seri kalung suasa,
Pudar jua dihakis masa,
Ingatlah mati setiap masa,
Nescaya gentar mengukir dosa.


- Asta, anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ

Transkripsi - Buah Tangan Terbaru Siti Nurhaliza

"TRANSKRIPSI adalah himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini. Ia ditutur lalu ditulis dan dilagukan mengikuti emosi dan ekspresi. Ia dicantumkan dari keindahan lagu dan penceritaan lirik yang nada-nadanya tercipta daripada luahan serta terjemahan hati" - Siti Nurhaliza

Begitulah antara coretan Siti dalam album terbarunya yang berjudul Transkripsi. Ianya telah berada di pasaran sejak 24 April 2006 dengan mengandungi 13 buah lagu seperti :-



Zam dah dengar semua lagu2 terbaru tu.. dan memang best laa.. ada banyak lagu dengan rentak baru, ala-ala Jazz pun ada gak... Zam suka sebab dapat CD ni dengan ditandatangani oleh Siti sendiri... TQ very much to R sebab tolong dapatkan album ni dari Siti Nurhaliza Productions.

Saturday, April 22, 2006

Pantun Jumaat

Petang hari pergi berjalan,
Santai pula dekat jambatan,
Jimat cermat jadikan amalan,
Moga hidup dapat keberkatan.


- Asta, anjung Jade View, Penang. TQ

Friday, April 14, 2006

Eyes & Hands

Friendship is like relation between HANDS and the EYES.....

Its like when HAND get hurt.... the EYE will cry....

and

when the EYE cries... HAND wipes its tears.

- fwd sms from asta.TQ

Pantun Jumaat

Maju sungguh Bagan Jermal,
Dulu kampung sekarang pekan,
Usah bertangguh membuat amal,
Berkatlah hidup dalam kebaikan.

- Asta, anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ

Thursday, April 13, 2006

Entry Baru ???

Salam buat semua.... maaf bebyk kalu blog ni dah jd sunyi lagi tanpa entry2... (asta, jgn marah ya). Buat masa ni, zam masih sibuk ngan keje2 ofis.. byk sgt kertas kerja nak dibuat dan disiapkan...
Minggu lepas zam berkesempatan join kelab ofis ke Melaka pd 14 - 15 April... kami ada perlawanan persahabatan Badminton dan Boling dengan MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah)... citer lanjut dan pics akan zam upload kemudian nya...
Sempena sambutan Maulidur-Rasul 1427H ni jugak.. zam berpeluang sekali lagi join ofis utk sama2 berarak pada sambutan pagi tu... seperti biasak laa.. beriya memasing buat latihan kawat.. tapi dah agak dah, masa hari tu.. x de yg kawat pun.. semua jalan lenggang jer... citer & pics zam entry later yaa....
ok laaa.. ngantuk skit neh.. zam tido dulu.... selamat malam semua...

Wake me up...

Wake ME up when ur heart needs company...

Hold MY HAND when u feel lonely...

Turn to ME when u need someone to talk with u...

Coz I'll always be there for u.

- fwd sms from Asta. TQ

Monday, April 10, 2006

Kawan...

Kata nenek... kawan umpama lebah, ada madu ia pun muncul;
Kata ibu... kawan bagai kumbang, habis madu terbang lari;
Kata ayah... kawan cuma merpati, bersiul tak mungkin menghampiri, ditabur makanan beribu menghimpit;
Kata cikgu... kawan setia berkorban apa saja, memastikan kawannya berjaya;
Kata orang... kawan suka mudah dicari, kawan duka satu dalam sejuta, kawan sejati membawa bahagia;
HAKIKATNYA... antara seribu kawan, siapa yang sudi bersama mengutip batu permata dan siapa yang sanggup mengutip bara menempuh karam di laut bergelora?


-fwd SMS from asta. TQ

Pantun Jumaat

Pergi dia tiada ganti,
Bekal sunnah kepada ummah,
Maulid Rasul kita peringati,
Renungi sirahnya penuh berhikmah
.

- Asta, anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ
(sorry ... Zam ke Melaka jumaat-sabtu hari tu.. & LAN modem kat umah lak rosak. lambat entry. maaf ya)

Wednesday, April 05, 2006

Hadek@KL

Salams buat semua...
Untuk makluman kwn2, hadek dah balik KL pun last week... zam berkesempatan diner ngan dia mlm tadi bersama2 dgn R... itu pun setelah sekian lama dok rancang... hadek sibuk sgt kot ngan segala temujanji dia ngan kwn2 dia yg lain... hal2 nak mintak kerja baru lagi...
R dtg amik zam kat umah dan terus ke rumah hadek di Ampang... Hadek pilih nak diner kat BoraOmbak di Ampang.. itu lah pertama kali zam makan kat situ.. nice place aaa.. Bali style.. very cozy..
Dah 2 tahun tak jumpa hadek sejak dia keje kat Riyadh.. selama 2 tahun tu jugak laah, kami cuma borak thru sms, chat di YM dan TB di blog ni.. Seronok dapat jumpa dia semula.. byk citer2 yg kami bual kan... Mlm ni hadek balik KB.. sabtu mlm baru balik KL coz dia nak ke jakarta semula untuk interview kerja baru.. moga2 hadek dpt kerja baru tu.. kwn2, kita doakan moga hadek dpt kerja tu yaaa... leh aa zam pi jejalan lawat hadek d jakarta pulak... Good luck 4 hadek !