Pantun Jumaat
Pahlawan Melayu gagah perkasa,
Siap siaga rakyat dijaga;
Jagalah lidahmu sepanjang masa,
Berkat lunaknya bawa ke syurga.
- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ
Pahlawan Melayu gagah perkasa,
Siap siaga rakyat dijaga;
Jagalah lidahmu sepanjang masa,
Berkat lunaknya bawa ke syurga.
- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ
Cuti sekolah lepas sempat gak lah bawak bala tentera zam tu pi mandi2 kat Wet World Shah Alam.. Ni lah 1st time zam pi... R, mak zam & maid pun ikut sama.. ye laah.. bukan senang nak jaga tentera 11 org tu... diaorg tu kalu dah jumpa air, mmg x ingat dunia laa...
Tak sempat habis mengemas tu, zam kena lak pi bengkel gubal soalan bermula rabu - ahad. cadangan asal buat kat Kuching tapi tak lulus, so dibuat di Corus Paradise resort PD aje laa... boring betul.. asyik2 ke PD. zam kena buat 70 soalan objektif berkaitan asas ICT & MS-Office jer. Zam buat sikit soalan kat umah je pd rabu tu dan bertolak ke PD pd khamis pagi tu.. sebenarnya boleh buat kat mana2 jer janji siap soalan tu sebelum ptg jumaat. sampai sana hampir jam 1 & terus je join diaorg lunch. lepas lunch sambung buat soalan. jam 5 lebih lak join diaorg main bola tampar & bola sepak pantai.. jam 7 lak semua terjun kolam.. zam x reti berenang, cuma rendam2 badan dan kuak skit2 jer... mlm lepas dinner sambung semula buat soalan. tu laah keje 2 hari kat sini.. hehehe..
Dari 70 soalan tu, cuma 54 soalan aje yg akan dipilih oleh pemilih soalan tapi disebabkan tiada pemilih utk subjek ICT ni, zam buat ngam2 54 soalan jer lah. hahaha. jenuh gak laah nak buat soalan utk TK1, TK2 & TK3 ni.. kalu Cikgu Putra745 tu, dia tak heran laah kan.. sebab diaorg tu dah biasa sgt tgk soalan2 ni.. heheehehe.. kalu korg nak tahu, setiap soalan objektif akan diberi elaun RM20, so korg tahu laah brp elaun yg zam akan dpt kan? hehehe.. leh buat modal cuti2 nanti. hehe... ada sorg pegawai tu yg paling byk buat, 86 soalan! sakan aa elaun dia nanti kan. ni kali kedua zam terpilih sebagai penggubal, tahun lepas sebagai pemilih jer. pemilih ni elaun skit jer... ye lah .. keje senang jer.. dlm 1 - 2 jam dah boleh siap pilih.
Cadangnya awal Sabtu pagi selepas sarapan, jam 9pg zam nak bertolak balik ke KL.. saje je balik awal sebab dah buat booking utk hantar servis kereta kali kedua ke Sg Buloh tu. patutnya pada 5000km tp la ni dah hampir 6000 ... hmmm.. risau gak. harap2 x de masalah besar kelak...
Nukilan
Zam/Haqeem
jam
12:16 am
0
komen
Label >> Outstation, Rasmi
Batang nyiur buatkan titi,
Timba upih gantikan kendi;
Kembara diri menjejak realiti,
Pahit manisnya buah peribadi.
- Ayie @ km323.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara. TQ
Katanya.. dah lama sgt merancang utk sesi memasak & memakan steamboat beramai2 ni... tetiba je ptg td di sms nyaa ajak makan besh mlm neh... kami pun Ok je laaa.. sbb mmg x de rancangan apa2 pun...
Mmg besh sgt kat situ.. dgn suasana persekitaran yg aman dan damai... berselera sgt Chef LB mkn mlm tuh... ada menu yg sedap kot. hehe... TQ LB.. nanti2 leh aa ajak lagi kot. hehee... Musafir kelana rasa dahaga,
Segar meneguk air tawar;
Hidup manusia sentiasa diduga,
Sabar dan takwa jadi penawar.
- Ayie @ Musalla KL Sentral, KL. TQ
Nota : Lagu rakyat Jepun ini didendangkan oleh kami sewaktu majlis perpisahan. Ianya menceritakan tentang persahabatan yang terjalin dalam waktu terdekat dan terpaksa berpisah di akhir pertemuan. Nak dengar lagu tu? cuba download dari sini. [Kyo No Hi Wa Sayonara]. Berjaya or tidak, bgtahu lah yaa. TQ