Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, February 01, 2008

Pantun Jumaat

Kolek berlayar ke Indragiri,
Penuh muatan bijih timah;
Pemuda contoh melengkap diri,
Warisi amanah menjulang ummah.


- Ayie @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ

Madah

Once the moon winks at U tonite, I wish sweet dreams embrace U tight. Hope your day was alright and now I bid U a lovely good night ;-).

- sms from Ayie @ Penang. TQ

Thursday, January 31, 2008

Duti RM50 Baru !

Ini lah rupa duit kertas RM50 baru .. yang telah mula diedarkan oleh BNM.. Masih ramai yang tak tahu kan.. Zam dpt duit tuh dari R. (credit to R) zam dah test lah td bila nak beli pop corn di kaunter GSC tuh...

Zam & R mmg dah pakat nak buat ujian tuh.. bila kami hulur duit tuh, staf tu terkejut.. rasa duit mcm betul tp tak yakin.. dia pun tunjuk kat kwn nya & supervisor dia.. pun sama gak x yakin.. then dia bawak ke pejabat kot, tunjuk kat bos nyaa... lama sgt kat sana.. zam & R pun senyum2 aje laa.. then kami hulur duit RM50 yg lama & baru bagitahu yg duit tuh duit baru, baru diedarkan pd hari ini! Sib baik R masih pakai tag bank dia tuh. staf tu yakin aje lah staf kami... duit tu kami cuma ada 1 jer.. sbb R pun tukar 1 jer.. & zam lak tukar dari dia.. hehee...
Zam terus bgtahu kat staf tuh yg zam nak balik duit baru tuh.. bila dah dipulang baki duit, baru lah penyelia dia keluar dar pejabat bos dia & bgtahu duit tu dah boleh guna.. dia siap bw duit RM50 lama sbb boss dia tuh dah tukar & simpan .. zam bgtahu laah , yg td tu dah bayar sbb lama, so nak balik duti tadi.. cian dia tpaksa pi pejabat semula & mintak kat boss dia (lantak laa.. ) haha.. staf kaunter tu pulak cuba nak pujuk zam, nak tukar duit tuh.. hehe.. R suh bagi jer sbb dia leh tukar kan esok lagi... tp zam x moh sbb x sabar nak tunjuk kat mak zam & staf esok pagi... hehee... kami suh jer diaorg pi bank kalau nak tukar duit baru tuh... Manalah tahu kan LB, kot ko dpt ang pow duit baru ni, jgn ko terkejut lak nanti yaa.. hehehe...

Wednesday, January 30, 2008

Mabuhay Manila : 18 - 22 Jan 2008

Salams... minggu lepas zam, R & Min berpeluang bercuti2 ke Manila setelah sekian lama menyimpan hajat.. Alhamdulillah.. kesampaian juga hajat kami. Itu pun zam beli tiket pd Sept 2007 lagi... Dgn penerbangan AirAsia seawal jam 7.40pg, tpaksa lah keluar rumah dr jam 5 pagi.. nasib baik ada jiran yg bekerja pemandu teksi sudi menghantar kami ke LCCT. Penerbangan selama hampir 4 jam, tiba dgn selamat di Clark. Kemudiannya perlu ambil bas dgn tiket PHP300/sorg ke SM Mall di Manila, trip selama 2 jam lagi. Then amik taxi ke Citadel Inn, Makati pula (kena caj PHP500!!)... Sepanjang jalan dr Clark ke Manila melalui lah pekan/bandar lama di Filipina.. mcm zaman koboi pun ada gak. hehee...
Itu pun ikut hiway gak .. tatau aa nama hiway .. & x sure laah dr mana trip tu. hehe.. sbb tertidur2 gak laah dlm bas tuh.. penat oo.. Malangnya sesampai di hotel tuh, dikatakan booking zam x der.. sebenarnya sangsi gak booking yg dibuat melalui internet sbb x de no booking & sistem pun x tanya info pasal credit card ke apa... nasib baik teringat nak snap.. rerupanya mcm booking tu x siap.. sbb tu x de baucer booking... hotel lak dah penuh.. dan rate jauh berbeza mahalnya... tpaksa amik aptm 2 bilik dgn caj PHP4000/mlm.. kami amik 1 mlm jer.. & terus survey hotel lain.. hotel2 yg ada sekitar Makati tuh semuanya mahal2 .. dlm 2000 - 2700 gak laa... Kami dpt Rievera Hotel di area Malate dgn rate 1870
Ini lah view Makati dr tingkat 33 bilik hotel tu.. tingkat teratas! Layanan staf hotel di Manila jauh berbeza dgn di Malaysia.. kurang mesra alam skit.. lebih kurang jer mesra nyaa... Mmg Min kata mcm tuh.. even hotel 4 star pun sama jer..
Manila bagi zam bukanlah bandar pelancongan.. tiada produk pelancangon yg dipromosikan di Manila.. pamplet pun x der di hotel.. pelancongan di filipina lebih tertumpu pada pulau2 spt Boracay & IlaIla kot... kat hotel tuh cuma ada pamplet metropolitan Manila & peta yg ada pun x lengkap sgt.. tak seperti di Bangkok yg agak lengkap & mudah nak bergerak...
So.. selama 4 hari kat sana tuh, kami cuma keluar masuk shopping mall jer.. Shopping mall kat Manila mmg byk laaa mcm d KL.. butik2 pun byk gak... Manila punya Mall of Asia yg dikatakan shopping mall ketiga terbesar... sbnrnya merupakan sebuah kompleks yang terdiri dr bbrp bangunan yg berhubung .. Jipney yg terkenal di filipina pun kami x naik.. rasa x selesa laa.. kotor gak dlm tuh.. & dgn asap nyaa.. cara pemanduan yg ikut sedap rasa jer.. MRT pun kami x naik .. sbb Min kata penuh sgt MRT tuh... selama di sana, cuma naik taxi jer .. taxi kat sana x lah mahal sgt kalu ikut meter .. dr makati - malate dlm php120 jer.. dlm RM9.
Kos hidup di Manila tak lah murah.. brg2 di sana mahal skit dr KL.. kalu di banding makanan francise spt KFC, McD laah... Secret Recipe pun dah ada di Manila, pastinya harga di sana mahal skit dr d KL. Tetapi kalu baju2 jenama sana, mmg laah murah.. kualiti baju pun sama jer dgn yg ada di KL ni.. kami sempat laah shop2 skit T-shirt2 sana.. design2 mmg menarik2 .. rambang mata... R sempat gak beli baju kebangsaan filipina yg telah diubah suai.. zam pun beli gak corak baju tp lengan pendek je la...
Kedai2 di sana dah tutup pd jam 6.30pm sbb sana gelap awal walaupun waktunya sama ngan Malaysia (GMT+8). Malam mmg sunyi kecuali di kawasan tertentu yg punyai deretan bar yg biasa sibuk selepas jam 10mlm...
Lagi 1, Manila agak ramai dgn penduduk yang merempat.. melepak dan tidur di tepi2 bangunan, atas rumput di taman tanpa bumbung tanpa dinding.. mmg ramai. sehinggakan terdiri dr 1 keluarga.. ada ketika bila berjalan di tepi bangunan, akan terhidu bau najis yg dibuang merata2.. Mungkin lebih kurang sama dgn keadaan di Jakarta tetapi yg baiknya.. jarang nampak mereka menjadi pengemis.. sepanjang zam di sana cuma ada 2 org budak yang mengemis, itu pun bila kami keluar dari 7-eleven... Walaupun begitu, kalu diberi peluang lagi, mmg rasanya nak pi lagi ke Manila. hehee.. Min pun dah mengajak2 tuh.. tatau kenapa.. ada hajat lain tak kesampaian di sana kot? heheheheee...

Monday, January 28, 2008

Lawak ...

LAWAK BUDI-BAHASA LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"



WALK-IN-INTERVIEW
Suatu pagi dua orang sahabat sedang berjalan jalan di sebuah pekan. Tiba tiba Abu bersuara kepada Ali

Abu : Hey Ali bukan kah kau ada temuduga hari ini. Sekarang dah pukul 10 pagi. Nanti kau lambat sampai!!

Ali : Ye aku tau...aku dalam perjalanan ke tempat temuduga la ni..

Abu : Kenapa kau tak naik je teksi atau bas. Kau dah lambat sangat nie.

Dengan bersahaja Ali mengeluarkan sekeping kertas dan memberikan kepada Abu.

Ali : Ni surat temuduga tu. Kau baca lah

Lantas Abu pun membaca surat tersebut..

" Tahniah anda berjaya dalam "WALK - IN " Interview"

Ali : Sebab itulah aku cuma jalan kaki sahaja......

POKOK, MUSIM LURUH, DAUN, ANGIN, HUJAN

Di Sebatang Pokok Yg Sudah Tua.......
Bila Hujan Turun....... .
Beberapa Helai Daun Tumbuh......
Bila Musim Luruh ......
Angin Menerbangkan Semua Daun .....

Jika Diberi Pilihan...
Yang Mana Satu Anda Nak Jadi?

POKOK, MUSIM LURUH , DAUN , ANGIN , HUJAN

Jawapan ada di bawah....... ......... .






POKOK
- Anda Begitu Setia Pada Pasangan Anda.

MUSIM LURUH - Anda Boleh Mencintai 2 Orang Dalam 1 Masa.

ANGIN - Anda Adalah Orang KeTiga Dalam Cinta 3 Segi.

DAUN - Anda adalah Seorang Playboy/Playgirl.

HUJAN - Anda Mahu Mencari Seseorang Yang MenCintai & Mengambil Berat Tentang Anda.

Sunday, January 27, 2008

Rehat Minda : Mee Bandung

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina ... Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Friday, January 25, 2008

Pantun Jumaat

Sungai jernih kaki banjaran,
Suburi sawah tambahi reban;
Ilmuan sejati mencari kebenaran,
Serlah peranan membina peradaban.


- Ayie @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ

Friday, January 18, 2008

Pantun Jumaat

Anak muda bertukang rumah,
Tangga reput diganti sangga;
Al-qur'an itu mukjizat ummah,
Suluh takwa menuju syurga.


- Ayie @ Laman Masjid Al Malik Khalid, USM, Penang. TQ

p/s : Entry 22 Jan 2007. Sorry lambat. Baru balik bercuti2. hehee

Wednesday, January 16, 2008

Madah

Jangan jadi umpama ketupat, dianyam penuh seni, tapi yang dimakan hanya isi.
Selamat memulakan hari...

- Ayie @ Penang. TQ