Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, September 21, 2008

Buka Puasa @ Ikea

Thanx to naza atas jemputan dan belanja buka puasa ni... setelah jenuh memilih lokasi perjumpaan, akhirnya diputuskan utk berbuka secara buffet di Ikea.. lokasi kegemaran LB & Ayie.. hehe.. ni lah kali pertama zam makan kat sini.. LB selalu promote sejak tahun lepas lagi.. tp sini mmg penuh jer... buffet murah je RM15.90/org. Menu tak brp banyak tapi sentiasa bertukar setiap hari..
Seawal jam 6.10 tuh dah ramai yang beratur untuk mendapatkan tempat duduk.. panjang gak Q nya... nasib baik dapat meja... menu makanan hanya dibuka pada jam 6.30.. kami yg duduk jauh dan agak terlindung tak perasan yg org dah beratur panjang utk mengambil makanan..
Beratur yg panjang dan sehala sahaja... apabila dah penuh lauk d pingan di kedua2 belah tangan & keluar dari kawasan makanan, terpaksa beratur semula kalu nak ambil makanan lain.. so kena lah rancang dan ambil sepenuhnya sbb mmg lama kalu nak beratur semula... mungkin ada yg tak sempat ambil makanan, azan maghrib dah berkumandang...
Ni lah antara menu utama pada hari tuh.. Pari bakar, lamb masala kot (mcm lasagna jer), gulai pisang muda, soo hoon goreng.. kacang botol goreng, kueh mueh, manisan dll... zam x mkn byk.. jam 8.30 pula akan dihidangkan nugget goreng sbg menu tambahan... masa tuh dah x larat nak makan.. rasa nak terkeluar semula pun ada.. sebu perut. hehee.

Wednesday, September 17, 2008

Samsung Buka Puasa Dinner @ PJ Hilton

Tahun ni dpt gak laah beberapa jemputan buka puasa dari syarikat2, tapi zam cuma pergi 1 jer.. jemputan dari Samsung jer... yg lelain zam tolak sbb ada jugak diselitkan product launching or biz presentation.. malas tul nak dgr.. hehee... Samsung mmg best, dtg just utk buka puasa, mkn2, chat2 jer... just enjoy... zam siap bwk staf2 ofis, tahun ni paling ramai.. 12 org .. hehee.. tp sorg tak jd dtg sbb demam.. zam pun demam gak, tp tpaksa gak pi sbb mostly staf samsung kenal zam sorg jer... ada gak ajak ayie mai sama ganti staf yg x jd dtg tuh.. tp sebab last minute, x sempat laa.. dia pun dah kuar tapau ngan LB...Dalam demam tuh, x larat nak mkn sgt... mkn sikit jer.. tu jer laah yg zam mkn utk buka.. then baru tambah skit udang tempura, cendol, ais krim.. tuh jer.. x leh nak makan byk2 sbb dah janji nak kuar ngan ayie & kwn lain.. ada agenda lain lak lepas tuh.... hehee...
Ni lah wajah2 staf yang pergi sama... enjoy sakan laah korng mkn buffet ni.. mewah makan.. ntah kul brp lah diaorg balik sbb zam kena balik awal...
Masing2 pose comey ni.. hehehee...harap tahun depan ada lagi laah jamuan mcm ni... hehe..

Friday, September 12, 2008

Belasungkawa : Ahmad Nazari 1966 - 2008

(~ delay entry ~)
Pada waktu pagi Jumaat sekitar jam 9 pagi, sedang zam berbincang mengenai urusan kerja, dikejutkan dengan panggilan telefon dari Kak Fitri (kakak ipar) yang menyatakan abg zam yg sulung yg kami panggil Angah, tetiba jatuh sakit di rumahnya... Tak lama lepas tuh, kak fitri telefon lagi dan suruh balik sbb Angah dah tak sedar diri... terus zam minta izin dari Pengerusi perbincangan untuk balik ke rumah... terus zam bergegas dan kembali ke pejabat, kemas semua beg dan bgtahu staf ada kecemasan di rumah... dalam perjalanan balik, dapat call lg bgtahu Angah dah di bawa makcik ke hospital PPUM... Zam diminta terus ke rumah Angah, untuk membawa Kak Nor (isteri Angah), mak zam, Along (kakak zam) ke hospital... Then Kak Fitri pergi dulu ke hospital dgn cousin.. Dpt call lg dr Kak Fitri bgtahu yg Angah di bawa ke D'sara Specialist Hospital (DSH) sbb jalan jamm ke PPUM yg lebih jauh & bagitahu yang Angah telah pun kembali ke Rahmatullah...(Innalillah....) zam diminta supaya tak bagitahu pd Kak Nor dulu...
Sesampai di rumah Angah, mak zam dah sedih2 bgtahu yang Angah tadi dah tak bernafas pun masa bawa ke hospital.... selama ni kami melihat Angah sebagai yang sihat, cuma beliau kuat merokok.. rerupanya Along cerita yang dia ada Kencing Manis pada tahap yang agak tinggi... terus ke DSH untuk melawat di kecemasan... sesampai di sana, para nurse sedang membersihkan dan menyediakan jenazah.. sebak gak laah zam.. zam sms kat abg ipar (suami along), tak berjawab, sms jugak x de reply.. then sms kat riz, asta, staf ofis... tq 2 asta yg tolong fwd berita ni pd teman2 rapat yg lain... staf ofis pun siap emel kat staf2 zam yg lelain.. byk gak laah dpt emel ucapan takziah...
Oleh kerana, arwah meninggal di rumah & pihak hospital tak tahu punca kematian, mereka terpaksa buat laporan polis... pegawai dr polis TTDI yang dtg... lazimnya mmg kena buat bedah siasat utk dapatkan punca kematian.. kena soal selidik aa ngan abg polis tuh... tanya sakit apa, rekod perubatan arwah... ada insurans ke tidak... kalu ada insurans, mmg wajib bedah siasat kalu nak buat tuntutan.. mak zam mmg x moh bedah siasat di buat.. kak nor pun x setuju.. tp masa ni kak nor dah lemah giler.. terpaksa duduk atas kerusi tolak.. x mampu sgt nak berjalan... lemah longlai rasa tubuhnya...
Abg polis tuh minta laporan perubatan sebelum dia boleh keluarkan permit pengkebumian, ada lah nasihat skit yg dia bagi... bergegas lah zam ke Klinik di TTDI tmpt arwah selalu pergi.. zam yg keluar dulu dr DSH tapi abg polis tuh lebih dulu smpai kat sana.. dia dah citer lah kat staf klinik tuh, so zam just tunggu jer lah utk dipanggil... terkejut Doktor kat situ, sbb dia kenal rapat ngan arwah.. semua keluarga berubat di klinik ni.. sempat lah doktor tuh cerita skit pasal rekod perubatan.. zam sempat aa menjeling, rekod terakhir pd Nov 2007, & arwah kena diabetis ni sejak 2005 lagi... then Doktor cuma keluarkan surat pengesahan akan penyakit arwah... bawa semula ke DSH sbb polis tu suh jumpa semula kat ruang bilik mayat... jam pun dah 11 lebih... tunggu gak.. x sampai2 polis tuh.. pihak DSH suh pi balai kot2 boleh susul sbb hari tuh Jumaat, waktu pun dah dekat jam 12 pula... bergegas pula lah zam & cousin ke balai, sampai kat sana, dia tak der pun.. tanya kat pegawai d kaunter, katanya polis tuh dah keluar.. dia call kan laah.. then mmg suh jumpa d DSH.. tunggu lagi... tak lama lepas tuh, dia sampai... ding dong ding dong, permit pun dikeluarkan.. kereta jenazah kariah kampung pun dah sampai... terus jer usung ke dalam & bawak balik... ramai kwn2 bertanya, bila kebumi.. rancangan awal di DSH, adalah selepas asar, itu yg zam bgtahu pd semua...
Di umah, ruang tamu telah disusun.. ramai juga yg dtg menziarah & sedekah surah yassin... dah jam 1 pun.. masa zam smpai, jenazah dah diletakkan atas katil di ruang tamu.. zam terus masuk bilik, mandi2 dan bersiap utk solat Jumaat... sebak jer spjg berada di masjid... tak disangka, arwah meninggal secara tiba2 sahaja... ramai yg memujuk kerana arwah pergi pada hari Jumaat yang mulia dalam bulan Ramadan pula.. syukur pada Ilahi... dalam segala peristiwa pasti ada hikmahnya...
Sesudah jer solat Jumaat, semua sanak saudara telah sampai di rumah... wakil kariah yang menguruskan jenazah juga telah sampai, tempat pemandian telah disiapkan, air mandian, kafan juga telah diuruskan... Masa arwah nenek dulu, zam sempat menyiram air mandian terakhir sahaja.. namun kali ini, zam terlibat dari mula ke akhir dan dapat juga belajar dan memerhati proses pemandian jenazah... zam berada di posisi kaki kanan.. mencuci dan menyabun tubuh arwah... sekurang2nya hanya ini yg dpt zam lakukan buat kali terakhir... zam juga berada di sisi semasa proses pengkafanan.. melihat bgmana kapas & kain kafan disusun, dililit dengan sekemasnya.... zam juga yg pertama mencium pipi & dahi jenazah.... semasa sembahyang jenazah, anak2 arwah, langsung tak mahu melihat.. yang besar (termizi) tersorok dalam bilik di hujung katil, katanya takuuut.. puas kami pujuk, tak juga dia mahu... si adik (rashid) pun begitu, tetapi dalam takut tu, berani juga menjenguk dari jauh di muka pintu bilik... Begitu cepat proses berlaku...dan terus di bawa ke tanah perkuburan.. masa zam smpai (lambat skit sbb tunggu kak nor dll bersiap) jenazah telah pun mula dikebumikan... talkin pun dibaca dalam cuaca yang agak panas.... terasa pening2 semula...
Sesampai di rumah, ada 2 staf zam yang sampai.. sorry laah terlupa nak update, x sempat nak sms & bgtahu pun... cuma borak2 skit jer menyampaikan salam takziah dari kwn2 lain... tak lama tuh, kelihatan kelibat anak sedara zam (shafiq, shahir & salwa) yang tinggal di Puchong datang.. girangnya hati zam... nasib zam smpt telefon ayah mereka (adik ipar), maklumkan dan jemput ke rumah... diaorg terus ke kuburan katanya sbb di situ jugalah arwah adik zam dikebumikan... zam kini punya 6 org anak sedara yatim... yg menjadi amanah buat kami semua... Rahmat dan berkat Ilahi, pada hari itu, adik ipar zam menjejak kaki semula ke rumah ini setelah sekian lama.. bersama dengan maknya.... bersyukur sangat.. adakah ini petanda akan pulihnya kembali hubungan kami sekeluarga? Doakan lah begitu kwn... semoga hubungan keluarga kami erat kembali... Bukan setakat itu sahaja, kami juga berpeluang untuk berbuka puasa bersama, walau dengan menu yang ala kadar sahaja... x der apa yg ada, cuma beli bbrp menu di pasar ramadan... Then kami pujuk2 si ayah supaya membenarkan anak2nya tidur di sini dan berpuasa bersama kami.. itu pun setelah berjanji akan menghantar kembali selepas berbuka pada esoknya... syukur, si ayah bersetuju... (hubungan kami baik cuma tak mesra seperti dulu, sebelum ni kami selalu juga menjenguk mereka di Puchong sana, cuma si ayah sukar berpisah dgn anak2nya apabila kami meminta utk di bawa pulang ke sini semasa cuti2 sekolah)
Walaupun kesedihan melanda pada hari itu, kerahmatan Ilahi tetap menyerlah dengan memberi kegirangan pada yang lain.. zam tetap bersyukur.. semoga roh arwah Angah dirahmati Ilahi dan dicucuri rahmat serta tergolong bersama mereka yang soleh. - amin -

Friday, August 22, 2008

Sedihnya lagi... lagi....

Hmm... malangnya sungguh... bunny kecil yg diserang anjing tuh dah mati pagi semalam... mmg teruk gak cedera nya.. balik jer dr keje, zam cuba letak minyak gamat.. baru lah dpt perhati secara dekat... kaki kanan depannya mmg dah patah tulang, nampak segala isi.. kaki kanan belakang lak dah terkulai tak boleh berfungsi lagi.. maybe mmg kena tarik dari sisi kanannya... badan bawah pun mcm cedera jugak... anak sedara dan kebumikan semalam jugak...
Tadi anak sedara & mak zam citer, rupanya sekor anjing siyal tu dtg semula ke sangkar malam tadi.. besar gak... dok menyalak2 lagi kat blkg rumah.. anak sedara cuma berani halau aje la... kot dtg lagi malam ni, nak carik lastik laa.. kalu dpt lastik, best nyaa.. puas hati sesgt...

Wednesday, August 20, 2008

Sedihnya lagi....

Sebelum zam nak pergi kerja, mak zam suh pi tgk bunny kat belakang dengan nada sedihnya... zam pun bergegaslah ke belakang rumah dan melihat pada sangkar.. senyap jer bunny tuh.. mak zam citer laah yg bunny tu kena serang dek anjing2... jam 2 pagi mak zam ada dgr salakan anjing di belakang rumah.. ingatkan x de apa2 laah sebab bunny tuh dalam sangkar.. bila tgk pagi tadi rupanya dah kena gigit kaki depannya... kemungkinan anjing2 tu dapat menarik kaki bunny tu sebab lubang sangkar tuh agak besar...Sedihnya tgk bunny tuh.. diam jer.. x riang seperti biasa.. rupanya kat kampung ni mmg ada bbrp anjing liar... kalu lah dpt, mahu dilanyak anjing2 sial tuh.. huhuuu

Saturday, August 16, 2008

Sedihnya.... berganda2..

12 Ogos : Zam excited sgt bila bunny tu dah beranak.. siap sms dr Phuket ke Hidayah, anak sedara suh tanya2kan pasal baby bunny tuh kat nenek dia.. tapi dia pun ala2 lupa je.. x de pun khabar berita pasal bunny tuh... sesampai balik di rumah, zam terus je pi ke sangkar bunny di belakang rumah.. terkejut tgk, dah x de pun baby pun.. terus lah cari mak zam yg ada kat dapur...
Dgn sedihnya mak zam pun citer laa.. rerupanya bunny tu beranak lagi 4 ekor ptg tuh... (betullah jangkaan zam yg bunny akan beranak dlm 3 - 5 ekor kan).. so ada lah 5 ekor... tapi bila esok pagi nya, mak zam kata semua baby2 dia dah kena hurung dek semut.. sayu sgt tgk.. huhu... tak pasti lah sama ada mati sebab kena gigit semut, atau mati sebab mak dia then baru semut gigit... sedihnyaaaaa...... 5 ekor pulak tuh... terus call ke kwn yg bagi bunny tuh... sayang sgt x de rezeki...
16 Ogos : Then sabtu lepas lak, lagi berita sedih... bangun2 pagi.. anak sedara zam dah sibuk mencari keliling rumah... rupa2nya bunny jantan, si Adi yg putih gebu tu dah hilang... sangkar terbuka.. tak pasti sama ada terlepas dari sangkar atau ada yg mencuri... puas cari sekitar rumah, x jumpa2 jugak... hingga ke hari ini... sedihnya.. terus jer zam sms kat kwn yg bagi bunny tuh... la ni dah x de baka jantan.. minggu depan terpaksa laah pi bwk induknya ke rumah kwn tuh utk kawinkan ngan baka dia pulak... coz yg kat rumah tuh dedua betina...

Tuesday, August 12, 2008

Cuti-Cuti Phuket : 080808 - 120808 (Selamat Tinggal Phuket)

Hari Kelima (12 Ogos) : Dah tiba nya masa utk pulang ke KL.. huuhu.. rasa mcm nak sambung je cuti2 ni, kata Cik Min.. Nak tak nak.. terpaksa lah berkemas2 beg pagi tu sesudah sarapan.. trip kali ni yg paling skit beli ole2.. hehe.. mmg saje x nak beli.. malas.. ole2 Phuket sama je mcm Bangkok.. sampaikan tak de pun beli t-shirt utk anak kesayangan zam si Haqeem tuh.. huhu.. sedih gak. Beg pun x penuh, ringan jer.. x sampai pun kuota 15kg.. hehe
Tghari tuh, flight delay skit sbb flight dr KL lambat tiba.. dlm jam 4 dah smpai LCCT.. naik bas ke KL Sentral & naik teksi ke rumah... tak sabar nak tgk baby bunny yg baru lahir tuh... tapi.... berita sedih yg diterima.... -n-

Monday, August 11, 2008

Cuti-Cuti Phuket : 080808 - 120808 (Hari Keempat)

Hari Keempat (11 Ogos) : Pagi ni merupakan ulangtahun cik min.. sory lah cik min, x leh nak celebrate sgt.. kek pun x berani nak beli. hehe.. Lepas sarapan di hotel, kami sewa motor lagi untuk ronda2 Phuket ke arah utara pula...
Dalam perjalanan tuh, ternampak lokasi ni, terus zam berhenti kejap utk snap2 foto.. cantik kan.. kerusi tu mmg ada situ utk lepak..masa kami lepak2 sat tuh, ada gak pelancong lain yg berhenti lepak, naik motor gak ... tp mamat tu solo je la...
Then terus ke Kamala Beach.. sunyi jer.. ada laah bebudak Korea yang baru bersiap dari surf.. pantai mmg sunyi la.. x de org sgt.. Kamala area ni ramai komuniti Muslim.. kat area ni ada kubur muslim tepi pantai..
Dalam perjalanan tuh, nampak laah FantaSea ni... ni lah pusat hiburan di Phuket.. siap ada show, makan2 & mcm2 laa.. tp kami x masuk ni.. tiket mahal sgt... so, just snap kat pintu masuk je laa. heheee
Lepas tu terus singgah di Surin Beach pula.. tak jauh sgt dr Kamala.. sepanjang jalan ada byk restoran dan gerai Muslim... tapi x singgah makan sbb rasa masih belum lapar.. kat pantai ni cuma lepak2 kejap jer.. ternampak lak gerai muslim kat pantai tuh..
Cuma beli air dan Banana Pancake ni.. macam Roti Pisang kat kedai mamak je.. cuma tepun tuh lembut skit, x liat mcm roti canai... & di sira dengan coklat atau lain2 pilihan yg ada.. kat phuket ni mcm x de jus buah jer.. kalu air buah mesti diblend ngan ais jd ais blended.. tp sedap sbb ais dia kurang & cepat cair..
Lepas makan terus ke bandar Phuket sebab R kirim CD2 & DVD movie Siam...jenuh gak laah cari.. pantang nampak jer kedai movie, mesti singgah... dpt gak laah VCD yg dia nak sgt tuh.. then CD2 lagu Siam.. + bbrp movie Siam lain... lama gak laah kat bandar ni.. pusing2 sampai tak tahu mana jalan.. main bawak je motor tu ikut peta.. hehee...
Dah lewat petang skit, baru lah kami balik... singgah lah berfoto di depan Masjid di area patong ni.. kat sini mmg byk kedai muslim.. ada satu kawasan tuh, mmg semua gerai2 Seafood Muslim jer... tapi kami x singgah makan pun.. hehee...

Happy Birthday Cik Min...

Happy Birthday to U,
Happy Birthday to U,
Happy Birthday to Cik Min,
Happy Birthday to U....

Hehehe.. mmg dia saje pilih tarikh ni untuk libur2 sempena ulangtahun dia ke 30++++ ... hahaha

Sunday, August 10, 2008

Cuti-Cuti Phuket : 080808 - 120808 (Hari Ketiga)

Hari Ketiga (10 Ogos) : Pada hari ni kami dah book untuk Island Hoping ke 3 pulau kecil iaitu Phi Phi Ley, Phi Phi Don dan Khai Island. Perjalanan bot 2 enjin dari jeti Phuket lebih kurang 1 jam gak jauhnya pulau ni...Maya Beach merupakan lokasi penggambaran filem The Beach lakonan Leornado d Caprio.. mmg lah nmpak lawa.. tp pantai dia dah x brp bersih laa.. dah byk smpah yg org buang.. kat pulau ni mmg x de org yang tinggal. Kecik je.. bot yg bawa kami siap pusing satu pusingan lagi.. di sebelah lain pulau adalah lokasi pengambilan sarang burung, dipanggil Viking. Kat sini jer yg boleh snorkeling.. zam smpat masuk kejap tp coral dia x selawa di Redang laa.. Redang lagi lawa... tak lama lepas tu, air jd keruh dan ombak besaq skit.. asyik laah tertelan air masin.. terus je zam naik atas bot. Cik Min tak masuk pun sbb air dah keruh..
Cik Min sempat laah pose2 kat papan tanda Maya Beach.. setiap pantai ada Tsunami Route.. kat dalam tu ada gak tandas awam & gerai jualan snek.. ramai gak yg dok mandi2 kat pantai Maya ni...
Lepas tu, singgah sat ke Monkey Beach di Phi Phi Don.. kat sini cuma singgah kejap utk bagi monyet ni makan pisang.. nampak mcm jinak jer.. kalu dihulur pisang dgn elok, monyet ni pun ambil pisang tu dgn lembut jer.. tp kan zam ada sorok sebelah pisang kat belakang, ada lak monyet lain yg nampak & terus sambar.. terkejut gak laa.. siot jer...
Lepas tu terus ke pantai utama Phi Phi Don utk makan tghari.. masakan mmg disediakan oleh muslim, semua staf bertudung.. yg wat jualan kedai cenderamata pun bertudung gak.. maybe sini perkampungan muslim gak.. sejarah Tsunami tahun 2005, lebih kurang 800 org terkorban di pantai ni...Lepas lunch, terus ke pulau terakhir & terkecil iaitu Khai Island.. mmg kecik jer.. boleh tengok kedua2 belah pantai.. sekeliling tu org berenang atau bersantai di bwh payung.. panasnya.. Kami cuma melepak bwh payung jer.. sewaan 150B/payung + 2 kerusi... btw, bayaran pakej ni kami kena 1800B.. harga berbeza2 skit antara ejen.. nasib laah kalu dapat murah atau mahal skit...