Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, August 21, 2009

M10

Kereta ni Zam selisih di persimpangan di Melaka, dalam perjalanan pulang dengan bas dari Sungai Melaka ke Ayer Keroh pada 20 Ogos. Plat M10 - jarang2 kita lihat. Keretanya cuma Nissan Sentra, bukan kereta mewah.

Wednesday, August 19, 2009

Kuah Kacang Pol

Ni lah pertama kali Zam makan roti dengan kuah kacang pol. Tu pun staf MBJB bawa masa zam ke sana 16 Ogos lalu, masa jemput di airport nak hantar ke hotel di JB... kedai tu memang terkenal di JB, di medan selera Bomba Larkin. Satu2nya kedai di situ yang menjual kacang pol. memang sedap laa.. cara makan nya, roti di cecah atau dikoyak2 dan digaul ke dalam kuah. Yummy.. Harga RM4/set. Tengahari tu kami di jamu dengan Mee Rebus Tulang... tapi terlupa nak snap fotonya.. mmg sedap, kuah pekat ... kalu datang ke JB, pasti akan mencari kacang pol & mee rebus tulang ni lagi...

Monday, August 03, 2009

Foto-Foto di Bukit Tinggi - Padang (Final)

HAMKA, kelahiran Maninjau. Museum HAMKA ini dibiaya oleh ABIM, Malaysia.

Kota Melaka tinggallah sayang
Beta nak balik ke Pulau Perca
Walau terpisah engkau sekarang
Lambat laun kembali jua
Walau luas watan terbentang
Danau Maninjau terkenang jua
- Hamka, Kenang-kenangan Hidup

Bersama sebahagian rombongan keluarga seramai 32 orang di hadapan Pusat Dokumentasi Kehidupan Minangkabau. Terdapat foto2 lama pakaian minang dahulu, rumah, masjid, surau...
Berfoto bersama Nisa (anak sedara). Batang Anai terkenal sehinggakan ada lagu Minang mengenainya.
Antara percaya atau tidak... 20 tahun dahulu dikatakan kapal ini boleh dimasuki melalui buritannya. kini telah tertimbus dengan pasir. beberapa bahagian telah disimen semula bagi mengelakkan hakisan laut. Batu berwarna merah adalah batu asal.

Sunday, August 02, 2009

Foto-Foto di Bukit Tinggi - Padang (Part2)

Tarian minangkabau ni termasuk dalam pakej. Tarian piring sebagai kemuncak acara tarian... menari dan melompat atas pinggan pecah dan kaca pecah.
Rumah pusako di Lubuk Gadang, Kec Palembayan. Di sini lah lahirnya Datuk sebelah ibu.. cuma tinggal tiang dan atap (masih kukuh). Dindingnya semua telah diambil orang :(
Besar-besar labu di matur ni..
Ngarai ni dekat je dgn kota Bukit Tinggi.. pintu Lubang Jepang tembus ke tebing ngarai utk tujuan melarikan diri. Tak jauh dengan Jam Gadang.
Dibina oleh tentera Jepun selama penjajahan selama 3 tahun. Tak sempat digunakan kerana Jepun telah kalah.
Lubang Jepang.. besar terowong ni.. bbrp ruang sahaja yg di simen.. yg lain masih terowong asal.. ada ruang penjara, dapur, biik mesyuarat, berek, simpanan senjata. Dibuat oleh buruh paksa. Buruh paksa yang mati dibuang sahaja mayat nye melalui satu lubang kecil dan jatuh ke ngarai
Dendeng daging dah biasa dijumpa di KL. Belut salai ni jarang nampak kan? Bila dah goreng dan letak sambal cili yang digiling, sedap jer.. x rasa apa pun, rasa keropok jer. hehee
Sempat merempit sekejap dengan skuters makcik ayu. hehee. Terowong Jepun merentasi di bawah Jam Gadang ini..
Kelok 44. perjalanan dari atas bukit ke kaki danau menyusuri tebing gunung/bukit sebanyak 44 selekoh tajam (U shape). Kelok 5 paling bahaya kerana berbentuk S dan sempit
danau ni seluas 8km lebar & 16km panjang. terjadi akibat gunung berapi yang masih aktif.

Saturday, August 01, 2009

Foto-Foto di Bukit Tinggi - Padang

Hadapan Istano Silinduang Bulan. Replika Istano Pagar Ruyung yang telah terbakar dan kini dalam pembaikan
Nikmati kopi asli di sini.. Saksikan pokok kopi dan proses menghasilkan kopi segar

Hadapan Restoran Rondok Flora, Batu Sangkar. Wajib lunch kat sini.. syok banget makan di sini.. asyik & enak
Landmark kota Bukit Tinggi

Wednesday, July 22, 2009

Salam dari Bukit Tinggi, Indonesia - Hari pertama

Salam buat semua sahabat, kenalan dan keluarga... Zam dah sampai menjejak kaki di Bukit Tinggi ni.. Sampai di Bandara Minangkabau, Padang tepat seperti jadual tetapi terlalu byk form yg perlu diisi, arrival card, custom, health declaration ... then kena isi kan utk yg lelain... lama gak aa habis masa kat sini... kat airport sini x de pun screening suhu.. just declare sihat jer & bg no seat dlm flight.
Kami dijemput juga oleh sanak saudara yang menetap di Padang.. Acik Ayu yang dari Palembayan juga datang menjemput. Sampai jugak jejak kai di tanah minangkabau ini... balik kampung datuk nenek... jadual asal hari pertama terpaksa berubah atas permintaan pakcik zam dan juga waktu yang terlewat... kami cuma melintasi Air Terjun Anai.. x singgah untuk berfoto.. huhu... x lah besar mana, mcm Lata Kijang menuju Cameron Highlands tu jer.. kemudian terus ke kedai sulaman Lindungan Bulan untuk shopping.. seharusnya selama 1 jam jer.. melewati ke 2 jam .. melepasi azan maghrib... perut dah mula lapar... terus je menuju ke Bukit Tinggi untuk makan malam di Restoran Gon Raya.. dah kenyang perut baru aa check in di Hotel Kharisma. Lepas mandi, saje je jejalan sorg2 keliling kota menuju ke Jam Gadang.. then singgah aa di warnet ni...

Friday, July 10, 2009

Pariaman - Beniqno

Kampuang Nan Jauah Di Mato - Yetti

Dah lama gak cari lagu ni.. baru terjumpa.. ingat tajuk lagu ni Takana juo kampung.. tapi lain.. sbb tu x jumpa2. hehehee... so, enjoy aa lagu karaoke ni... @yei, x nak praktis dulu seblum pegi ker? hehehe...

Lirik-lirik dia pun ada yg x pasti maksudnya.. main agak2 jer laa.. sebab zam pun bukan reti sangat bahasa minang asli ni.. hehehee.

Ayam Den Lapeh - Elly Kasim

Hehehe... layan lagu minang ni dulu yaa ...

Monday, July 06, 2009

Project Pop - Bukan Superstar

Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena gua keren
Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kata orang ku mirip Glenn Fredly
suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~

Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…