Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, November 24, 2006

Pantun Jumaat

Sudah habis libur di kota,
Janji temu sudah ditepati;
Takwa itu tanda aras kita,
Petunjuk kualiti mukmin yang sejati.

- Asta@Laman Masjid Al Malik Khalid USM Penang. TQ

Friday, November 17, 2006

Pantun Jumaat

Hari minggu libur ke kota,
Jamu selera masakan nyonya;
Jagalah ukhuwah sesama kita,
Terasnya ikhlas bersaudara selamanya.

- Asta@KM378.6 PLUS Arah Selatan TQ.
Ampun... lambat entry...

Thursday, November 16, 2006

Hepi Besday Hidayah - 16 Nov

Hepi Besday to U,
Hepi Besday to U;
Hepi Besday to Hidayah...
Hepi Besday to U....


Moga cemerlang dlm study dan menjadi teladan pada adik2...

Tuesday, November 14, 2006

Sunday, November 12, 2006

Selamat Hari Lahir 'Uncle' - 12 Nov

Selamat Hari Lahir untuk 'Uncle'... sesorg yg Zam hormati, yg zam anggap sbg 'Guardian Angel' ekekee.... Hanya segelintir kawan zam yg pernah bersua dgn nya... Doaku semoga 'Uncle' sentiasa dirahmati dan diberkati di sepanjang usia mu... amin.

Saturday, November 11, 2006

Hamster

Ini lah dia hamster-hamster kesayangan zam... buat masa ni zam ada 5 ekor hamster dan 1 ekor tikus kecil tu.. tapi kan.. masa zam beli hamster tu, nyonya tu kata yg tu arkus (arnab+tikus). apa2 aje laa... janji comel.. ekekekee
Sangkar hamster ni mak zam yg beli masa kami pergi ke Penang dahulu tu.. tapi hamster yg kat dalam tu hamster yg baru zam beli setelah hamster2 asal tu mati.. asalnya dibela oleh anak kakak zam.
Sangkar ni pulak mak zam beli kat KL setelah anak sedara zam beriya nak.. tapi sedihla.. hamster asal dah mati.. ada sekali tu, sekor tu terlepas dari sangkar dan bila dicari2.. nampak baru je kena gonggong ngan kucing.. mak zam punya lah jerit.. dibaling selipar kat kucing tu... tp malang laa.. x sempat nak selamatkan hamster tu.. dah sampai ajalnya...
Ni lah hamter yg zam baru beli masa pi Penang tempoh hari... manjanyaa.. comel2...
Tikus kecil ni lah yg zam beli 2 ekor tp mati sekor dlm perjalanan balik dr Penang... cian.. tinggal sekor je.. Hari tu ada makcik zam dtg rumah.. beriya nak beli ganti hamster2 zam tu.. errk.. zam tak bagi laaah.. jauh zam pergi beli... tgk laah nanti, kalu zam ke Penang lagi, boleh laaah belikan yaa.... tapi kan.. kalu zam pergi naik flight, mahue le lepas masa boarding? -n-

Friday, November 10, 2006

Selamat Hari Lahir Mak - 10 Nov

Tiada hadiah yang senilai dengan budi dan jasamu membesar dan mendidik kami... Hanya kasih sayang, doa dan rahmat Ilahi mengiringi sepanjang galur kehidupanmu... Selamat Hari Lahir Mak... ikhlas dari anakmu...

Pantun Jumaat

Batas tenggelam air melimpahi,
Hujan turun tiada berhenti;
Taatlah diri seruan Ilahi,
Nescaya hidup memberi erti.

- Asta@Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

Wednesday, November 08, 2006

Kursus ICT Security : 6 - 9 Nov 2006

Salams... zam skrg ni tgh berkursus mengenai ICT Security.. sbnrnya zam dah lama x jaga pasal ICT security ni.. sebab dah bertukar skop tugas.. tp masih gak bantu2 tgk2 hal security di ofis tu... so terpaksa gak hadir.. lagi pun, pegawai in-charge tu bercuti... balik kg. tp tak per laaah sebab subjek ni mmg interesting tp kekdg tu susah gak... takut2 kalu buat silap pd setting tu habis hancur lah server ofis kan... Kursus ni diadakan di Plaza Sentral... nasib baik lah kami dpt akses internet dr labs ni.. boleh laaah entry2 blog ni dan reply email2 korg tu... ekekee. btw, lunch provided dan kami mkn kat KL Sentral jer.. sempat gak laah ronda2 KL Sentral lepas lunch.
Tujuan utama kursus ni adalah utk buat pengukuhan (hardening) pd server berasaskan Windows 2000 (matilah pd yg tatau kan... ekekeke). alahai senang je lah nak faham.. kalu x faham tuh, cuba2lah faham yaa... Drac mesti terror bab ni kan. Kalu korg tatau, sistem operasi (OS) windows ni dikatakan byk loop hole, tapi itu pun kalu kita just amik default setting laa.. tp Microsoft dah bagi bbrp tools yg boleh diguna bg mengukuhkan tahap security server mereka. logik yer lah kan.. kalu tak secure, x de sapa yg nak caya dan pakai kan? mereka jugak yg akan rugi...
Zam nak berkongsi lah apa yg dah zam belajar ni.. mana yg berguna pd kengkwn sbg pengguna PC biasa tu... tp bukan lah pd hal2 server ya.. tp sekdr bgtahu tools dan s/ware yg korg leh guna kelak..
Korg mesti prnh alami masalah2 ni... yg pasti, zam dan asta dah kena..
  • secara tetiba je korg rasa PC atau notebook tu jd slow sgt kan...
  • kekdg tu.. windows korg jd 'hang'.. korg tak leh nak buat apa2.. CPU % dah jd 100%
  • tetiba je lak, bila korg guna intenet explorer, korg dpt byk sgt pop-up iklan yg memcm tuh...
  • kekdg jugak, korg ter-delete fail penting dan dah Empty Recycle Bin tu kan... menangis lah korg kalu tesis Master or PhD tu hilang dlm sekelip mata.. matilah korg nak kena buat balik semula reports tu..... kan!
  • kekdg.. korg ni sebagai pengguna Streamyx (zam jugak laa) x sedar yg PC/notebook kita ni dah dipsg trojan laa.. dah diserang virus laaa.. dah kena hack lak! tu semua gara2 download ntah apa2 s/ware.. dok
  • sure korg ni semua pengguna YM kan? korg perasan tak korg dpt byk sgt Offline Msg dr kwn2 korg tu... memcm msg korg dpt.. kalu ada msg yg ada link ke web lain, jgn laah korg menggatal2 nak pi klik kat situ... msg tu semua dtg dr virus. so, korg bgtahu laah kat kwn2 korg tu yg PC diaorg tu dah kena virus yaa.. sbbnya diaorg tu bukannya tahu/sedar pun. lg naya laah kalu diaorg guna shared PC sama ada di ofis atau CC kan.

So... mcm mana? apa yg korg nak buat kalu masalah tu berlaku pd korg? mungkin ada yg dah prnh alami dan tahu camne nak settlekan kot... later zam bgtahu kat mana nak dptkan s/ware dan tools tu ya.. dan camne cara nak gunakannya... -n-

Trip ke Penang : 4 - 5 Nov 2006

Salams buat semua kengkawan di sini... harap semuanya sihat dan dlm keadaan selamat sejahtera. Lanjutan dri kisah pernikahan Dracula sebelum ni, zam lanjutkan kisah sepjg trip zam dan R di sana. TQ atas kad undangan Drac yg sampai jugak pd jumaat tu. Janji tetap janji. so pun telah berjanji dgn Ayie utk berkunjung dan menumpang berteduh di astana beliau di atas singgahsana di paras 16. hehehee. Kami bertolak dr KL dlm jam 12pm. Singgah sebentar di RnR Tapah utk lunch. Cuma zam je yg makan, R cuma minum je sbb dia dah kenyang makan nasi masakan mak nya yg baru smpai di KL dr kg. Then kami bertukar posisi, R pulak yg drive. Sepjg perjalanan asyiklah dok berbalas sms dgn ayie.
Kami tidak terus ke P.P tetapi bercdg utk singgah sebentar si Sg Dua utk menziarahi permakaman arwah abah R. Tapi malang sikit bg kami, kerana hujan agak lebat semasa sampai di sana dan tpaksa tunda utk kunjung semula seblum pulang ke KL esoknya.

Ayie dah pesan thru sms kalu dah smpai di jambatan P.P bgtahu dia, so zam pun sms laah apabila dah di jambatan yg tersergam yg menjadi kebanggaan rakyat P.P. BTW, zam prnh tgk rancangan di Discovery Channel yg berkisah pembinaan jambatan. Baru lah tahu bbrp jenis dan teknologi dlm pembangunan jambatan ni kan.

Bila dah sampai di halaman astana Ayie, zam pun call dan dijemput utk menjejaki ke astana beliau. Waaah.. sungguh tidak terduga, kami disambut dgn hidangan yg telah tersusun kemas di meja santapan. Siap dgn kek lagi, katanya sempena sambutan besday zam yg lalu.. waah... best nya. kiranya tahun ni zam dpt 3 kek. sedap2 lak tu. TQ Ayie. Terharu sekejap dgn sambutan yg diberikan tu. Tapi kami cuma sempat berborak sekejap je sebab Ayie kena hadir jemputan jamuan raya kwn dia. So, zam & R cuma lepak2 tgk TV laah dan berjanji utk ke Bt. Feringhi mlm tu utk jalan2 dan shopping skit. Sorry laah. x de pics yg diambil kat sana. Zam cuma beli DVD dan table runner utk di rumah je.

Pagi tu, awal2 lagi kami dah bersiap utk bersarapan di lokasi wajib. hehee.. x de apa laah.. cuma sarapan di Pasar dan Balai Rakyat Gelugor je. Cdgnya nak makan Nasi Lemuni tapi x kesampaian sebab dah habis. Sebelum ni sempat makan semasa berjumpa dgn Drac tempoh hari. Terpaksa aa makan nasi lemak je. Pada yg tatau Nasi Lemuni tu apa, zam pun x leh nak citer sgt laa.. sbb tatau apa ramuan dalamnya. maybe Ayie tahu kot. Kemudiannya nak gak singgah makan Mi Sup di satu kedai yg terkenal di situ tapi hampa juga sbb kedai tu tutup lak. mgkin masih cuti raya kot.

Pagi tu mmg dah dlm rancangan utk pergi ke 'Rope Walk' di Lorong Kulit berhampiran Stadium Bandaraya P.Pinang. Di sini laah terletaknya bazar jualan yg murah2 dgn pelbagai jenis jualan. Zam tahu lokasi ni pun dr abg ipar zam. Diaorg dah pergi sebelum ni dan beli 3 ekor hamster. Zam pergi sana utk beli hamster lagi bg menggantikan hamster kami yg dah mati. Kat rumah cuma tinggal sekor je, tp dah besar skit laaah.

Tapi bila sampai di sana, zam dok geram bila tgk arnab yg comel2 tuh.. geram sgt. comel ooo... rasa nak beli jer.. harga jauh lebih murah dr di Taman Tun. Harga arnab tu cuma RM20 - 35 sekor je. zam prnh tanya kat KL ni, mahal.. dlm RM200 tp dah besar laa.. korg tgk jelah bulu arnab tu, tebal kan.. comel lak tu. Zam mmg dah lama teringin nak ada arnab belaan ni tapi pd hari tu zam x jadi beli dulu.. mgkin kalu zam dtg penang lagi, zam akan beli arnab tu sepsg.

So.. hari tu, zam cuma beli 2 pasang hamster/arkus comel (RM7/sekor) dan sepasang tikus belanda kecil (RM5/sekor), sangkar kecil, makanannya, bekas minum dan roda pusingan tu (tatau aa apa nama dia, hehehe). Oh yaa.. zam siap bw sangkar hamster dr rumah lg yg dah lama kosong tu.. hehe. suka sgt R dok main2 ngan hamster tu yaa.. ekekee

Kat sini ada bermacam jualan.. antaranya barangan antik, tembaga lama, brg 2nd hand pun ada gak.. brg2 lain mcm pasar malam biasa yg lain. tp kalu nak carik brg 2nd hand murah spt speaker dan radio kereta ada je kat sini... brg hiasan lama pun ada.. kekdg tu, bila kita tgk mcm brg buruk jer.. tu pun ada gak diaorg jual...
Kami tak lama sgt kat sana sbb tpaksa bergegas ke Bazaar Chow Rasta utk beli jeruk salak pesanan bonda. Dlm jam 12tghari tu kot, kami berpusing2 sekitar sana.. ye laah kan.. zam bukan tahu sgt jalan di Penang tu.. main jalan dan ikut sign board je.. kalu silap skit.. berpusing2 laaah. heheee...

Balik dari sana, kami singgah sebentar di USM utk melihat dan ambil bbrp gambar di situ.. Trip seblum ni prnh ambil tp malangnya Kamera Digital zam hilang. Lihatlaah.. Masjid Al-Malik Khalid yg menjadi sumber ilham utk Ayie berkarya bermadah menghasilkan Pantun Jumaat nya.. yg menjadi entry tetap blog ni setiap jumaat. Balik dr USM, kami bergegas mandi dan pergi ke kenduri Drac.
Balik dr kenduri tu, kami lak bergegas mengemas utk balik ke KL. Sayu hati meninggalkan astana Ayie. TQ bebyk pd Ayie atas segala pertolongan dan keramahan menerima kunjungan kami... moga kita akan bertemu lagi.. C U 18 Nov yaaa...
Oh yaa.. dlm perjalanan balik tu, kami singgah semula ke permakaman arwah abah R.. kami smpai sana dlm hujan renyai jugak.. tp tak per laah.. dlm meredah renyai, Al-Fatihah & doa dihadiahkan. Sesungguhnya, doa menjadi penghubung antara yg hidup dan yg telah meninggalkan kita.
Hiway jamm teruk dari Juru ke Batu Kawan.. gara2 Karnival Jom Heboh. masalahnya.. exit ke Bt Kawan tu dah ditutup oleh PLUS dan Polis.. tu yg jamm teruk hiway tu... sesapa yg nak pergi gak karnival tu, terpaksa aa exit di tol Jawi, 15km selepas tu. tak ke naya?. Sepjg perjalanan asyiklah hujan dan jamm... satu ketika tu, zam terpaksa brek mengejut menyebabkan sangkar tikus kecil tu tercampak dr kerusi belakang ke bawah. Zam cuma meraba ke blkg dan menegakkan posisinya semula... tapi... malangnya.. zam terkejut gak.. bila sampai di rumah, anak sedara zam bgtahu yg tikus sekor tu dah mati.. bila diperhati, kulit kepalanya telah dimakan sehingga menampak tengkoraknya... ngeri ooi... sedih. penjual tu mmg ada bgtahu yg tikut tu jenis menggigit.. kanibal jugak kah? -n-