Pantun Jumaat
Bahtera bernama Mendam Berahi,
Sarat muatan ke Inderagiri,
Sakit mendekat pada Ilahi,
Serlah tulusnya muhasabah diri.
- Asta, anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ. Sorry lambat entry yaaa.
Bahtera bernama Mendam Berahi,
Sarat muatan ke Inderagiri,
Sakit mendekat pada Ilahi,
Serlah tulusnya muhasabah diri.
- Asta, anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ. Sorry lambat entry yaaa.
Indah bercahaya sinar rembulan,
Kerdip bintang kilauan intan,
Amanah teras luhur amalan,
Nescaya hidup penuh keberkatan.
- Asta, anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ. Sorry aaaa typo error.
Selamat menyambut Hari Guru kepada kawan2 yang mungkin menjadikannya sebagai kerjaya... terima kasih kerana menjadi pendidik bangsa.. tidak ramai antara kita yang mempunyai kelebihan dan kemahiran atau bakat untuk menjadi pendidik.. mungkin ada antara kita tidak mampu atau tidak sesuai jiwanya sebagai pendidik, lantaran sikap panas baran atau kurang sabar...
Terima kasih kepada semua Cikgu dan Guru yang pernah mendidik kita sejak dari zaman tadika, sekolah rendah & sekolah menengah.... kepada yang bertuah, dilanjutkan juga kepada tutor dan pensyarah semasa kita di matrikulasi / asasi, diploma, bacelor / ijazah... sebahagian dari kita berjaya dan mampu melanjutkan pelajaran di peringkat Master & PhD... sehingga bergelar 'Doktor'.
Petani gigih berhuma padi,
Saudagar pula borong cendana,
Kasihnya ibu sehayat abadi,
Tiada taranya seisi buana.
- Asta, anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ
Esoknya.. jam 7pg, kami dah dijemput oleh tour di lobi hotel... Dikatakan penduduk BKK seramai 36 juta dgn 2 juta kereta, 1 juta motorsikal dan 400 kuil. Kereta berhenti di traffic light bebetul depan Wat Hualamphong.. tu yg dpt snap. hehe.. Ada 4-5 hotel yang kena pergi utk amik org2 lain...
Destinasi pertama : The Famous Damnern Saduak Floating Market (100km ke selatan BKK)Oleh kerana lokasinya yg jauh, mmg kena keluar awal sebab floating market hanya dr jam 8 - 10am shj.. kerana lepas jam tu, cuaca dah panas... Dikatakan, jualan sayur2 adalah pd jam 6 - 7am, kemudian baru mereka akan keluar semula pd jam 8am utk jualan barangan cenderahati.. ada bermacam2 laah.. termasuk jualan makanan ringan dan buah2an..
Tiket utk bot enjin termasuk dlm pakej.. memula naik tu cuak gak.. sebab atas tu ada 3org big size.. hehe.. senget gak lah bot tu.. risau aku.. sampaikan kwn aku terpaksa tukar tempat duduk dengan kwn dia, biar imbang skit... hehehe. selepas sampai di lokasi pasar.. kita boleh menaiki sampan kecil yang boleh muat utk 4 - 6 org shj dan sama2 menyusuri terusan...bayaran Bath 150/pax dikenakan. sungguh unikkan! Only available in Thailand!. Rugi kalu dah sampai tapi tak mencubanya...
Sebelum ke Rose Garden, kami di bawa ke Snake Show.. tiket Bath 200! (~RM20 - mahal? hmmm) Kat sini cuma ada bbrp ekor ular, 1 ekor buaya, biawak, cerpelai serta 4 pertunjukan ular. Ditunjukkan juga cara pengeluaran bisa ular tedung dan deretan gigi ular sawa. Org Thai ni mmg cari duit betullah... kalu pelancong nak bergambar dgn ular sawa besar, dikenakan lagi bayaran sbyk Bath50.
Selepas itu, kami dibawa ke Royal Thai Craft untuk melihat sendiri pengukir2 Thai memindahkan kreativiti mereka ke bongkah kayu dan menghasilkan satu seni yang sangat indah. Harga di showroom semuanya dlm US Dollar... mmg mahal giler.. yer lah, kalu nak dibandingkan hasilnya kan.. mmg menakjubkan.
(Nota utk ukiran kayu di bawah tu : "Two veteran craftsmen contributed their skills and worked for nine moths to present this masterpiece. This is one piece of Teak wood. Measuring 105" long, 40" wide and 6" thick")
Seterusnya, kami di bawa makan tengahari... buffet kat restoren.. nasib baik ada sijil halal.. so, kami belasah je laaah... yumm yumm.. mmg dah lapar masa tuh.
Selesai makan, kami di bawa ke Rose Garden. Pada mulanya, zam ingat cuma ada taman bunga mawar je.. bila baca pamplet, barulah faham.. situlah Thai village.. Dikatakan... dahulunya tempat tu menjadi host utk satu persidangan dunia.. dan ditanam berbagai bunga mawar.. tapi disebabkan cuaca semakin panas, bunga2 tak brp menjadi.. dan diubahsuai kepada Thai Village.. di mana pertunjukan gajah dan budaya ditonjolkan.
Pelancong boleh bergambar dgn duduk di kaki gajah tetapi dikenakan bayaran Bath 20. Habis je pertunjukan gajah, semuanya bergegas ke auditorium utk pertunjukan budaya. Setelah duduk, semua tetamu diberikan tuala kecil sejuk utk membersihkan diri.
Konsep pertunjukan adalah cara hidup org thai di kawasan pedalaman. Bermula dgn seorg ibu mendodoikan anak di waktu pagi, kemudian kanak2 dihantar ke kuil utk belajar agama budha... setelah musim menuai, diadakan pesta. yg lelaki mengadakan pertandingan tomoi, yg perempuan menari2. Disinilah teruna & dara bertemu dan menggoda2... seterusnya.. acara perkahwinan dipaparkan...
Kami bertolak balik ke BKK... sebelum tu, kami dibawa singgah ke kilang batu permata walaupun tiada dlm program asal.. rasanya semua tour guide akan bawa ke situ.. kami diberikan soft drink dan tayangan video pelombongan batu permata.. sebelum dibawa ke bilik pameran.. mmg cantik2 hiasannya... harga pun tak lah mahal sgt.. rasa aku mcm berpatutan laa... then terus kami dihantar balik menggunakan kenderaan lain.. mengikut arah destinasi hotel masing2.
Sampai je hotel dlm jam 7pm... penatnya... ada lak mesej kat pintu, baju yg aku tempah tu tak siap lagi katanya... risau gak aku, sebab aku nya aje yg tak siap. aku tawakal je laah.. terus je mandi dan keluar ke bandar utk jejelan lg di Patpong... beli ole2 skit jer.... thai silk 4 meter utk mak zam je.. utk zam sendiri, zam x beli apa2 pun... ingat nak beli thai silk gak.. tapi x de yg sesuai lak... kami balik dlm jam 11.30.. sebab nak kejar last tren MRT tu... Esoknya, awal2 dah bangkit sbb flight jam 10am. Pagi tu cuba call tailor tapi tak de jawapan.. tension nya aku... then.. tetiba kwn aku call, dia dah di lobi utk check out.. dan baju aku dah ada kat bawah... peerhh... lega rasanya... baru tenang hati nak balik....
Tinjauan ke tingkap dari Sofitel Hotel
Hmm.... kat memana ada je China Town kan...