Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Tuesday, May 16, 2006

Selamat Hari Guru

Selamat menyambut Hari Guru kepada kawan2 yang mungkin menjadikannya sebagai kerjaya... terima kasih kerana menjadi pendidik bangsa.. tidak ramai antara kita yang mempunyai kelebihan dan kemahiran atau bakat untuk menjadi pendidik.. mungkin ada antara kita tidak mampu atau tidak sesuai jiwanya sebagai pendidik, lantaran sikap panas baran atau kurang sabar...
Terima kasih kepada semua Cikgu dan Guru yang pernah mendidik kita sejak dari zaman tadika, sekolah rendah & sekolah menengah.... kepada yang bertuah, dilanjutkan juga kepada tutor dan pensyarah semasa kita di matrikulasi / asasi, diploma, bacelor / ijazah... sebahagian dari kita berjaya dan mampu melanjutkan pelajaran di peringkat Master & PhD... sehingga bergelar 'Doktor'.

1 comment:

Asmadi said...

Itu lah jasa guru akan dikenang hingga ke akhir hayat!