Indahnya Persandingan Datin Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid...
Salam pagi selasa... pastinya ramai kekawan yg tak keluar rumah mlm tadi kan.. dok terpacak depan TV... menyaksikan Majlis Persandingan Datin Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid di TV3... ataupun ada yg dok melangut menonton kisah putus tunang Mawi & Ina di TV1 & Astro Ria... ikut selera memasing laah yaa.. tapi bagi Zam, kisah putus tunang tu dieksploit berlebihan pulak.. mcm laah diaorg tu nazak sgt...
Seronok tgk majlis persandingan CT dgn busana kebaya moden french lace dan songket rekaan Radzuan Radziwil, mekap yg cantik... zam paling suka dandanan rambut CT yg ala2 Queen dalam cerita dongeng. hehehee. Tapi frust bila CT bertukar baju `English Wedding Gown’ rekaan Michael Ong tu.. mcm tak kena jer....
INFO Persandingan Siti, Datuk K
- Kek perkahwinan sembilan tingkat bernilai RM12,000.
- Siti menggayakan gaun krim dan pink RM35,000, diserikan dengan layah sepanjang enam meter yang disiapkan sepenuhnya selama sebulan untuk upacara memotong kek.
- Gaun putih Siti disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi berharga RM300,000, ketika bertemu peminat di balkoni tingkat 3 KLCC.
- Siti turut mengalunkan lagu terbarunya, Cahaya Cinta hasil ciptaannya yang ditujukan khas untuk suami tercinta, Datuk K.(sapa dah ada mp3 lagu ni? send kat Zam yaaa)
- Siti menjemput kedua-dua ibu-bapanya untuk memotong pulut kuning meraikan ulang tahun ke-38 perkahwinan mereka.
(pic dari Utusan Malaysia Online & Info dari Berita Harian )
1 comment:
Reez mmg suke tengok gaun putih tu.. Memang cantik!
Tapi gaun krim dan pink tu macam semacam aje.. Reez kurang berkenan sangat...
Anyway, semoga Siti dan Datuk K bahagia dan semoga jodoh mereka kekal sepanjang hayat!
Post a Comment