Pantun Jumaat
Sudah habis libur di kota,
Janji temu sudah ditepati;
Takwa itu tanda aras kita,
Petunjuk kualiti mukmin yang sejati.
- Asta@Laman Masjid Al Malik Khalid USM Penang. TQ
Sudah habis libur di kota,
Janji temu sudah ditepati;
Takwa itu tanda aras kita,
Petunjuk kualiti mukmin yang sejati.
- Asta@Laman Masjid Al Malik Khalid USM Penang. TQ
Hari minggu libur ke kota,
Jamu selera masakan nyonya;
Jagalah ukhuwah sesama kita,
Terasnya ikhlas bersaudara selamanya.
- Asta@KM378.6 PLUS Arah Selatan TQ.
Ampun... lambat entry...
Sangkar hamster ni mak zam yg beli masa kami pergi ke Penang dahulu tu.. tapi hamster yg kat dalam tu hamster yg baru zam beli setelah hamster2 asal tu mati.. asalnya dibela oleh anak kakak zam.
Sangkar ni pulak mak zam beli kat KL setelah anak sedara zam beriya nak.. tapi sedihla.. hamster asal dah mati.. ada sekali tu, sekor tu terlepas dari sangkar dan bila dicari2.. nampak baru je kena gonggong ngan kucing.. mak zam punya lah jerit.. dibaling selipar kat kucing tu... tp malang laa.. x sempat nak selamatkan hamster tu.. dah sampai ajalnya...
Ni lah hamter yg zam baru beli masa pi Penang tempoh hari... manjanyaa.. comel2...
Tikus kecil ni lah yg zam beli 2 ekor tp mati sekor dlm perjalanan balik dr Penang... cian.. tinggal sekor je.. Hari tu ada makcik zam dtg rumah.. beriya nak beli ganti hamster2 zam tu.. errk.. zam tak bagi laaah.. jauh zam pergi beli... tgk laah nanti, kalu zam ke Penang lagi, boleh laaah belikan yaa.... tapi kan.. kalu zam pergi naik flight, mahue le lepas masa boarding? -n-Batas tenggelam air melimpahi,
Hujan turun tiada berhenti;
Taatlah diri seruan Ilahi,
Nescaya hidup memberi erti.
- Asta@Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ
So... mcm mana? apa yg korg nak buat kalu masalah tu berlaku pd korg? mungkin ada yg dah prnh alami dan tahu camne nak settlekan kot... later zam bgtahu kat mana nak dptkan s/ware dan tools tu ya.. dan camne cara nak gunakannya... -n-
Ayie dah pesan thru sms kalu dah smpai di jambatan P.P bgtahu dia, so zam pun sms laah apabila dah di jambatan yg tersergam yg menjadi kebanggaan rakyat P.P. BTW, zam prnh tgk rancangan di Discovery Channel yg berkisah pembinaan jambatan. Baru lah tahu bbrp jenis dan teknologi dlm pembangunan jambatan ni kan.
Bila dah sampai di halaman astana Ayie, zam pun call dan dijemput utk menjejaki ke astana beliau. Waaah.. sungguh tidak terduga, kami disambut dgn hidangan yg telah tersusun kemas di meja santapan. Siap dgn kek lagi, katanya sempena sambutan besday zam yg lalu.. waah... best nya. kiranya tahun ni zam dpt 3 kek. sedap2 lak tu. TQ Ayie. Terharu sekejap dgn sambutan yg diberikan tu. Tapi kami cuma sempat berborak sekejap je sebab Ayie kena hadir jemputan jamuan raya kwn dia. So, zam & R cuma lepak2 tgk TV laah dan berjanji utk ke Bt. Feringhi mlm tu utk jalan2 dan shopping skit. Sorry laah. x de pics yg diambil kat sana. Zam cuma beli DVD dan table runner utk di rumah je.
Pagi tu, awal2 lagi kami dah bersiap utk bersarapan di lokasi wajib. hehee.. x de apa laah.. cuma sarapan di Pasar dan Balai Rakyat Gelugor je. Cdgnya nak makan Nasi Lemuni tapi x kesampaian sebab dah habis. Sebelum ni sempat makan semasa berjumpa dgn Drac tempoh hari. Terpaksa aa makan nasi lemak je. Pada yg tatau Nasi Lemuni tu apa, zam pun x leh nak citer sgt laa.. sbb tatau apa ramuan dalamnya. maybe Ayie tahu kot. Kemudiannya nak gak singgah makan Mi Sup di satu kedai yg terkenal di situ tapi hampa juga sbb kedai tu tutup lak. mgkin masih cuti raya kot.
Pagi tu mmg dah dlm rancangan utk pergi ke 'Rope Walk' di Lorong Kulit berhampiran Stadium Bandaraya P.Pinang. Di sini laah terletaknya bazar jualan yg murah2 dgn pelbagai jenis jualan. Zam tahu lokasi ni pun dr abg ipar zam. Diaorg dah pergi sebelum ni dan beli 3 ekor hamster. Zam pergi sana utk beli hamster lagi bg menggantikan hamster kami yg dah mati. Kat rumah cuma tinggal sekor je, tp dah besar skit laaah.
Tapi bila sampai di sana, zam dok geram bila tgk arnab yg comel2 tuh.. geram sgt. comel ooo... rasa nak beli jer.. harga jauh lebih murah dr di Taman Tun. Harga arnab tu cuma RM20 - 35 sekor je. zam prnh tanya kat KL ni, mahal.. dlm RM200 tp dah besar laa.. korg tgk jelah bulu arnab tu, tebal kan.. comel lak tu. Zam mmg dah lama teringin nak ada arnab belaan ni tapi pd hari tu zam x jadi beli dulu.. mgkin kalu zam dtg penang lagi, zam akan beli arnab tu sepsg.
So.. hari tu, zam cuma beli 2 pasang hamster/arkus comel (RM7/sekor) dan sepasang tikus belanda kecil (RM5/sekor), sangkar kecil, makanannya, bekas minum dan roda pusingan tu (tatau aa apa nama dia, hehehe). Oh yaa.. zam siap bw sangkar hamster dr rumah lg yg dah lama kosong tu.. hehe. suka sgt R dok main2 ngan hamster tu yaa.. ekekee
Kat sini ada bermacam jualan.. antaranya barangan antik, tembaga lama, brg 2nd hand pun ada gak.. brg2 lain mcm pasar malam biasa yg lain. tp kalu nak carik brg 2nd hand murah spt speaker dan radio kereta ada je kat sini... brg hiasan lama pun ada.. kekdg tu, bila kita tgk mcm brg buruk jer.. tu pun ada gak diaorg jual...
Balik dari sana, kami singgah sebentar di USM utk melihat dan ambil bbrp gambar di situ.. Trip seblum ni prnh ambil tp malangnya Kamera Digital zam hilang. Lihatlaah.. Masjid Al-Malik Khalid yg menjadi sumber ilham utk Ayie berkarya bermadah menghasilkan Pantun Jumaat nya.. yg menjadi entry tetap blog ni setiap jumaat. Balik dr USM, kami bergegas mandi dan pergi ke kenduri Drac.
Zam smpai ke rumah beliau dlm jam 2.30ptg.. lewat skit sbb pagi tu zam ke bandar G.Town dulu bersama R & ayie. Sesampai kat sana, susah gak carik parking.. tpaksa pusing2 2 kali baru dpt park... Ingat kan mapley x smpai lg dr Phg sbb terlihat hidangan santapan masih belum terusik.. zam pun tanya laah pd abg Drac.. dia pun jwb "kwn un ker? dia ada kat atas. sat lagi turun lah tu".. nasib baik laaa.. x lama lepas tu, kelihatan kedua mapley keluar dari rumah dan bersalaman dgn tetamu yg hadir... hehee.. terkejut ke ko drac? kelakar aku tgk muka ko masa tuh.. ko ingat aku x akan dtg ker? kan aku dah janji.. so aku tunaikan laaa... setelah bersalam dan berdakap sebentar.. zam pun perkenalkan drac pd R dan kami berborak2 sekejap sblum mapley bertemu tamu lain dan terus ke meja santapan.
Zam cuma melihat dan ambil bbrp pic lah utk simpanan.. mapley pun smpt bg pose2 utk zam ambil.. setelah kedua mapley duduk bersantap, kami pun mengambil makanan dan duduk.. sambil berpandang2 pd kedua mapley.. suka lah ko yaa.. tercapai sudah hajat di hati ko yaa drac. habis je makan, kami di ajak utk mengambil bbrp pics di bilik peraduan.. zam pun smpat laah ambil pic berdua dgn drac tp zam x upload di sini yaa.. hehee.. itu utk simpanan sendiri jer.
Maaf ya drac.. zam x sempat nak bali apa2 hadiah.. lagi pun zam tatau nak belikan apa.. nanti aku bagi hadiah ko tu yaaa.. zam x boleh lama d sana sbb terpaksa berkejar utk balik ke KL ptg tu jugak.. setelah bersalaman kami pun bergegas ke rumah ayie semula utk berkemas. dan terus je balik. tp sblum tu nak singgah ke Sg Dua.. utk berkunjung ke perkuburan arwah abah R. Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah abah R dan kaum keluarga kita yg telah kembali kepada Maha Pencipta.. amin. -n-
Sesampai jer.. terus bbrp ahli bomba tu masuk ofis.. siap dgn topeng gas lagik.. tp yg lelain ramai tu mcm stand-by jer... ye laah.. bila di tgk ke tingkat 4 tu, x nampak pun asap yg keluar... so, mmg kecik sgt lah kan apinya... zam pun terus je sms kat R & ayie.. dlm hati, nak tergelak aje... ye lah.. mana taknya.. kebakaran kecil jer.... tp jentera bomba dtg berduyun.. mana tak nya.. pejabat big bos sendiri yg terbakar.. berduyunlah yg datang kan...
Sudahnya... bila dah disiasat bomba.. diaorg pun bawa lah turun.. rerupanya cuma wayar lampu je yg terbakar.. kalu tgk pd bekas tu, skit je yg terjejas warna legam terbakar... zam pun pi laah jenguk2 lampu tu... kelakar betul laa... kalu tgk pada pic di atas tu pun, x nampak pun sgt kesan terbakarnya kan. x lama lepas tu, bomba pun maklumkan kami semua dah boleh naik semula... oh ye.. pics2 ni, staf zam yg emel kan... zam pun leh rasakan laa.. kebakaran tu kecil jer.. tp mungkin sebab ada yg panik, terover citer lak kat bomba.. mcm laah dah terbakar habis... ahli bomba yg dtg pun mcm tension je... boring je.. kerja x mencabar.. ekeke... zam rasanya, kalu ada alat pemadam api kat situ, leh sembur sendiri je.. tak perlu aa nak telefon bomba bagai kan... tak ke membazir je kos operasi tu semua? -n-
Kami bertolak dari Dsara dlm jam 11am.. walau janji jam 9am.. hehe.. dlm jam 12 lebih dah sampai sana.. nasib baik aa jln x jammed... Tiket masuk je RM5/pax utk dewasa, RM4/pax utk warga emas, RM3/pax utk kanak2 4 - 12thn. Kelas gak laaah sbb tiket masuk dah bentuk gelang...TIket kena beli di kaunter depan.. dan kereta boleh di bawa masuk oleh pemandu shj... yg lelain kena melalui pagar penjaga... seterusnya baru leh naik semula kereta dan terus ke tempat letak kereta yg diteduhi oleh pokok kelapa sawit. Masing2 perut dah lapar.. so lunch kat situ jer... bila dah kenyang, baru laah pi mandi.. oleh kerana tgh2 panas.. semua pakat masuk kolam air gunung jer... nampak dr luar macam best jer... tp nak masuk kena bayar lain laak.. RM2/pax. terpaksa laaa.. bayar jer laa...
Masuk2 terus je pi bilik air tukar baju .. dah masuk dalam air tu.. tak laah sejuk sgt pun.. mungin dah terik sgt kot.. bila zam bau.. huh.. kuatnya bau klorin kat air tu.. dah jd air kolam biasa je.. mana air gunung tuh??? tension jer... kolam tu mmg aa x dalam.. sebelah kiri ada gelongsor dlm binaan sotong utk kanak2.. sebelah kanan ada air terjun utk dewasa.. tp x dlm mana pun.. paras pinggang jer... zam x mandi2 sgt pun.. dah bosan mandi, pi cafe dia.. makan minum lagi...
Dlm jam 2pm baru laah kami pi ke kawasan kolam air panas pulak... kat kawasan tu ada cafe, tasik buatan, kawasan merebus telur (utk telur sahaja) - suhu air dlm 90 darjah Celsius, kawasan merendam kaki (50 C), jalanan urutan kaki, dan kolam air panas yg besar (34 - 40 C). kolam air panas ni cantik sebab berlatarkan bukit2...
Zam cuma rendam2 dlm kolam tu kejap je... sebab famili zam semua dah nak masuk Family Spa.. kat sini ada bbrp binaan kolam Spa persendirian. Ada dua saiz, kalu yg kecil kena bayaran RM25/jam.. yg besar utk famili ramai kena bayaran RM50/jam. Dalam area tu ada meja, tandas, dan kolam jakuzi yg boleh diselaras suhu airnya.
Bila dah habis tempoh satu jam tu, kami pi mandi laah semula kat kolam air gunung yg x best sgt tu.. zam cuma layan anak sedara je.. dah bohsan terus je tukar baju dan get ready nak balik. balik tu hiway punya lah jammed dgn org dah habis beraya di kg masing2.. hujan lak tu... -n-

Oleh kerana itu, tahun ni dibuat lagi sekali di PD shj pd 26 Okt yg lalu dan zam juga lah yg kena mengurus segalanya.. tempahan hotel dan anjur sukaneka. zam jugak laah yg kena byr dulu duit hotel.. nasib baik laah leh calit kad je kan... ada sekali tu, duit2 kutipan bayaran hotel tu hilang.. dlm 600 lebih gak.. tension jer... bengang giler.. ntah mcm mana duit tu leh terjatuh dr poket... nasib baik zam ada makcik yg baik hati dan bagi sponsor utk hadiah2 sukaneka tu.. walau tak byk, ada jugak laah kenangan utk sanak sedara yg hadir. dan makcik2 lain, kami buat kutipan gak laa.. tp ciput je.. yg lain2 tu sponsor dari mak zam dan zam sndiri laah.. biasanya utk budak2 bg hadiah permainan & makanan je.. dan utk dewasa lak, mereka lebih suka towel & makanan juga.
Acara kebiasaan yg akan kami buat adalah membawa bola ping-pong dalam sudu, mengisi air dalam botol, makan epal tergantung dan boling kelapa. Tahun ni ditambah acara menganyam daun ketupat. Tahun sebelumnya diadakan acara berpasukan tp tahun ni terpaksa batal sbb x ramai yg dpt turut serta. ramai famili yg balik kampung suami atau isteri... kakak zam pun balik kampung suami dia ... walaupun abg ipar x dpt cuti, balik jugak walau sehari jer...
Maaf laah , pics x byk yg dpt zam amik sbb dok sibuk uruskan acara tu sorg2 jer... org dewasa ni yg susah skit nak urus.. kalu main game tu, ada je cara nak tipu.. bola ping pong tu sanggup dikemekkan semata2 nak bg senang bola terletak dlm sudu. zam punyalah bengang.. bola tu dah laah bawa skit je.. kalu dah kemek, x leh aa nak guna lagi... apa lagi.. membebel je laaa... budak2 gak yg senang, x byk karenah. acara bawa bola ping-pong seronok sbb bola tu akan jatuh akibat angin kuat tepi pantai... kalu sepupu zam tu, sampai melompat pagaran renek sebab nak kejar bola.. kelakar betul aa... hehee... kalu boling kelapa tu, buah kelapa asyiklah menyenget jer perginya.. mmg susah nak lurus aaa...Indah nian balai mengadap,
Lantai bersepuh kaca berwarna;
Bersolat Jumaat penuh beradap,
Pahala berganda ibadah sempurna.
- Asta@Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ
