Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Saturday, November 04, 2006

Cuti2 Air Panas Sungkai : 28 Okt 2006

Salams... sempena cuti raya yg lalu jugak.. kami sempat pi ke Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) di Sg Klah, Sungkai, Perak. Zam join pun sbb mmg tak pernah pi sana.. dan famili zam nak sgt pi.. so, zam kena aa drive kan... mak zam pernah pi sana sblm ni ngan makcik zam... makcik zam pi ngan famili besar dia.. kami pun pi ngan famili besar kami.. termasuk famili kakak zam.. ramai.. sampai 2 MPV & 1 kereta laa... TRAP diuruskan oleh Felda dan lokasinya mmg dlm kawasan Felda Sg. Klah. sepanjang dr jalan besar ke dalam tu, akan melalui estet2 kelapa sawit.. terus je teringat kat filem Bilut kan..
Kami bertolak dari Dsara dlm jam 11am.. walau janji jam 9am.. hehe.. dlm jam 12 lebih dah sampai sana.. nasib baik aa jln x jammed... Tiket masuk je RM5/pax utk dewasa, RM4/pax utk warga emas, RM3/pax utk kanak2 4 - 12thn. Kelas gak laaah sbb tiket masuk dah bentuk gelang...TIket kena beli di kaunter depan.. dan kereta boleh di bawa masuk oleh pemandu shj... yg lelain kena melalui pagar penjaga... seterusnya baru leh naik semula kereta dan terus ke tempat letak kereta yg diteduhi oleh pokok kelapa sawit. Masing2 perut dah lapar.. so lunch kat situ jer... bila dah kenyang, baru laah pi mandi.. oleh kerana tgh2 panas.. semua pakat masuk kolam air gunung jer... nampak dr luar macam best jer... tp nak masuk kena bayar lain laak.. RM2/pax. terpaksa laaa.. bayar jer laa...
Masuk2 terus je pi bilik air tukar baju .. dah masuk dalam air tu.. tak laah sejuk sgt pun.. mungin dah terik sgt kot.. bila zam bau.. huh.. kuatnya bau klorin kat air tu.. dah jd air kolam biasa je.. mana air gunung tuh??? tension jer... kolam tu mmg aa x dalam.. sebelah kiri ada gelongsor dlm binaan sotong utk kanak2.. sebelah kanan ada air terjun utk dewasa.. tp x dlm mana pun.. paras pinggang jer... zam x mandi2 sgt pun.. dah bosan mandi, pi cafe dia.. makan minum lagi...
Dlm jam 2pm baru laah kami pi ke kawasan kolam air panas pulak... kat kawasan tu ada cafe, tasik buatan, kawasan merebus telur (utk telur sahaja) - suhu air dlm 90 darjah Celsius, kawasan merendam kaki (50 C), jalanan urutan kaki, dan kolam air panas yg besar (34 - 40 C). kolam air panas ni cantik sebab berlatarkan bukit2...
Zam cuma rendam2 dlm kolam tu kejap je... sebab famili zam semua dah nak masuk Family Spa.. kat sini ada bbrp binaan kolam Spa persendirian. Ada dua saiz, kalu yg kecil kena bayaran RM25/jam.. yg besar utk famili ramai kena bayaran RM50/jam. Dalam area tu ada meja, tandas, dan kolam jakuzi yg boleh diselaras suhu airnya.

Bila dah habis tempoh satu jam tu, kami pi mandi laah semula kat kolam air gunung yg x best sgt tu.. zam cuma layan anak sedara je.. dah bohsan terus je tukar baju dan get ready nak balik. balik tu hiway punya lah jammed dgn org dah habis beraya di kg masing2.. hujan lak tu... -n-

No comments: