Flora Fest 2007 : 27 Jan 2007
Seawal jam 7 pg lagi mak zam dah kejutkan utk bangun.. sbb dah janji nak pi tgk perarakan tu... aduhaiii.. ngantuknya.. rasa malas sgt aa nak bangun.. tapi apakan daya, janji kena tunaikan.. ye tak? hehe... tp zam lengah2kan jugak laah.. jam 8 sepatutnya pergi, tp zam baru je nak masuk mandi. hehe... kat Sg Besi singgah lak dulu beli donut & air.. ye laa.. pagi2 ni zam mmg lapar.. mesti makan.. tp biasanya kalu tgh drive, beli roti coklat Gardenia je laaa... Sampai sana pun dah jam 9 lebih kot.. nasib baik aa perarakan mula lewat skit.. kereta pertama baru jer sampai.. kami lepak kat hujung jalan perarakan jer... Kereta berselang seli dgn pancaragam.
Perarakan dimulakan dgn kereta Tourism Malaysia... dgn disertai MAS stewardess, Jamal Jamaludin, Abby, Reza & Nana...Keduanya dr Terengganu.. mungkin sbg penghargaan buat SPB YDP Agong kot... cantik dgn tema samudera. Baru tahu tahun depan Tahun Melawat Terengganu laak... so? boleeh aa kot kita buat rombongan ke sana.. Ayei.. leh kot jd host lak? hehee..
KFC, satu2nya kereta dari sykt swasta... sykt korporat lain mana? x berminat kot...
Sarawak... dgn kereta bertajuk Sarawak Rhapsody.. pastinya dgn Kenyalang kebanggaannya, ukiran etnik dan diserai seorang pahlawan.. cantik.
Sabah hadir dgn rekaan Sumpah2 dan tema Living Colurs of Harmony berjaya mendapat Theme Trophy. sempoi jer..
Kedah pula membawakan kereta yang penuh hiasan tema rimba dan lebah. Di hadapannya terdapat penari2... berjaya menggondol Parade Special Trophy.
Perlis turut sama menjayakan Tahun Melawat Malaysia dgn menyertai perarakan.. walaupun kecil, tetap memeriahkan.
Pada masa ni, matahari semakin tinggi dan Zam terpaksa bergerak ke tempat lain utk berlindung.. x perasan kereta dari Pahang sedang menuju. Dgn tema Warna Khazanah Alam, dilengkapi dgn binaan merlin, merak & gajah yang menyembur air... menarik...
Johor tidak ketinggalan dgn rekaan 'Big Foot' yang diperkata terdapat dlm hutan Johor, kuda kepang serta penari zapin di atas rebana besar.
Kereta N.Sembilan pula menampilkan rekaan Istana Menanti, 3 pelancong di atas bot air (menggambarkan PD kot), beg shopping besar (Nilai 3?) serta warga berpakaian tradisi Minang.
WP Labuan dgn tema Colours of Island membawakan keindahan dasar lautnya, terumbu karang, pari, clown fish, perakit dan pemancing...
Pulau Pinang yg menggodol Premier Trophy menampilkan binaan besar alam serangga, rama-rama yg cantik dan penuh warna-warni.
Kelantan turut hadir dgn binaan sampan besar dan serambi Mekahnya... bersama kumpulan dikir barat. rasanya ada rekaan wau bulan yg tak sempat dihiasi kot.. hehee..
Perak, The Land of Grace pula menampilkan keunikan labu sayong, jet ski (melambang P.Pangkor?) & istana lama. Burung tu tak pasti lah sebab apa.. ada sapa yg tahu tak? bangau?
Selangor, A Never Ending Discovery... menampil rekaan alam laut (kuda laut, rakit), buah2an, F1, Masjig Negeri, Kota Darul Ehsan, Golfing.
Melaka hadir ringkas dgn kereta lembu, periuk baba nyonya dan pokok kelapa sebenar! hehe..
1 comment:
uh uh miss nak menengok. neway, nice shot bro ;)
Post a Comment