Love Is Cinta
Zam & R berpeluang melihat movie ni Rabu lepas kat Cathay Cineplexes Damansara. Memang lah ramai yg dok pertikaikan jalan ceritanya yang menyimpang dari ajaran Islam. Tetapi jangan kita lupa bwh kita pun telah acap kali dihidangkan dgn jalan cerita serupa itu.. yang paling zam ingat adalah Heaven Can Wait & Just Like Heaven. Abaikan sahaja konsep penjelmaan semula tersebut.. tumpukan pada penceritaan dan kreativitinya. Agak kelakar juga apabila tubuh tumpangan boleh dipilih, pastilah kita akan memilih tubuh yang sempurna dan menawankan? hehe.. tanpa disedarinya, pemilik tubuh asal tsbt adalah seorg homo. Sememangnya jika sesorg itu mendapat peluang yang sama, sudah tentunya amat sukar untuk meyakinkan keluarga & kekasih bahawa diri itu adalah kita.. di sini kita dpt melihat bgmana kesungguhan yg dipancarkan oleh Ryan (dlm tubuh Doni yg dilakonkan oleh Raffi). Lagu tema Ada Cinta tu mmg syok habis... Tak sangka, ada yg bercucuran air mata bila melihat kesedihan yang ditanggung oleh Ryan@Doni dlm meyakinkan Cinta bahawa beliau adalah Ryan, hanya dlm zahir yg berbeza. Love Is Cinta mampu menjadi filem yg baik jika pengarahnya lebih teliti dalam pembikinan. Biasanya dlm filem Hollywood, watak Ryan yg menjelma semula dilakon oleh pelakon asal (Irwansyah) dan imej dicermin akan membiaskan wajah Doni tapi dlm filem ini ianya terus dilakon oleh Doni termasuk imej dlm cermin. Yg kurangnya adalah baju yang dipakai oleh Doni bertukar kepada pakaian Ryan semasa menjelma semula??? sepatutnya baju tu kekal baju yg dipakai oleh Doni. Dan baju tu pulak dipakai selama 2 hari oleh Ryan@Doni. Baju akhir yg dipakai Ryan@Doni juga bertukar disaat Ryan telah habis tempohnya di atas bangunan terbiar tu...
No comments:
Post a Comment