Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, April 18, 2008

Pantun Jumaat

Aroma segar aneka putu,
Rasa sedap berbaloi harga;
Amalkan wuduk setiap waktu,
Jaminan Bilal* menuju syurga.


- Ayie @ Kafe Chempaka, annex Masjid A- Rahman, Lembah Pantai, KL. TQ

Nota : Bilal bin Rabbah dijamin ahli syurga. Amalan yang kerap dilakukannya ialah berwuduk. Para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. mendapat tahu rahsia amalan beliau selepas beberapa kali menginap di rumah Bilal.
Beliau merupakan seorang hamba berkulit hitam, antara terawal memeluk Islam. Walau berkulit gelap, tetapi suara lunak beliau yang menjadikan beliau pelaung azan setiap kali waktu solat bertandang. Disebabkan itu, nama beliau 'Bilal' sinonim dengan para pelaung azan di masa sekarang. Beliau diseksa di zamannya oleh para munafik dengan meletakkan batu besar di atas badannya. Namun kekal mengucap kalimah Syahadah. Keikhlasannya menganut Islam terbukti dengan ketabahannya melalui dugaan berat itu.

No comments: