Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Monday, July 21, 2008

Kursus PTK4 : 15 - 24 Julai 2008

Salam buat semua... musim berkursus kembali semula.. setelah setahun berada di Jabatan yang baru. Sebenarnya zam mohon kursus ini untuk sesi bulan April tetapi tak berjaya.. Sesi Julai ni yang dipanggil. Rerupanya sesi April tu dibatalkan sebab tak cukup korum. Kursus wajib ini adalah sebahagian proses kenaikan pangkat. Pada tahap ini, skop utama kursus adalah menilai kemampuan peserta untuk membuat analisis secara kritikal, menentukan isu dan cabaran, seterusnya memberikan strategi, cadangan penambahbaikan.
Bila dah diberi taklimat tu, terasa mcm diri ni belum cukup bersedia. Ada juga kengkawan dulu yang tak mohon lagi dengan alasan belum bersedia. Tapi zam redah jer sebab nak dapat pengalaman lebih awal. Ada rezeki dan usaha, harap luluslah. Skop kursus termasuk pengucapan awam, public speaking, persembahan dan tugasan individu, persembahan dan tugasan berkumpulan, personaliti dan sikap, ujian bertulis.
Sebelum persembahan individu pada Isnin, 21 Julai, zam terkena demam sejak sabtu malam.. rasanya akibat makan durian terlalu banyak agaknya... mana tak nya.. sejak Jumaat malam makan durian, sabtu pagi - lunch - dinner semua makan durian.. mentang2 lah durian banyak.. Bila LB dan Asta datang rumah pd sabtu malam tu, dah terasa badan panas2 skit, mata pun dah pedih & pening.. bila ukur suhu dah naik skit 37.1C, mkn panadol lagi ... Rezeki LB & Asta lah jugak dtg tuh, merasa lah makan durian tuh... Bangun pagi ahad tu, suhu dah naik 38.7C.. terus je makan panadol, mandi dan pergi klinik.. Bila dah mandi dan sampai kat klinik, suhu dah reda skit ke 37.6C jer.. zam siap tanya doktor sama ada boleh kebah demam ahad tu jugak sebab persediaan kursus tak buat lagi.. tak boleh nak fikir sgt sebab pening... Ahad malam tu, demam semula & suhu naik semula ke 38.8C. Sorry pd Asta sebab tak dapat join tgk konsert Kathy di Dewan Philharmonic KLCC....
Nasib baik lah pd pagi ni, demam dah kebah.. dan jadual pembentangan dah diubah dari pagi ke petang.. Dalam 1 pagi ni jer lah sempat fikir dan buat slaid.. Singgah ke ofis kejap sebab nak buat cetakan... Bila dah kat ofis, kena gak laah tgk2 sat kerja2 kat sana...
Alhamdulillah.. kandungan agak cukup, persembahan pun tak banyak dikomen sangat oleh para panel penilai... Lepas ni kena bersedia pula untuk persembahan kumpulan (in English) dan seterus ujian akhir pada Khamis ini. Doakan zam lulus kursus ni yaa... hehee...

Friday, July 11, 2008

Pantun di Parlimen Malaysia

Tahun ini Menteri Pelancuran, oops! pelancungan baru mengadakan semula tahun melawat Malaysia dan dijemputnya ahli-ahli Parlimen dari negara asing ke Malaysia. Kebetulannya Parlimen sedang bersidang dan mereka mintak untuk menyaksikan demokrasi Malaysia in action. Diarahkan Speaker baru untuk mengarahkan semua ahli Dewan menggunakan pantun untuk mempamerkan budaya Melayu.

Speaker:
Tuan-tuan dan Puan-puan YB-YB sekalian,
Selamat datang ke ini dewan
Di gallery dewan sila perhatikan
Terdapat wakil-wakil jemputan

Mereka datang hendak melihat
Perbahasan dijalankan dengan sihat
Penuh dengan adat istiadat
Melayu lama yang penuh keramat

Tahun Melawat Malaysia yang baru ini
Program disusun di 8 negeri
Semua disusun oleh Cik Menteri
Lalu di jemput wakil di galeri

Lim Guan Eng:
Wahai Tuan Speaker bijak bistari
Izinkan saya mencelah disini
Malaysia ada tiga belas negeri
Mana pergi yang lima lagi?

Speaker:
YB Guan Eng Ketua Menteri
Menterinya sedang duduk disini
Pada waktu bersoal nanti
Kepada dia tanyalah sendiri

Selamat datang pada semua
Mari lah kita mula berkerja
Sila baca di atas meja
Rang undang-undang baru yang nak ditaja.

Nazri:
Tuan Speaker Parlimen yang bersidang
Kerajaan BN ingin mencadang
Diluluskan suatu undang-undang
Melompat party perbuatan terlarang

Speaker:
Terima kasih wahai YB
Nampak muka tak berapa berseri
Adakah YB dimarah isteri
Atau belum dapat job specs lagi?

Nazri:
Tuan speaker yang baru dilantik
jangan cuba tunjuk cerdik
Rang undang-undang silalah tilik
Nanti kena debik terus balik

Speaker:
Wahai semua ahli berhormat
Sila baca dengan cermat
Undang-undang pencegahan melompat
Sila bahas beri pendapat

Ibrahim Ali:
Tuan speaker yang bijaksana
Saya ingin hendak berkata
Perkataan melompat saya tak suka
Seolah-olah dok perli kat saya

Karpal Singh:
Saya mau tanya sama itu menteri
Ini undang-undang lompat party
Apa pasal dulu ada kasi
Tapi sekarang tak mau lagi?

Nazri:
Ayo Bhai dengar sama saya
Dulu Mahathir banyak suka
Lompat sini lompat sana
Tapi masuk dia punya party saja

Ini sekarang Abdullah Badawi
Lompat party tak mau kasi
Kalau orang lompat party
Serupa macam sudah cerai isteri

Wan Azizah:
Oh begitukah penjelasannya
Diberi pada dewan yang mulia
Izin kan saya hendak bertanya
Takut apa kah yang sebenarnya?

Mashitah:
Wahai Kak Wan indah jelita
Izinkan saya mencelah berkata
Kami tak takut pada sesiapa
Cuma kehendak rakyat jelata

Tian Chua:
Terima kasih senator Mashitah
Kerna penjelasan diberi sudah
Dah selesai kah kes tanah
Atau masih naik turun mahkamah?

Mashitah:
Tengok lah Tuan Speaker, Tian Chua ini.
Kes dalam kain saya di bawa ke sini
Kalau macam ni sungguh tak aci
Suruh dia keluar lani.

Speaker:
Wahi senator sila bertenang
Jangan pulak nak mula berperang
Oi Tian Chua, apa pandang-pandang
Baik engkau mintak maaf sekarang.

Nurul Izzah:
Kenapa maaf yang perli di pinta
Bukan dia buat salah apa
Cuma sekadar ingin bertanya
Kan itu perihatin namanya?

Najib:
Apa kah ini semua
Hajat pembangkang yang sudah gila
Mahu menghina si senator jelita
Mari Mashita duduk tepi saya

Jamaludin Jarjis:
Tuan Speaker, saya dah marah
Pihak pembangkang bikin karenah
Mengapa nak hina Senator Mashitah
Jealous dia comel dan juga bergetah?

Speaker:
Tenang, tenang YB semua
Berhenti bercakap biar lah reda
Memang Tian Chua bersalah menghina
Mintak maaf lah oi China .

Kit Siang:
Saya bangkang tuan speaker punya cakap
Tuan Speaker sangat biadap
Cakap bangsa-bangsa ini semua manyak tak sedap
Macam monyet dalam lokap

PM:
Apa ni, apa ni YB semua
Macam ni semua saya tak suka
Kalau ini diteruskan juga
Saya nak letak jawatan saja

Kuli:
Izin kan beta pulak bertanya
Wahai Perdana Menteri Malaysia
Kalau PM nak turun takhta
Siapa pulak penggantinya?

PM:
Wahai Kuli anak raja Kelantan
Perangai huduh macam setan
Kepada engkau tak ku berikan
Kepada Khairy ku beri jawatan

Najib:
Tuan Speaker apakah ini
Mana boleh jadi begini
Ini semua tak aci
Kenapa saya diketepi

Mukhriz:
Tuan Speaker saya membangkang
Ini tak adil sangat terang
Khairy dapat saya terkangkang
Nanti bapak saya istihar perang

Speaker:
YB, YB, YB diaaaaammmmm!
Dewan yang mulia jangan di kelam
Peraturan ini saya masih tak faham
Semua bikin saya demam

Dengar sini wahai semua,
Beri lah masa saya bernyawa
Dewan ditangguh pulang lah segera
Nanti dipanggil di lain masa.

p/s : fwd emel

Sunday, July 06, 2008

Cuti-cuti Pulau Redang : 25 - 28 April 2008

Dah lama nak buat entry ni.. tapi busy sgt ngan keje ofis .. kali ni pi bercuti dgn kelab ofis.. ni pun baru siap masukkan kat dlm website kelab tu.. sbb tu kat pic ni ada nama kelab tuh.. malas nak wat lain.. guna pakai je lah pic2 ni yaa.. hehee..
zam ikut pakej ofis ni jer.. cuma RM200 jer.. lelain tu kelab yg sponsor lah kot.. kalu biasa, zam tgk di pamplet resort, RM335 gak laa...
Bertolak dr ofis dgn bas jam 11 malam.. tq to LB sbb hantar ke ofis... dalam jam 5 smpai d KT & berhenti utk solat subuh di Masjid Terapung tuh.. Dalam jam 8 baru smpai di Jeti Merang, sebab bot mula jam 9 pagi...
perjalanan bot lebih kurang 1 jam jer.. tak laah mabuk sgt sbb ombak tak kuat... selamat aaa ...

Kami stay di Redang Bay Resort jer.. ok gak laa.. bersih bilik nyaa.. makanan dia pun byk gak kuota.. lauk cukup la.. x de lah rasa mcm x cukup lauk je.. minuman kat sana free flow jer.. bebila je nak leh buat sendiri..
Ptg tu dah mula pi snorkeling.. sewa peralatan cuma RM10 spjg kita stay situ... 3 lokasi snokeling berbeza.. termasuk di Taman Laut Redang.. kat situ kitaorg di bawa bertemu dgn belut Malung.. yg stay kat bwh jeti jer...
Gambar2 penyu dan clown fish ni, kwn yg pi tu yg bagi.. x sure lah dia snap sndiri or amik dr net. tapi mmg bebudak diver tu pi bwh & amik clown fish & tunjuk kat kami... comel jer kan..
Balik dari snorkeling, lepak2 santai pi kolam pulak laa...

Puas hati laah dpt jejak di Redang.. dah lama teringin nak pi sana.. tercapai gak hajat.. ada rezeki, nak pi lagi laa.. ada yg nak join ker? jom la.. hehe .. nak pi Perhentian jugak..