Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Tuesday, December 20, 2005

No Siri Handset

Ini adalah satu maklumat penting yang bermanfaat untuk dikongsi bersama serta di ketahui ramai untuk mengelak telefon anda dikegunakan selepas kecurian.
Untuk mengetahui Nombor Siri handset telefon bimbit anda: Sila dail - star hash zero six hash (atau begini *#06# ). No. Siri 17 digit akan muncul terpapar di skrin handset anda. Catatkan No. Siri ini dan simpan di mana-mana untuk rujukan anda kemudian. Apabila handset anda di curi orang atau pun kehilangan, telefon saja ‘telco’ (syarikat pembekal perkhidmatan GSM anda seperti 012, 019, 013, 016, 017, dll) dan berikan No. Siri handset anda ini.
Dengan adanya nombor ini, mereka (telco) boleh blok penggunaan handset telefon bimbit anda itu. Dengan ini walau pun pencuri tersebut bertindak menukar kad SIM, handset telefon bimbit anda itu tidak akan boleh digunakan langsung. Jadi dia tak dapatlah nak pakai sendiri atau pun menjualkannya kepada orang lain.Jika semua orang pemilik handset telefon bimbit lakukan langkah bijak ini, tiada sebab untuk sesiapa cuba mencuri handset lagi.
Majukan mesej ini kepada semua ahli keluarga serta kawan-kawan anda yang mempunyai handset dan marilah kita sama-sama membantu dalam membenteras kegiatan mencuri telefon bimbit ini. Mereka akan terpaksa cari kerja lain yang lebih berfaedah!
Cubalah sendiri dulu untuk melihat nombor siri telefon bimbit anda sekarang!

Monday, December 19, 2005

Siri Mengurus Kewangan Peribadi - 1

Perjalanan Ke Luar Negara: Persediaan Kewangan

Suatu masa dahulu, perjalanan ke luar negara sering dianggap sebagai kemewahan. Namun, perkembangan semasa memperlihatkan trend yang mana lebih ramai rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara, sama ada untuk urusan perniagaan mahupun bersantai. Faktor-faktor seperti harga tiket penerbangan yang semakin murah, pakej percutian ke luar negara yang menarik dan kepentingan urusan perniagaan dengan negara luar menyumbang kepada peningkatan jumlah perjalanan itu.
Perancangan kewangan adalah sangat penting pada saat diri kita dibuai emosi untuk melihat tempat baru dan merasai budaya asing. Tanpa perancangan yang berhemah, perjalanan yang dimulai dengan ilusi penuh keghairahan dikhuatiri akan berakhir dengan mimpi ngeri, atau setidak-tidaknya menjadi sebuah perjalanan yang tidak diingini. Artikel ringkas ini akan membincangkan persediaan kewangan sebelum kita memulakan sebuah perjalanan ke luar negara.

(1) Ketahui kos perjalanan
Kos perjalanan terpulang kepada pilihan yang kita buat sendiri. Anda perlu membelanjakan RM1,000 semalam jika menginap di sebuah hotel lima bintang di sesebuah negara maju berbanding hanya ¼ daripada jumlah itu jika anda menginap di sebuah hotel bajet rendah di negara yang sama. Anda perlu mengeluarkan RM15,000 untuk tiket penerbangan kelas bisnes ke Britain, tetapi dengan memilih kelas ekonomi, anda hanya membelanjakan RM3,000. Contoh yang diberi ini dapat memberi idea kepada anda untuk merancang perbelanjaan dengan lebih berhemah.
Terdapat beberapa cara untuk anda mendapatkan tiket penerbangan biaya rendah. Berkunjunglah ke pesta pelancongan yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan berkaitan untuk mendapat pakej yang menjimatkan. Contoh terbaik ialah pesta yang dianjurkan oleh The Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA) pada waktu-waktu tertentu.
Jika anda selesa untuk menaiki penerbangan berbajet rendah seperti Air Asia, sila buat tempahan lebih awal. Perjalanan sehala ke Bangkok pada kadar promosi dalam masa sebulan dari sekarang adalah pada RM109.99. Bandingkan kosnya ialah pada kadar RM319.99 (tidak termasuk cukai lapangan terbang) jika anda ingin terbang ke sana hari ini juga!
Jadi, pilihlah tempat yang hendak dituju, rancangkan pelan perjalanan dengan sempurna dan sesuaikan bajet anda.

(2) Dapatkan Insurans
Kita selalu mengabaikan insurans pelancongan/perjalanan sedangkan ia merupakan antara perkara penting dalam senarai keperluan sebelum berangkat ke luar negara. Cakupan perlindungan yang anda harus lihat pada sesebuah polisi insurans adalah:
  • Liputan perjalanan ke seluruh dunia;
  • Pembiayaan perbelanjaan perubatan jika anda jatuh sakit;
  • Gantirugi jika bagasi anda hilang, dicuri atau rosak;
  • Liabiliti individu jika anda melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap orang lain atau harta-benda mereka;
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini seperti skuba dan berkayak;
  • Sukan musim sejuk (jika anda memilih untuk pakej cuti musim sejuk).

Jumlah premium yang perlu anda bayar bergantung kepada jenis perlindungan dan jumlah yang diinsuranskan. Di Malaysia, ada dua syarikat yang menawarkan insurans sebegini iaitu Tahan Insurance dan ASIA Insurance.
Satu lagi cara untuk mendapatkan perlindungan insurans adalah dengan menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan. Syarikat-syarikat kad kredit biasanya menyediakan perlindungan insurans untuk perjalanan pelanggan mereka. Walau bagaimanapun, sila dapatkan penjelasan daripada mereka terlebih dahulu.

(3) Variasi Medium Kewangan
Duit merupakan komponen yang amat penting dalam merancang perjalanan anda. Apabila melancong, anda mempunyai beberapa pilihan, sama ada menggunakan wang tunai, kad ATM, kad kredit atau cek kembara. Setiap pilihan ini mempunyai kebaikan dan keburukannya.

  1. Wang Tunai – senang diguna dan selalunya diterima dalam setiap transaksi. Keburukannya ialah ia tidak boleh diganti jika hilang atau dicuri. Sebelum anda menukar duit kepada mata wang asing, tinjaulah sekeliling, buatlah perbandingan antara pengurup-pengurup wang yang sedia ada untuk mendapat kadar tukaran yang paling baik. Bank dan pengurup di lapangan terbang selalunya menawarkan tukaran pada kadar yang rendah, jadi mulakan meninjau pilihan lain yang lebih menguntungkan. Anda juga digalakkan membawa dollar Amerika apabila melawat negara-negara tertentu. Misalnya, jika anda melancong ke Rusia, adalah lebih mudah menukar dollar Amerika kepada Ruble berbanding Ringgit Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mytravel.com, untuk mendapatkan maklumat mengenai mata wang yang mudah diterima di sesetengah negara.
  2. Cek Kembara – Anda perlu memastikan negara yang bakal dilawati dapat menerima cek kembara kerana "lain padang lain belalangnya". Peniaga di Romania tidak suka menerima cek kembara berbanding penggunannya yang lebih popular di Amerika Syarikat. Anda juga perlu ingat bahawa ada dua caj akan dikenakan oleh pihak bank apabila anda menggunakan cek kembara. Pertama, apabila anda membeli cek kembara, kebanyakan bank akan mengenakan caj satu peratus daripada jumlah amaun cek itu. Bank akan mengenakan caj berikutnya apabila cek itu ditunaikan. Sesetengah bank di Eropah mengenakan komisen sehingga enam peratus. Sebaiknya anda membeli cek kembara daripada peruncit yang akan menunaikan cek-cek kembara secara percuma. Jika anda memilih untuk membeli dari pihak bank, pastikan cek itu boleh didepositkan kepada akaun bank anda dengan percuma.
  3. Kad Kredit dan Kad Debit - Kebanyakan pengendali kad kredit mengenakan caj beban penggunaan luar negara terhadap sebarang aktiviti kad kredit di negara asing dan pengeluaran wang di luar negara. Jadi, anda perlu memastikan jumlah yang akan dikenakan. Jika anda mempunyai lebih daripada satu kad kredit, maka pilihlah pengendali kad yang mengenakan caj pada kadar yang lebih rendah. Jika anda adalah pemegang kad debit, pastikan anda melihat tanda Cirrus atau Maestro sebelum mengeluarkan wang dari mesin ATM di luar negara.

Walau apa pun pilihan mod perbelanjaan anda nanti, pastikan semuanya disimpan dengan selamat. Pastikan anda mempunyai senarai nombor telefon pihak berkaitan untuk dihubungi jika anda kehilangan kad semasa di rantau. Jangan lupa untuk menulis nombor siri cek-cek kembara anda dan simpanlah di tempat yang selamat. Perancangan yang baik akan memastikan perjalanan yang selesa, selamat dan bermanfaat.

* Diterjemah dan disesuaikan oleh Astana daripada sisipan "Personal Finance: Managing Money Responsibly Vol. II" oleh The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan The Sunday Mail (11 Disember 2005).

Friday, December 16, 2005

Pantun Jumaat

Luka jiwa mana berbebat,
Rusuh hati menanggung beban,
Umat berilmu mengangkat martabat,
Menjana kemajuan mengukuh peradaban.

- astana, Laman Surau Muhammadi, Kompleks RTM, KL. TQ

------------------------------------------------------------------------------

Menuju ke KL dari Melaka,
Musafir memandu terasa penat,
Hidup di dunia janganlah leka,
Imbangkan amalan dunia & akhirat.

- zam, PLUS km. 207.1

Hi frens..

Hello semua.. maaf aa dah lama x entry.. bukan apa.. kat resort yg buat kursus tu x leh nak online laah... mmg serba kekurangan resort tu... tobat aa nak buat kat sana lagi...
hari ni balik kejap ke KL.. coz nak amik brg2 yg nak guna utk Famili Day tu.. td singgah ofis lagi... coz nak buat keje skit.. x pasal2 penuh satu keter, diaorg dok sumbat hamper & gift utk famili day.. nasib lah keter aku tu...
Ni kat umah.. tu yg boleh online kejap... seronok aku ada frens yg jd pembaca tetap blog aku ni.. & x jemu2 letak omen kat Tag Board tu.. TQ astana & hadek. TQ juga pd kwn baru, madi... Eh Madi.. mana ko terjumpa blog aku ni??? apa2 pun.. TQ again.

Monday, December 12, 2005

Outstation again.... 12 - 18 Dis

Hari ni aku akan ke Melaka untuk handle another course for 3rd time this year... d 1st kat Lumut, 2nd d Cherating hari tu.. now Melaka pulak.. d Klebang. Course will start this evening until Friday, 16 in d afternoon.... then will continue with our Division Family Day on 17 - 18 at d same place...
Tak sabar gak nak pi.. coz dah lama gak x pi Melaka... hehe...
Ni masih kat ofis lagi.. jam 12pm baru lah aku drive ke sana.. Peta dah ada dlm tangan. hope x sesat aa ke mana2. hehe. Later aku update yaa... C U

Wonderful Monday...

Everyday is a wondeful opportunity...
to Care...
to Love...
to Smile...
to Pray...
and to be Thankful...
Have a wonderful Monday...

Sunday, December 11, 2005

Classical Tones Modern Touch

Sabtu malam Ahad lepas berkesempatan menghayati A Royal Concert by UM Symphony Orchestra "Classical Tones Modern Touch" yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, UM. Tetamu khas pastinya Tuanku Canselor UM iaitu Sultan Perak... berserta Ratu Permaisuri dan Raja Nazrin. Aku pi ngan R dan 3 org Buah Hatiku itu...
Konsert tu mmg best aa... suka sgt dgn vokal solo padu Fadzril Nizam yang membawa lagu ciptaan Luis Enrique Bacalov.. dlm booklet tulis tajuk Melodrama.. cuba cari dlm net.. x jumpa2 pun lagu tu... Lagi satu lagu yg dibawanya ialah Mama by Il Divo... lagu Mama ni.. so beautiful.. as AP said... mmg best lagu tu kan... Artis undangan adalah Zainal Abidin yg membawakan lagu-lagu Kau Dihatiku, Hijau & Puteri...
AP.. aku upload lagu Mama by Il Divo... dedicated khas buat mu... TQ sebab jemput aku hadir sama... Next time, kalu ada show yg best jgn lupa bgtahu yaa....

Saturday, December 10, 2005

PerSAHABATan

Secebis KASIH membuatkan kita SAYANG...
Seucap JANJI membuatkan kita PERCAYA...
Sekecil LUKA membuatkan kita KECEWA...
tetapi...........
Sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA !

Friday, December 09, 2005

Pantun Jumaat

Doa dipohon kepada Allah,
Limpahi hidup penuh barakah,
Sahutlah teman panggilan Baitullah,
Melengkapi rukun menyuci fitrah.

by Asta, Surau Muhammadi Kompleks RTM, KL. TQ

Suami yg Hodoh & Isteri yang Cantik...

Suatu ketika Imran Ibn Hiththan masuk menemui isterinya. (dan Allah mentakdirkan Imran ini menjadi seorang secara paras rupa tidak menarik. Wajahnya biasa-biasa saja, untuk tidak mengatakan hodoh- sementara tubuhnya pendek. Sedangkan isterinya adalah seorang wanita yang cantik rupawan dan tinggi lampai). Ketika ia masuk menjumpai isterinya, sang isteri sedang berhias.
Imran tak dapat menguasai dirinya.....ia tertegun memandang sang isteri.

Sang isteri bertanya , "Ada apa dengan mu....??"
"Demi Allah engkau semakin cantik saja setelah berhias," jawab Imran
Maka sang isteri berkata, " Janganlah khuatir....sebab engkau dan aku akan masuk syurga."
Tak terkira betapa gembiranya Imran Ibn Hiththan mendengar ucapan sang isteri. Tetapi....
"Dari mana engkau mengetahui hal itu.?" tanya Imran
"Kerana engkau telah dikurniakan isteri seperti diriku lalu engkau bersyukur, dan aku dicuba dengan suami sepertimu, lalu aku bersabar. Dan orang yang bersyukur dan yang bersabar akan masuk syurga"
fwd e-mel by asta. TQ