Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Wednesday, November 08, 2006

Trip ke Penang : 4 - 5 Nov 2006

Salams buat semua kengkawan di sini... harap semuanya sihat dan dlm keadaan selamat sejahtera. Lanjutan dri kisah pernikahan Dracula sebelum ni, zam lanjutkan kisah sepjg trip zam dan R di sana. TQ atas kad undangan Drac yg sampai jugak pd jumaat tu. Janji tetap janji. so pun telah berjanji dgn Ayie utk berkunjung dan menumpang berteduh di astana beliau di atas singgahsana di paras 16. hehehee. Kami bertolak dr KL dlm jam 12pm. Singgah sebentar di RnR Tapah utk lunch. Cuma zam je yg makan, R cuma minum je sbb dia dah kenyang makan nasi masakan mak nya yg baru smpai di KL dr kg. Then kami bertukar posisi, R pulak yg drive. Sepjg perjalanan asyiklah dok berbalas sms dgn ayie.
Kami tidak terus ke P.P tetapi bercdg utk singgah sebentar si Sg Dua utk menziarahi permakaman arwah abah R. Tapi malang sikit bg kami, kerana hujan agak lebat semasa sampai di sana dan tpaksa tunda utk kunjung semula seblum pulang ke KL esoknya.

Ayie dah pesan thru sms kalu dah smpai di jambatan P.P bgtahu dia, so zam pun sms laah apabila dah di jambatan yg tersergam yg menjadi kebanggaan rakyat P.P. BTW, zam prnh tgk rancangan di Discovery Channel yg berkisah pembinaan jambatan. Baru lah tahu bbrp jenis dan teknologi dlm pembangunan jambatan ni kan.

Bila dah sampai di halaman astana Ayie, zam pun call dan dijemput utk menjejaki ke astana beliau. Waaah.. sungguh tidak terduga, kami disambut dgn hidangan yg telah tersusun kemas di meja santapan. Siap dgn kek lagi, katanya sempena sambutan besday zam yg lalu.. waah... best nya. kiranya tahun ni zam dpt 3 kek. sedap2 lak tu. TQ Ayie. Terharu sekejap dgn sambutan yg diberikan tu. Tapi kami cuma sempat berborak sekejap je sebab Ayie kena hadir jemputan jamuan raya kwn dia. So, zam & R cuma lepak2 tgk TV laah dan berjanji utk ke Bt. Feringhi mlm tu utk jalan2 dan shopping skit. Sorry laah. x de pics yg diambil kat sana. Zam cuma beli DVD dan table runner utk di rumah je.

Pagi tu, awal2 lagi kami dah bersiap utk bersarapan di lokasi wajib. hehee.. x de apa laah.. cuma sarapan di Pasar dan Balai Rakyat Gelugor je. Cdgnya nak makan Nasi Lemuni tapi x kesampaian sebab dah habis. Sebelum ni sempat makan semasa berjumpa dgn Drac tempoh hari. Terpaksa aa makan nasi lemak je. Pada yg tatau Nasi Lemuni tu apa, zam pun x leh nak citer sgt laa.. sbb tatau apa ramuan dalamnya. maybe Ayie tahu kot. Kemudiannya nak gak singgah makan Mi Sup di satu kedai yg terkenal di situ tapi hampa juga sbb kedai tu tutup lak. mgkin masih cuti raya kot.

Pagi tu mmg dah dlm rancangan utk pergi ke 'Rope Walk' di Lorong Kulit berhampiran Stadium Bandaraya P.Pinang. Di sini laah terletaknya bazar jualan yg murah2 dgn pelbagai jenis jualan. Zam tahu lokasi ni pun dr abg ipar zam. Diaorg dah pergi sebelum ni dan beli 3 ekor hamster. Zam pergi sana utk beli hamster lagi bg menggantikan hamster kami yg dah mati. Kat rumah cuma tinggal sekor je, tp dah besar skit laaah.

Tapi bila sampai di sana, zam dok geram bila tgk arnab yg comel2 tuh.. geram sgt. comel ooo... rasa nak beli jer.. harga jauh lebih murah dr di Taman Tun. Harga arnab tu cuma RM20 - 35 sekor je. zam prnh tanya kat KL ni, mahal.. dlm RM200 tp dah besar laa.. korg tgk jelah bulu arnab tu, tebal kan.. comel lak tu. Zam mmg dah lama teringin nak ada arnab belaan ni tapi pd hari tu zam x jadi beli dulu.. mgkin kalu zam dtg penang lagi, zam akan beli arnab tu sepsg.

So.. hari tu, zam cuma beli 2 pasang hamster/arkus comel (RM7/sekor) dan sepasang tikus belanda kecil (RM5/sekor), sangkar kecil, makanannya, bekas minum dan roda pusingan tu (tatau aa apa nama dia, hehehe). Oh yaa.. zam siap bw sangkar hamster dr rumah lg yg dah lama kosong tu.. hehe. suka sgt R dok main2 ngan hamster tu yaa.. ekekee

Kat sini ada bermacam jualan.. antaranya barangan antik, tembaga lama, brg 2nd hand pun ada gak.. brg2 lain mcm pasar malam biasa yg lain. tp kalu nak carik brg 2nd hand murah spt speaker dan radio kereta ada je kat sini... brg hiasan lama pun ada.. kekdg tu, bila kita tgk mcm brg buruk jer.. tu pun ada gak diaorg jual...
Kami tak lama sgt kat sana sbb tpaksa bergegas ke Bazaar Chow Rasta utk beli jeruk salak pesanan bonda. Dlm jam 12tghari tu kot, kami berpusing2 sekitar sana.. ye laah kan.. zam bukan tahu sgt jalan di Penang tu.. main jalan dan ikut sign board je.. kalu silap skit.. berpusing2 laaah. heheee...

Balik dari sana, kami singgah sebentar di USM utk melihat dan ambil bbrp gambar di situ.. Trip seblum ni prnh ambil tp malangnya Kamera Digital zam hilang. Lihatlaah.. Masjid Al-Malik Khalid yg menjadi sumber ilham utk Ayie berkarya bermadah menghasilkan Pantun Jumaat nya.. yg menjadi entry tetap blog ni setiap jumaat. Balik dr USM, kami bergegas mandi dan pergi ke kenduri Drac.
Balik dr kenduri tu, kami lak bergegas mengemas utk balik ke KL. Sayu hati meninggalkan astana Ayie. TQ bebyk pd Ayie atas segala pertolongan dan keramahan menerima kunjungan kami... moga kita akan bertemu lagi.. C U 18 Nov yaaa...
Oh yaa.. dlm perjalanan balik tu, kami singgah semula ke permakaman arwah abah R.. kami smpai sana dlm hujan renyai jugak.. tp tak per laah.. dlm meredah renyai, Al-Fatihah & doa dihadiahkan. Sesungguhnya, doa menjadi penghubung antara yg hidup dan yg telah meninggalkan kita.
Hiway jamm teruk dari Juru ke Batu Kawan.. gara2 Karnival Jom Heboh. masalahnya.. exit ke Bt Kawan tu dah ditutup oleh PLUS dan Polis.. tu yg jamm teruk hiway tu... sesapa yg nak pergi gak karnival tu, terpaksa aa exit di tol Jawi, 15km selepas tu. tak ke naya?. Sepjg perjalanan asyiklah hujan dan jamm... satu ketika tu, zam terpaksa brek mengejut menyebabkan sangkar tikus kecil tu tercampak dr kerusi belakang ke bawah. Zam cuma meraba ke blkg dan menegakkan posisinya semula... tapi... malangnya.. zam terkejut gak.. bila sampai di rumah, anak sedara zam bgtahu yg tikus sekor tu dah mati.. bila diperhati, kulit kepalanya telah dimakan sehingga menampak tengkoraknya... ngeri ooi... sedih. penjual tu mmg ada bgtahu yg tikut tu jenis menggigit.. kanibal jugak kah? -n-

Tuesday, November 07, 2006

Selamat Pengantin Baru : Dracula

Salams semua kengkwn... Zam nak ucapkan sekali lagi.. Selamat Pengantin Baru buat Dracula yg baru saje melangsungkan pernikahan kali pertamanya (huhuhu)... dan zam & R berkesempatan utk turut serta dlm majlis beliau di Bkt Jambul, P.Pinang pd 5 Nov 2006 yg lalu... nasib baik laah kad undangan tuh smpai on time (by jumaat), kalu tidak, mgkin zam x smpai ke penang laa... Zam nak ucap berbyk terima kasih jugak pada Ayie@Penang kerana sudi menerima kunjungan zam & R ke teratak beliau utk bertumpang teduh semalaman. (zam cite kemudian lah ya). Citer pasal Drac prnh zam tulis semasa outstation di Penang dahulu.. Zam smpai ke rumah beliau dlm jam 2.30ptg.. lewat skit sbb pagi tu zam ke bandar G.Town dulu bersama R & ayie. Sesampai kat sana, susah gak carik parking.. tpaksa pusing2 2 kali baru dpt park... Ingat kan mapley x smpai lg dr Phg sbb terlihat hidangan santapan masih belum terusik.. zam pun tanya laah pd abg Drac.. dia pun jwb "kwn un ker? dia ada kat atas. sat lagi turun lah tu".. nasib baik laaa.. x lama lepas tu, kelihatan kedua mapley keluar dari rumah dan bersalaman dgn tetamu yg hadir... hehee.. terkejut ke ko drac? kelakar aku tgk muka ko masa tuh.. ko ingat aku x akan dtg ker? kan aku dah janji.. so aku tunaikan laaa... setelah bersalam dan berdakap sebentar.. zam pun perkenalkan drac pd R dan kami berborak2 sekejap sblum mapley bertemu tamu lain dan terus ke meja santapan.
Zam cuma melihat dan ambil bbrp pic lah utk simpanan.. mapley pun smpt bg pose2 utk zam ambil.. setelah kedua mapley duduk bersantap, kami pun mengambil makanan dan duduk.. sambil berpandang2 pd kedua mapley.. suka lah ko yaa.. tercapai sudah hajat di hati ko yaa drac. habis je makan, kami di ajak utk mengambil bbrp pics di bilik peraduan.. zam pun smpat laah ambil pic berdua dgn drac tp zam x upload di sini yaa.. hehee.. itu utk simpanan sendiri jer.

Maaf ya drac.. zam x sempat nak bali apa2 hadiah.. lagi pun zam tatau nak belikan apa.. nanti aku bagi hadiah ko tu yaaa.. zam x boleh lama d sana sbb terpaksa berkejar utk balik ke KL ptg tu jugak.. setelah bersalaman kami pun bergegas ke rumah ayie semula utk berkemas. dan terus je balik. tp sblum tu nak singgah ke Sg Dua.. utk berkunjung ke perkuburan arwah abah R. Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah abah R dan kaum keluarga kita yg telah kembali kepada Maha Pencipta.. amin. -n-

Saturday, November 04, 2006

Kebakaran Kecil di Ofis

Zam nak ceritalah skit ni... pd khamis lepas, semasa zam tgh mesyuarat laah di tingkat 3.. tetiba je sorg pegawai tu bgtahu ada kebakaran di tingkat 4.. semua org diminta keluar dan berkumpul kat luar lobi... zam heran gak laah sebab x de pun bunyi siren kebakaran.. tapi kami semua pun ikut kan aje laaah... zam tekan lif (walaupun sepatutnya turun ikut tangga kan? hehe..) dan terus turun dgn selambanya... bila sampai di bwh tu, dah ada bbrp staf yg berkumpul tapi tak ramai pun.. heran gak.. sepatutnya staf di tingkat 4 tu mesti dah turun semuanya kan? zam pun tanya2 laah kat jaga ofis situ, diaorg kata ada kebakaran kecil jer akibat wayar elektrik terbakar... dlm masa yg sama tu , big bos OKT baru je sampai.. dia pun selamba je naik ke ofis... tak lama lepas tu, berduyun siren bomba sampai... semua dok beratur kat depan ofis.. sampai 5 buah jentera, 2 motor rider, 2 van bomba.. tatau aa dari balai mana... punya lah banyak... Sesampai jer.. terus bbrp ahli bomba tu masuk ofis.. siap dgn topeng gas lagik.. tp yg lelain ramai tu mcm stand-by jer... ye laah.. bila di tgk ke tingkat 4 tu, x nampak pun asap yg keluar... so, mmg kecik sgt lah kan apinya... zam pun terus je sms kat R & ayie.. dlm hati, nak tergelak aje... ye lah.. mana taknya.. kebakaran kecil jer.... tp jentera bomba dtg berduyun.. mana tak nya.. pejabat big bos sendiri yg terbakar.. berduyunlah yg datang kan...

Sudahnya... bila dah disiasat bomba.. diaorg pun bawa lah turun.. rerupanya cuma wayar lampu je yg terbakar.. kalu tgk pd bekas tu, skit je yg terjejas warna legam terbakar... zam pun pi laah jenguk2 lampu tu... kelakar betul laa... kalu tgk pada pic di atas tu pun, x nampak pun sgt kesan terbakarnya kan. x lama lepas tu, bomba pun maklumkan kami semua dah boleh naik semula... oh ye.. pics2 ni, staf zam yg emel kan... zam pun leh rasakan laa.. kebakaran tu kecil jer.. tp mungkin sebab ada yg panik, terover citer lak kat bomba.. mcm laah dah terbakar habis... ahli bomba yg dtg pun mcm tension je... boring je.. kerja x mencabar.. ekeke... zam rasanya, kalu ada alat pemadam api kat situ, leh sembur sendiri je.. tak perlu aa nak telefon bomba bagai kan... tak ke membazir je kos operasi tu semua? -n-

Cuti2 Air Panas Sungkai : 28 Okt 2006

Salams... sempena cuti raya yg lalu jugak.. kami sempat pi ke Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) di Sg Klah, Sungkai, Perak. Zam join pun sbb mmg tak pernah pi sana.. dan famili zam nak sgt pi.. so, zam kena aa drive kan... mak zam pernah pi sana sblm ni ngan makcik zam... makcik zam pi ngan famili besar dia.. kami pun pi ngan famili besar kami.. termasuk famili kakak zam.. ramai.. sampai 2 MPV & 1 kereta laa... TRAP diuruskan oleh Felda dan lokasinya mmg dlm kawasan Felda Sg. Klah. sepanjang dr jalan besar ke dalam tu, akan melalui estet2 kelapa sawit.. terus je teringat kat filem Bilut kan..
Kami bertolak dari Dsara dlm jam 11am.. walau janji jam 9am.. hehe.. dlm jam 12 lebih dah sampai sana.. nasib baik aa jln x jammed... Tiket masuk je RM5/pax utk dewasa, RM4/pax utk warga emas, RM3/pax utk kanak2 4 - 12thn. Kelas gak laaah sbb tiket masuk dah bentuk gelang...TIket kena beli di kaunter depan.. dan kereta boleh di bawa masuk oleh pemandu shj... yg lelain kena melalui pagar penjaga... seterusnya baru leh naik semula kereta dan terus ke tempat letak kereta yg diteduhi oleh pokok kelapa sawit. Masing2 perut dah lapar.. so lunch kat situ jer... bila dah kenyang, baru laah pi mandi.. oleh kerana tgh2 panas.. semua pakat masuk kolam air gunung jer... nampak dr luar macam best jer... tp nak masuk kena bayar lain laak.. RM2/pax. terpaksa laaa.. bayar jer laa...
Masuk2 terus je pi bilik air tukar baju .. dah masuk dalam air tu.. tak laah sejuk sgt pun.. mungin dah terik sgt kot.. bila zam bau.. huh.. kuatnya bau klorin kat air tu.. dah jd air kolam biasa je.. mana air gunung tuh??? tension jer... kolam tu mmg aa x dalam.. sebelah kiri ada gelongsor dlm binaan sotong utk kanak2.. sebelah kanan ada air terjun utk dewasa.. tp x dlm mana pun.. paras pinggang jer... zam x mandi2 sgt pun.. dah bosan mandi, pi cafe dia.. makan minum lagi...
Dlm jam 2pm baru laah kami pi ke kawasan kolam air panas pulak... kat kawasan tu ada cafe, tasik buatan, kawasan merebus telur (utk telur sahaja) - suhu air dlm 90 darjah Celsius, kawasan merendam kaki (50 C), jalanan urutan kaki, dan kolam air panas yg besar (34 - 40 C). kolam air panas ni cantik sebab berlatarkan bukit2...
Zam cuma rendam2 dlm kolam tu kejap je... sebab famili zam semua dah nak masuk Family Spa.. kat sini ada bbrp binaan kolam Spa persendirian. Ada dua saiz, kalu yg kecil kena bayaran RM25/jam.. yg besar utk famili ramai kena bayaran RM50/jam. Dalam area tu ada meja, tandas, dan kolam jakuzi yg boleh diselaras suhu airnya.

Bila dah habis tempoh satu jam tu, kami pi mandi laah semula kat kolam air gunung yg x best sgt tu.. zam cuma layan anak sedara je.. dah bohsan terus je tukar baju dan get ready nak balik. balik tu hiway punya lah jammed dgn org dah habis beraya di kg masing2.. hujan lak tu... -n-

Friday, November 03, 2006

Cuti2 Family Day PD : 26 - 27 Okt 2006

Salam Aidilfitri... semoga semua kwn2 dlm keadaan sihat walafiat yaa. masih ada yg beraya dan berkunjung ke rumah terbuka ker? Cuti2 raya yg panjang ni sememangnya dinanti2 oleh zam dan keluarga kerana pd cuti2 ni lah keluarga kami dpt berkumpul semuanya. Ini termasuk keluarga pakcik makcik zam yg lain.
Secara tradisinya, kami akan bercuti ke destinasi pilihan.. selalunya di pantai laa... sebab ada sorg pakcik zam yg suka menangkap ikan, guna jaring dan bubu yg dia ada... kami pun suka gak.. sesama turun pasang jaring.. tapi masa kutip ikan & ketam yg paling best masa air surut tu... asalnya bercadang utk ke P.Pangkor tetapi ramai keluarga yg x larat utk drive lelama dan ramai gak yg x dpt nak bermalam dua hari krn terpaksa hantar anak2 kembali ke Universiti masing2. Biasanya kami akan bercuti pd raya ke 3 & 4.

Oleh kerana itu, tahun ni dibuat lagi sekali di PD shj pd 26 Okt yg lalu dan zam juga lah yg kena mengurus segalanya.. tempahan hotel dan anjur sukaneka. zam jugak laah yg kena byr dulu duit hotel.. nasib baik laah leh calit kad je kan... ada sekali tu, duit2 kutipan bayaran hotel tu hilang.. dlm 600 lebih gak.. tension jer... bengang giler.. ntah mcm mana duit tu leh terjatuh dr poket... nasib baik zam ada makcik yg baik hati dan bagi sponsor utk hadiah2 sukaneka tu.. walau tak byk, ada jugak laah kenangan utk sanak sedara yg hadir. dan makcik2 lain, kami buat kutipan gak laa.. tp ciput je.. yg lain2 tu sponsor dari mak zam dan zam sndiri laah.. biasanya utk budak2 bg hadiah permainan & makanan je.. dan utk dewasa lak, mereka lebih suka towel & makanan juga.

Acara kebiasaan yg akan kami buat adalah membawa bola ping-pong dalam sudu, mengisi air dalam botol, makan epal tergantung dan boling kelapa. Tahun ni ditambah acara menganyam daun ketupat. Tahun sebelumnya diadakan acara berpasukan tp tahun ni terpaksa batal sbb x ramai yg dpt turut serta. ramai famili yg balik kampung suami atau isteri... kakak zam pun balik kampung suami dia ... walaupun abg ipar x dpt cuti, balik jugak walau sehari jer...

Maaf laah , pics x byk yg dpt zam amik sbb dok sibuk uruskan acara tu sorg2 jer... org dewasa ni yg susah skit nak urus.. kalu main game tu, ada je cara nak tipu.. bola ping pong tu sanggup dikemekkan semata2 nak bg senang bola terletak dlm sudu. zam punyalah bengang.. bola tu dah laah bawa skit je.. kalu dah kemek, x leh aa nak guna lagi... apa lagi.. membebel je laaa... budak2 gak yg senang, x byk karenah. acara bawa bola ping-pong seronok sbb bola tu akan jatuh akibat angin kuat tepi pantai... kalu sepupu zam tu, sampai melompat pagaran renek sebab nak kejar bola.. kelakar betul aa... hehee... kalu boling kelapa tu, buah kelapa asyiklah menyenget jer perginya.. mmg susah nak lurus aaa...
tahun ni zam x de luck dlm acara boling tu.. pakcik zam yg menang. zam cuma menang pd anyaman ketupat jer... hehe.. dpt jugak kembali hadiah towel cantik yg zam beli tu... mak zam kedu dan kakak zam ketiga. hadiah2 tu semuanya kami bagi kat parking je sebelum nak balik sbb dah lewat utk check-out. -n-

Pantun Jumaat

Indah nian balai mengadap,
Lantai bersepuh kaca berwarna;
Bersolat Jumaat penuh beradap,
Pahala berganda ibadah sempurna.

- Asta@Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

Saturday, October 28, 2006

Cuti2 Aussie - Sydney : 2 - 5 Sept

Salam Aidilfitri buat semua... dah lama rasanya janji ni tak tertunai.. dlm diam rupanya dah sebulan berlalu percutian di Aussie tuh.. entry Sydney masih tak terbuat.. walaupun pics di Sydney dah dimasukkan dlm blog kedua tuh...
2 Sept (Sabtu) : Perjalanan dr Hotel Vibe ke airport punyalah lama sebab van tu kena pi amik org kat byk tempat. Dekat jam 3pm baru sampai airport padahal flight jam 4pm. Spt ditempat lain kan, kena c/in seawal 1 jam. Tempahan tiket dr Brisbane (BNE) ke Sydney dibuat melalui online dan cuma ada no booking shj. Apabila tiba di airport BNE, tiket dan boarding pass semuanya boleh dibuat sendiri melalui vending machine yg ada.. cuma masukkan no booking shj.. dan ke-empat2 boarding pass pun diprint.. senang je kan... lepas tu baru aa beratur utk check-in luggage... Dlm jam 5.40pm dah landed di Sydney. Terus amik taxi ke hotel.. tp yg ada adalah van.. driver dia pulak org Korea. Awal lg dah kecoh... seat tak muat.. van tu dikata utk 11 org.. tp sudahnya sempit.. ye laaah.. seat blkg maybe aa utk 4 org.. tp kalu yg masuk tu semua body besaq2, mana nak muat.. 3 org pun dah sendat.. sudahnya zam terpaksa dok kat tepi, atas enjin van.... siot jer... driver terus je jalan.. uncle kat blkg dok jerit.. pintu blkg dia x tutup lagi.. sbb dok kecoh nak arrage seat. sorg mamat tu selamba je kata "r u drunk?" ekekeke... then driver tu dok bertetak ngan sorg minah cina/jepun kot.. silap dgr & faham nama hotel.. sudahnya dia pi hantar ke hotel lain.. minah tu x nak aa turun.. driver tu bising2.. kata minah tu sebut nama hotel.. so, uncle pun mencelah aa... dah memasing cakap English pun x jelas.. tu lah jd nya.. nak tak nak, tpaksa aa dia hantar jugak kan... sampai hotel kami pun terus turun & check-in kat Travelodge Hotel, Wentworth Av. Hotel ni ada 2-3 gak kat Sydney.. jgn silap hotel lak yaa.. hotel ni biasa je.. dlm 3 star kot... lepas mandi terus aa keluar pi makan kan.. diaorg yg lain tu dah prnh dtg Sydney, zam sorg je 1st time.. so, diaorg dah tahu aaa nak pi makan kat mana.. 1st nite pi makan kat kafe Metro Hotel. Kafe ni diuruskan oleh Melayu, so makanan sememangnya Halal laah... pekena nasi goreng je.. senang. Lepas makan baru aa gi jejalan sekitar Sydney.. tmpt biasa melepak adalah di Darling Harbour...
Perh... mmg cantik aaa.. happening ala2 di Bangsar laah... kat situlah terletaknya Sydney Aquarium, Sydney Wildlife World, 3D Imax Theater, Sydney Convention Centre, National Maritime Museum, shopping mall dgn pelbagai kafe... oleh kerana kami kuar waktu malam kan, so just jejalan je laaa dlm kenyamanan dingin malam sambil2 cuci2 mata.. ekekee... Stesen monorail dia pun cantik, bentuk bulat je.. ala2 tunnel jer... dah penat jalan, terus aa balik hotel & tidoq. (Part 1).. to be continued

Friday, October 27, 2006

Pantun Jumaat

Anak kecil kejar-kejaran,
Riuh bercanda sorongan papan;
Maaf bermaafan teras lebaran,
Kukuh ukhuwah sepanjang kehidupan.

- Asta @Laman Masjid Alor Pak Ngah, Tualang Selatan, Alor Star. TQ

Monday, October 23, 2006

Friday, October 20, 2006

Pantun Jumaat

Laman rumah bersih berseri,
Tikar pandan penuh jemuran;
Ramadhan menyuci fitrah diri,
Gapai Syawal penuh kesyukuran.

- Asta @ Aras 2, Masjid Al-Malik Khalid, USM Penang. TQ