Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, February 02, 2007

Salam Kemaafan Setulus Hati

Zam ingin memohon kemaafan setulus hati kepada semua kawan2, sahabat2 yang terguris dan berkecil hati atas segala kekhilafan perbuatan & keterlanjuran sehingga merenggangkan silaturahim antara kita, yang disedari dan tanpa disedari.... terutamanya buat Ayie & Drac di Penang.... Zam tersepit antara duanya...
Andai ianya tidak dapat dijernihkan, zam rela untuk tidak membuat sebarang entry lagi yang berkaitan ataupun yang boleh mengguris mana2 hati kawan2 yang beranggap Zam adalah sahabat pada mereka. Bukanlah niat Zam untuk melukakan hati para sahabat semua.
Andai ditakdir, pantun jumaat tiada dilayangkan di awan elektronik, maka berkuburlah entry setia Pantun Jumaat selamanya...
"Salam Kemaafan Setulus Hati"...

Thursday, February 01, 2007

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan ke 33.
Sebaya rijall dan ayie kan... hehehe...

Saturday, January 27, 2007

Flora Fest 2007 : 27 Jan 2007

Seawal jam 7 pg lagi mak zam dah kejutkan utk bangun.. sbb dah janji nak pi tgk perarakan tu... aduhaiii.. ngantuknya.. rasa malas sgt aa nak bangun.. tapi apakan daya, janji kena tunaikan.. ye tak? hehe... tp zam lengah2kan jugak laah.. jam 8 sepatutnya pergi, tp zam baru je nak masuk mandi. hehe... kat Sg Besi singgah lak dulu beli donut & air.. ye laa.. pagi2 ni zam mmg lapar.. mesti makan.. tp biasanya kalu tgh drive, beli roti coklat Gardenia je laaa... Sampai sana pun dah jam 9 lebih kot.. nasib baik aa perarakan mula lewat skit.. kereta pertama baru jer sampai.. kami lepak kat hujung jalan perarakan jer... Kereta berselang seli dgn pancaragam.
Perarakan dimulakan dgn kereta Tourism Malaysia... dgn disertai MAS stewardess, Jamal Jamaludin, Abby, Reza & Nana...

Keduanya dr Terengganu.. mungkin sbg penghargaan buat SPB YDP Agong kot... cantik dgn tema samudera. Baru tahu tahun depan Tahun Melawat Terengganu laak... so? boleeh aa kot kita buat rombongan ke sana.. Ayei.. leh kot jd host lak? hehee..

KFC, satu2nya kereta dari sykt swasta... sykt korporat lain mana? x berminat kot...
Sarawak... dgn kereta bertajuk Sarawak Rhapsody.. pastinya dgn Kenyalang kebanggaannya, ukiran etnik dan diserai seorang pahlawan.. cantik.
Sabah hadir dgn rekaan Sumpah2 dan tema Living Colurs of Harmony berjaya mendapat Theme Trophy. sempoi jer..
Kedah pula membawakan kereta yang penuh hiasan tema rimba dan lebah. Di hadapannya terdapat penari2... berjaya menggondol Parade Special Trophy.
Perlis turut sama menjayakan Tahun Melawat Malaysia dgn menyertai perarakan.. walaupun kecil, tetap memeriahkan.
Pada masa ni, matahari semakin tinggi dan Zam terpaksa bergerak ke tempat lain utk berlindung.. x perasan kereta dari Pahang sedang menuju. Dgn tema Warna Khazanah Alam, dilengkapi dgn binaan merlin, merak & gajah yang menyembur air... menarik...
Johor tidak ketinggalan dgn rekaan 'Big Foot' yang diperkata terdapat dlm hutan Johor, kuda kepang serta penari zapin di atas rebana besar.
Kereta N.Sembilan pula menampilkan rekaan Istana Menanti, 3 pelancong di atas bot air (menggambarkan PD kot), beg shopping besar (Nilai 3?) serta warga berpakaian tradisi Minang.
WP Labuan dgn tema Colours of Island membawakan keindahan dasar lautnya, terumbu karang, pari, clown fish, perakit dan pemancing...
Pulau Pinang yg menggodol Premier Trophy menampilkan binaan besar alam serangga, rama-rama yg cantik dan penuh warna-warni.
Kelantan turut hadir dgn binaan sampan besar dan serambi Mekahnya... bersama kumpulan dikir barat. rasanya ada rekaan wau bulan yg tak sempat dihiasi kot.. hehee..
Perak, The Land of Grace pula menampilkan keunikan labu sayong, jet ski (melambang P.Pangkor?) & istana lama. Burung tu tak pasti lah sebab apa.. ada sapa yg tahu tak? bangau?
Selangor, A Never Ending Discovery... menampil rekaan alam laut (kuda laut, rakit), buah2an, F1, Masjig Negeri, Kota Darul Ehsan, Golfing.
Melaka hadir ringkas dgn kereta lembu, periuk baba nyonya dan pokok kelapa sebenar! hehe..
Kereta DBKL (Rentak Harmoni).. rasanya kereta ni menang anugerah laaah.. tp zam dah terlupa apa dia.. lupa nak shoot panel trophy dia.. hehee... masa ni dah ramai sgt org yg dok masuk dlm laluan dan ambil gambar.. siot jer.. habis view... membawa rekaan kucing2 yg bermain alat muzik.
Perarakan diakhiri dgn kereta dari Perbadanan Putrajaya yang menggunakan tema unggas mergastua dari Wetland. Terik dah matahari waktu ni.. mata pun dah pedih2 & pening2 skit..

Hadek balik bercuti : 26 Jan 2007

Utk makluman semua kwn2 yg lain.. hadek la ni dah ada di KL.. balik bercuti mlm td.. jam 10.30pm smpai di KLIA... Zam & R pi jemput dia di sana... zam tunggu dlm kereta jer.. ramai sgt kereta sbb la ni kan musim org balik Haji... tpaksa aa berhenti jauh skit.. abg polisi pun dok tunggu je kat depan Gate 5 - 8 tu...
Maybe ada kekwn baru yg x kenal atau lupa kot pd Hadek ni.. dulu dia keje kat Riyadh.. la ni dah keje kat Jakarta lah pulak... keje kontrak jer.. ops.. hehee... tu pun Jun ni habis... lepas amik tu terus je pi supper kat Vichuda di DU.. then terus antar dia balik ke Pandan.... then terus drive balik umah... penat & ngantuk coz dah jam 2 pagi.. esok pagi2 dah janji lak ngan famili nak pi tgk perarakan kerete berhias sempena Flora Fest d Putrajaya. c u there...

Mesyuarat di Kampar : 25 Jan 2007

Sibuk skit minggu ni.... baru je balik dr Kampar.. kena pi lagi rabu ptg tu... oleh sebab mesyuarat mula jam 9.30pg, zam bgtahu kat bos nak stay sana.. malas nak drive awal2 pagi... so, ptg rabu zam balik aaa rumah dan berkemas... dlm jam 4 baru bertolak selepas chat skjp ngan Ayie.. hehe.. Dlm jam 6 lebih gak laah sampai di Hotel Grand Kampar tu.. hotel ni hotel baru.. 3 bintang. baru je buka 15 Jan lalu.. tp cuma buka separuh tingkat je dulu.. upper level belum lagi.. hiasan dalam pun masih kosong jer... promosi rate pun cuma RM80 je + breakfast. Cuma services dia masih lemah laa... staf freshies kot... hmmm.
Rasanya katil tu, zam yg rasmikan kot.. hehee.. bilik masih berbau cat lagi... besar jugak bilik dia.. lengkap semuanya .. kalu nak banding dgn hotel 3 bintang lain laa.. lantai pun kayu..

Kawasan hotel tu baru lagi... kedai sekeliling pun masih di bina.. tp cantik2 binaannya.. x mcm kedai biasa yg lain... tp mlm tu zam dok sorg2 je dlm bilik.. sambil2 dok edit2 pics utk entry yg 3 lepas tu... cuma makan roti jer.... huhuhu..

Mesyuarat ni dibuat kat MDKS... pasal status projek sistem yg kami bangunkan.. MDKS dipilih sbg lokasi perintis.. buat masa ni masih x siap sepenuhnya, masih 90% jer... jangka dlm bulan Mac ni siap laah kot.. Yang bestnya kalu pi Majlis ni.. hehe.. cenderahatinya mesti ada.. hehe.. tak kisah laah kecil atau besar, tetap ada laa.. kalu kat Perak ni laak.. mmg dijamu durian aje laaah.. sarapan pagi pun dgn durian.

Tapi zam x smpt join, sbb lambat smpai dr hotel tu... terus je masuk bilik mesyuarat tp diaorg ada laah bagi durian skit yg dah pack dlm bekas plastik tu... Next mesyuarat lak pada Jun depan dan buat kat Nilai lah pulak...

Friday, January 26, 2007

Pantun Jumaat

Fajar menyinsing di pelabuhan,
Tiba nelayan memunggah ikan;
Tabahlah hati hadapi dugaan,
Berkat kesabaran sirna kedukaan.

- Ayie @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ

p/s: Maaf lambat entry. Fon Zam (012) dah rosak skrin. dah x boleh baca SMS lagi..

Wednesday, January 24, 2007

Lawatan Kerja di Kampar : 22 Jan 2007

Penat dan ngantuk sgt pagi tuh... tp tetap gak bangun jam 7 spt biasa.. hiks. Dlm jam 8 gak laah baru bersiap nak bertolak... Zam tpaksa bawa Unser lagi... wira zam masih x brp berani nak drive jejauh ni... pelik gak kan... drive sesorg bw Unser... x kisah laa.. janji leh layan CD baru yg di burn R tu... layan lagu2 Sean Ghazi, OST Cinta dll... hiks....
Tgh syok2 drive & layan lagu tuh.. tetiba lak ada road-block kat area Bikam - Bidor tuh.. aduh... sure laaah dah kena tembak td.. sbb terperasan gak kekdg tu terbawa lebih 120kmj... memula abg polis yg tahan tu.. mcm bg lepas jer... tp abg polis kedua yg depan tu lak tahan.... adus... mati laaaa...
Terus je laah zam siap2 bagi MyKAD & lesen... abg tu pun tanya laah.. nak pi mana ni? keje mana laa?.. zam jwb je laa.. ada meeting kat Kampar... keje gomen aa kat agensi tu kan... terus je abg tu borak pasal kwn dia pun baru je pindah sama agensi ngan zam... abg tu borak2 jer lepas tu... dan lepas kan sambil kata "Drive jgn laju sgt... kami dah tembak td 126" .. fuuhh.. lega... nasib baik aa abg tu bg lepas kan... terlupa laak nak tgk badge abg tu.. tatau lak sapa nama dia... hmm...
Tu laaah kan.. kekdg ni.. kalu kita berbudi bahasa.. layan jer laah borak dia tu kan... lembut gak hati abg polis tuh.. x jd laah dia nak saman... mungkin jugak sbb zam ni keje gomen gak kot, tu yg lepas ... tp x jugak, hari tu masa ke PD, pun kena saman gak.. sbb x pakai tali pinggang.. hampeh jer... huhuhuhuu. BTW... sorg pengarah yg mai drive sendiri utk lawatan kerja ni pun kena tahan gak kat situ tp x kene saman jugak ....
Lawatan kerja ni sebagai persediaan utk mesyuarat besar yg akan diadakan pd 25 Jan nanti... ni laah kali pertama zam jejak kaki kat Kampar ni...

AJL 21 : 21 Jan 2007 - Live dari Bukit Jalil

Setelah sekian lama, Zam berpeluang semula utk menonton AJL secara live dalam dewan/stadium... 1st time dulu pd tahun 96 kot.. masa tu di PWTC & Siti menang dgn lagu 'Jerat Percintaan' - Siti mula mencipta nama. TQ to R yg dpt 9 tiket free.. TQ to Habsah Hassan, Maria Tunku Sabri & TV3...
So... zam pun ajak laah LB join.. tp dia lak x leh nak pi... :p . Ajak gak Ayie ikut ke KL tgk.. tp dia pun x dpt gak... so, yg pergi adalah.. Zam, R, 3 anak sedara Zam, kwn U dulu, Ayei & 2 kwn dia... Ayei pun bergegas dr Temerloh ptg tu.. turun jer dari bas terus ke stadium kan... cian Ayei... Ok gak laaah persediaan... penganjur ada sediakan van utk bawa penonton dr parking yg jauh ke stadium... Jumpa Ayei & kwn dia depan pintu masuk.. Red Carpet pun tgh berlangsung... & terus cari tempat duduk... nasib laah.. dpt seat tingkat atas... sayup je nampak pentas tu..
Zam puas hati laah AJL kali ni.. ramalan ku benar belaka... mmg dah jangka Terlalu Istimewa & Warkah buat Laila boleh menang.. utk Pop Rock pun dah jangka M.Nasir menang... x kisah sgt pun lagu apa... sbb dedua tu zam x minat sgt.. hahahaa... Memang vokal & show Hazami best.. suka tgk mimik sedih muka opera tuh.. cute... nasib baik aaa persembahan terbaik tak pakai undi SMS kan... kalu tidak, mesti hampeh jer. tp vokal Kak Adibah mmg power aa kan... dia yg paling kuat dpt tepukan masa tgh nyanyi tu... mmg layak sgt menang vokal terbaik tuh...
Tahniah sekali lagi utk Adibah Noor... Tahniah Kak Chah atas kemenangan Warkah Buat Laila.. Dlm jam 1 pg gak laaah baru sampai umah... & terus je tidur.. sbb awal pagi Zam kena bangun dan bergegas ke Kampar sbb ada lawatan kerja di sana. (samb...)

Trip ke Penang : 20 - 21 Jan 2007

Salam buat semua... dah lama gak zam tak coretkan sesuatu di sini.. maaf laaah.. zam agak sibuk skit hujung minggu lepas... baru kali ni dpt nak buat entry... Zam & R kembali ke Penang & singgahsana Ayie menjadi destinasi tumpangan sementara di sana.. TQ Ayie sebab sudi terima kami sekali lagi...
Tujuan utama perjalanan kali ini sebab R mendpt undangan majlis perkahwinan kwn nya.. so, giliran Zam pula lah temankan dia lak kan.. hari tu, dia temankan Zam berkunjung ke majlis Drac. BTW, Drac.. maaf lah bebyk sebab tak kesempatan utk kita bertemu kali ini... Jgn laah anggap Zam x sudi lak yaa... Pasti akan ada peluang di lain kali... Zam tuntut janji2 masakan isteri hang tu tau.. hehe...
Kami dari KL bertolak jam 12 tgh.. dlm jam 5pm baru smpai ke singgahsana Ayie selepas berehat sebentar kat AutoCity tuh...
Penat memandu.. terus lelap ptg tu... Cadangan asal kami bertiga nak pergi ke pasar jualan Batu Feringhi lagi.. tp Ayie x jadi ikut sbb nak layan Cerekarama di TV3.. so, zam & R je lah pergi sana.. memborong DVD & hadiah utk majlis esok tuh... tp sebelum tu sempat singgah kejap di rumah keluarga abg ipar di Tjg Tokong.. nasib baik abg ipar pun ada.. dia keje di A.S tp balik sana sbb cuti 3 hari tuh...
Esoknya.. cdgan bersarapan Mee Sup yg sedap tu tak tercapai juga.. selama Zam mai Penang x prnh dpt merasa.. x de rezeki lagi laaa... so, kami sarap di medan selera Gelugor jer.. tmpt biasa yg kami pergi... Habis jer.. terus bergegas hantar Ayie balik rumah... bersalaman pulang... & terus ke majlis kahwin tu... tapi kan... sempat lagi tuh singgah beli hamster kat Jln Kulit tuh.. hehehee... lagi pun abg ipar zam dah call kata nak kirim buah kat keluarga di KL, dia dah tunggu kat situ... hamster tu, R je yg beli.. zam x beli pun yaa...
Segak jugak kan pengantin kwn R tu.. nama dia Adlin... majlis buat kat dewan jer... Tahniah laah buat pengantin tuh.. x sempat pun jumpa dan bersalam.. just salam ngan Mak & Adik pengantin je... pengantin masih bersanding, kami dah terpaksa balik awal.. sbb malam tu nak pi tgk AJL21 live di Bukit Jalil... R dpt 9 tiket... nasib baik sempat balik umah.. dlm 6.30 ptg kami sampai.. terus je bersiap & bergegas ke sana.... (samb...)

Friday, January 19, 2007

Pantun Jumaat

Molek pantun juga teromba,
Maksudnya dalam lagi bermakna,
Kias ibarat tambah pesona,
Jadi sanjungan mualim bahasa;
Satu Muharram menjelang tiba,
Hikmahnya Hijrah jadi rencana,
Agar hidup kita sempurna,
Berkatlah diri seusia masa.

- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ