Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, September 30, 2007

Semoga Berjaya... Angkasawan Negara

Program Angkasawan ialah program kebangsaan Malaysia untuk menghantar seorang rakyat Malaysia ke angkasa lepas. Beliau akan menyertai dua angkasawan lain menaiki kapal angkasa Soyuz milik Rusia yang akan berlabuh di Stesyen Angkasa Antarabangsa, yang sedang di dalam orbit mengelilingi Bumi pada ketinggian 360 km. Angkasawan negara akan menjalankan beberapa kajian saintifik di atas stesyen angkasa tersebut.

Program ini ialah sebahagian dari perjanjian imbang balik antara Malaysia dan Rusia berkaitan pembelian jet-jet pejuang Sukhoi-30MKM buatan Rusia oleh Malaysia . Melalui pakej ini, kerajaan Rusia bersetuju melatih dua rakyat Malaysia , dan salah seorang daripadanya akan terbang ke angkasa lepas manakala seorang lagi bertindak sebagai bantuan. Kerajaan Rusia akan menanggung segala kos.

Secara rasminya beliau akan digelar Angkasawan, iaitu perkataan Bahasa Malaysia bagi terma astronaut atau kosmonaut. Dua calon Angkasawan yang ketika ini sedang menjalani latihan dipilih daripada 11,000 pemohon melalui satu proses pemilihan terbuka yang bermula dalam bulan Oktober 2003 dan berakhir September 2006.

Program Angkasawanialah satu langkah raksaksa bagi Malaysia dalam membangunkan keupayaan saintifik dan teknologinya di samping membina imej yang mantap di peringkat antarabangsa. Program ini diharap melonjak rakyat Malaysia membina minat dalam pengajian angkasa khususnya dan sains dan teknologi amnya. Ia juga diharap menggalakkan industri saintifik dan angkasa tempatan. Ia juga direka untuk menanam semangat yakin boleh di kalangan golongan muda negara.

Program Angkasawan hanyalah satu langkah dalam penglibatan Malaysia di angkasa. Program Angkasawan, asasnya, menandakan permulaan satu bab yang baru dan menarik dalam sejarah Malaysia.

Jangan ketinggalan menyaksikan siaran langsung pelepasan Angkasawan Pertama Negara pada 10 Oktober 2007 kelak di Astrp Ch588

[sumber : Laman web Program Angkasawan Negara]

Friday, September 28, 2007

Pantun Jumaat

Merah kesumba delima merkah,
Sarat muatnya raga buah,
Putik gugur melantai tanah,
Bolehlah sira buat juadah;
Ramadan itu sarat barakah,
Sumur pahala melimpah ruah,
Nikmat ibadah ganda hasanah,
Tinggal kenangan terlalu indah.


- Ayie @ Koridor Pusat Islam, USM Penang. TQ

Thursday, September 27, 2007

Oustation ke Alor Setar : 24 - 25 Sept. 2007

24 Sept : Salam ramadhan... rasanya sebelum ni x prnh pun buat outstation sepanjang bulan Ramadhan.. tp disebabkan tugas yg perlu disiapkan segera, tahun ni terpaksa gak ke Alor Setar utk buat tugasan pemeriksaan pelupusan aset di Menara Zakat tuh... Oleh krn flight ke A/Setar cuma ada pd jam 1.30 dan 7.30pm.. so, kami 3 org decide amik flight jam 1.30.. tempahan hotel pun u/setia dah buat kat Grand Continental jer.. walaupun sebelum tu zam dah book kat Holiday Villa.. bila fikir2 zam sorg jer kat sana, pun pindah gak lah ke hotel tuh... lg sorg tu, kwn cina amik flight jam 7.30.. dia x per laah.. x susah nak cari menu buka puasa... sesampai sana terus je c/in... jam 5.30 tu baru aa kami kuar ronda2 sekitar bandar jer... cuma ronda sekitar Pekan Rabu tuh ajer...Leceh gak nak cari tempat berbuka kat area ni... sudah2nya berbuka kat gerai di Pekan Rabu tu aje laa... mlm tu cuma lepak dlm bilik jer.. sambil2 buat programming.. rasa malas lak nak online kat situh.. ayie ada gak kol, mintak maaf sbb x dpt nak mai pekan jumpa zam.. x per laa.. zam ok jer sbb bukan sorg sgt di situ...
25 Sept : Seawal jam 4.30 dah bangkit utk bersahur kat hotel.. hmm.. menu x de lah meriah sgt pun.. cuma 3 - 4 lauk jer + buah + air teh & kopi.. makan ala kadar jer... dekat jam 5.30 tu terus je naik bilik dan sambung tidoq... Jam 9 pagi dah bersiap kat lobi utk dijemput pemandu utk ke pejabat situ... tak byk brg pun, cuma ada 12 item jer... tapi dah prosedur kata kena periksa gak, sebab tu lah kami sampai sini... tetapi ada lak satu mesin fotostat lama yg berada kat pejabat di Kangar lah pulak.. diaorg tak bawa ke A/Setar sbb berat.. so, terpaksa laah ke Kangar pulak...
Bergegaslah ke sana yg ambil masa x sampai 1 jam kot... sepanjang perjalanan tuh melintas lah Souq Albukhary ni.. nampak cantik rekebentuknya.. Masjid di sebelahnya pun menarik tp x sempat nak snap sbb zam tertinggal kamera kat bilik hotel... ni pun snap guna fon jer sbb tu x brp clear sgt kan...
Bandar Kangar ni tak lah besar mana sgt pun kan.. semua tahu Perlis ni negeri terkecil.. so bandar pun kecil jer... Tapi sayang laah sebab musim mangga harum manis dah habis laa... hari tu sempat gak lah beli masa ada taklimat ke Perlis.. itu pun dah hujung musim.. mahal gak RM7 sekilo.. tp yg nyesalnya, mangga tu dok peram tp terlupa nak makan.. bila teringat & tgk dah busyuk.. uwaaa... tension nya... kempunan....
Ni antara panorama Kangar yg zam snap dr tingkat 2 pejabat tuh pd jam 11 pg... tenang jer trafiknya kan.. x jamm giler mcm d KL... aman damai je sapa yg dok sini.. tp yg jenis suka melepak tuh, maybe akan cepat bohsan kat sini... mcm cikgu Putra & 2250 yg kat belantara Titom tu.. aman damai jer kan.. Lepas dah tgk mesin tu, kami pakat terus ke Padang Besar.. hehe.. disebabkan flight balik kami jam 3.30pm.. so, rasa mcm sempat gak laah nak singgah sana... sememangnya Padang Besar pd hari biasa ni sunyi sepi jer... cuma meriah ngan pelanggan di hujung minggu. zam prnh pergi dulu kala.. mmg ramai org waktu tuh... zam cuma beli brg makanan jer skit buat ole2... x leh nak beli byk, nanti x muat beg. heheee
OTW balik ke A/Setar tu, pemandu tuh ikut jalan lain lak.. kami melintas satu tanah lapang.. dari jauh nampak mcm lalang tebal jer... tp rerupanya ladang tebu la... cuma tebu utk gula ni x sama dgn tebu yg dibuat air tu.. btg tebu ni lebih kecil & keras.. mmg keras aa kalu korg nak gigit mcm kunyah btg tebu air tuh.... luas betul.. di hujung gambar tu merupakan kilang tebu.. sayup jer kan.... Sepanjang jalan tuh mmg x ada pun rumah.. Pemandu tu siap kata, kalau org buang mangsa pun dlm ladang tuh, x de sapa yg akan perasan pun.. mungkin gak lah kan sbb ladang tebu tu rapat2.. dan x de sapa yg nak masuk mencelah2 daun tebu yg miang tuh...
Ni lah dia barangan oleg2 yg zam beli kat Pdg Besaq tuh... sempat gak laah susun2 & snap kat atas katil hotel sebelum pack ke dlm bag... zam cuma beli sambal tomyam siam, lengkap dgn sos sotong & air perahan limau tu (tu pun sbb ayie bgtahu suh beli), mak zam dah masak pun semalam tomyam tu... sedap gak.. cuma mak zam lupa nak letak sos sotong tuh... jgn risau, brgan siam tu ada tanda Halal okey... Delima besaq 3 biji RM10.. mmg minat delima ni, dah lama x makan... kacang gajus tu RM10 (teringat kat arwah nenek yg suka sgt gajus ni, siap dia sorok gajus dia bwh bantal..takut cucu dok perabihkan... kelakar pulak bila teringat.. setiap kali ke Langkawi dulu, mesti beli sepeket khas utk arwah.. ) asam2 tu lak 3 bungkus RM10 gak.. saje beli utk anak sedara kat umah...

Tuesday, September 25, 2007

Bazaar Ramadhan...

Sebenarnya dah lama nak buat entry ni.. itu pun bila Ayie dok suruh buat.. tapi x sempat2 gak.. bukan apa, zam jrg sgt pi bazaar kat kampung ni.. then pi jugak laa... tp punya laah segan nak amik2 pic ni.. ni amik pun curi2.. hahahaaa... Bazaar kat kampung zam ni mcm bazaar kat tempat lain gak laa... tak lah besar sgt.. kecik jer.. x byk sgt jualan... mak & kakak ipar serta kakak zam pun turut sama buat jualan kueh2 berbuka puasa... so zam mmg x kurang makan bila berbuka kat umah.. biasanya mmg byk tinggalan hujung2 kueh potongan dr loyangan tuh.. kami pun bukan makan sgt kueh2 tuh.. maybe sbb dah selalu sgt kot... kekdg tuh mak zam tinggalkan bubur & popia gak la... tp x byk laa.. sbb yg berbuka kat umah cuma zam, mak zam, 2 anak sedara & maid jer... Sepupu zam pun jualan gak.. tahun lepas dia buat ayam percik... tapi tahun ni dia buat ayam goreng berempah pulak.. katanya lagi senang goreng ni.. x de susah2 nak panggang2... sedap gak ayam dia.. lagi satu yg special adalah ikan patin Pahang dia la... Pengunjung yg dtg membeli bukan setakat dr warga kampung jer tapi termasuk jugak dari jiran tetangga spt Bukit Lanjan dan TTDI tuh.. sebab bazar ni mmg sebelah hiway Penchala Link.... dan setiap ptg tuh mmg jamm skit lah jalan masuk ke kg sbb sesak dgn deretan kereta di kiri kanan jalan...
Tapi dlm byk2 tuh.. cuma ada satu gerai jer yg menjual Sate Minang ni... sebenarnya gerai ni mmg ada setiap kali pasar malam hari Rabu kat kampung zam ni... kalu sebelum Ramadhan dia jual RM2.50 sebungkus jer tp untuk 4 cucuk sate + nasi impit.. Ramadhan kali ni naik ke RM3 tapi dgn 5 cucuk sate + nasi impit laa... kuah sate minang ni berbeza sbb dibuat dr tepung (tepung jagung kot) & bukan kacang.. rasanya pun berbeza skit sbb berempah dan pedas skit... kat gerai ni mmg selalu beli sate minang dan bakso mi hun dia... tapi bakso dia kekdg tu rasa x sedap sbb terlebih cuka.. tu pun sebab pembantu dia yg campur2kan... sebelum2 ni sedap jer...

Sunday, September 23, 2007

Berakhir sudah...

Hmm... dah byk kali plasma TV I tuh rosak sejak dpt... 1st time masih dlm warranty, x per laah.. then genap setahun, x lama lepas tu rosak lagi benda yg sama.. geram betul.. tp ganti gak laah kena RM300 gak tuh... then bila dpt lak LCD TV, plasma TV ni diletak kat ruang tamu... satu hari tuh tetiba je panel kaca dia pecah.. merekah dari atas ke bawah... terus kong.. hantar gak kat kedai repair.. tp dia nak caj sampai RM1,500 .. tu dia... terus dah malas nak repair lagi sbb kos mahal sgt... tersadai je laah kat kedai tu lama...Then tetiba je lah technician I yg repair dulu tu call kata nak beli spare part plasma TV tuh... dari tersadai x guna jd besi buruk, baik jual jer kan... byk kali janji nak mai tp asyik tertangguh je,.. td baru jd dtg.. dia buka2 laah semua plama tuh sbb nak amik part dia.. ada 3 board utama dlm tuh.. 2 board kiri & kanan dah terbakar... tp masih ada chipset yg boleh guna lagi...Dah penat bukak tuh baru dia tanya, nak buat apa casing tuh? zam jwb je laah tolak besi buruk jer laa.. nak buat apa lagi kan... then dia kata nak ambik semua je laaah senang... zam pun ok jer.. yg tinggal kat umah cuma tapak plasma jer.... speaker dia pun ntah di mana... masih ada kat kedai repair tu lagi kot... nanti aaa pi tgk & tanya semula...

Saturday, September 22, 2007

Bon Voyage...

Salam Ramadhan buat semua.... zam cuma nak kongsi kegembiraan bila dapat tahu bwh salah sorg kwn masa study dulu (Pyan) berjaya mendapat tempat utk melanjut pelajaran peringkat PhD selama 3 tahun di sebuah Universiti di UK (jgn tanya U mana coz zam pun x ingat laa yg mana 1 dia dpt... nanti aa tanya dia semula.. hehe. Ayie ingat tak? hehe) .. Beliau akan berangkat ke sana jam 11.40pm ni... cuma sempat call dan ucap selamat je kat dia tadi... Beliau akan ke sana berseorangan terlebih dahulu dan keluarganya (isteri & 2 anak) akan menyusul kemudian... pd hujung tahun ni....
Pyan... jaga2 diri kat sana tuh.. jgn hang teriak sorg2 di pagi lebaran nanti naa... senang2 leh aaa kita chat2 di YM & Skype pulak.... Zam pun tgh plan2 kumpul duit neh nak pi lawat dia tahun depan kot... itu pun kalu ada rezeki.... amiiinnn....

Friday, September 21, 2007

Pantun Jumaat

Manikam lama berikat suasa,
Cairkan timah buat pateri;
Gandakan amal di bulan puasa,
Hitungan pahala tiada terperi.


- Ayie @ Feri Pulau Talang-Talang, Weld Quay - Pangkalan Sultan Abd. Halim, Penang. TQ

p/s: Selamat balik kampung

Thursday, September 20, 2007

Salam Lebaran dari Cikgu Putra

Salam lebaran dari Cikgu Putra. Walaupun puasa baru minggu kedua, x sabar2 cikgu kita ni nak beraya agaknya.. hehehe. Apa2 pun, TQ ya cikgu...

Friday, September 14, 2007

Pantun Jumaat

Riuh bunyi kawanan bebiri,
Melihat musang di dalam sangkar;
Puasa itu mendidik diri,
Tegakkan makruf hindari mungkar.


- Ayie @ Laman Masjid al-Malik Khalid, USM Penang. TQ

p/s: motif bebiri vs musang :P

Thursday, September 13, 2007

Mandi2 di Sg Tua, Ulu Yam

09 Sept : Dah lama gak x pi mandi2 mcm ni.. tapi yg ni pun sbb anak sedara yg beriya mengajak.. pakcik nya neh pun bwk ajer laa... yg paling senang pi bawak ke Sg Tua, Ulu Yam tu ajer laa... 11 org anak sedara yg diangkut.. nak bwk reramai mana lah muat Unser tuh... yg kecik2 tu sumbat jer.. dah semua x nak tinggal kan..
Sampai2 jer sana semua dok x sabar2 nak terjun... oh yer.. la ni nak masuk dah kena bayar pulak.. kuat kuasa 1 Julai 2007 lalu... Dewasa RM1, Kanak2 RM0.50 ...
Diaorg tuh kalu dah dpt mandi sungai, mmg x nak naik2.. kalu x di paksa mmg x berhenti makan la.. terpaksa aa bwk roti tu kat diaorg suh makan... Lagi2 si Haqeem tuh.. mmg x nak di ajak balik... tapi terpaksa aaa.. x leh lama2 sbb ptg tu nak pi Tesco & hantar anak sedara 3 org tu balik Puchong pulak....