Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Tuesday, February 28, 2006

Trip ke Langkawi : 20 - 24 Feb

Hi gengs... bertemu kembali... sorry lama x entry coz aku ada buat kursus 1 minggu di Langkawi.. ni baru je balik... mcm biasa aa kursus tu.. sama je ngan kursus2 aku yang lain tu.. tapi yg ni semua peserta dia staf2 cina jer... ok laa.. malas nak cite pasal kursus tu.. tapi benda lain aaaa. Cuaca di Langkawi sungguh panas pada waktu ni.. panas terik dan kering. Mostly, masa aku just lepak di bilik aje.. lagi pun tak de transport.. nak shopping awal pun malas.. memula sampai pun just ronda2 survey harga coklat jer...

Seperti biasanya.. kalu kursus2 ni.. mesti ada trip2 sampingan.. utk kali ni, trip pilihan adalah Island Hopping... sebelum ni dah pernah kuat kursus di Langkawi dan trip Island Hopping pd tahun 2002 kot. Island Hopping ni sama je mcm dulu.. pergi ke tiga buah pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting dengan 4 buah bot yang membawa kami seramai 48 org.

Pulau Beras Basah, dengan pantai yang putih, halus dan bersih.. air di perairannya juga masih jernih dan tidak terlalu masin. memang syok kalu berenang.

Suatu ketika dulu, di Pulau Singa Besar terdapat Animal Sactuary yang memelihara beberapa binatang sepeti kuda, kijang, merak, burang dan lain2. Tetapi pada masa ni, pelancong tidak lagi dibenarkan menjejak kaki ke pantainya yang lebih halus dan bersih. Masih teringat lagi dahulu, kaki memijak pantainya.. seumpama memijak doh tepung sahaja. Katanya... pulau tsbt sedang dibaik pulih. Justeru, ianya ditukar dengan aktiviti Eagle Feeding di perairan pulau ini.

Akhirnya... bot menyusur menuju ke satu lokasi dan berhenti seketika.. utk setiap pelancong menikmati satu bukit berbentuk perempuan mengandung sedang berbaring.. jelas kelihatan bentuk kepala, dada, pelukan lengan dan perut bunting (klik gambar untuk info lebih jelas). Seterusnya bot akan berhenti di jeti Pulau Dayang Bunting untuk mendaki menuju Tasik Dayang Bunting... Di sini kita berpeluang untuk mandi di air nya yang payau.. jarak sempadan dan tepian laut hanya dikatakan selebar 30m dan dinamakan 'Miracle Border'.

Dahulu terdapat byk ikan keli yang diternak dimana kita boleh meletakkan kaki ke air.. ikan2 keli akan berenang2 dikelilingnya.. memberikan pengalaman 'Fish Massage'.. jgn khuatir.. kaki tidak akan disengat... Insya-Allah.

Monday, February 27, 2006

Anak Murid Cikgu

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN... MINUMLAH ARAK...

Anak sape ya?

Alkisah....

sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu.... "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela tu?

pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni akan tanye dia lak. ahhh...sudah...mende aku nak goreng kadi tua ni kadi pun tanye si jantan...

"hah...kamu....bagi alasan kenapa anak tu kamu patut bela"

"tuan kadi...kalaulah saya ada syiling seringgit dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le"

jantan tu kata lak.."hah...sama le kes ni pun tuan...kan?"

hahaha.... boleh pakai ka alasan ni???

Lawak sekejap..

Dialog Dua Hantu
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil.
Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah! In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Friday, February 24, 2006

Pantun Jumaat

Puas sudah menanam ubi,
Pucuk juga laku di kedai,
Mari pertahan citra Nabi,
Maruah Islam jangan tergadai.

Asta, laman Masjid Kolej Islam Malaya, PJ. TQ

Monday, February 20, 2006

Scrambled Words

This has got to be one of the cleverest E-mails I've received in awhile.Someone out there either has too much spare time or is deadly at Scrabble. (Wait till you see the last one)!

DORMITORY:
When you rearrange the letters:

DIRTY ROOM

PRESBYTERIAN:
When you rearrange the letters:

BEST IN PRAYER

ASTRONOMER:
When you rearrange the letters:
MOON STARER

DESPERATION:
When you rearrange the letters:
A ROPE ENDS IT

THE EYES:
When you rearrange the letters:
THEY SEE

GEORGE BUSH:
When you rearrange the letters:
HE BUGS GORE

THE MORSE CODE:
When you rearrange the letters:
HERE COME DOTS

SLOT MACHINES:
When you rearrange the letters:
CASH LOST IN ME

ANIMOSITY:
When you rearrange the letters:
IS NO AMITY

ELECTION RESULTS:
When you rearrange the letters:
LIES - LET'S RECOUNT

SNOOZE ALARMS:
When you rearrange the letters:
ALAS! NO MORE Z 'S

A DECIMAL POINT:
When you rearrange the letters:
IM A DOT IN PLACE

ELEVEN PLUS TWO:
When you rearrange the letters:
TWELVE PLUS ONE

AND FOR THE GRAND FINALE:

MOTHER-IN-LAW:
When you rearrange the letters:
WOMAN HITLER

Friday, February 17, 2006

Pantun Jumaat

Ibu menanti perantau pulang,
Bayu lalu dititip pesan,
Pastikan esok lebih gemilang,
Budaya kerja ummah berwawasan.

- Asta, anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang

Datuk Hang Tuah Laksamana Melaka,
Persembahan PGLM gilang gemilang,
Waktu berhibur janganlah leka,
Dunia akhirat sama terimbang.

- Zam, laman SP

Show PGLM

Perh... puas hati... best sangat ...
Scene : Kunjungan Sultan Melaka ke Majapahit
Itu yg dpt kurasakan apabila dapat tonton PGLM malam tadi.. walau pun hanya sekadar dari aras teratas.. keseronokannya masih tetap dirasai.. lagu pembukaan tirai mmg best.. mostly lagu2 yang dibawa best cuma ada 1 - 2 lagu yang aku tak syok sangat.. kekadang muzik beat yang kuat menenggelamkan suara penyanyi.. tak tahu senikata yang dinyanyikan.. terpaksa aa dok baca subtitles English yang dipaparkan...
Scene : Suasana pelabuhan Melaka
Ternyata lakonan dan sebutan Stephen sebagai Datuk Laksamana tidak mengecewakan seperti komen2 di akhbar.. kelantangan vokal semasa menyanyi mmg asyik...
Tamat persembahan
Aku sempat amik pics curi2 show tu tapi kena warning gak bila kantoi... tak jelas sgt coz jauh kan.. Tapi yang bestnya... hajat untuk bertemu Datuk Laksamana selepas show termakbul jua... sempat gak lah amik pic bersama beliau.. tapi.. pic tu aku x der lah nak papar kat sini. Hanya sekadar koleksi peribadi yaa.... hehehe
Stephen Rahman in person

"'Datuk Laksamana selepas show - nampak sgt penatnya kan..."

Oh ya... tiket2 show PGLM ni dikatakan telah habis dijual. Tanda 'SOLD OUT' telah dipaparkan. Asta.. jangan lupa amik booking ticket tu.. kang melepas pulak.. nyosal hang. hehehe

Thursday, February 16, 2006

Bouquets - 14 Feb 2006

A Special bouquets ....
Semasa...
Selepas...

Wednesday, February 15, 2006

Yes ! PGLM Show esok

RM30... ni je yg aku mampu

Yes... setelah penat dok booking online.. dapat jugak aku tiket utk show PGLM.. itu pun show utk esok hari... terpaksa aa berkejar drive ke Istana Budaya utk beli tiket tu... kalu lambat, takut lak no booking dah tak valid. Naya lah aku kena marah ngan famili aku... Oh ya.. aku pi tgk PGLM pun dgn famili2 aku jer... 6 tiket semuanya.. itu pun tiket RM30 jer.. + tikcet2u caj RM1.50/tiket. Mahal betul caj tu... Nasib laaa... itu pun aku yg nak kena sponsor 3 tiket tuh... pokai lah aku kejap...
Memang laah bagai diperkata... tiket PGLM ni habis & full booked... tiket RM30 (paling murah laa... tingkat 3, belah tepi.. ) tu jer yg aku termampu... hmm... mostly dah full booked. Yang lain2, tiket RM50, 100 & 150 mmg ada lagi laa.. tapi tu pun dah x byk pun...
Aku terpaksa tgk minggu ni jugak.. show utk Jumaat & Sabtu tak dijual coz dah reserve.. ahad dah sold out. Minggu depan aku lak ada kursus di Langkawi utk 1 minggu tuh.... Harap2.. dapat lah jumpa 'Hang Tuah' tu live & in person. hehehe...
Oh ya... digital camera nak kena full charge.. nak amik pic bebyk.. itu pun kalu ada sesi signing autograf selepas habis show laaa.... hopefully...
Asta.. cepat beli tiket tuh.. kang kempunan pulak nak tgk... hhehehe