Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Tuesday, February 28, 2006

Trip ke Langkawi : 20 - 24 Feb

Hi gengs... bertemu kembali... sorry lama x entry coz aku ada buat kursus 1 minggu di Langkawi.. ni baru je balik... mcm biasa aa kursus tu.. sama je ngan kursus2 aku yang lain tu.. tapi yg ni semua peserta dia staf2 cina jer... ok laa.. malas nak cite pasal kursus tu.. tapi benda lain aaaa. Cuaca di Langkawi sungguh panas pada waktu ni.. panas terik dan kering. Mostly, masa aku just lepak di bilik aje.. lagi pun tak de transport.. nak shopping awal pun malas.. memula sampai pun just ronda2 survey harga coklat jer...

Seperti biasanya.. kalu kursus2 ni.. mesti ada trip2 sampingan.. utk kali ni, trip pilihan adalah Island Hopping... sebelum ni dah pernah kuat kursus di Langkawi dan trip Island Hopping pd tahun 2002 kot. Island Hopping ni sama je mcm dulu.. pergi ke tiga buah pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting dengan 4 buah bot yang membawa kami seramai 48 org.

Pulau Beras Basah, dengan pantai yang putih, halus dan bersih.. air di perairannya juga masih jernih dan tidak terlalu masin. memang syok kalu berenang.

Suatu ketika dulu, di Pulau Singa Besar terdapat Animal Sactuary yang memelihara beberapa binatang sepeti kuda, kijang, merak, burang dan lain2. Tetapi pada masa ni, pelancong tidak lagi dibenarkan menjejak kaki ke pantainya yang lebih halus dan bersih. Masih teringat lagi dahulu, kaki memijak pantainya.. seumpama memijak doh tepung sahaja. Katanya... pulau tsbt sedang dibaik pulih. Justeru, ianya ditukar dengan aktiviti Eagle Feeding di perairan pulau ini.

Akhirnya... bot menyusur menuju ke satu lokasi dan berhenti seketika.. utk setiap pelancong menikmati satu bukit berbentuk perempuan mengandung sedang berbaring.. jelas kelihatan bentuk kepala, dada, pelukan lengan dan perut bunting (klik gambar untuk info lebih jelas). Seterusnya bot akan berhenti di jeti Pulau Dayang Bunting untuk mendaki menuju Tasik Dayang Bunting... Di sini kita berpeluang untuk mandi di air nya yang payau.. jarak sempadan dan tepian laut hanya dikatakan selebar 30m dan dinamakan 'Miracle Border'.

Dahulu terdapat byk ikan keli yang diternak dimana kita boleh meletakkan kaki ke air.. ikan2 keli akan berenang2 dikelilingnya.. memberikan pengalaman 'Fish Massage'.. jgn khuatir.. kaki tidak akan disengat... Insya-Allah.