Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Friday, April 25, 2008

Pantun Jumaat

Dedap bukan penghias taman,
Molek lagi bertanam longan;
Sikap dermawan orang beriman,
Ganjaran pahala tiada tandingan.

- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ

Friday, April 18, 2008

Pantun Jumaat

Aroma segar aneka putu,
Rasa sedap berbaloi harga;
Amalkan wuduk setiap waktu,
Jaminan Bilal* menuju syurga.


- Ayie @ Kafe Chempaka, annex Masjid A- Rahman, Lembah Pantai, KL. TQ

Nota : Bilal bin Rabbah dijamin ahli syurga. Amalan yang kerap dilakukannya ialah berwuduk. Para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. mendapat tahu rahsia amalan beliau selepas beberapa kali menginap di rumah Bilal.
Beliau merupakan seorang hamba berkulit hitam, antara terawal memeluk Islam. Walau berkulit gelap, tetapi suara lunak beliau yang menjadikan beliau pelaung azan setiap kali waktu solat bertandang. Disebabkan itu, nama beliau 'Bilal' sinonim dengan para pelaung azan di masa sekarang. Beliau diseksa di zamannya oleh para munafik dengan meletakkan batu besar di atas badannya. Namun kekal mengucap kalimah Syahadah. Keikhlasannya menganut Islam terbukti dengan ketabahannya melalui dugaan berat itu.

Friday, April 11, 2008

Pantun Jumaat

Terbang riang si rama-rama,
Hinggap mari birai jendela;
Mata itu jendela sukma,
Jagalah dari memandang cela.


- Ayie @ Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ
p/s : sorry lambat entry

Friday, April 04, 2008

Pantun Jumaat

Cintanya insan embun di rumput,
Kering jua dipanah mentari;
Cinta Ilahi tidakkan luput,
Kemilau kasih-Nya manikam diri.


- Ayie @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ

Friday, March 28, 2008

Pantun Jumaat

Riuh rendah gendang dipalu,
Rona majlis sirna kaku;
Muhasabah itu amalkan selalu,
Nescaya molek segala laku.


- Ayie @ Laman Masjid Al-Rahman, Lembah Pantai, KL. TQ

Friday, March 21, 2008

Pantun Jumaat

Harum cempaka hiasan sanggul,
Mekar semarak menyeri laman;
Rasullulah itu insan terunggul,
Lestari baginda citra berzaman.


- Ayie @ pesisir exit Bukit Beruntung, lebuhraya PLUS arah selatan. TQ

p/s : Maaf, lambat entry.. terlupa laa...

Wednesday, March 19, 2008

Salam Maulidur-Rasul 1429H/2008

Selamat meraikan hari kelahiran Nabi Junjungan Muhammad S.A.W ... Selawat dan salam ke atas Rasulullah...


Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1429H/2008M

Tarikh: 20 Mac 2008

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Friday, March 14, 2008

Pantun Jumaat

Indah tenunan aneka sejadah,
Jualan murah jadi borongan;
Ikhlaskan diri tika beribadah,
Prinsip ihsan* teras pegangan.


- Ayie @ Anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang. TQ

*Nota : Ihsan - dalam beribadat, kita seakan2 melihat Allah; kalu tidak mampu berbuat demikian, maka yakinkan diri bahawa Allah selalu melihat kita (hadis)

p/s : Ayie, good luck in ur next interview on 25 Mac...

Sunday, March 09, 2008

Selamat Pengantin Baru Uncle : 9 Mac 2008

9 Mac : Majlis resepsi sebelah lelaki pula diadakan... tema warna di umah uncle adalah biru + putih. semuanya sedondon jer... kali ni zam pi dgn mak zam & anak2 sedara zam.. semua sibuk nak ikut tgk uncle sanding... tp zam dah warning awal2 laa.. zam maybe lambat laa .. diaorg tpaksa lah tunggu lama... dah dekat jam 1 laah baru smpai umah uncle. lambat skit... terus jer mak zam dll pi makan.. zam lak gegas ke umah singgahan utk turut serta dgn mempelai... jam 1 baru pengantin perempuan sampai...
Dalam jam 1.30 baru keluarga pengantin sampai.. tp tunggu sebelah lain pulak.. kena lah tunggu dlm panas tu.. berpeluh sakan masa tuh.. nasib baik aa pakai singlet, leh lekat peluh... terasa menitik2...
Ada gak lah acara tepung tawar... lama lah skit di pelamin.. then terus pi makan.. pic tu anak sedara zam yg ambil.. kalu tidak, mmg x de lah nak post kat sini... dlm jam 3 kot, bila pengantin dah mula bertemu tetamu, zam pun mohon diri utk balik.. anak2 sedara zam dah sibuk nak balik.. penat tunggu agaknyaa.... 3 hari 2 malam gak lah kan... meriaahh!!

Saturday, March 08, 2008

Selamat Pengantin Baru 'Uncle' : 8 Mac 2008

Dalam Malaysia sibuk menghadapi PRU ke 12, Uncle dan Isteri sibuk juga melaksanakan majlis perkahwinan... Seawal jam 12 lebih zam dah smpai di umah uncle.. utk bersiap2 bergerak ke umah mempelai.. x lah jauh sgt dr umah tu.. area gombak gak.. dlm 15min jer.. nasib baik laah x der lalu sekolah yg jadi pusat undi... Uncle pun sempat gak pi buang undi.. zam jer yg x sempat sbb lambat bangkit.. hehee...
Dlm jam 2 lebih sampai ke umah perempuan... mcm biasa laah.. agenda nyaa.. berarak, bersanding & terus ke meja santapan... pic x byk laa.. ni yg mana sempat amik aje.. hehee.. biasak laaah .. pengapit dlm agenda, kena laah sopan.. x leh nak snap. hehe. Lama gak laa temankan uncle kat umah tu sampai jam 6 lebih.. saje lepak.. pose2 amik pics diaorg laa...