Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, June 28, 2009

A Journey to Minangkabau : 22 - 28 July 2009

Entry sebelum ini hanya sekadar untuk memberikan keghairahan Zam untuk bercuti ke tanah Minangkabau pada bulan depan, 22 - 28 Julai 2009. Semua persiapan dah di atur.. tiket, cuti rehat, cuti ke luar negara, pakej pelancongan selama di sana.. Iternary juga telah disusun dengan ikut kehendak sendiri. Percutian ini merupakan antara percutian terbesar keluarga zam.. seramai 28 org yang akan turut serta.. Juga untuk buat urusan tanah pusaka di kampung halaman (Palimbayan) yang akan dibuat pada hari kedua di sana...
Yup.. Zam berketurunan Minangkabau.. Datuk & Nenek datang merantau dari tanah Minangkabau ke tanah Melayu.. so, masih ramai sanak saudara kekal di sana, Bukit Tinggi, Padang & Medan. MakZam dah bbrp kali pulang ke tanah Minangkabau.. anak sedara Zam (Hidayah & Idham) pun dah sampai terlebih dahulu.. dulu tak ikut sbb tak dpt cuti....
Diharapkan perjalanan itu akan memberikan pengalaman yang cukup berharga.. menikmati keindahan dan keajaiban tanah Minangkabau. Moga tiada aral yang melintang...
p/s: Dengar2 kan lah lagu Ayam Den Lapeh... Terkanang Juo Kampung...

Friday, June 05, 2009

9 Keajaiban Alam Minangkabau

1. Jembatan Akar – Pesisir Selatan

2. Ngarai Sianok – Bukit Tinggi

3. Danau Singkarak – Tanah Datar

4. Gunung Singgalang – Padang Panjang

5. Laut Mentawai – Mentawai

6. Lembah Arau – Limapuluh Kota

7. Danau Maninjau – Agam

8. Danau Kembar – Solok

9. Pantai Air Manih/Batu Malin Kundang – Padang

9 Keajaiban Alam Minangkabau

Sumber, Kredit & Versi : Empi MUSLION JB’loç

Monday, June 01, 2009

MU is coming to town..18 July 2009

Kuala Lumpur, Malaysia – Malaysian football fans will get to watch Manchester United's 1st team live in action this summer in Kuala Lumpur. This was announced by Dato' Azzuddin Ahmad, of FAM, when he revealed details of the match at a press conference in Kuala Lumpur today.

The Manchester United Asia Tour 2009 kicks off in Kuala Lumpur on July 18, and then moves on to Jakarta on July 20. After that, the Devils will play in Seoul, Korea and Hangzhou, China on July 24 and July 26 respectively.

ProEvents, the leading football marketing and management consultancy in Asia, has been appointed as the sole and exclusive overall tour organiser of the Manchester United Asia Tour 2009..... [details] source : ProEvents website...

Apapun... zam dah ada tiket nya.. hehehee... Kawan yg beriya ajak, siap belanja zam pergi untuk temankan dia .. hehee... My 2 nephew pun join sama.. tapi tiket budak hanya mula dijual 1 Jun, di kaunter sahaja...

Friday, May 29, 2009

Vote Sipadan Island as New7Wonders of Nature

Sipadan Island
MALAYSIA

Sipadan is the only oceanic island in Malaysia, rising 600 m from the seabed. It is in the Celebes Sea, east of the town of Tawau and off the coast of eastern Malaysia. It was formed by living corals growing on top of an extinct volcanic cone, and took thousands of years to develop. Sipadan is located at the heart of the Indo-Pacific basin, the center of one of the richest marine habitats in the world. More than 3,000 species of fish and hundreds of coral species have been classified in this ecosystem.

Friday, May 22, 2009

Mana Setangginya : 13 - 21 Jun 2009

Mana Setangginya : 13 - 21 Jun 2009, Istana Budaya

(KARYA AGUNG SASTERAWAN NEGARA KE-7, NOORDIN HASSAN)

SINOPSIS

Sebuah perkampungan nelayan di tepi pantai. Penduduknya menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil pohon setanggi. Nelayan ini dilarang menangkap ikan pada hari sabtu, iaitu hari beribadat.

Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar telah berpindah ke atas bukit. Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza selaku orang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka.

Juda, iaitu anak kepada Hawar mengahwini kekasihnya Iriam, iaitu anak kepada Ibra. Tetapi Silbi dan Subhat telah menabur fitnah akan asal-usul Iriam. Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung. Lantaran itu, beliau dan ayahnya mahu kampung-kampung nelayan yang bertaburan mengiktirafkan kedudukan mereka selaku 'Raja'. Yang ingkar akan diserang. Mereka menguasai kampung-kampung ini, dan berkehendakan segala tangkapan hendaklah dijual kepada mereka.

Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza. Ibra dan Iriam yang datang untuk membebaskan paderi telah dikenakan syarat 10 bakul ikan sebagai tebusan. Irian juga diserahkan kepada Uzza dengan persetujuan Juda.

Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dahsyat serta halalintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar.

Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya.

Memang benar, manusia dijadikan di tahap tinggi, tetapi ia kembali kepada Tuhannya dalam tahap serendah-rendahnya.

ARAHAN : Zaifri Husin

Para Pelakon :

Iriam (Sabrina Ali Dad Khan) , Juda (Tony Eusoff), Ibra (Azman Abu Bakar), Hawar (Shaharuddin Thamby), Silibi (Mohd. Nor Fatih Moktar), Subat (Rudy De Luna Jr) , Uzza (Iqbal Taufik) , Mira (Azizah Mahzan) , Megda (Norhana Othman) , Naomi (Aniza Baharom) , Paderi Tua ( Zambri Mohamad) , Sami (Mohd. Nizam Alias) , Menteri Pembiakan Zuriat (Mahmmod Hj Ibrahim) , Pemuda Seberang Laut (Razwan Raimin)

Tarikh Persembahan : 13 - 21 Jun 2009

Masa Persembahan : 8.30 malam

Tempat Persembahan : Panggung Sari, Istana Budaya

Harga Tiket : RM30, RM50, RM70 dan RM100. Ticket2u

Friday, April 03, 2009

R.A.H.M.A.N - Mitos PM Malaysia

R.A.H.M.A.N

Apakah itu?? Itu lah susunan nama PM Malaysia yang telah lama diramal oleh pihak tertentu dan disebarkan kepada umum.. nama PM pertama Malaysia... Tunku Abdul Rahman... sama ada ramalan itu benar atau secara kebetulan? Yang pasti, ianya menjadi kenyataan pada hari ini.. apabila Dato' Seri Najib mengangkat sumpah pada hari ini selaku PM ke-6.
Rasanya dah lama tahun kisah RAHMAN ni... sejak zaman Tun M jadi PM lagi... Ada jugak emel berantai yang bercerita dan komen pasal RAHMAN ni... arwah abg zam pun ada gak citer bila tiba time meroyan dia..
Kalu dulu tuh, zam pun agak sangsi tapi telah nampak kewajarannya semasa Tun M menjadi PM, Anwar dilihat sebagai pengganti beliau.. tetapi ianya bertukar kepada Dato' Seri Abdullah..
Dan pada hari ini, ramalan tersebut akan menjadi kenyataan...

R untuk Rahman atau Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
A
untuk Abdul iaitu Tun Abdul Razak.
H
untuk Hussein iaitu Tun Hussein Onn.
M
untuk Mahathir iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
A untuk Abdullah iaitu Dato' Seri Abdullah Badawi.
N
untuk Najib iaitu Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Apa pendapat anda semua ???
Link.

Tuesday, February 17, 2009

Wednesday, February 04, 2009

PGLM III : 6 - 21 Feb 2009

Yeee haaa.... teater besar yang dinanti2.. kini kembali lagi untuk musim ketiga... tak sabar nak pi tgk lagi... yang dikatakan "More Magical, More Spectacular, More Breathtaking" ... sabar ajer laa.. & nanti kan aje laa... Zam & kawan2 (Ayie, LB, Otai dll.. berserta 2 anak sedara) akan menonton teater ini pada hari pertama 6 Feb. 2009, Jumaat ini !!! [web PGLM]

Saturday, January 31, 2009

Cuti2 Famili CNY 2009 @ P.D. : 19 - 20 Feb 09

Sempena cuti-cuti panjang CNY ni, famili kami dok wat gathering lagi.. kali ini lebih meriah sebab semua kaum keluarga sebelah mak pergi.. seperti biasa, zam ditugaskan untuk menguruskan sukaneka.. adalah bajet terkumpul sebanyak RM500 buat hadiah2 ... itu pun last minute baru dapat.. so, ahad sehari seblum pi baru laah pergi beli barangan kat Tesco.. mudah & senang.. beli jer towel2, mainan bebudak & barang makanan jer... calit2 pakai card, dapat gak kumpul point. hehehee.. malam tuh, tetiba je dapat demam.. penat telan panadol aje... Memasing dok janji utk bertolak jam 10 pagi dari rumah & berkumpul di sana... tapi kebanyakannya bertolak jam 11 pagi.. hehe.. biasak laa.. bila dah ramai2 tuh, ada je yang terlewat... dalam jam 1 tgh lah sampai d Glory Beach Resort.. penuh parking, ramai betul yg dtg lepak kat Glory ni... murah je, RM250 utk aptm 3 bilik. Bila memasing dah lapar.. so apa lagi, bentang tikar, hidang makanan, makan reramai di bawah apartment...
Pihak penganjur yang uruskan bilik, saje je datang lambat sebab bilik hanya boleh check in jam 3 ptg... geram jer.. dah tahu lambat, napa pulak disuruh pergi awal2.. konon nak start sukaneka awal petang tuh, tapi korum x cukup, mcm mana pula nak mula kan.. sentapss... Bebudak tuh dah gian nak terjun kolam.. hah .. pi laah mandi dulu.. kang dapat masuk bilik terus naik...
Janji mula jam 4.30 utk sukaneka.. jenuh tunggu dalam demam2 skit tuh.. jam 5 lebih baru semua berkumpul kat bawah... acara tak banyak pun... cuma jd banyak sbb pecah ikut kategori umur... Tiup Belon, Isi Air & Boling Kelapa je.. malas nak fikir games lain.. kepala pening dalam demam.. jenuh nak urus sorang2..
Yang geramnya.. bila dah acara nak mula.. memasing baru nak bagi idea.. buat macam ni laa.. buat acara ni laa... huhu... mcm laah bahan nya ada nak dibuat... asal nak wat Makan Epal.. tapi epal x beli.. tukar ke Tiup Belon.. belon lak x cukup.. huhu.. sbb ada belon yang melekat & tak boleh ditiup..belum lg yg terkoyak... huhu...
Dalam demam2 tuh... masuk jugak dalam laut, memerhati diaorg ni.. biasak laa.. mak2 ni.. ada je cara nak ngelat .. nak bg anak2 / cucu2 masing2 menang.. huhu.. riuh aa kejap pantai tuh... mmg ramai famili lain kat situ... lantak laa.. btw, sebelum kami mula, ada gak famili lain yang buat sukaneka diaorg.. hehe.. nampak aa diaorg buat Tiup Tepung, Tiup Belon...
Nak wat isi air ni.. nasib baik botol air masa raya tuh masih ada lagi... belum terjual kat recycle.. hehe.. kalu tak, jenuh gak laa nak carik 10 botol 1.5L tuh...
Isi air ni.. masing2 tunjuk skils laa.. mak2.. nenek2.. budak2.. semuanya masuk laut.. asalnya nak isi guna ais paip je.. sbb dulu memasing x moh masuk laut.. jenuh aa cari baldi.. sib baik la ni sporting je.. semua berendam dalam laut.. hehee...
Nyesal masuk sama laut.. sebab x bawak suar lain pun.. cuma pakai track suit je... sweater pun terbasah bila masuk sama acara tuh untuk kategori lelaki.. kalah... hahaha... menggigil aa kejap dlm kesejukan tuh.. tahan aje laa...
Dah siap acara Isi Air tuh.. memasing riuh & masuk utk Boling Kelapa... jenuh gak aa carik kelapa tua sekitar hotel tuh.. sib baik jumpa gak 3 biji... kelapa kecik2 jer... ringan je.. hehe... ikut nasib je baling... ada yang kena, ada yang langsung tak kena sebab kelapa golek ke tempat lain. hahaa... zam punya? pun x kena.. melantun ke atas botol je.. hampeeh tul... sebab baling atas lantai bukan pasir.. memasing ada cabaran nya.. hehee.. masa ni riuh gak.. ada gaak laa pemerhati dari luar. hehee..
Malam tuh... dinner dgn BBQ.. ada kambing, ayam, ikan, hotdog... sponsor by sorg pakcik zam... ni semua idea dia.. ala2 rezeki bisnes sewa khemah dia tuh... tuh yang beriya diajak nyaa.. demam pun naik semula.. terus makcik zam suh telan Febricol 2 biji... syukur, kebah gak laah malam tuh.. gagahkan jua turun ke bawah dengan seluar & sweater lembab.. x cukup kering, walau dijemur sebelah aircon luar tuh...
Selesai dinner tuh.. diagih2 laah hadia utk para pemenang acara ptg tadi... then.. baru buat cabutan bertuah.. ada lah 8 hadiah.. hamper, set pinggan mangkuk, kain la.. then lebihan hadiah yang x jadi dibuat tuh.. hehe... asal nak wat Anyam Ketupat.. tapi memasing dah malas. Seperti biasa.. kalu cabutan2 ni.. mmg malang aa nasib zam.. hampeh jer... cabut2 dpt kertas kosong jer... hehe...
p/s : Entry dibuat sementara tunggu kereta diservis dari jam 11 pagi - hingga 5pm! masih belum siap2 lagi neh.. lama giler....