Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Tuesday, February 28, 2006

Trip ke Langkawi : 20 - 24 Feb

Hi gengs... bertemu kembali... sorry lama x entry coz aku ada buat kursus 1 minggu di Langkawi.. ni baru je balik... mcm biasa aa kursus tu.. sama je ngan kursus2 aku yang lain tu.. tapi yg ni semua peserta dia staf2 cina jer... ok laa.. malas nak cite pasal kursus tu.. tapi benda lain aaaa. Cuaca di Langkawi sungguh panas pada waktu ni.. panas terik dan kering. Mostly, masa aku just lepak di bilik aje.. lagi pun tak de transport.. nak shopping awal pun malas.. memula sampai pun just ronda2 survey harga coklat jer...

Seperti biasanya.. kalu kursus2 ni.. mesti ada trip2 sampingan.. utk kali ni, trip pilihan adalah Island Hopping... sebelum ni dah pernah kuat kursus di Langkawi dan trip Island Hopping pd tahun 2002 kot. Island Hopping ni sama je mcm dulu.. pergi ke tiga buah pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting dengan 4 buah bot yang membawa kami seramai 48 org.

Pulau Beras Basah, dengan pantai yang putih, halus dan bersih.. air di perairannya juga masih jernih dan tidak terlalu masin. memang syok kalu berenang.

Suatu ketika dulu, di Pulau Singa Besar terdapat Animal Sactuary yang memelihara beberapa binatang sepeti kuda, kijang, merak, burang dan lain2. Tetapi pada masa ni, pelancong tidak lagi dibenarkan menjejak kaki ke pantainya yang lebih halus dan bersih. Masih teringat lagi dahulu, kaki memijak pantainya.. seumpama memijak doh tepung sahaja. Katanya... pulau tsbt sedang dibaik pulih. Justeru, ianya ditukar dengan aktiviti Eagle Feeding di perairan pulau ini.

Akhirnya... bot menyusur menuju ke satu lokasi dan berhenti seketika.. utk setiap pelancong menikmati satu bukit berbentuk perempuan mengandung sedang berbaring.. jelas kelihatan bentuk kepala, dada, pelukan lengan dan perut bunting (klik gambar untuk info lebih jelas). Seterusnya bot akan berhenti di jeti Pulau Dayang Bunting untuk mendaki menuju Tasik Dayang Bunting... Di sini kita berpeluang untuk mandi di air nya yang payau.. jarak sempadan dan tepian laut hanya dikatakan selebar 30m dan dinamakan 'Miracle Border'.

Dahulu terdapat byk ikan keli yang diternak dimana kita boleh meletakkan kaki ke air.. ikan2 keli akan berenang2 dikelilingnya.. memberikan pengalaman 'Fish Massage'.. jgn khuatir.. kaki tidak akan disengat... Insya-Allah.

Monday, February 27, 2006

Anak Murid Cikgu

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN... MINUMLAH ARAK...

Anak sape ya?

Alkisah....

sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu.... "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela tu?

pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni akan tanye dia lak. ahhh...sudah...mende aku nak goreng kadi tua ni kadi pun tanye si jantan...

"hah...kamu....bagi alasan kenapa anak tu kamu patut bela"

"tuan kadi...kalaulah saya ada syiling seringgit dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le"

jantan tu kata lak.."hah...sama le kes ni pun tuan...kan?"

hahaha.... boleh pakai ka alasan ni???

Lawak sekejap..

Dialog Dua Hantu
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil.
Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah! In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Friday, February 24, 2006

Pantun Jumaat

Puas sudah menanam ubi,
Pucuk juga laku di kedai,
Mari pertahan citra Nabi,
Maruah Islam jangan tergadai.

Asta, laman Masjid Kolej Islam Malaya, PJ. TQ

Monday, February 20, 2006

Scrambled Words

This has got to be one of the cleverest E-mails I've received in awhile.Someone out there either has too much spare time or is deadly at Scrabble. (Wait till you see the last one)!

DORMITORY:
When you rearrange the letters:

DIRTY ROOM

PRESBYTERIAN:
When you rearrange the letters:

BEST IN PRAYER

ASTRONOMER:
When you rearrange the letters:
MOON STARER

DESPERATION:
When you rearrange the letters:
A ROPE ENDS IT

THE EYES:
When you rearrange the letters:
THEY SEE

GEORGE BUSH:
When you rearrange the letters:
HE BUGS GORE

THE MORSE CODE:
When you rearrange the letters:
HERE COME DOTS

SLOT MACHINES:
When you rearrange the letters:
CASH LOST IN ME

ANIMOSITY:
When you rearrange the letters:
IS NO AMITY

ELECTION RESULTS:
When you rearrange the letters:
LIES - LET'S RECOUNT

SNOOZE ALARMS:
When you rearrange the letters:
ALAS! NO MORE Z 'S

A DECIMAL POINT:
When you rearrange the letters:
IM A DOT IN PLACE

ELEVEN PLUS TWO:
When you rearrange the letters:
TWELVE PLUS ONE

AND FOR THE GRAND FINALE:

MOTHER-IN-LAW:
When you rearrange the letters:
WOMAN HITLER

Friday, February 17, 2006

Pantun Jumaat

Ibu menanti perantau pulang,
Bayu lalu dititip pesan,
Pastikan esok lebih gemilang,
Budaya kerja ummah berwawasan.

- Asta, anjung Masjid Al-Malik Khalid, USM, Penang

Datuk Hang Tuah Laksamana Melaka,
Persembahan PGLM gilang gemilang,
Waktu berhibur janganlah leka,
Dunia akhirat sama terimbang.

- Zam, laman SP

Show PGLM

Perh... puas hati... best sangat ...
Scene : Kunjungan Sultan Melaka ke Majapahit
Itu yg dpt kurasakan apabila dapat tonton PGLM malam tadi.. walau pun hanya sekadar dari aras teratas.. keseronokannya masih tetap dirasai.. lagu pembukaan tirai mmg best.. mostly lagu2 yang dibawa best cuma ada 1 - 2 lagu yang aku tak syok sangat.. kekadang muzik beat yang kuat menenggelamkan suara penyanyi.. tak tahu senikata yang dinyanyikan.. terpaksa aa dok baca subtitles English yang dipaparkan...
Scene : Suasana pelabuhan Melaka
Ternyata lakonan dan sebutan Stephen sebagai Datuk Laksamana tidak mengecewakan seperti komen2 di akhbar.. kelantangan vokal semasa menyanyi mmg asyik...
Tamat persembahan
Aku sempat amik pics curi2 show tu tapi kena warning gak bila kantoi... tak jelas sgt coz jauh kan.. Tapi yang bestnya... hajat untuk bertemu Datuk Laksamana selepas show termakbul jua... sempat gak lah amik pic bersama beliau.. tapi.. pic tu aku x der lah nak papar kat sini. Hanya sekadar koleksi peribadi yaa.... hehehe
Stephen Rahman in person

"'Datuk Laksamana selepas show - nampak sgt penatnya kan..."

Oh ya... tiket2 show PGLM ni dikatakan telah habis dijual. Tanda 'SOLD OUT' telah dipaparkan. Asta.. jangan lupa amik booking ticket tu.. kang melepas pulak.. nyosal hang. hehehe

Thursday, February 16, 2006

Bouquets - 14 Feb 2006

A Special bouquets ....
Semasa...
Selepas...

Wednesday, February 15, 2006

Yes ! PGLM Show esok

RM30... ni je yg aku mampu

Yes... setelah penat dok booking online.. dapat jugak aku tiket utk show PGLM.. itu pun show utk esok hari... terpaksa aa berkejar drive ke Istana Budaya utk beli tiket tu... kalu lambat, takut lak no booking dah tak valid. Naya lah aku kena marah ngan famili aku... Oh ya.. aku pi tgk PGLM pun dgn famili2 aku jer... 6 tiket semuanya.. itu pun tiket RM30 jer.. + tikcet2u caj RM1.50/tiket. Mahal betul caj tu... Nasib laaa... itu pun aku yg nak kena sponsor 3 tiket tuh... pokai lah aku kejap...
Memang laah bagai diperkata... tiket PGLM ni habis & full booked... tiket RM30 (paling murah laa... tingkat 3, belah tepi.. ) tu jer yg aku termampu... hmm... mostly dah full booked. Yang lain2, tiket RM50, 100 & 150 mmg ada lagi laa.. tapi tu pun dah x byk pun...
Aku terpaksa tgk minggu ni jugak.. show utk Jumaat & Sabtu tak dijual coz dah reserve.. ahad dah sold out. Minggu depan aku lak ada kursus di Langkawi utk 1 minggu tuh.... Harap2.. dapat lah jumpa 'Hang Tuah' tu live & in person. hehehe...
Oh ya... digital camera nak kena full charge.. nak amik pic bebyk.. itu pun kalu ada sesi signing autograf selepas habis show laaa.... hopefully...
Asta.. cepat beli tiket tuh.. kang kempunan pulak nak tgk... hhehehe

Friday, February 10, 2006

Bau Ketiak Lelaki

Ada Specialnya Bau Ketiak Lelaki
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan, memberikan ketenangan dan melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja "diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang....

Nota :
di petik dari majalah PA&MA...Feb 2004...
So kalau isteri dok tention tu... lepas balik riadah.. calit sikit bau ketiak anda yang masam tu... Insya Allah mood dia ok....... ha..ha...ha.... selamat mencuba... so para isteri jangan dok tension sangat nanti kena cium bau ketiak suami........

Pantun Jumaat

Dara menggubah kerang-kerangan,
Jadi hiasan kamar pasangan,
Budi baik jadi kenangan,
Bakti tuan jadi sanjungan.

- Asta, Laman Masjid Sg Gelugor, Penang. TQ

Jauh ke Penang berpindahnya teman,
Merindu dendam di lubuk hati,
Jarak nan jauh bukan halangan,
Semoga ukhuwah persahabatan abadi.

- Zam, Laman SP.

Wednesday, February 08, 2006

Muzikal Puteri Gunung Ledang di Istana Budaya



Jom kekawan.. kita pi tgk PGLM... aku cadang nak pergi Sabtu ni.. 11 Feb 2006 atau Ahad 12 Feb 2006. PGLM... nantikan kehadiran kami. hehehehe. www.pglthemusical.com.my

Tuesday, February 07, 2006

Selamat Berbahagia Asta di Penang

Salam buat sahabat yang telah jauh nun di Penang... Semoga Asta sejahtera hendaknya berada di sana... so sorry laah lambat entry pantun jumaat itu... kan aku ke penang & a/setar.. mlm sebelum AJL20 baru sampai KL...
Pantun Jumaatnya...
Gema gendang bertalu-talu,
Seruling bambu bertingkah ganti,
Salam ukhuwah di angin lalu,
Kenangan semusim abadi di hati.
- Asta, Laman Masjid Al-Malik Khalid, USM. TQ. Sorry lambat entry yaa

Friday, February 03, 2006

Kalumpang Resort and Training Centre, 1 - 2 Feb 06

As'kum semua.... bertemu kembali setelah lama kita bercuti... mesti ada kekwn yg sambung cuti dan masih bercuti... alhamdullilah.. semua nya dah selamat sampai ke destinasi masing2... Asta dah berada di Penang.. khabarnya dah mula seronok berada di sana.. hehehe... R, LB & aku dah selamat kembali ke KL masing2...
Oh yer... nak citer laah ... seronok gak stay kat Kalumpang tu.. yer laah kan... resort tepi sungai.. sejuk & nyaman... selagi mampu, berendam jer lah dalam air tu.. kat resort x leh masak kecuali BBQ je.. tapi kami bw gak dapur kecil utk masak2 lauk sesikit...
Owner resort tu best.. ramah... masih muda lagi org nya... abg hasni namanya... masa nak check-in tu dia ada kat tepi tu.. dok borak2 laa... dia pun citer laaa... "ada kolam air panas kat belah sana.. tapi kecik jer kolamnya.. dalam 8 org je muat... kalu naik 4WD tu.. boleh aa redah hutan.. baru thrill... kalu stay back, boleh aa bawa ke kolam tu malam ni".. aku pun dgn seronoknya dgr citer dia tu.. dah lama tak rendam2 dlm kolam air panas.. aku pun katalah... "memang pun stay sini, amik chalet 1 malam" .. dia pun jawab laa... " hmm.. saya dah janji tadi kan.. kena lah bawak jugak malam ni"... dia pun kata lagi.. "kalu jumpa sy ptg ni, peringatkan laah... kita pegi lepas isyak dlm jam 9pm". aku pun setuju jer laah....
Malam tu beriya lah dok cuba hidupkan arang... bermula lah sesi BBQ.. byk nya lauk yg di bawa.. mana tak nya.. semua makcik2 aku pun bw sama... ayam laa.. daging laa. sotong & udang.. aku lak kalu rehat2 mcm tu.. mmg x byk makan sgt.. ntah laa.. x lalu pun...
Seperti di janji.. jam 9 tu.. staf dia pun dtg .. ajak pergi... aku ingatkan staf2 lelaki dia 3 org tu je yg ikut.. aku pun x bagi laah.. anak2 sedara/sepupu pmpuan aku pergi.. konon2 'mens only'.. rerupanya.. staf2 indon pompuan dia pun join sama... terkedu gak laa... nasib baik aa aku bw unser.. diaorg pun tumpang sama laa.. mak aku yg ada kat tepi tu.. dok jeling jer... balik dr situ, baru tahu.. mak aku bengang jer.. hehe.. sorry aa mak. x sangka lak...
Mmg tak jauh pun kolam tu dari resort.. tapi jalan x brp elok laa.. jalan pasir, byk lubang2.. nasib baik aa x hujan.. x der lah lecak sgt... kolam air panas tu tepi lombong je rupanya.. tepi kolam ternakan ikan... memang kecik je.. ada satu kolam je... air mata air nya pun x brp kuat, tapi air jernih gak la... dan panasnya mmg sesedap badan berendam.. tak lah panas sgt mcm kat rawang tu... puas gak laah berrendam... best jer badan... kalu kekwn nak merasa, leh aaa kita buat trip ke sana pulak nanti.. hehee...
ni ada bbrp pics yg aku amik... maklumat lanjut pasal resort.. leh aa tgk sendiri website dia yaa... www.kalumpang.com.my
Kolam kecil Mandi sungai
Chalet 1 1/2 tingkat Zoo Mini

Hepi Besday to Shahir - 3 Feb

Hepi Besday to U,
Hepi Besday to U,
Hepi Besday to my beloved Shahir,
Hepi Besday to U.....

Thursday, February 02, 2006

Gulai Tunjang

Gulai Tunjang

Dah lama nak entry kan pic gulai tunjang ni... asta prnh tanya dulu.. tunjang ni bahagian lutut dan kaki lembu... part ni biasanya byk lemak skit... tu yg sodap. hehe... nasib baik lah masih ada lagi tunjang tu.. so, mak aku pun masak lah.. then aku ajak laah R, asta & LB dan sorg lagi kwn utk lunch bersama... utk merasa gulai tu... so sorry to LB coz daging tu daging korban.. LB x leh nak makan.. later2 lah yaa.. kalu ada rezeki lagi.. leh aa merasa lain kali...

Wednesday, February 01, 2006

Selamat Menyambut Hari Wilayah

Hi gangs.... hari ni just masuk kejap jer.. coz kejap lagi nak bertolak dah ke Kelompang Resorts ngan famili semuanya....
Selamat menyambut Hari Wilayah kepada kekwn yg stay or keje di KL, Putrajaya & Labuan.. bertambah cuti lagi sehari esok yaa.... 1 hb ni byk ke aktiviti yg dibuat oleh kekwn??
Buat Asta yang sedang berpindah barang2nya dari KL ke Penang... yg tgh naik lori katanya tadi... selamat bertolak ke Penang.. semoga selamat sampai ke dsetinasi...
Buat R, yg sms kata baru je bertolak dari Penang balik ke KL... drive bebaik yaa... semoga semua selamat sampai...
Buat LB, alamak.. tak tahu lah bila pulak dia balik ke KL.. maybe hari ni jugak coz esok dia keje kot.. tak apa lah.. semoga LB juga selamat semuanya... drive Waja baru itu bebaik yaa .. hehe..
Buat saya pula... kami sefamili (ramai famili sebenarnya.. tmsk makcik2 aku) ... bersama-sama bertolak ke resorts sekejap lagi... doakan kami selamat juga yaa.... Begini lah hidup kami sekeluarga d KL... time2 cuti ni lah baru leh jejalan sesama.. berramai2... lepak2 di luar KL... biasanya lepak d pantai.. la ni tukar angin lak.. lepak semalam di resort tepi sungai... waah.. mesti best kan... dah dpt bygkan suasana damai... lepak2, makan2 dan mandian di tepian kali (pinjam kata2 Asta, jgn mare yaa.. hehe)
Ok lah.. nampak nya mcm semua dah sampai berkumpul depan rumah tuh... kami chow dulu yaa....
wassalam....