14 Destinasi Paling Bahaya Di Dunia
14 Destinasi Paling Bahaya Di Dunia
- Afghanistan
Ancaman pengeboman, penculikan dan pembunuhan oleh bekas pejuang Taliban dan para anggota rangkaian Al-Qaeda. Aktiviti disasarkan kepada lokasi operasi kerajaan antarabangsa di sana seperti Kedutaan Amerika Syarikat. - Burundi
Perang saudara dan tindakan kumpulan penentang kerajaan melalui ancaman persenjataan sejak 1993. - Cote d’ Ivoire
Negara ini juga dikenal sebagai Ivory Coast menghadapi rasuah yang sangat berleluasa di samping ancaman kumpulan penentang kerajaan. Pertempuran pada 2004 turut menyebabkan ramai askar Peranchis dan Amerika Syarikat terbunuh. - Republik Demokratik Congo
Bahagian timur lautnya penuh bergolak dengan ancaman kumpulan-kumpulan bersenjata. Pilihanraya bakal diadakan namun situasi tidak berubah. Kegiatan rogol, penculikan dan rompakan berleluasa biarpun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut memantau. - Georgia
Perang saudara pada tahun 1980-an sehingga 1990-an menyebabkan negara itu terus terbahagi di mana sesetengah bahagian negara itu tidak diketahui siapa yang mentadbirnya. - Haiti
Tahap keselamatannya amat rendah dengan amaran bahawa anggota polisnya sangat tidak efisien. Demonstrasi dan keganasan adalah perkara biasa di Haiti. Para peniaga persendirian sering diganggu dah diperas ugut oleh penjenayah dan pengganas. Kebanyakan bandar dikuasai dan dikawal penjenayah. - Iraq
Pilihan raya yang diadakan tidak mampu membendung kebencian penduduk terhadap sikap buruk tentera penceroboh yang diketuai Amerika Syarikat. Kegiatan pengeboman berani mati, mengebom kereta dan lain-lain bentuk ekspresi jenayah menyebabkan Forbes.com melaporkan bahawa tiada satu tempat pun yang selamat dikunjungi di Iraq. - Liberia
Negara itu bukan sahaja tidak aman tetapi mempunyai kadar statistik kes rogol yang tinggi. Liberia sengsara mengharungi perang saudara selama 14 tahun sehingga 2003. Kegiatan jenayah berleluasa dengan kes kecurian, pembunuhan dan rogol dianggap sudah biasa. Sebanyak 15 ribu anggota keselamatan PBB dan kira-kira 1,100 polis penasihat masih memantau suasana yang bercelaru. - Pakistan
Konflik dengan India sejak berpisah dari benua kecil itu pada 1947 masih menjadikan tahap keselamatan begitu meruncing dengan kepimpinan negara itu yang giat untuk memperkukuhkan sektor pertahanan. Lokasi bersempadan Aghanistan juga menjadikan Pakistan sebagai “sarang” kepada kumpulan pejuang Islam seperti Taleban dan Al-Qaeda. - Papua New Guinea
Port Moresby yang menjadi ibu negaranya mempunyai kadar jenayah bunuh tertinggi di dunia. Pengangkutan awam tidak selamat untuk digunakan dan para penyeluk saku berkeliaran di kawasan luar bandarnya. - Rusia (Chechnya)
Ketidakstabilan politik telah mengundang banyak masalah di situ. Pelancong dinasihatkan tidak berkunjung ke North Ossetia, Ingushetia, Dagestan, Stavropol, Karachayevo-Cherkessiya dan Kabardino-Balkariya. - Somalia, Sudan dan Zimbabwe
Ketiga-tiga negara itu bergolak dengan konflik dalaman yang mengancam para pelancong yang ingin ke sana.
Disesuaikan oleh Asta@Penang dari “14 destinasi paling bahaya di dunia” oleh Siti Mariam Zain, Mingguan Malaysia, 16 April 2006
No comments:
Post a Comment