Ceritera Kita ;-) Aku, Kamu dan Mereka

Sunday, July 16, 2006

Laman2006 di waktu malam...

Salams buat semua kekawan... Malam tadi Zam sempat singgah ke Taman Tasik Perdana sempena Majlis Penutup Laman2006 yang telah bermula sejak 6 Julai lagi... Zam dah lama nak pi jengah2.. tapi tak kesempatan.. Laman2006 ni adalah kali kedua diadakan.. kali pertama adalah pada tahun 2004. Ianya merupakan acara dwi-tahunan Festival Antarabangsa Landskap & Taman Malaysia. Pada tahun 2004 yang lalu, Zam pergi waktu siang.. so byk laah pics yg diamik.. cantik2 masa tu... tahun ni lak sampai dah jam 8 lebih... itupun pd hari penutup.. so kebanyakan pokok dah ada yg layu.. ada jugak yang dah kena kebas dek pengunjung.... habis bunga2 hiasan yang diletak di tepi jalan rompong dikerjakan... Zam pun x jalan ke semua kawasan sebab dah lewat dan rasa malas lak nak ronda seluruh taman tasik tu... di sini zam ada letak beberapa pics yg sempat amik malam tadi... enjoy lah ya.. sorry kalu pics tak berapa clear.. sebab gelap. hehe

Pic ni Zam sampaikan dalam bentuk slide show... Teknik yang baru dapat..