Trip ke Kuala Kangsar : 23 - 25 Jun 2006
Hehehe.. maaf bebanyak lah yaa.. dah lama nak buat entry pasal trip Zam ke Kuala Kangsar tempoh hari.. tapi apakan daya, x kesempatan laaa... ni lah baru smpat nak edit2 pics yg ada dan nak tulis aa citer2 skit pasal di sana tu...
Sebetulnya pergi sana sebab ofis ada buat perlawanan persahabatan, sama seperti masa pergi Melaka tempoh hari.. cuma kali ini tuan rumah adalah Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).. zam pun x sedar K.Kangsar dah naik taraf jd MP. hehee... Perlawanan kali ini best sebab dibuat 4 penjuru antara Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Daerah Kinta Barat (MDKB) dan ofis zam sendiri laa... Kami disediakan penginapan di Resort Sungai Perak.. best gak aa resort ni walau tak taraf hotel kan.. tapi nyaman tepi sungai.. rugi aa kaki pancing yg x bawak joran tu.. hehe.. Bertolak dr KL dlm jam 11 pagi.. sampai KK terus je c/in dlm jam 4 ptg.
Perlawanan pertama adalah boling di mana zam diletak sbg pemain VIP (jemputan). kelas kan.. hahaha.. merasa aa dok sebaris ngan Datuk2 Bandar semua tuh... Tapi main x cemerlang mana pun, asyik x kena je pin tuh.. hampeh laa... tapi secara keseluruhan mata, kami yg menang.. hehe.. Ok gak lah kan. Boling dibuat di Ipoh pd waktu malam.. ptg tu cuma minum petang je.. jam 6 lebih dah bergegas ke Ipoh utk boling... main boling pun dlm keadaan lapar.. hmm... habis boling dlm jam 10.. bergegas aa kami ke kedai makan.. makan mi rebus & roti nan je.. Oh ye.. utk acara boling ni, MDKB yg uruskan.. so, semua di taja oleh mereka. Pemain VIP je yg dpt baju free yg macam dlm pic tu.. lawa gak.. hehe.. nasib baik aa Zam dlm kategori VIP, adalah dpt baju tu.. kwn lain tgk jeles je laa.. sorry lah ye. hehe
Pagi esok nya adalah acara Bola 9 sebelah, badminton dan Golf VIP yg dijalankan serentak.. Padang bola & dewan badminton sebelah2 je.. asalnya acara futsal tapi saat akhir di tukar ke bola.. kesian aa pasukan MBMB yg bawa kasut futsal.. dah laah pagi tu hujan.. habis lecah aa padang tuh... 1st game pasukan kami vs MBMB.. mmg kalah aaa... walau dalam hujan tu, MBMB tetap maintain main.. 2nd game, MBMB pakat dok pinjam kasut bola pasukan kami.. hehe.. merasa aa dok tanya saiz kasut memasing.. 6 ada tak... 7 ada tak.. mcm pasar kejap... akhirnya MBMB juara ... tahniah la... pasukan kami dapat corot je.. penalti yg ditendang pun tak masuk.. hampeh betul!
Untuk acara badminton lak.. lama gak sebab ada 2 single lelaki, 2 beregu lelaki, 1 beregu VIP dan 1 beregu campuran. tu yang lambat habis.. rehat lak dulu lunch time.. sambung ke petang.. jam 5 lebih baru aa habis.. keputusan.. pasukan kami bertemu MBMB di akhir.. memang sengit laah.. sebab masa di Melaka tuh, kami kalah teruk gak... kali ini.. buku bertemu ruas.. akhirnya pasukan kami Juara dengan 5-1 kot.. lupa laah.. hehe.
Malam tu adalah upacara penutupnya... delegasi kami lengkap berbatik.. nampak mcm best je ... jamuan makan malam diadakan di Kolam Renang MPKK... pentas acara dibuat di dalam kolam dengan bentuk sampan.. kreatif gak diaorg ni.. mmg lawa aa... beriya2 buat pentas tu... ye laah.. mlm tu adalah acara VIP2 nak menyumbang suara memasing dlm sesi karaoke.. hmm.. mana yg sumbang tu, tahan je lah telinga memasing.. renyai gak laah hujan malam tu.. ekeke... menu mmg banyak laa.. tapi zam segan aa nak pi amik sebab x de yg menu hebat pun.. menu2 biasa seperti kambing golek, laksa, char kueh teow, cendul, buah-buahan.. tak larat nak makan semua pun.. kenyang perut minum cendul je...
Esoknya selepas sarapan, adalah acara bebas.. kami dibawa aa bersiar2 sekitar Bandar DiRaja ni... 1st destination, pastinya Masjid Ubudiah Bukit Chandan yang memang cantik tuh.. sebelahnya
adalah makam diraja.. hebat2 makam ni.. dihiasi marmar penuh... Selepas tu di bawa ke Galeri Sultan Azlan Shah.. yang menyimpan segala hadiah dan perjalanan hidup baginda sejak kecil.. susur galur Kesultanan Perak berasal dari Kesultanan Melaka jugak... dikatakan disinilah tersimpannya Keris Taming Sari sebenar... namun keris asal hanya akan dipertonton pada Hari Keputeraan Sultan dan apabila ada pembesar/sahabat Sultan yang berkunjung.
Dikatakan juga, hanya 40% barang kebesaran DiRaja yang dipamerkan adalah replika sahaja... Galeri dibuka jam 10 pagi.. kami sampai awal & terpaksa aa pergi tempat lain dulu..
Selepas tu, kami dibawa ke lokasi pembuatan labu sayong dan pasu.. kan K.Kangsar ni mmg terkenal dgn labu sayong nya.. masing2 dok borong labu sayong kecil tu buat cenderahati kot.. zam cuma beli satu je nak letak kat umah.. yang lain tu zam beli lampu hiasan... habis memborong adalah lunch time kat Rumah Rehat.. dan terus pergi ke Resort untuk check out dan balik ke KL.. dalam bas tu, ada yg dok melalak karaoke kat depan.. org belakang tido aje laa...

2 comments:
Seronok gak ye Abg Zam.. Pernah gak saya gie sana tapi tak stay...
Ape nama resort tepi Sungai Perak tu? Maybe one day Reez akan stay kat sana????...
Nama resort tu Resort Sungai Perak.. dikendali sendiri oleh MP Kuala Kangsar.. mmg betul2 sebelah Sg Perak.. yg kaki pancing boleh aa memancing...
Post a Comment